Friday, 22 June 2012

Untungnya Golongan FELDA!







Ok ni aku nak tunjuk sikit pemikiran strategik kepada anak2 FELDA dan peneroka. FELDA dengan keluasan 811,140 hektar, mereka menjadi "Single" Syarikat Tuan Tanah terbesar di Malaysia. Secara amnya dalam lingkungan 2.5% daripada semua jumlah keluasan tanah di Malaysia milik Syarikat FELDA. Ni belum lagi tanah2 di luar negara. Dan keluasan tanah FELDA adalah dalam 9 kali ganda daripada Singapura. 2.5% bukan kecik oi, boleh buat negara sendiri. Dari semua tanah FELDA, semua adalah 100% beroperasi / produktif iaitu tiada yang tanah jenis tak produktif. Dan Syarikat FELDA adalah milik Bumiputra. Dan ini semestinya menarik minat DAP terutamanya. Maklumlah benda awal sekali DAP nak daripada MB Perak si Nizar tu adalah tanah. So korang pikirlah sendiri bertapa bernilainya tanah2 FELDA ni. Hari ni memanglah nampak kelapa sawit je, masa depan pelaburan hartanah pulak.


Atas dasar politik, terpulang kepada peneroka2 dan anak2 FELDA nak berikan pada DAP atau tidak. Dari segi nasihat peribadi saya, jangan main jual je tanah tu, hari ni memanglah nampak kelapa sawit je, bosanlah tak gitu, tapi saya nasihatkan relax jap, pikir, korang sedar tak tanah2 perladangan FELDA adalah paling lengkap dengan infra2 penting seperti jalanraya, elektrik, air, sekolah BERBANDING dengan tanah2 perladangan milik syarikat2 lain seperti IJM, IOI dan lain2. Dengan infra2 yang ada tu value hartanah korang ada potensi nak naik lebih tinggi. Kalaulah IOI, IJM boleh "jack up" value hartanah mereka lebih tinggi, apasal peneroka2 FELDA tak boleh? Kenapa peneroka FELDA tak boleh? Sebab kebanyakannya tak terfikir pasal value masa hadapan tanah mereka tu, main tenyeh je ikut value hari ni, value hari ni memanglah rendah oi. Pikir sikit pasal value masa hadapan lepas tu top up value tu dengan value hari ni, barulah steady sikit. Kesian saya tengok peneroka2 FELDA banyak jual tanah2 mereka undervalue. Kalau deal dengan kerajaan okla korang, tapi kalau dengan private, korang nampaknya tak pandai main harga. So kesimpulannya relax jap, pikir. Itulah nasihat saya. Nak tau lebih lanjut, korang mintaklah nasihat daripada pakar2 pelaburan hartanah terutamanya yang jenis kreatif jack up harga. Bagi saya lebih baik tak payah jual pun, maintain je.


Kita ni jangan cepat melenting nak tuduh semua kaum Cina bukan2. Majoriti mereka adalah peniaga dan peniaga bertindak diatas peluang yang ada depan mata mereka, salah kita jugak sebab tak pandai nak mainkan peluang tu. Ok kita semua dari pandangan mata kasar dok ingat FELDA ni khas untuk tolong Melayu, itu separuh betul je. Realitinya FELDA adalah smart partnership antara kerajaan dan rakyat berpendapatan rendah. Okjektif organisasi FELDA adalah untuk menjadi pemain penting dalam perladangan dunia dan objektif untuk rakyat berpendapatan rendah ialah untuk menjamin pendapatan mereka dan merubah kehidupan mereka. Pada 2011, objektif2 mereka telah tercapai. FELDA bukan setakat pemain penting dalam perladangan dunia tetapi OPERATOR TERBESAR DI DUNIA. Dan kepada peneroka2 terlibat mereka bukan setakat dapat menjamin pendapatan mereka tetapi dapat naik taraf kehidupan mereka dari kelas bawah kepada menengah dan hari ni, Melayu2 kelas menengah ni dah jadi anchor kepada kuasa membeli dalam negara kita. Ini sungguh bijak dan telah menjadi perancangannya. Dan kalau lihat balik arkitek2 di belakang idea2 bernas ni bukan Melayu je tetapi terdiri daripada bangsa lain seperti orang putih dan Menteri Kewangan terlama dalam sejarah Malaysia iaitu Tun Tan Siew Sin, iaitu seorang yang berbangsa Cina. Kena ingat, Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak tidak akan mampu menyusun strategi2 bijak begini secara berseorangan. 


Cina ni sebenarnya macam kita jugak, senang jugak kena temberang. Dalam kaum mereka pun ada penipu mcm DAP, dalam kaum kita pun ada penipu macam Anwar Ibrahim dan PAS. DAP ni cerdik, depa tanam kebencian dari kecik semenjak sekolah SRJK lagi. Mereka kata, Melayu tekanlah macam2. Sebab tu bila kita cadangkan sistem 1 sekolah untuk satukan semua bangsa, DAP ni liat sikit, maklumlah takut temberang pecah.


Kita kena pandai bezakan percakapan pemimpin dan perbuatannya. Kalau cakap, cakap jelah. Kalau perbuatan, baru kita boleh nampak warna dia sebenar. Kamu tahu tak masa Chua Soi Lek jadi Menteri kesihatan, ramai orang suka kat beliau, terutamanya yang Melayu tu. Perasan tak setiap hospital2 kerajaan yang besar mesti ada masjid, nak tahu siapa yang approvekan semua tu? Pergi check siapa Menteri Kesihatan masa tu. 


Samalah mcm kes DAP gak, katanya sokong Melayu dan nak satukan semua bangsa, bila time sistem 1 sekolah, cukup liat. Bila tengok organisasi DAP, mana ada Melayu yang pegang executive power pun, semua kuli ja dalam DAP tu. Tapi MCA biasalah kadang2 ada suara panas dok tibai Melayu, tapi Ghafar Baba pernah jadi pengerusi tau hahaha … steady ja. Kita kena pandai bezakan apa yang orang cakap dan orang buat. Lagi satu, kena ingat Tun Mahathir seorang Ultra Melayu mendapat undi tertinggi Cina tau dan yang gerentikan kemenangan BN pada 1999 apabila Melayu ditipu Anwar masa reformasi dulu. Ini fakta dan reality.


Realitinya, untuk berjaya kat Malaysia, semua kaum kena kerjasama. Contohnya peniaga bangsa Cina takkan berjaya kalau tidak ada sokongan kuasa membeli dari Melayu. Hangpa ingat YTL, Mah Sing tu semua boleh berjaya tanpa Melayu? NO WAY! Dan pemimpin2 BN dah nampak benda ni, sebab tu diorang boleh duduk sekali. Kalau bergaduh tu biasalahkan. Tapi DAP ni yang tak faham2, depa ingat kalau samarata boleh berjaya, tak boleh oi! Depa dok temberang kat bangsa Cina depa kata boleh, sebenarnya tak boleh dan bangsa Cina akan tertipu dan kena backlash. Samada kuasa membeli dari Melayu mula beralih arah kepada orang luar seperti syarikat2 barat, atau kuasa membeli Melayu berkurangan akibat polisi samarata dan ini akan membawa kesan negatif kepada peniaga2 Cina jugak. Keseimbangan kuasa membeli Melayu harus dikekalkan terutamanya melalui polisi2 seperti DEB. Jika berkurang, sakitlah ekonomi negara, semua susah. Lagipun Lim Kit Siang bukan pandai mana pun, tengok pasal jambatan Pulau Pinang cukuplah, mengarut ja.


Antara polisi keseimbangan dan polisi kesamarataan - BN memilih polisi keseimbangan yang seimbangkan semua kaum di Malaysia dan PR memilih polisi kesamarataan. Kita sebenarnya perlu pemimpin2 BN yang boleh jelaskan kepada rakyat tentang perbezaan, kelebihan atau kekurangan 2 polisi ni. Dan semestinya polisi kesimbangan jauh lebih baik, orang yang pakar jelaskan dalam bahasa mudah pada rakyat ialah Tun Mahathir. Sebab tu Cina ramai sokong dia, sebab Tun orang yang praktikal. Sekarang ni Tun dah pencen, kita kena ada pengganti speaker macam Tun.

