Oleh Kamarn J.
Rasa GOOD MOOD hari ni bila ramalan saya sangat tepat
yang menjangkakan rakyat Mesir akan revolusi lagi sekali pada 15 July 2011,
dengan cubaan menjatuhkan pemimpin baru mereka iaitu Essam Sharaf. Essam Sharaf
ialah salah seorang pemimpin Mesir yang tunjuk perasaan sekali untuk jatuhkan
Mubarak. Apa yang Essam Sharaf buat tu adalah kehendak kuasa besar barat setelah
menerima wang IMF. Macam nilah rakyat Mesir, korang semua dah kena main ngan
puak2 Soros tu, semenjak Essam Sharaf ni dipaksa ambik IMF di Perancis, masalah
korang takkan selesai, bertambah ada laa. Terimalah dengan hati terbuka korang
dah kena main.
Rakyat Mesir memang silap, NOTHING IS FREE, hahaha … La
ni marah pulak kat Essam Sharaf tu … hahaha
Essam Sharaf
Nak tergelak jugak kat Ikhwanul Muslimin yang kali ni tak
mahu masuk campur dalam demonstrasi baru 15 July 2011. Apsal, dah sedar kena
main dengan puak2 Soros tu? HAHAHAHA …. Pada 4 March 2011, Essam Sharaf bersama
pemimpin Ikhwanul Muslimin, Mohamed Beltagy berada di Tahrir Square di hadapan
penunjuk perasaan dan beliau mengatakan dalam ucapan beliau "I draw my legitimacy from you"
. Penunjuk perasaan bersorak gembira. Essam menjadi pemimpin baru Mesir. 8 - 15
July 2011, penunjuk perasaan mintak Essam dan kabinet lain letak jawatan! Apa
dah jadi?? HAHAHAHAHA. Baca sini.
Nak tahu macamana saya boleh teka dengan tepat? Senang je,
Revolusi Mesir ni bukan milik rakyat Mesir tetapi milik Soros, IMF dan kuasa2
Barat. Rakyat Mesir tunjuk perasaan hanyalah sebahagian dari rancangan malaun2
ni untuk menguasai Mesir secara TOTAL melalui polisi Ekonomi. Nak tahu revolusi
Libya ni benar atau tidak, kita perlu tengok apa terjadi kepada sistem
perbankan dan polisi ekonomi negara Libya selepas revolusi. Kalau sama macam
status Mesir, maknanya rakyat Libya dah kena tipulah, keluar mulut rimau
(Gaddafi), masuk mulut naga (kuasa barat).
Realitinya, golongan yang akan dapat merasa hasil reform
ni dulu ialah puak2 Soros, ICG, NED, IMF dan kuasa2 barat lain sebab diorang
yang keluar modal, la ni diorang nak kutip pulangannya la. Apa yang Essam buat
tu untuk memenuhi syarat depalah (pembiaya revolusi), depa bukan tolong free. Apabila
POLISI EKONOMI MESIR dah kembali kepada rakyat Mesir barulah boleh ada reform
yang sebenarnya, tapi sebelum tu kena bayarlah dulu pembiaya revolusi tu … hahaha. Mau tak 5 ke 20 tahun tu. Dan ini
adalah FAKTA.
Sesungguhnya pihak ketiga yang menguasai polisi ekonomi
mesir akan menunaikan hak mereka dahulu daripada menunaikan hak rakyat mesir.
Ini normal, itulah sebabnya semua tuntutan revolusi jadi lambat, terutamanya
peluang2 pekerjaan sebab PM baru Essam Sharaf ni kena susun dulu belanjawan2
negara untuk memenuhi syarat2 pihak ketiga ni dulu. Pihak ketiga mahu pelaburan
mereka balik. Semua tuntutan revolusi adalah mengundang kos duit. Kalaulah wang
perbendaharaan kena divert bayar pihak ketiga ni dulu, macamana nak tertunainya
tuntutan revolusi tu?
