Tuesday, 24 April 2012

Reformasi 19/09/1999







Ini senario reformasi dulu. Tengok tu, punyalah ramai manusia. Majoritinya adalah pelajar2 masa itu, termasuklah aku. Hari ni, dimanakah mereka semua??? Jikalau mereka semua ni pada 1997 bergabung dengan pelajar2 muda pada hari ni, semestinya sokongan terhadap PR cukup besar, tapi kenapa tidak terjadi??? Majoritinya dah jadi Anti Anwar, neutral dan masuk BN termasuklah aku dan aku gerenti 5 tahun dari sekarang, majoriti pelajar2 muda hari ni yang sokong Anwar akan U-turn jugak. Kenapa??? Jawapan dia cukup mudah - THE TRUTH WILL SET U FREE!!

 
Yang U-turn tu pun bukan 1 atau 2 orang, ratusan ribu jugak. Takkanlah ratusan ribu yang U-turn tu semua tiada semangat jati diri, penting diri sendiri dan dibeli UMNO. Banyaknya duit UMNO … hehehe. Kalaulah ratusan ribu dalam gambar tu semuanya kekal hingga hari ni dan bergabung dengan penyokong2 muda baru, mahu tak 2/3 sokongan tu, tapi takde pun, maklumlah ratusan ribu tu dah hilang … hehehe. Realitinya, kami ni diberi petunjuk oleh Allah SWT untuk buka mata kita sendiri, lihat siapa Anwar ni. Contoh macam saya yang mana pertama kali saya mula sedar yang Anwar ni penipu besar bila Anwar kata dia kena racun Arsenik / HIV oleh kerajaan yang cuba untuk membunuh beliau. Saya ni turunla sertai demo, akhirnya medical report kelentong ja, cilakak betul Anwar. 


Tarikh keramat demo ialah pada 19 September 1999 di Masjid Negara. AKU MASIH INGAT DENGAN JELAS HARI TU AKU TERKENA COTA KAT PIPI AKU, AKU MASIH INGAT NAMA POLIS YANG MENGETUAI ANGGOTA POLIS UNTUK MELERAIKAN DEMO TERSEBUT, NAMA DIA BAKRI ZININ. AKU MASIH INGAT YB ZUL PUN ADA SEKALI.  AKU MASIH INGAT, ITULAH FINAL YEAR YANG AKU SANGKUT TU. Tarikh 19 September 1999 takkan aku lupai. 


 Bakri Zinin


Pada 19 September 1999 tulah aku dapat tahu yang Anwar Ibrahim ni adalah pembohong besar dan membuka mata dan hati aku sebab dia boleh berbohong pasal HIV / Arsenik iaitu tentang nyawa dia sendiri bagi mengaburi penyokong2 dia masa tu termasuklah aku. 

YB Zul adalah salah seorang lawyer Anwar dalam pembelaan kes liwat Anwar. Bukan Yb Zul sorang je, Dr Mohd Hatta Ramli ,Azmin Ali, R Sivarasa, Tian Chua, N Gobalakrishnan, Ezam Mohamed Noor, Ruslan Kassim, Lokman Noor Adam dan Hanafiah Man pun ada sekali dengan kita hebahkan info keracunan Arsenik / HIV tu.


Kami student2 yang sokong Anwar Ibrahim masa tu, clear cut dan jelas dapat info tu. 77 kali ganda kandungan arsenik dalam badan, rambut keguguran dengan simptom2 HIV, cukup jelas. Info ni disampaikan oleh Yb Zul sendiri selepas beliau berjumpa dengan Anwar Ibrahim  di Sg.Buloh masa itu. Dan tarikh 19 September 1999, kami dapat info untuk berkumpul di Masjid Negara. Dan akulah salah seorang dalam persatuan mahasiswa yang sokong Anwar di Uni aku belajar dulu menyusun untuk bawa ramai mahasiswa2 ke Masjid Negara. Hahaha, clear cut. Akhirnya aku dapati semuanya hanya penipuan je.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this