Wednesday, 20 June 2012

Isu FELDA - Penyenaraian dalam Bursa Saham dan "Bangkrap"






Saya terkejut, rupanya ada lagi yang nak defend dengan mengatakan FELDA rugi RM 500 billion sebab rugi terkumpul. Oklah, Felda ditubuhkan pada 1956 sampai hari ni dah 54 tahun. Kalau ikut TEMBERANG, kerugian terkumpul pun tak logik gak  … hahaha. Maknanya dari value RM 500 billion, secara purata FELDA dah rugi RM 9.26 billion / setahun semenjak 1956 lagi  .. kah kah kah. Kalaulah FELDA dok rugi hampir RM 10 billion / setahun semenjak 1956, peneroka FELDA tinggal seluar dalam jelaa oi.

PAS  cakap FELDA GLOBAL RUGI PELABURAN SEBANYAK RM500 billion. Ok, korang fikir sejenak ,GDP nominal Malaysia 2011 berapa? USD 247 bilion. Korang tengok value pelaburan FELDA yang sumber HaraMkah cakap, kalau convert USD, dekat separuh GDP Malaysia tau! Syarikat FELDA ni sekaya Malaysia ke??? Tu lah nak menipu tu pikirla sikit, bukan semua org bodoh. 

Kalau FELDA dah bankrap, mana boleh operate lagi , pinjam bank pun tak boleh. FELDA mesti kena keluar dah dari Bursa Saham, tak boleh buat trading, tapi steady je  … kwang kwang kwang …

Dalam perniagaan memang adat ada rugi dan untung. Tapi lojiknya kenalah ada. Kalau Felda rugi dalam lingkungan maximum RM 200 juta saya percaya sikit, tapi kalau sampai RM 500 billion tu sudah menipulah. Mudah je saya siasat, saya ambik PAID-UP CAPITAL Felda je,  campur semua anak2 syarikat FELDA tak sampai pun RM 200 juta, ingat dengan Paid up Capital dalam RM 200 juta boleh buat sindiket loan sampai RM 500 billion? Bukan sikit tu, separuh trillion dah tu. Gearing tak kenalah.

Dengan pelaburan RM 500 billion yang dikatakan rugi tu, FELDA boleh bina 42 Putrajaya kat Malaysia ni dengan petik jari je. Dengan RM 500 billion, FELDA boleh buat 10 KLCC kat Malaysia ni. Kerajaan Malaysia ni baru je nak buat 1 Putrajaya atau 1 KLCC dah bergegar Parlimen, inikan FELDA beb.


Saya juga ingin perbetulkan persepsi salah yang telah dibohongi PR. Realitinya, FELDA tak pegi listed pun, yang pegi listed pun hanyalah syarikat2 berkaitan dengan FELDA je, seperti subsidiary atau associated company yang mereka ada pegangan. FELDA mengikut jejak langkah PETRONAS jugak, PETRONAS tak listed tapi syarikat2 subsidiary dan associated companylah yang listed untuk cari modal tambahan di Bursa, so apa problemnya? Kalau sengal2 PR bising kat FELDA, apahal tak bising dengan PETRONAS? Realitinya, FELDA dah mempunyai syarikat yang mempunyai pegangan saham yang dah dilistedkan pun, salah satunya Maybank, dan banyak lagi. So apa problemnya FGVH pegi listing jugak? Takde problemnya kalau FELDA mencari modal tambahan dari bursa melalui syarikat2 subsidiarinya. Yang untung peneroka jugak, setiap tahun budget FELDA sendiri untuk support operasi dan peneroka2 telah capai RM 1.5b, so kalau tambah sikit lagi apa masalahnya?


Saya tak faham apa masalah FGVH iaitu commercial arm dihalang untuk listing, walhal dah ada pun syarikat2 berkaitan FELDA dah listing. Salah satunya MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM Holdings), cukup solid kedudukannya di Bursa sekarang.

Mengikut persepsi kitalah, kita dok nampak FELDA ni perladangan kelapa sawit je, realitinya FELDA dah lama venture dalam banyak bidang pun, industri2 yang kita tak nampak FELDA dah masuk seperti Banking, Hartanah, Industri Maritim terutamanya logistik dan perikanan pukal, komoditi2 lain seperti gula dan lain2. Ini je dah multi billion tanpa kelapa sawit. FELDA sekarang operate seluruh dunia, peneroka jangan dok ingat FELDA ni buat duit dengan peluh peneroka je oi. Bagi saya takde masalah FGVH ni nak list pun.

Sebenarnya ini adalah "FEAR" yang direka oleh golongan tertentu untuk menakutkan rakyat terutamanya peneroka. Word on the groundlah, yang takut tu adalah golongan2 pemodal dalam market capitalization Bursa kita, kalau FELDA hantar muscle dia masuk, pengaruh GLC atau elemen Bumiputra dalam Bursa akan bertambah kuat, itu je, lebih2 lagi FELDA takeover gula dari Robert Kuok..


Bagi sayalah, isu FGVH ni sama je macam bangunan 100 tingkatPNB nak buat tengah2 KL, elemen "FEAR" disebarkan kepada pelabur2 PNB khususnya rakyat, rugilah, itulah inilah. Realitinya mudah je, kalau syarikat2 pelaburan hartanah swasta boleh buat untung berbillion setahun dari hartanah di Kuala Lumpur, so apasal PNB tak boleh buat untung dari bangunan 100 tingkat tu?? Sebenarnya word on the ground, player2 hartanah Kuala Lumpur sedia ada takut kalau PNB jadi player dominan di industri hartanah Kuala Lumpur. Maklumlah kalau PNB dah jadi dominan, anytime boleh crash harga. Sama di Bursa jugak, kalau FGVH ni masuk, automatik mereka akan jadi dominan dalam perladangan, pelabur2 di Bursa tu akan minat melabur maklumlah sebab sekuritinya, so apa akan jadi dengan syarikat2 perladangan swasta sedia ada di Bursa sekarang kalau pelabur2 cabut berlari arah melabur ke FGVH?? Sendiri mau ingatla, itu je cerita dia …


Kenapa PR/DAP sanggup menipu peneroka2 untuk memecah belahkan mereka? Persoalannya, apa yang PR/DAP mahu dari FELDA? Nak ikutkan FELDA taklah sekaya PETRONAS. Realitinya, FELDA ada nilai strategiknya kerana tanah2 mereka. Dengan keluasan tanah 811,140 hektar, FELDA secara automatik menjadi tuan tanah terbesar di Malaysia dan operator perladangan terbesar dunia. Dan ia adalah 9 kali ganda keluasan Singapura.

Realitinya FELDA ni susah nak bankrap walaupun minyak sawit dah tak laku. Ia adalah sebab tanah2 mereka. "Land Bank" yang FELDA ada boleh dicagarkan ke bank untuk membuat pembangunan hartanah, dengan mudah mereka boleh cari sumber2 kewangan untuk apungkan mereka kalau dunia tidak perlukan lagi minyak sawit. Ini bermakna kekuatan FELDA adalah hartanah. So siapa kata FELDA bankrap tu semua bohong je. 

Tapi nak kantoi PR punya kelentong mudah je, tak perlu nak tengok kekuatan hartanah (Land Bank) FELDA. Kalaulah FELDA bankrap, kenapa mereka masih menjadi pelanggan2 penting bank2 di negara kita dan luar negara? Kalaulah FELDA bankrap, kenapa mereka masih boleh pegang saham2 strategik minoriti dalam bank2 di Malaysia ni dan bank2 tersebut menjadi pemain2 saham mewah (blue chip) di BSKL? Syarikat yang bankrap mana boleh operate sebgini, betui tak? So maknanya PR kelentong.