Rakyat Mesir ubah 100 kali pun pemimpin mereka, nasib
mereka takkan berubah punya. Sebabnya rakyat Mesir kena bayar balik wang2
bantuan dari pihak luar untuk mereka buat revolusi tu dan termasuklah wang IMF,
kononnya untuk bantu mereka dalam membangunkan ekonomi, ini semua bukan free.
Dan collateralnya adalah POLISI EKONOMI MESIR.
Jikalau bertelagah, jangan terlepas 2 perkara penting
iaitu Polisi Keselamatan (Ketenteraan dll) dan Polisi Ekonomi (Belanjawan,
Perbankan dll). Terlepas salah satu polisi, kacau bilaulah negara tu. Macam Mesir,
mereka dah terlepas kawalan terhadap polisi ekonomi mereka kepada orang luar. Contoh
Libya hari ni, peluru berpandu, gaji juruterbang pengebom, kos operasi jet
pejuang tu semua free? ITU SEMUA AKAN KENA INVOIS KAT KERAJAAN BARU LIBYA lepas
Gaddafi tumbang. Kalau tak mampu bayar, diorang peganglah polisi ekonomi negara
Libya jadi cagaran diorang sampai habis bayar hutang balik, simple je. Itu yang
banyak rakyat Arab tak sedar.
Lagi tinggi value negara tu, lagi banyaklah kacau
bilau samada ancaman dari dalam atau
luar. Sebab semua orang dok berebut nilai strategik. Apa yang dok jadi kat
tanah Arab tu tidak memeranjatkan. Sebab tanah Arab ni adalah paling berharga
di dunia, samada dari sumber komoditi atau nilai strategic, dan dari logistik perdagangan yang menjadi rebutan
kuasa2 besar. Kalau orang Arab ni semua murtad masuk agama lain macam Buddha
ke, Kristian ke, kehidupan penduduk2 kat Tanah Arab tu tetap takkan aman punya,
sebab kuasa2 besar hendak menguasai benua mereka ni. Sebelum kedatangan Islam
pun, kehidupan orang2 Arab ni sentiasa diancam samada kuasa Rom, Parsi, Firaun,
Greek dan lain2 lagi. Masa tu pun orang2 Arab ni macam takde negara, asyik
bertukar tangan je. Kejap pengaruh Rom, kejap Greek, kejap Parsi. Tapi
kedatangan Islamlah yang memberi Pak Arab ni jati diri masa tu dengan menolak
kuasa2 besar lain seperti Rom, Parsi ni ke tepi. Tapi la ni mereka dah lemah,
dan tanah2 benua mereka menjadi rebutan kuasa2 besar seperti sebelum kedatangan
Islam. Asyik2 bertukar je dengan revolusi2 yang tak habih2. Setiap pemimpin2
revolusi tu akan terpaksa menjadi boneka kepada kuasa2 besar lain. Itulah nasib
diaorang.
Kita tak perlu nak bermusuh dengan negara2 macam US,
Eropah dan kuasa2 besar lain. Dah memang tabiat diorang pun. Macam kes Mubarak,
dia dah di hujung tanduk dah pun, so ini adalah peluang untuk tibai Mesir,
untuk buat duit dan letak boneka baru yang lebih muda. Kalau bukan puak2 US
buat, Rusia nanti buat. Kalau bukan Rusia, Eropah nanti buat. Kalau Eropah tak
buat, Israel nanti buat, macam tulah status Mesir. Bak kata pepatah, di mana ada
gula, di situlah ada semut. Yang penting sekali, macamana kita nak handle kuasa
besar ni. Berkawan boleh, tapi jangan sampai menjual negara. Kesilapan Mesir ialah
apabila hendak menyelesaikan masalah dalaman mereka, mereka bawak masuk campur tangan
kuasa luar, itu sebab Mesir jadi macam ni.