Salam semua, sudah lama saya tak beri posting kat sini.
Sebenarnya sibuk sikit dan turut sibuk berdebat dengan pak2 Arab Mesir dan orang
putih yang dok sibuk dengan revolusi Mesir baru2 ni di wall mereka. Dan saya
sungguh tak sangka, puak2 muda Arab revolusi tu sangat memuja Tun Mahathir bila
saya beritahu, saya dari Malaysia. Dan mereka menyatakan Tun Mahathir bukan
milik Malaysia sahaja TETAPI MILIK ORANG ISLAM, beliau tak sepatutnya bersara.
WOW!
Saya buka komen saya dengan, "Revolusi Mesir ni
tidak akan bawa sebarang kebaikan kepada rakyat Mesir tetapi hanya keburukan,
kamu semua dah terkena dengan permainan organisasi2 barat seperti IMF".
Pada awalnya ramai Pak Arab marah dengan saya. Kemudian saya pastekan fakta IMF
di wall mereka. Dan saya bertanya soalan cepu emas "Jika Revolusi kamu
benar, habis tu kenapa polisi ekonomi negara kamu ditentukan di France oleh
organisasi IMF sebelum kamu melantik PM baru kamu, dan kenapa tidak ditentukan
di Parlimen kamu sendiri seperti negara saya dan negara lain?". Terkedu
pak2 Arab revolusi nak jawab.
Ada orang putih mengatakan orang2 Arab mempunyai pilihan,
tetapi mereka tetap meilih diktator dan monarki yang korup. Jawapan saya mudah.
Dari fakta sejarah, rakyat2 di tanah Arab tidak pernah bebas memilih ketua dan
hala tuju negara mereka semenjak Revolusi Arab menentang khalifah Uthmaniah
pada awal 1900 an, apabila mereka ditipu oleh Lawrence of Arabia, bermula dari
monarki, diktator dan sampai hari ni masih ditentukan oleh kuasa barat. Hangpa boleh
kaji sendiri latar belakang mereka semua seperti Saddam Hussin, Gadafi yang termasuk
dalam monarki Arab Saudi. Begitu juga revolusi Mesir ni. Realitinya, barat
masih tidak mahu negara2 Arab bebas menentukan hala tuju mereka sendiri.
Ada pulak puak Salafi mengatakan Mesir akan melaksanakan
undang2 Islam. Saya jawab dengan mudah, "Kamu akan gagal dan tidak akan
berjaya melaksanakan undang2 tersebut. Sebabnya mudah, membentuk struktur
perundangan baru akan mendatangkan kos, macamana kamu nak biayai kalau POLISI
EKONOMI negara kamu berada di tangan IMF? IMF akan menentukan belanjawan negara
kamu, bukannya kabinet pemimpin kamu." Terkedu pak Arab Salafis nak jawab … hehehe.
Saya selalu berdebat di discussion board TIME Magazine
semenjak 2 bulan lepas. Saya tak save link tersebut sebab tempat tu bukan favorite
saya, cuma saya suka dengan topik artikel TIME tersebut – “Siapa sebenarnya
"in control" Mesir hari ni, adakah puak2 demokrasi atau ektremis
Islam? Dan komen2 saya menyatakan fakta -DUA2 TIDAK MENGUASAI MESIR tetapi
sebaliknya IMF. Negara ni ibarat macam syarikat la, tapi dalam skala besar,. Siapa
yang control "check book" negara tu, dialah control negara tu. La ni
IMFla yang control "check book" Mesir sebab dia dah tentukan POLISI
EKONOMI MESIR semenjak April.
Antara komen2 saya yang menyebabkan pak Arab2 revolusi
terkedu nak jawab, "How these Egyptians Salafists going to implement their
Sharia law? To implement, it need funds from their budgetary system and IMF
already dictates their economic policies, so how? Reality is, IMF already
calling the shots in their economic policies and Egypt took it in last April
and indirectly the west already took control Egypt through their economic
policies. The reality is, the west are the "real" players here not
these extremists. So much for Egypt revolution and democracy … hahaha. This is real fact." (Ada
berpuluh komen saya, tapi tak ingatla, yang block buster kasi puak2 revolusi
ternganga saya ingat … hehehe").