Tuesday, 19 June 2012

Isu Anwar "Hilangkan" Saham Bumiputera RM50B - Apa Tindakan Kerajaan?





Aku dengar ada siasatan akan dimulakan berdasarkan pengakuan bersumpah Dato Murad iaitu bekas orang kuat BNM masa Anwar Ibrahim jadi Finance Minister. Mungkin dari siasatan ni kita akan tahu kat mananya hilang saham bumiputra RM 50 billion tu. Bagi aku, takkanlah Najib memandai nak keluar / terima kenyataan pasal hilangnya saham bumiputra tu, takkan dia nak tembak diri dia sendiri? Mungkin ada org nak kena ni, Jeng Jeng Jeng …

Paling banyak lesap masa krisis 1997, maklumlah value saham2 banyak menguncup, siapa Finance Minister kita masa tu? 

Paling banyak isu "Pink Form" masa bila??? Bukan ke masa Anwar Ibrahim jadi FInance Minister? 

Musa Hitam pernah mengatakan. siapalah Anwar kalau tidak disebabkan oleh Tun Mahathir. Tun Mahathir memberi 200% kepercayaan terhadap Anwar termasuklah menguruskan ekonomi negara. Apa yang Anwar Ibrahim buat terhadap Bank Negara dan institusi2 kewangan seperti bank2 macam dia punya. Mentang2lah Tun Mahathir percaya kat dia.
Siasatan sebenarnya telah pun dimulakan pada akhir 1995 iaitu lebih awal daripada pengakuan Dato Murad. Ia sebenarnya dipanggil diagnosis tentang apa sebenarnya yang menyebabkan masalah ekonomi Malaysia. Masalahnya datang dari dua arah. Pertama, dalam negara di mana-mana, korporat2 buat hal dan di luar Negara pula, George Soros buat hal.

 Apa yang Anwar lakukan seperti pengakuan Dato Murad, kebanyakannya adalah SAH disisi undang2. Seperti George Soros mencuri duit rakyat Malaysia melalui spekulasi matawang, ia adalah sah disisi undang2 dan tidak boleh didakwa. Ini dipanggil "loophole" dalam sistem kewangan. Walau bagaimanapun, tindakan tetap diambil. Tapi, apa tindakannya?

 Apa tindakan drastik yang kerajaan ambik kalau dah tak boleh dakwa? Ya, dua tindakan penting iaitu pertama, BANK MERGER, dan kedua BAILOUT. BANK MERGER terjadi dengan bank2 yang dipilih telah "MENELAN" bank2 yang bermasalah dan ada hubungkait dengan Anwar Ibrahim dan BAILOUT GLC2 yang dituduh ada unsur kroni. Ketika ini ramai nama2 besar kena pancung

Untuk melaksanakan Bank Merger, banyak nama2 penting dipancung, antaranya Mat Dom dan Dato Murad dari Bank Negara, Rashid Hussin, Shamsidar (korang mesti kenal dia ni) Phileo Allied dan nama2 lain yang mengetuai bank2 yang telah ditelan oleh bank lain atas nama pengabungan (merger). Sebenarnya Bank Merger besar-besaran pada 1997 bukan setakat nak menyelamatkan bank2 tapi turut menghukum Anwar dan kroni2nya.

Antara langkah pertama usaha Bank Merger dan menyelamatkan GLC2 lain ialah dengan menyelesaikan isu MRCB dahulu, sebab MRCBlah "vehicle" selalu digunakan oleh kroni2 Anwar dulu. MRCB yang banyak pegang atau memberi gerenti kepada bank2 lain yang ada kaitan dengan Anwar, contohnya RHB, Phileo Allied dan banyak lagi. Nak tau siapa kepala Phileo Allied? Shamsidar lah …hehehe. Banyak sebenarnya bank2 dan institusi kewangan yang ada kaitan ngan Anwar ni, RHB, Phileo Allied, MUI Bank, KUBB, ABRAR dan lain2 

MRCB iaitu vehicle utama kroni2 Anwar bukan setakat involve bank2 dan institusi kewangan saja, tetapi melibatkan deal2 dengan GLC2 lain gak seperti TNB, NST Group, Berita Harian, KTM, Malakoff, SPNB, MAS dan mcm2 lagi termasuklah projek2 mega seperti KL Sentral dan lain2. Hangpa ingat Anwar tak involve peringkat awal projek2 mega yang dirancang Tun?

Perlaksanaan Bail Out, part ni Anwar tuduh Tun Mahathir nak selamatkan kroni …  hehehe. Aku simple je, kalaulah betul Tun Mahathir nak selamatkan kroni, kenapa ramai CEO2 / Pengarah2 GLC seperti Halim Saad, Tajuddin Ramli ni semua KENA PANCUNG masa proses BAIL OUT? Kalau nak selamatkan kroni takkan sampai kena PANCUNG … hehehe. Sebenarnya kroni siapa diorang ni semua??? Ya, sebenarnya depa ni kroni2 Anwar, sebab mereka ni boleh ada kat situ dengan blessing FInance Minister masa tu. Siapa Finance Minister masa tu? Bukan Anwar ke?

Anwar dan PR menuduh bahawa DAIMlah yang banyak rembat saham2 bumiputera  … hehe. Tun Daim PENCEN pada 1991, dia dah takde "Executive Power" dah pun. Yang ada "Executive Power" dalam MOF, EPU, EPF, Bursa Saham, GLC2 semua ni siapa lepas 1991? Bukan ke Anwar Ibrahim?? Dan antara 1991 - 1997 ialah tahun ekonomi kita paling peak dan BURSA SAHAM kita paling aktif dengan listing company2 baru yang turut melibatkan pengisuan saham2 berkaitan bumiputra. Dan pada masa tulah paling banyak pengisuan "Pink Form" hehehe.

 Antara 1991-1997 adalah paling banyak listing, sampai company2 pelik pun boleh listing untuk fast cash dari Public Investment. BERKOKOK Securities Commission kita terutamanya si Munir tu, geram je dia. Kalau syarikat public listed lain pasti banyak soalnya. Apa boleh buat, budak2 SC kata ini TPM dan Menteri Kewangan punya kehendak dan MRCB Anwar punya. Ni realiti 1991-1997. Anwar Ibrahim is untouchable. 

 Walaupun Anwar sukar didakwa dalam instrumen2 kewangan sebab apa yang dilakukan sah disisi undang2 tetapi hukuman terhadapnya tetap berlaku. Walaupun BANK MERGER dan BAILOUT memang untuk selamatkan ekonomi negara tetapi pada masa ramai orang2 Anwar kena pancung daripada Bank Negara, organisasi GLC seperti MRCB dan orang2 yang mengetuai bank2 dan GLC2 masa dia jadi Finance Minister. Sebab tulah Anwar bising, sebab ramai "kaki" dia kena pancung. Lagi satu ramai gak "kaki" dia belot pegi bocor rahsia seperti Dato Murad dan lain2.

Pengakuan Dato Murad (BNM) baru pengakuan seorang yang berkhidmat di bawah Anwar Ibrahim semasa dia FInance Minister. Itu baru sorang je dah sampai berapa billion dah tu. Belum lagi yang lain2 seperti eksekutif2 GLC2, MRCB, Bank2, dan Pesuruhjaya Sekuriti Bursa Saham.

Ada orang kata cerita ni cerita lama, itu silap. Ini bukan cerita lama, tapi inilah informasi penting yang akan jawab ke mana hilangnya saham2 Bumiputra tu.
Sebab 2 perkara : 

Pertama, pada 1991-1997 ialah masa Bursa Saham paling aktif dengan listing dan paling banyak diisukan "Pink Form".
Kedua, ia banyak melibatkan syarikat2 penting yang melibatkan GLC2 seperti TNB, NST Group, Berita Harian, KTM, Malakoff, SPNB dan lain2. Dari segi institusi kewangan pula RHB, Phileo Allied, MUI Bank, KUBB. Lepas tu, tahun1997 ekonomi Malaysia kena serang dan kebodohan Anwar sebagai Finance Minister, semua saham2 ni samada menguncup, lesap atau hangus. Ini semua multi-billion tau, bukan seringgit.

