Persoalan 1 :
Adakah UMNO tidak membawa sebarang hasil selama 53 tahun? Dan,
Persoalan 2 :
Adakah Cina nampaknya kaya dari Melayu?
Ok Jawapannya di bawah, saya permudahkan ;
1. Setahu saya, Kontrak Sosial adalah gabungan syer ekonomi
70% kepada orang lain dan 30% kepada Bumiputra.
2. Jika kita lihat daripada pembahagian syer, memanglah Cina
nampaknya lebih kaya sebab mereka ada dalam 70% syer itu, betul tak? Besar
value tu.
3. Tapi masalahnya, PR nak bagi 30% syer Bumiputra kepada
pemegang 70% itu atas sebab undi kaum bukan Melayu. Ini tidak baik dari segi ekonomi Bumiputra
dan kestabilan ekonomi negara. Kalau nak adil atau sama rata, Anwar sepatutnya
meminta 20% lagi syer pasaran milik bukan Bumiputra untuk dibuka kepada Bumiputra,
barulah 50/50, barulah adil, betul tak?
4. Perlu diingat, golongan Bumiputra iaitu spesifik Melayu
adalah populasi terbesar di Malaysia, iaitu hampir 60%. Maka mereka adalah pembelanja
(spender) terbesar di negara ini. Dan secara tidak langsung mereka ini menjadi
"anchor" ekonomi negara ini. Jikalau mereka ini di miskinkan melalui
Polisi PR, kemungkinan besar kestabilan ekonomi akan tergugat kerana berkurangnya
kadar perbelanjaan dari "anchor" ekonomi negara ini. Dan ini akan
dapat memberi kesan buruk terhadap peniaga bangsa lain juga, kerana pembeli
terbesar produk2 daripada perniagaan mereka adalah kaum Bumiputra. Contoh mudah,
pergilah kat Sg. Wang Plaza, cuba kira berapa ramai pembeli Melayu?
5. Jikalau UMNO / BN gagal, macamana pula pembentukan golongan
kelas menengah Bumiputra telah berjaya dibentuk dalam masa hanya 30 tahun?
Selepas kemerdekaan, pembelanja terbesar negara kita iaitu British telah jatuh
bankrap selepas Perang Dunia Kedua dan mereka mengambil keputusan untuk pulang
balik ke negara asal. Ini telah memberi kesan yang tidak baik terhadap ekonomi
negara ketika itu terutamanya peniaga Cina. Sampai orang kaya seperti Yap Ah Loy
pun sakit.
6. Melalui polisi Buku Hijau yang diperkenalkan oleh Tun Razak
(Orang UMNO) pada 1974, ianya telah berjaya membentuk golongan pembelanja dari
segi kuantiti yang banyak sebab bilangan populasi mereka sebagai alternatif
setelah pembelanja dari British pulang kembali ke tanah air mereka. Dan hasil
daripada ini, golongan kelas menengah Bumiputra telah berjaya dibentuk dan
mereka ini telah menjadi pembelanja terbesar negara kita hari ini. Dan daripada
ini kita dapat lihat ramai peniaga Cina telah menjadi kaya-raya. Boleh lihat
sendiri top 20 orang terkaya di Malaysia, siapa mereka. Jikalau peniaga2 cina
ini ramai dah jadi kaya-raya, bukankah sebahagian daripada polisi UMNO / BN telah
berjaya iaitu pembentukan golongan pembelanja terbesar di negara ini? Perlu
diingat, baru sahaja 30 tahun polisi ini diperkenalkan dah berjaya memacu
Malaysia ke posisi sekarang.
7. Adakah golongan PR boleh buat lebih baik? Daripada
perkara 3 di atas, saya lihat Anwar sudah buat sedikit kesilapan, sebab bunuh Melayu
bermakna kamu membunuh "anchor" ekonomi negara ini, iaitu pembelanja
terbesar negara ini.
Saya pernah bekerja dengan Syarikat Maritim Antarabangsa
Eropah iaitu berasal dari Holland. Hanya ada 4 syarikat terbesar di dunia dan
projek2 mereka berada dalam Discovery Channel. Bos saya pernah mengatakan
sistem DEB atau perlindungan ada di semua negara, bezanya samada diterangkan
secara official atau tidak sahaja. Contohnya apabila syarikat yang saya bekerja
ini membuka cawangan baru di Itali, minimum pekerja yang perlu diambil dari
warga Itali adalah 80% dari kesemua total pekerja di sana. Bukan setakat itu
sahaja, saham strategik syarikat cawangan di sana perlu diberikan kepada warga
Itali / local adalah 60% ke 70%. Kalau tidak diberi kepada warga Itali / local,
akan menghadapi masalah perniagaan di sana, samada syarikat diburukkan secara
sistematik dan kadang2 ofis / kilang boleh menghadapi masalah vandalisme.
Lagi satu contoh apabila syarikat Jepun seperti Mitsubishi /
Honda / Nissan membuka cawangan di US. Pada peringkat awal, syarikat Jepun ini
menghadapi masalah perniagaan di sana seperti produk mereka diburukkan secara
sistematik dan yang paling extreme wujudnya mob / hooligan yang membuat
vandalisme di kilang2 Jepun. Syarikat Jepun ini terpaksa menukarkan hampir
kesemua warga kerja Jepun yang berada di US kepada warga US. Dan pada masa yang
sama, hampir 90% saham strategik syarikat cawangan Jepun di US terpaksa
diberikan kepada warga US. Tak percaya, boleh bukak website syarikat Jepun di
US dan lihat prospektus mereka .. hehehe. Kalau tak bagi siaplah kau. So apa
bezanya dengan DEB yang kita jalankan di sini?
Vietnam lagi extreme, kalau tak beri kepada penduduk mereka
saham dan pekerjaan, siaplah. Samada mereka akan bersatu dan membantu pesaing
untuk bungkuskan perniagaan atau akan menghadapi masalah pekerja diculik dan
mereka akan hantar "bodypart" pekerja sebagai amaran. Saya tahu
perkara ini kerana saya ada kenalan yang melabur membuka kilang di sana.
Minimum 50% kos operasi diberikan kepada warga Vietnam samada melalui pekerjaan
atau saham strategik. Alhamdullilah, kenalan saya ni berjaya di sana dan awal2
lagi kenalan saya dah tahu, memang kena ada allocation seperti ini sebab dia
pun tahu sistem DEB atau perlindungan ini wujud di mana2 sama ada secara
official atau tidak.