Pemimpin yang betul2
cuba berubah dan berpegang teguh kepada "CHANGE" dengan berbaik dengan semua
orang dan tidak masuk campur adalah Vladimir Putin berbanding Obama. Kali ni
beliau telah bersuara REALITI sebalik serangan2 dan revolusi2 di atas nama
DEMOKRASI yang dilaksanakan oleh Barat semenjak 2003 di tanah Arab.
Dia ni banyak ubah
Russia. Pertama, dah kurang buat kacau melalui ketenteraan terhadap negara2 Islam
dan lain2 negara dunia ke-3. Dulu Russia memang selalu buat kacau, sekarang
banyak berkurang, Cuma tinggal di Checnya. Yang tu pun dah berkurang.
Berbanding dengan
Obama, dia ni macam nak teruskan kerja Bush jee. Mengikut pandangan beliau,
serangan2 ketenteraan yang dilaksanakan atas nama DEMOKRASI tu memperingatkan
beliau kepada Crusade. Apa yang dicakap lain, tapi niat tu lain. Niat untuk melumpuhkan
dunia arab Islam.
Putin pun ada
pengalaman ngeri jugak apabila rakyat2 Russia revolusi dengan kerjasama US, IMF
dan barat pada 1990. 10 tahun hidup dalam kemiskinan, lebih teruk dari zaman
komunis. Akhirnya Putin bangkit pada 2000, selesaikan masalah iaitu pertama
dengan menolak IMF, US dan campurtangan luar. Dan akhirnya beliau berjaya.
Hari ni jutawan di
Moscow lebih ramai daripada di New York (Terima kasih kepada Tun Mahathir jugak
yang beri cebisan idea kepada Putin ni). Apa yang dikatakan Putin ada kebenarannya.
Serangan2 dari barat dengan membunuh/membuang diktator yang diletakkan oleh barat sendiri (Gadafi, Saddam,Hosni dan lain2) ialah "liquidate" dan
kemudian melumpuhkan ekonomi melalui revolusi dan memaksa negara2 Arab mengambil
IMF selepas tu ATAS NAMA DEMOKRASI . Tapi sebenarnya ada niat lain.
Kita tidak perlu
menyokong Putin, tapi apa yang beliau cakap ada kebenaranya. Lihat apa jadi di
Iraq? Afghanistan? Hidup segan mati tak mahu. Pergaduhan antara Sunnah dan
Syiah. Mesir? Tunisia? Diktator dah blah tapi ekonomi terduduk terpaksa ambik
IMF. Ikhwanul Muslimin sebagai tunjang reform Mesir pun kena tendang keluar,
sekarang Libya macam mana pulak? Adakah hidup mereka akan jadi lebih baik? Adakah
negara mereka akan lebih maju? Banyak iktibar boleh diambil dari pandangan
Putin ni terutamanya NIAT sebenar US, IMF dan barat ni masuk campur. Oleh itu
puak2 yang bertelagah dan berbeza pendapat tu terutamanya di Malaysia, kalau
bergaduh tu janganlah panggil campurtangan luar seperti US, IMF, dan barat ni.
Jangan buat kesilapan seperti pembangkang di Arab. Lebih baik jangan bergaduh
walaupun berbeza idea politik.