Apa yang aku terangkan ni tip of the iceberg je. Sikit je. Kalau korang nak tahu lebih lanjut korang berbaiklah ngan fund manager2 mutual fund dan geng2 offshore fund kat Labuan tu. Lagi banyak diorang tahu. Parah GLC2 kita dikerjakan.

Manupulasi Bursa Saham tidak salah di sisi undang2, sebab tu tak boleh dakwa Anwar dan kroni2nya. Sebenarnya informasi ni bukannya rahsia pun, depan mata je. Masalahnya rakyat Malaysia tak berminat nak baca dan memahami mengenai ekonomi, bursa saham, istilah2 trading IPO seperti "Flipping" dalam Majalah Business Times, The Edge, Wall Street Journal Asia, Kalau korang kumpul balik arkib2 Business Times dari 1991-1997, apa yang aku komen kat atas tu semua ada dalam majalah tersebut.

Apa yang terjadi pada 1991-1997 ialah Bursa Saham kita yang bermula dengan baik telah bertukar menjadi LOJI TAIK!. Di mana majoriti saham2 syarikat yang listing tidak mempunyai value / nilai sebenar, ianya hanyalah nilai2 spekulasi. Pelabur2 meletakkan wang mereka hanyalah berdasarkan "khabar angin"/ spekulasi. Kat sinilah banyaknya hilang nilai saham Bumiputra sebabkan spekulasi / manipulasi Bursa Saham. Nasib baik Tun Mahathir take over dengan pecat Anwar dan mula clean up Bursa Saham kita dengan pengisian saham2 yang ada nilai sebenar dan ini akan ambik masa yang cukup lama...

Monday, 18 June 2012

Persoalan Ekonomi Bhgn 2 : Kesan Apabila Ekonomi Bumiputera Diliberalisasikan




Persoalan 3 : Kenapa kestabilan ekonomi negara akan tergugat apabila ekonomi Bumiputra diliberalisasikan? 

1. Ok, sambungan dari komen saya di sini, kenapa kestabilan ekonomi negara akan tergugat apabila ekonomi Bumiputra diliberalisasikan?

2. Saya ada bertanya kepada mentor/boss saya dahulu (seorang warga Holland) mengenai pendapat beliau mengenai polisi ekonomi yang berteraskan kaum ini. Beliau menjawab (saya translate) " Kerajaan kamu tidak melindungi kaum seperti apa yang kamu semua nampak, tetapi kerajaan kamu sedang melindungi "anchor" ekonomi negara ini iaitu pembelanja terbesar negara ini."

3. Dan boss saya yang warganegara Holland ini sambung, "Kamu boleh lihat di Eropah dan Amerika, kesemua wang Bail-Out diberikan kepada syarikat yang pemegang2 saham terbesar dan pekerja teramai adalah terdiri daripda kaum kulit putih sahaja, bukan minoriti seperti kulit hitam, Asia dll, kenapa?" Dan Presiden kulit hitam Barack Obama tidak memberikan sesen pun wang Bail-Out kepada syarikat2 kaum / bangsa lain daripada kulit putih, kenapa? Adakah ini rasis? Tidak, sebenarnya mereka ingin memulihkan pembelanja terbesar negara2 tersebut iaitu kaum kulit putih. Jikalau mereka mempunyai wang dan mula berbelanja, keadaan ekonomi negara akan menjadi proses pemulihan kerana perniagaan mula boleh berjalan." Perkara ini berlaku di Singapura juga.

4. Dan lagi satu plus karektor bangsa Melayu ni, mereka ni agak boros berbanding dengan kaum lain yang agak cerewet. Kalau mereka boros bermakna mereka akan berbelanja. Dan kebanyakan mereka ni selalu berbelanja di kedai barangan peniaga Cina. Kita boleh lihat diri kita sendiri, dari kaki sampailah ke hujung rambut, kebanyakannya kita beli barangan dari syarikat perniagaan Cna,maka kayalah syarikat2 bangsa bukan Bumiputra ini. Adakah UMNO sahaja yang memberi syarikat2 bangsa lain ni kaya? Tidak, UMNO / BN hanya membuat polisi untuk membentuk golongan pembelanja terbesar negara ini iaitu golongan kelas menengah Bumiputra. Yang memilih untuk berbelanja di kedai Cina ini adalah pilihan individu Bumiputra iaitu penyokong2 PR dan penyokong UMNO / BN.

5. Adakah polisi PR yang 360 darjah daripada polisi sedia ada ini akan menjadi lebih baik? Saya yakin tidak. Bayangkan apa akan terjadi kalau ekonomi Bumiputra ini disakiti dan mereka memilih untuk mengurangkan belanja atau memilih untuk balik kampung, apa akan terjadi dengan peniaga2 Cina / kaum lain? Tidak baik untuk kaum Bumiputra dan bukan Bumiputra juga akhirnya.

6. Nak jadi macam Singapura? Hanya bergantung kepada ekonomi 1 juta penduduk warga asing (warga asing seperti Eropah dll),.Kita dah lihat apa terjadi kepada Singapura semasa kemelesetan ekonomi dunia baru2 ini, warga asing seperti Amerika, Eropah memilih untuk kembali ke negara asal mereka dan menyebabkan ekonomi Singapura hampir lumpuh. Kita boleh buat perbandingan jumlah wang Bail-Out yang digunakan oleh Singapura dengan negara kita. Wang Bail-Out mereka tersangat besar untuk menyelamatkan ekonomi mereka padahal negara mereka kecil sahaja dan populasi tak ramai berbanding dengan kita. 

7.  Untuk menghilangkan polisi berteraskan perkauman dan melebihkan pembentukan semua kaum kepada satu golongan kelas menengah boleh dibuat, jikalau mentaliti kesemua bangsa berubah, bukan Bumiputra sahaja.

8. Contoh jika liberalisasi 30% ekonomi Bumiputra perlu dilakukan maka dengan masa yang sama bangsa lain mesti bersedia untuk melepaskan / membuka kuasa syer pasaran mereka di dalam syer 70% ekonomi yang mereka kuasai sekarang seperti kuari, sumber, pemborong, peluang pekerjaan dan lain2.

9. Kita boleh lihat sendiri, jika pekerjaan dalam syarikat bukan Bumiputra, amat sukar kita lihat golongan Bumiputra diberi peluang, tak ramai. Kadang2 sampai ada kriteria untuk berbahasa Mandarin sebelum pengambilan pekerja. Dan kita boleh melihat sendiri pembahagian kontrak2 besar dari syarikat besar bukan Bumiputra, amat jarang sekali kita lihat kontraktor Bumiputra berjaya mendapatnya. Ini perlu diubah, baru kita boleh cerita mengenai pelepasan atau liberalisasi 30% hak Bumiputra.

10. Kaum2 lain ini belum sedar implikasi jangka masa panjang terhadap mereka. Implikasi jangka masa panjang, Jikalau ekonomi Bumiputra lumpuh, apa akan terjadi dengan perniagaan mereka? Siapa akan menjadi pembelanja di kedai mereka dan memacu kemajuan perniagaan mereka? Nak berharap kepada populasi cina dan lain2 yang dibawah paras 40%? Nak harapkan kepada Mat Salih, apa gerentinya mereka akan tinggal disini untuk jangka masa panjang? Setahu saya, Melayu ni tak ramai akan keluar dari negara ni, apply pasport pun tak ramai. Saya ada menceritakan keadaan ini kepada rakan Cina saya, dan rakan Cina saya mula nampak matematik mudah ini. Kalau cerita pasal duit, kaum Cina ni cepat nampak.  Kalau kita cerita pasal sejarah, banyak ding dong pulak.

