Wednesday, 19 September 2012

Hospital Kerajaan Jangan Tanggung LGBT!



Kenapa saya TIDAK SETUJU dengan Anwar Ibrahim mengenai sokongan terhadap seksualiti merdeka a.k.a seks bebas (my body my own rights) kerana berpotensi besar mendapat penyakit CHLAMYDIA. Penyakit ini sangat merbahaya dan kos perubatan agak tinggi. Dan apabila mereka menghidapi penyakit tersebut sebab sikap mereka, kebanyakan mereka mengunakan khidmat dari Hospital Kerajaan yang kos kebanyakannya telah ditanggung kerajaan yang sepatutnya diberi kepada pesakit yang lebih memerlukan.

  
Saya ingin cadangkan kepada kerajaan, sesiapa penyokong seksualiti merdeka, pengamal seks bebas dan songsang yang mendapat penyakit berasal dari kegiatan mereka tidak bermoral patut tidak dibenarkan menggunakan sebarang khidmat dari hospital kerajaan yang murah. Kos perubatan mengubati penyakit akibat dari sikap tidak bermoral patut disalurkan kepada pesakit yang lebih memerlukan.


Kita bukan setakat menentang seksual bebas/gay atas sebab moral atau agama TETAPI ATAS SEBAB KOS DAN EKONOMI!! Di US, Kerajaan US telah menghabiskan sebanyak USD 647 juta untuk merawat penyakit Chlamydia sahaja, tak termasuk penyakit2 lain yang berasal dari seks bebas. Di mana kos rawatan awal secara purata untuk setiap lelaki ialah USD 26, dan wanita USD 315. Ini kos untuk peringkat awal, kalau peringkat pertengahan ia boleh meningkat sebanyak USD 3,180 untuk setiap kes. Dan di Malaysia, mereka hanya perlu bayar RM 1, selebihnya ditanggung kerajaan. Kalau 10% setiap tahun dari kesemua rakyat Malaysia terkena penyakit sebegini akibat tindakan tidak bermoral dan kerajaan tanggung kos perubatan mereka macamana???


Kalaulah kerajaan membenarkan atas sebab desakan hak asasi manusia untuk melakukan gay atau seks bebas, kerajaan turut patut perkenalkan polisi BERANI BUAT BERANI TANGGUNG. Di mana kerajaan tidak perlu bayar 1 sen pun kes perubatan pengamal2 aktiviti tidak bermoral ni (Susah nak jadi, sebab rakyat Malaysia cepat kesian, jadi elok perketat undang2 je).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this