Saturday, 10 March 2012

Ambiga adalah Anti Islam





Cara pemikiran Ambiga SAMA dengan golongan anti Islam di US. 
Pesawat Awam Iran telah ditembak jatuh oleh US sehingga menyebabkan 290 orang awam terkorban. 6 bulan sellepas itu, dengan sifat angkuhnya, US tidak mahu memohon maaf. Agen dari Libya bertindak sendiri menjatuhkan pesawat Pan Am di Lockerbie. Yang hairannya, rakyat US yang menembak pesawat Iran dapat pingat keberanian, tetapi satu negara Islam Libya dibom pula akibat Lockerbie. Apa moralnya? - Baca disini.


Moralnya adalah mudah  ~ Nyawa dan kebajikan org Islam tidak penting. Tentera US yang menembak jatuh pesawat  IR 655 yang mengorbankan 290 awam, tidak bersalah dan tak perlu mintak maaf dan siap dapat pingat lagi. Tetapi tindakan sendiri seorang double agent dari Libya membalas dendam sebab US tidak mahu mintak maaf dengan menjatuhkan pesawat Pan Am di Lockerbie, seluruh agama Islam dipersalahkan dan satu negara Islam dibom, juga menyebabkan anak perempuan Gaddafi terkorban pada masa tu. 


Kedua-dua tindakan membunuh org awam adalah salah tetapi yang syoknya US pulak dapat title negara yang memperjuangkan hak asasi manusia. Libya pulak dapat title negara pengganas. Ini dipanggil double standard. So sikap double standard terhadap org Islam inilah menjadi persamaan terhadap pemikiran AMBIGA di negara kita ni. Ada tiga double standard yang saya akan kupaskan.


1. Pemikiran Ambiga yang double standard : 
Perhimpunan BERSHIT 2.0 itu sendiri. Kenapa Ambiga dan BERSHIT tidak mengambil sebarang tindakan terhadap PKR yang terang2 tidak bersih dalam pilihanraya mereka? Undi melebihi bilangan ahli, pengundian dengan campur tangan elemen gangster dan wang, penipuan pengiraan di kotak undi. Kenapa mereka masih mahu menyalahkan SPR yang sebelum ini mereka dah menang di lebih 3 negeri? Kenapa tidak ambil tindakan terhadap PKR sendiri? Inilah dia persamaan pertama AMBIGA dengan sifat double standard US.



 
2. Pemikiran Ambiga yang double standard : 
Lokasi perhimpunan BERSHIT 2.0. Kenapa AMBIGA tidak mahu buat perhimpunan BERSIH 2.0 di Segitiga Emas di kawasan Bukit Bintang? Walhal tempat tulah paling strategik untuk menyampaikan mesej himpunan BERSHIT 2.0. Di situlah terdapat ramai orang awam bertumpu termasuklah pelancong asing yang membolehkan mesej BERSHIT disampaikan keluar negara juga. Lokasi Segitiga Emas ni turut mempunyai jalanraya untuk berarak dan pengangkutan awam yang cukup untuk mengangkut penunjuk perasaan dengan kos pengangkutan yang lebih murah. Kenapa AMBIGA sanggup ketepikan nilai strategik ini untuk menyampaikan mesej BERSHIT? Mudah, sebab majoriti peniaga disitu adalah bukan Melayu dan Islam. Inilah dia persamaan kedua AMBIGA dengan sifat double standard US. 


3. Pemikiran Ambiga yang double standard : 
Pembunuhan kejam Sosilawati oleh org DAP / BAR Council. Kenapa AMBIGA tidak mengambil tindakan yang sama seperti kes Kuhan dan Beng Hock? Mudah, sebab Sosilawati ni orang Melayu dan Islam dan dibunuh oleh rakan mereka sendiri dalam Bar Council / DAP. Inilah dia persamaan ketiga AMBIGA dengan sifat double standard US.






Kesimpulan : Pemikiran Ambiga yang double Standard seperti tidak ambil tindakan terhadap PKR yang MENIPU dalam pilihanraya mereka sendiri, lokasi perhimpunan BERSHIT 2.0 iaitu ditempat yang lebih strategik di Bukit Bintang dan pembunuhan kejam Sosilawati oleh orang DAP / BAR Council adalah sama dengan pemikiran double standard US dalam siri pengeboman pesawat awam iaitu US letup pesawat awam dan dapat title sebagai pejuang hak asasi manusia tetapi Libya pulak dapat title negara pengganas. Dan satu persamaan lain juga dapat dikupaskan bahawa nyawa dan kebajikan org Islam adalah tidak penting bagi mereka.


Apa saja kita nak buat kalau boleh jangan double standard. Boleh lihat situasi pengeboman pesawat awam. US letup pesawat awam dapat title sebagai pejuang hak asasi manusia tetapi Libya pulak dapat title negara penganas. Padahal dua2 salah tu, mana boleh bunuh orang awam. Sama jugak dengan situasi Ambiga, apasal double standard dengan pembunuhan Sosilawati dan penipuan PKR dalam pilihanraya mereka? Sama dengan PAS apasal double standard mereka boleh kerjasama dengan DAP tapi UMNO tak boleh kerjasama dengan MCA? Orang2 double standard ni tak patut kita sokong pun. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this