11. Kebanyakkan mereka mudah diracuni kerana salah satu sebab sahaja, iaitu situasi ekonomi dan pengurusan ekonomi Pak Lah ketika itu. Apabila rakyat mempunyai masalah ekonomi maka mereka akan desperate dan akan mempercayai apa sahaja.

12. Sama seperti semasa 13 May 1969. Salah satu faktor utama adalah disebabkan ekonomi yang teruk ketika itu, lebih teruk kepada peniaga Cina kerana pembelanja terbesar mereka iaitu British memilih untuk pulang selepas 1957. British bankrap sebab WW2 dan kos pengurusan koloni / jajahan menjadi tinggi. Dan ketika ini Chin Peng telah mengambil peluang untuk meracuni penduduk Cina dengan ideologi komunis, padahal penduduk Cina di sini lari dari China disebabkan ideologi komunis di sana. So sebab apa? Sebab keadaan ekonomi terdesak dan manusia akan buat apa sahaja apabila terdesak termasuk mempercayai apa sahaja fitnah. Samalah macam bangsa kita juga.

13. Selepas pengenalan buku Hijau 1974 dan kejayaan pembentukan pembelanja alternatif dari British, kaum Cina mula tenang sebab pembelanja terbaru ini iaitu Melayu mula berupaya untuk berbelanja dan ke bandar (zaman tok dan bapa kita dulu). Dan Chin Peng mula dilupakan oleh kaum Cina ketika itu. Bukan disebabkan takut kepada keris kita, tetapi mereka sangat gembira dengan keris Tun Razak iaitu polisi Buku Hijau 1974 :D



14. Sama seperti tahun 1999, apabila undi bangsa Cina pergi 100% kepada Ultra Melayu iaitu Tun Mahathir, kenapa mereka tidak undi DAP ketika itu? Kerana Tun Mahathir berjaya menyelesaikan krisis matawang 1997 dan berkaitan rapat dengan ekonomi. Kenapa tidak timbul banyak persoalan hak Melayu ketika itu? Sebab ekonomi dah ok dan terbaik ketika itu, mereka tak peduli pun.

15. Kaum Cina ini tidak dikuasai sepenuhnya oleh parti politik samada DAP, MCA atau Gerakan. Pengaruh kuat terhadap mereka adalah persatuan2 berunsurkan perniagaan seperti Hokkien, TIong Hua. Lim Kit Siang sendiri mengatakan, undi Cina boleh swing anytime. Dan Tun Mahathir sendiri mengatakan kunci terhadap mereka ini adalah ekonomi, bukan hak, 1 Malaysia dan lain2 (orang ada pengalaman). Dan semenjak akhir2 ni dah ada kaum Cina mula bukak mulut dan ada yang nak bakar diri depan ofis MB sebab mempersoalkan hasil daripada polisi ekonomi PR empat tahun lepas. Kita tunggu lagi 1 tahun, kita tengok mereka swing balik kalau Anwar fail (nampak macam dah fail dah).

Mengikut perkara 2 dan 3, ini menunjukkan kaum kulit putih atau majoriti di negara mereka nampaknya memerlukan tongkat atau perlindungan juga. Tak jauh beza dengan kita. Kesimpulannya, sistem DEB atau perlindungan atau "tongkat" kepada bangsa / kaum majoriti wujud di mana-mana. Tujuan perlindungan ini adalah untuk melindungi "anchor" ekonomi mereka iaitu penduduk majoriti. Bezanya antara kita dan mereka, kerajaan kita memberitahu secara official mereka tidak.

Sunday, 17 June 2012

Persoalan Ekonomi Bhgn 1 : Jasa UMNO Terhadap Pembentukan Ekonomi Negara



Persoalan 1 : Adakah UMNO tidak membawa sebarang hasil selama 53 tahun? Dan, 

Persoalan 2 : Adakah Cina nampaknya kaya dari Melayu?

Ok Jawapannya di bawah, saya permudahkan ;

‎1. Setahu saya, Kontrak Sosial adalah gabungan syer ekonomi 70% kepada orang lain dan 30% kepada Bumiputra.

2. Jika kita lihat daripada pembahagian syer, memanglah Cina nampaknya lebih kaya sebab mereka ada dalam 70% syer itu, betul tak? Besar value tu.

3. Tapi masalahnya, PR nak bagi 30% syer Bumiputra kepada pemegang 70% itu atas sebab undi kaum bukan Melayu.  Ini tidak baik dari segi ekonomi Bumiputra dan kestabilan ekonomi negara. Kalau nak adil atau sama rata, Anwar sepatutnya meminta 20% lagi syer pasaran milik bukan Bumiputra untuk dibuka kepada Bumiputra, barulah 50/50, barulah adil, betul tak?

4. Perlu diingat, golongan Bumiputra iaitu spesifik Melayu adalah populasi terbesar di Malaysia, iaitu hampir 60%. Maka mereka adalah pembelanja (spender) terbesar di negara ini. Dan secara tidak langsung mereka ini menjadi "anchor" ekonomi negara ini. Jikalau mereka ini di miskinkan melalui Polisi PR, kemungkinan besar kestabilan ekonomi akan tergugat kerana berkurangnya kadar perbelanjaan dari "anchor" ekonomi negara ini. Dan ini akan dapat memberi kesan buruk terhadap peniaga bangsa lain juga, kerana pembeli terbesar produk2 daripada perniagaan mereka adalah kaum Bumiputra. Contoh mudah, pergilah kat Sg. Wang Plaza, cuba kira berapa ramai pembeli Melayu?

5. Jikalau UMNO / BN gagal, macamana pula pembentukan golongan kelas menengah Bumiputra telah berjaya dibentuk dalam masa hanya 30 tahun? Selepas kemerdekaan, pembelanja terbesar negara kita iaitu British telah jatuh bankrap selepas Perang Dunia Kedua dan mereka mengambil keputusan untuk pulang balik ke negara asal. Ini telah memberi kesan yang tidak baik terhadap ekonomi negara ketika itu terutamanya peniaga Cina. Sampai orang kaya seperti Yap Ah Loy pun sakit.





6. Melalui polisi Buku Hijau yang diperkenalkan oleh Tun Razak (Orang UMNO) pada 1974, ianya telah berjaya membentuk golongan pembelanja dari segi kuantiti yang banyak sebab bilangan populasi mereka sebagai alternatif setelah pembelanja dari British pulang kembali ke tanah air mereka. Dan hasil daripada ini, golongan kelas menengah Bumiputra telah berjaya dibentuk dan mereka ini telah menjadi pembelanja terbesar negara kita hari ini. Dan daripada ini kita dapat lihat ramai peniaga Cina telah menjadi kaya-raya. Boleh lihat sendiri top 20 orang terkaya di Malaysia, siapa mereka. Jikalau peniaga2 cina ini ramai dah jadi kaya-raya, bukankah sebahagian daripada polisi UMNO / BN telah berjaya iaitu pembentukan golongan pembelanja terbesar di negara ini? Perlu diingat, baru sahaja 30 tahun polisi ini diperkenalkan dah berjaya memacu Malaysia ke posisi sekarang.

7. Adakah golongan PR boleh buat lebih baik? Daripada perkara 3 di atas, saya lihat Anwar sudah buat sedikit kesilapan, sebab bunuh Melayu bermakna kamu membunuh "anchor" ekonomi negara ini, iaitu pembelanja terbesar negara ini.