Ini pula komen saya bagi geng2 Mat Saleh terkedu bila
mereka dok kutuk gerakan Islam di Mesir yang kononnya nak merampas revolusi
rakyat Mesir ; “Facts are facts and speculations are speculations. Facts are
the IMF/west already took control Egypt by dictating/controlling their economic
policies since April after Egypt took the loan. Controlling/dictating their
economic policies means controlling Egypt. Their economic policies are decided
even before their new parliamentary line up and leader elected by Egyptians … hahaha. So now, WHO IS ACTUALLY CONTROLLING
EGYPT?
Saya juga ada komen kat pak Arab2 ni, “Revolusi kamu ni
ada cacat celanya sebab involve 3rd party macam Soros dan IMF ni. Ini akan
lebih banyak beri kebaikan kepada orang luar jika dibandingkan dengan rakyat
Mesir melalui liberalisasi ekonomi yang keterlaluan. Contoh kat Iraq, siapa
yang untung la ni? Rakyat Iraq ke atau syarikat2 luar negara macam Halliburton
dan lain2 tu? Setakat ni rakyat Iraq masih jadi pelarian dan dok ternganga je.
Oil for food program pun syarikat luar yang untung, rakyat Iraq masih ada yang
tak cukup makan. So ini akan jadi pada Mesir jugak, maklumlah barat hendak
selesaikan masalah kritikal ekonomi mereka. Agaknya, dari mana duit mereka nak
kebas? Semestinya dari negara2 Arab yang baru buat revolusi ni.
Ada seorang pak Arab tanya saya dari mana sumber info
saya, sebab kononnya saya menghina revolusi Mesir. Saya jawab mudah, “Itulah
kamu tak peka, sementara kamu dok sibuk kat tengah jalanraya, puak2 IMF ni dok
tibai bursa saham dan komoditi negara kamu secara spekulasi” Saya terus bagi
link IMF yang menunjukkan IMF sudah pun merangka polisi2 ekonomi untuk Mesir.
Takde konspirasi teori pun, straight forward je … hahaha (komen ni saya dapat paling banyak
"LIKE")
Macamana nama Tun Mahathir boleh naik dalam
discussion board artikel tu, bila ada antara mereka tanya saya dari negara
mana, saya jawab Malaysia. Terus nama Tun Mahathir naik. Tak sangka ramai orang
Arab penyokong revolusi tu terus bagi
respek kat saya yang pada awalnya marah kat saya sebab2 komen2 saya.
Dan paling menarik perhatian saya, ada pulak yang menyatakan,
kalau Tun Mahathir yang lead Revolusi Mesir, Mesir akan jadi lebih baik. Tetapi
saya jawab balik, “Kalau Tun Mahathir yang lead revolusi kamu, beliau tidak
akan ambik IMF. Polisi Ekonomi adalah darah sesuatu negara. Ia sepatutnya milik
negara, bukan orang luar seperti IMF. Jikalau orang luar yang tentukan polisi
ekonomi negara kita, maknanya kita masih tidak bebas”.
Saya pun tak sangka, puak2 revolusi Arab tu banyak yang
PRO MAHATHIR rupanya, bukannya PRO ANWAR … hahaha. Anwar je perasan … hahaha. Saya bagitahu mereka, “Tun Mahathir
dah pencen, dia tak akan lead revolusi kamu pun. Kalau berminat belilah buku
dia melalui MPHonline, atau boleh download digital copy, manalah tahu idea2 dia
boleh bantu perbetulkan revolusi kamu”.
Artikel berkaitan - Revolusi "Mesir Baru" - Idamkan Pemimpin seperti Tun Mahathir
Artikel berkaitan - Revolusi "Mesir Baru" - Idamkan Pemimpin seperti Tun Mahathir