Saya pernah bekerja dengan Syarikat Maritim Antarabangsa Eropah iaitu berasal dari Holland. Hanya ada 4 syarikat terbesar di dunia dan projek2 mereka berada dalam Discovery Channel. Bos saya pernah mengatakan sistem DEB atau perlindungan ada di semua negara, bezanya samada diterangkan secara official atau tidak sahaja. Contohnya apabila syarikat yang saya bekerja ini membuka cawangan baru di Itali, minimum pekerja yang perlu diambil dari warga Itali adalah 80% dari kesemua total pekerja di sana. Bukan setakat itu sahaja, saham strategik syarikat cawangan di sana perlu diberikan kepada warga Itali / local adalah 60% ke 70%. Kalau tidak diberi kepada warga Itali / local, akan menghadapi masalah perniagaan di sana, samada syarikat diburukkan secara sistematik dan kadang2 ofis / kilang boleh menghadapi masalah vandalisme.


Lagi satu contoh apabila syarikat Jepun seperti Mitsubishi / Honda / Nissan membuka cawangan di US. Pada peringkat awal, syarikat Jepun ini menghadapi masalah perniagaan di sana seperti produk mereka diburukkan secara sistematik dan yang paling extreme wujudnya mob / hooligan yang membuat vandalisme di kilang2 Jepun. Syarikat Jepun ini terpaksa menukarkan hampir kesemua warga kerja Jepun yang berada di US kepada warga US. Dan pada masa yang sama, hampir 90% saham strategik syarikat cawangan Jepun di US terpaksa diberikan kepada warga US. Tak percaya, boleh bukak website syarikat Jepun di US dan lihat prospektus mereka .. hehehe. Kalau tak bagi siaplah kau. So apa bezanya dengan DEB yang kita jalankan di sini?


Vietnam lagi extreme, kalau tak beri kepada penduduk mereka saham dan pekerjaan, siaplah. Samada mereka akan bersatu dan membantu pesaing untuk bungkuskan perniagaan atau akan menghadapi masalah pekerja diculik dan mereka akan hantar "bodypart" pekerja sebagai amaran. Saya tahu perkara ini kerana saya ada kenalan yang melabur membuka kilang di sana. Minimum 50% kos operasi diberikan kepada warga Vietnam samada melalui pekerjaan atau saham strategik. Alhamdullilah, kenalan saya ni berjaya di sana dan awal2 lagi kenalan saya dah tahu, memang kena ada allocation seperti ini sebab dia pun tahu sistem DEB atau perlindungan ini wujud di mana2 sama ada secara official atau tidak.

Thursday, 14 June 2012

Hipokrasi NGO - Memartabatkan Hak Binatang Lebih dari Hak Orang Islam




Holland hari ni secara rasmi telah mengharamkan semua DAGING HALAL di negara mereka atas sebab hak asasi binatang di mana binatang dilarang disembelih untuk makanan. Di sini kita dapat lihat HAK UMAT ISLAM LEBIH RENDAH DARI HAK BINATANG. Dan usaha itu diteruskan di Malaysia melalui topeng hak asasi manusia oleh Ambiga.



Korang boleh bayangkanlah hak umat Islam di rendahkan lebih dari hak binatang di atas topeng kekejaman terhadap binatang. Aku pun heran apasal pejuang2 hak asasi binatang ni TIDAK menentang pembuatan baju sejuk tebal yang asalnya dari kulit binatang juga? Diorang faham pasal Islam Kipas Kuat, makanan halal ni pun diorang pun tahu ada kebaikan jugak, Makanan halal pun dah lama kat Eropah tu, makanan untuk Yahudi Eropah gak. Ada sebab lain tu dilindungi di sebalik hipokrasi hak asasi manusia dan hak asasi binatang. 


Orang Islam boleh makan ikan, jadi vegetarian pun boleh. Tapi niat di sebalik hak binatang tu memang tak baik, ini bukan pertama kali hak asasi digunakan untuk memperkenakan umat Islam. Pertama hak beribadat, di mana tempat azan tidak dibenarkan, kedua hak keselamatan org Islam, jika apa2 terjadi, umat Islam akan ditahan dulu untuk siasatan macam Patriot Act. Ketiga hak pakaian, di mana tudung diharamkan dan keempat sekarang ni iaitu makanan.
Ini bukan setakat faktor minoriti umat Islam di Eropah. Tetapi niat tak baik mereka terhadap Islam dan kebangkitan negara membangun telah di "camouflage" atas nama hak asasi manusia dan hak asasi binatang. Niat2 tak baik ni turut dibawa kepada negara2 yang majoritinya Islam. Contohnya di Malaysia iaitu perarakan BERSIH. Dan di Arab pulak baru2 ni iaitu niat tak baik menguasai ekonomi di camoufllage dengan niat baik revolusi kononnya. Apa yang terjadi kat Arab baru2 ni adalah “Daylight Robbery”.





Anda mesti pernah dengar WWF (World Wide Fund for Nature)? Yang logonya panda. Tahu tak 30-40 tahun lepas, WWF ni hanyalah "front" yang berselindung dari niat hak asasi binatang, walhal sebenar adalah organisasi yang dianggotai oleh tentera upahan untuk membunuh pejuang ANC iaitu parti Nelson Mandela di Afrika Selatan. WWF ditubuhkan di Afrika Selatan kononnya untuk menjaga hidupan liar di sana walhal mereka membunuh pejuang2 kulit hitam seangkatan dengan Nelson Mandela. Ia telah menjadi satu skandal pada awal 80 ke 90an di mana Monarki di Belanda disoal siasat kerana funding datang dari sana.  


Aku memang sukar nak percaya niat perjuangan Hak Asasi Manusia atau Hak Asasi Binatang yang diperjuangkan dari NGO2 barat ni yang turut bersekongkol dengan NGO2 di Malaysia seperti dianggotai AMBIGA. Contohnya WWF ni, sedap namanya dan tujuannya untuk alam sekitar. Pada 2004, mereka telah KANTOI cuba mempertahankan pemerintahan Apartheid di Afrika Selatan.
WWF ini jugalah salah satu entiti yang telah menyusun untuk mengharamkan daging halal di Eropah dan mereka telah berjaya di Holland.  


Bila tengok face value, memang korang rasa teruja dengan NGO ni, maklumlah jaga alam sekitar dan haiwan. Tapi semenjak rahsia mereka terbongkar pada 2004, mereka digelar WORLD WIDE FRAUD. Bukan setakat tu, memandangkan skandalnya sangat teruk, pengerusi seumur hidup semenjak 1961 iaitu seorang monarki belanda diminta meletakkan jawatan. Pengerusinya ialah org yang sama yang menubuhkan satu persatuan rahsia Bilderberg Group yang cukup anti dengan Islam dan kebangkitan negara2 membangun.

Wednesday, 13 June 2012

Skandal Yayasan Anwar dengan Paul Wolfowitz









Lagi penipuan rakan Anwar iaitu Paul Wolfowitz mengenai WMD di Iraq. Nah, BBC UK buat dokumentari pasal skandal Wolfowitz, tu dia berapa ratusan juta USD Paul Wolfowitz balun dari kontrak Perang Iraq yang dia kelentong tu. Yang syok sekali, Paul Wolfowitz dengan pengaruh dia boleh selit Anwar Ibrahim USD 54 juta lagi tu ke dalam yayasan Anwar di US, steady Anwar. Ini duit rakyat US dan Iraq yang Paul Wolfowitz curi termasuklah darah insan tidak berdosa di Iraq termasuklah askar US sendiri yang bertempur sebab penipuan WMD diberikan kepada Anwar.


 Ni BBC UK punya dokumentari tau, UMNO tak beli lagi saham depa :P 


SAIC adalah syarikat yang ada kena mengena dengan Paul Wolfowitz telah balun 9,000 kontrak pertahanan kerajaan US masa perang Iraq dan 100 daripadanya bernilai dari 10 Juta USD!! Lu orang kirala sendiri, loaded betul Paul Wolfowitz, padanlah berbaloi berbohong pasal perang Iraq!! Anwar siap boleh selit USD 56 Juta + USD 36 Juta dari US Dept of State dan USD 1 Juta dari UK, wow!! Tapi kesian PAS masih kena pakai tin milo untuk kutip derma. Nampaknya yayasan Anwar dalam siasatan tujuan penubuhannya oleh kerajaan US selepas skandal Wolfowitz dan penipuan WMD bocor, itu pasal saya kata wanita CIA yang bocor itulah pompuan yang Anwar paling bengang sekali.

 
Mengenai penipuan WMD di Iraq,  jangan sekali-kali ingat wanita CIA yang bocor rahsia WMD ni sebagai WIRA, Sebenarnya dia pun 2x5 bersekongkol jugak, dia hanya bocor rahsia ni apabila CIA sendiri menikam dia dari belakang dan meletakkan keluarga dia dalam bahaya. Wanita ini memang tiada integrity kerana pada peringkat awal, apabila US bercadang untuk menyerang Iraq, beliau hanya berdiam diri walaupun laporan menyebut WMD tiada di Iraq dan beliau sendiri meminta suaminya menutup mulut dan menghentikan segala artikel pasal Iraq dan biarkan rakyat Iraq mati sebab ia hanyalah nasib tak baik mereka. Beliau membiarkan contact2 beliau sendiri yang telah membantu beliau dihapuskan dan buat tak tahu je. Beliau hanya bertindak apabila dia sendiri ditikam belakang oleh majikannya iaitu CIA dan orang atasan US.


Daripada kes mahkamah, turut dibuktikan juga wanita ni memang bersekongkol ngan Paul Wolfowitz jugak sebab dia pun tahu bahawa Iraq tiada WMD, dia pun tahu dokumen Saddam beli Uranium Yellowcake tu palsu, dia pun tahu tiub besi uranium tu penipuan. Dia terlibat dengan menyorok informasi2 ni daripada rakyat US dan dunia. Informasi ni hanya keluar apabila rakan2 CIA dan orang atasan US menikam dia dari belakang. Tikam belakang sesama CIA adalah perkara biasa bagi mereka.

Realitinya, wanita CIA tu pun bersekongkol gak ngan Wolfowitz, maklumlah dia pun neoconservative Yahudi yang nak musnahkan dunia Islam jugak. 

Kenapa penipuan WMD ni boleh bocor? Sebab pemberian harta kekayaan Iraq dan kontrak pertahanan tidak adil dan tikam belakang sesama orang yang terlibat merancang penipuan. Paul Wolfowitz iaitu arkiteknya MAKAN SORANG majoriti kontrak pertahanan iaitu berjumlah 9,000 kontrak Pentagon dan 100 daripadanya berjumlah lebih USD 1 billion! Agen dan Agensi2 luar yang terlibat bertungkus lumus menipu hanya terliur je tengok, termasuklah yang kena tikam belakang seperti Valerie Plame. So siapa tak bengang, kalau aku, aku pun bengang. Kalau Paul Wolfowitz ADIL dalam pemberian harta kekayaan dan tidak tikam belakang orang2 yang tolong dia, aku gerenti sampai hari ni kita tak akan tahu WMD ni tipu.
Agensi2 Eropah seperti UK dan Itali pun dah tahu dokumen Saddam beli Uranium dari Niger adalah palsu, sebab agensi Itali yang palsukan dokumen tersebut, dan akhirnya mereka mengaku sekarang, sebab apa? Mudah je sebab Wolfowitz makan sorang, kalau tak, diaorang pun senyap je.


Informant CIA iaitu codename Curve Ball, seorang pembangkang Iraq yang turut terlibat memalsukan dokumen WMD Iraq telah tampil kehadapan untuk mengaku selepas perjanjian untuk menjadikan dia antara orang penting dalam politik Iraq selepas Saddam, tidak ditunaikan, bantuan kewangan telah dibekukan dan kereta mewah Mercedesnya ditarik balik. Sekarang ni beliau tiada pekerjaan dan tinggal di Jerman, boss2 CIA dia dulu meninggalkannya dalam keadaan susah. 


Kesimpulannya, penipuan WMD ni boleh bocor oleh orang2 yang terlibat sama.  Pembelotan / tikam belakang sesama sendiri oleh perancang penipuan ni sama ada dengan menyorokkan informasi sebenar dan palsukan dokumen. Orang atasan seperti Wolfowitz tamak dan bolot harta kekayaan hasil penipuan perang Iraq tanpa menunaikan janji pada orang2yang terlibat sama. Kena ingat, bukan orang lain yang bocorkan, ianya adalah orang2 yang terlibat sama dalam penipuan tersebut. 


Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana melaga-lagakan perancang penipuan Iraq ni sesama mereka, yang akhirnya orang2 yang terlibat sama menipu telah bocor rahsia penipuan mereka sendiri. Kalau tak sampai bila2 kita takkan dapat tahu, paling best nama Anwar pun boleh naik gak dalam skandal Wolfowitz hahaha …

Tuesday, 12 June 2012

Revolusi "Mesir Baru" - Idamkan Pemimpin seperti Tun Mahathir







Saya dalam satu perdebatan yang hangat dengan hampir semua penyokong revolusi Arab di Majalah Time (ruangan komen dan interaksi) mengenai Revolusi Mesir yang sedang berlaku. Apabila saya meletakkan semua fakta dan kronologi saya beserta peranan licik IMF di sebalik kesepitan orang2 Arab, mereka bertanya saya daripada mana? Saya memberitahu mereka saya daripada Malaysia. Dari hujah yang hangat  telah bertukar kepada pujian. Mereka memberitahu saya apa yang mereka mahukan, dan mereka sebenarnya mahukan apa yang Malaysia ada, kejayaan, demokrasi, keamanan dan pemimpin yang bagus. 

Saya agak terkesima dan semalam, salah seorang daripada mereka telah meng”email”kan kepada saya video ini yang diambil daripada TV Pasca Revolusi Negara mereka. Dan ia adalah mengejutkan, salah seorang orang pertama daripada pemimpin baru yang telah dijemput untuk yang dipanggil “Mesir Baru” ini adalah Tun Mahathir, dan saya tidak mengetahui tentang perkara ini! Ia berlaku sekitar Jun 2011 di mana apabila Mubarak telah digulingkan.


 


 
Rupa-rupanya rakyat Mesir tunjuk perasaan gulingkan Mubarak sebab mereka impikan pemimpin seperti Tun Mahathir dan impikan kejayaan seperti Malaysia. So untuk apa kita nak tunjuk perasaan di Malaysia seperti Mesir? Sebab kita dah ada pun semua tu. Saya nak ucapkan terima kasih kepada pemuda2 Arab Mesir yang berdebat dengan saya sebelum ni kerana e-mailkan video rencana pasca revolusi Mesir ini kepada saya.

Video rencana pasca revolusi ni tidak akan disebarkan oleh PKR, sebab depa malu punya … kah kah kah. Rupanya penunjuk perasaan impikan pemimpin seperti Mahathir, bukannya macam gay tua anwar tu … hehehe ...

Tetapi saya tetap berkeras dengan pemuda-pemuda Arab tersebut, Ikhwanul Muslimin telah melakukan kesilapan CUKUP BESAR iaitu bekerjasama dengan puak2 IMF dan NGO2. Demokrasi Barat kononnya untuk menuntut revolusi, tetapi sebenarnya mereka memang tidak ikhlas menolong. Dan polisi ekonomi tidak patut ditentukan oleh orang luar seperti IMF sebab ia adalah darah Negara. Tanpa darah, macamana nak hidup?

Video ini Pak Arab Mesir yang e-mail kat saya kononnya untuk tunjukkan mereka mahu pemimpin seperti Tun dan ingin mencontohi Malaysia. Video ini adalah rencana pasca revolusi yang kononnya menunjukkan impian Mesir baru. Mereka siap jemput Tun ke Tahrir Square walaupun Tun adalah seorang yang dah pencen. Semua bahasa Arab le. Maklumlah sebab saya dok bedal mereka bahawa tunjuk perasaan dengan bantuan IMF bermakna mala petaka, dan saya kata saya dari Malaysia, dan terus nama Tun Mahathir timbul di mulut mereka.

 
Apa yang telah saya pelajari daripada pak2 Arab dan dari dokumentari ini? Di negara lain orang duk membunuh, bergaduh, mengorbankan hidup mereka hanya untuk mempunyai apa yang kita rakyat Malaysia ada, tetapi kita rakyat Malaysia hanya mengambil kesempatan terhadap apa yang kita telah ada, terutamanya orang2 PKR yang penipu. Kredit kepada pak2 Arab kerana telah membuka mata saya :D

Kalau sesiapa ingin menyakitkan lagi hati Anwar dan penyokong2 Anwar sebarkanlah video rencana ni, ada 8 klip tu, depa jemput Tun ke Tahrir Square walaupun Tun dah pencen … hehehe. Maklumlah kan dulu lembu2 PKR dok guna modal tunjuk perasaan Mesir nak burukkan kerajaan dan sistem yang rakyat Mesir sendiri idami … hahahaha …

Monday, 11 June 2012

Mesir minta INTERPOL Siasat NGO2 Barat







Ah sudah, kerajaan baru Mesir meminta INTERPOL menyiasat NGO2 Barat yang membantu mereka menumbangkan Mubarak. Ape cerita ni?? Rakyat Mesir kena tipu?? Hahaha …kan aku dah kata, Arab Spring ni kelentong ja. Salah satunya yang dalam siasatan adalah NDI iaitu di belakang gerakan BERSIH hari ni.


Aku awal2 lagi dah tau Arab Spring kat Mesir ni kelentong. Mudah ja nak tau, macamana negara yang merdeka dan baru lepas revolusi, POLISI EKONOMI negara Mesir di tentukan di France dan ditentukan sebelum PM baru dilantik,? Patutnya Polisi Ekonomi ditentukan selepas pilihanraya iaitu di parlimen atau dewan senat, di mana wakil2 rakyat dan PM telah dilantik.. Memang rakyat Mesir kena mainla, la ni baru kelam kabut nak report Interpol lak hehehe. 


Yang tengah siasat ni bukan Kerajaan baru Mesir je, tapi Interpol termasuklah Kerajaan US sendiri. Sebab spekulator2 dalam Yayasan Pro Demokrasi tak ikut arahan kerajaan US, mereka bertindak bersendirian untuk kaut untung. Mereka "CON" semua orang termasuk rakyat Mesir dan Kerajaan US sekali. Mereka hasut rakyat Mesir memberontak lepas tu mereka manipulasi pasaran komoditi. Barack Obama perkenalkan Akta Spekulasi Haram di US pada April 2011 tak salah aku, lepas tunjuk perasaan di Mesir.


Aku memang dah agak dah, lama2 kes ni Mesir ni akan jadi hangat punya, spekulator2 dalam NGO2 demokrasi ni ada buat portfolio pelaburan untuk semua termasuklah rakyat Malaysia. Aku dapat email dari syarikat2 pelaburan "FUTURES" US yang operate kat Malaysia ni macamana nak buat untung dari Krisis Mesir. Bila aku baca portfolio aku rasa mcm ada benda tak kena. 300% profit tu. Ni salah satu mail dari blog Outlaw. Sekarang ni kerajaan US tengah siasat termasuk Interpol semua link dengan NGO2 pro demokrasi tu.



Diorang ni bukannya nak jatuhkan negara Islam, diorang ni nak balun profit dari manipulasi komoditi dengan menghasut orang ramai untuk memberontak, semua dia pulun, tak kisah Islam atau tidak. Dulu semasa Perang Dingin, organisasi ni ditubuhkan sebagai front CIA untuk topple kerajaan komunis dan termasuk kerajaan yang degil tak mahu tunduk pada US. Tapi sekarang organisasi ni bertindak bersendirian, dia balun semua semata-mata untuk keuntungan. Diorang siap buat portfolio pelaburan lagi tu, steady je. Itu pasal Interpol pun masuk sekarang. Kerajaan US pun pening sekarang.



Sekarang ni US tak banyak kacau semenjak Cold War tamat, yang dok kacau banyak sekarang ni ialah Private Entiti yang banyaknya bekas2 CIA agen dan korporat2 antarabangsa yang nak buat duit kopi extra. Negara US pun dia balun. Kes Mesir ni ialah Private Entiti yang buat hal menghasut ni untuk buat untung, itu pasal Interpol dah masuk, kalau tak kerajaan US pun takkan bersama Interpol punya. Baca kes bekas pengarah IMF yang kena pecat tu, Ex-CIA lawan CIA tau kat mahkamah hahaha …

Saturday, 9 June 2012

"Saya Harap Lee Kuan Yew boleh menjadi seperti Tun Mahathir"






Saya masih ingat hari pertama saya di Singapura suatu masa dahulu, rakan-rakan saya berasa,” wow”. Tetapi fikiran saya berbeza, saya membangkitkan soalan, "Daripada semua orang bagunan dan tanah, berapa banyak sebenarnya milik  rakyat Singapura?" Seorang kawan Singapura memberitahu saya bahawa kebanyakan orang-orang asing  seperti AS, Eropah dan sebagainya yang memilikinya. Daripada 4 juta warga Singapura, terdapat 1 juta warga asing yang sebenarnya merupakan kuasa terbesar dalam ekonomi Singapura. Apapun, nikmatilah sesuatu yang kita tidak tahu mengenai Singapura;





1. Saya masih ingat lagi apabila saya telah diarahkan untuk pergi ke Singapura dan mengetuai misi menyelamat melalui pengambilalihan kepentingan pada salah satu syarikat maritim terbesar  di Singapura. Saya dimaklumkan bahawa  syarikat Singapura  itu telah membantu syarikat kami sebelum ini dan kami kembali menolong mereka.

2. Saya tertanya-tanya mengapa kami perlu membantu syarikat Singapura kerana kita semua tahu bahawa syarikat Singapura berjaya dan kaya dari maklumat pembangkang. Dan pada ketika itu, Singapura sedang menjalankan projek skala maritim terbesar dan objektif utama adalah untuk meningkatkan saiz tanah besar Singapura hingga 4% daripada saiz sedia ada mereka. Dan kerana syarikat itu adalah salah satu syarikat maritim tempatan terbesar, jadi mereka perlu mempunyai beberapa bongkah.

3. Selepas perjanjian itu dilakukan, saya pergi ke atas kapal. Salah seorang  pengorek mereka datang untuk memeriksa prestasi.  Saya bersama GM Singapura dan pengendali ketua berbual seketika. Saya mengajukan soalan, "Mengapa kamu tidak berjaya untuk mendapatkan beberapa bahagian projek maritim yang kerajaan Singapura sedang lakukan? Kamu sepatutnya dapat kerana  kamu adalah rakyat tempatan dan hanya ada beberapa buahsyarikat seperti kamu di Singapura".

4. GM Singapura itu memberitahu kepada saya "Saya harap Lee Kuan Yew boleh menjadi seperti Tun Mahathir, melindungi hak-hak Melayu sebanyak 30% melalui DEB di Malaysia. Di Singapura, Lee Kuan Yew boleh buat yang sama dengan melindungi orang Cina Singapura 30% daripada orang Asing dan kapitalis Barat ". Beliau menambah, "Sekarang kamu boleh lihat sendiri, projek Jurong,  Tuas dan sebagainya diperolehi oleh orang-orang Eropah dan kami tak boleh cari makan lagi". Saya masih ingat kata-kata beliau dengan baik dan jelas sehingga ke hari ini, dan ia adalah 8 tahun yang lalu.

5. Pada masa kini, kita dapat lihat ramai warga Singapura datang cari makan di negara kita. Saya boleh katakan hampir semua syarikat-syarikat kejuruteraan maritim di Singapura hari ini, sama ada tutup kedai atau cari makan di negara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this