Tuesday, 15 May 2012

Antara Propaganda dan Realiti Kehidupan Rakyat Amerika




Lagi REALITI di US : Propaganda media barat menunjukkan rakyat2 mereka terutamanya US hidup senang dah tak boleh pakai lagi. 46 Juta Rakyat Amerika tidak mampu untuk membeli makanan dan rumah!!! Dan mereka menghadapi masalah kelaparan!! 14% rakyat mereka hidup di bawah paras kemiskinan, lebih teruk dari rakyat Malaysia yang miskin!! Lebih sedih dari Program TV3 Bersamamu!! 




Malaysia tidak mengamalkan kapitalisme tidak terkawal (unregulated capitalism) seperti US. Kita ni macam semi-sosialis, bukan liberasi ekonomi secara total iaitu dikuasai sepenuhnya oleh swasta, kita banyak GLC yang turut mengawal ekonomi negara kita dan beri banyak pengaruh pada harga barangan supaya tak melonjak gila2 dan sesuka hati. 


Contoh peranan GLC ialah crash harga pasaran. Saya ambik contoh TNB, harga untuk setiap KWH di Malaysia adalah 100% lebih rendah harga pasaran banding Singapura. Semua syarikat swasta janakuasa tenaga dari luar seperti Amerika dan lain2 tak berani masuk bersaing dengan TNB bukan sebab kerajaan Malaysia block, tapi sebab syarikat2 swasta ni tak mampu nak bagi harga 100% lebih rendah yang TNB beri. TNB dah crash harga pasaran tenaga elektrik di Malaysia. Macamana TNB hidup? Mereka kutip sikit dari janakuasa punya income, lepas tu mintak kerajaan dari tax, selamba je. So tiada syarikat2 luar berani bersaing dengan TNB. 





Anwar Ibrahim memang tak mahu rakyat Malaysia tengok berita ni, maklumlah sebab Anwarlah yang nak bawak masuk sistem ekonomi kapitalis tidak terkawal (liberalisasi tanpa batasan) yang telah gagal ni ke Malaysia semenjak 1997 lagi. Bila aku tengok berita ni iaitu menunjukkan SATU KOMUNITI rakyat US tinggal di hutan tanpa bekalan elektrik, air bersih dan tempat berteduh seolah-olah menjadikan program TV3 di Malaysia BERSAMAMU sebagai perkara kecil je. 





Setiap 7 daripada rakyat US, 1 daripadanya hidup di bawah paras kemiskinan dan mempunyai kadar "safety net" ekonomi yang jauh lebih rendah berbanding rakyat miskin di Malaysia, dan paras kemiskinan mereka dah mencecah tahap kelaparan!! 

Aku cukup suka Berita Antarabangsa RT ni, sebab mereka selalu bocor penipuan CNN, Fox News hahaha …

Bila aku tengok BERSAMAMU, orang miskin tegar yang tinggal di rumah macam reban di ceruk hutan takdelah seramai SATU KOMUNITI macam di US ni. Dan sekurang2nya orang miskin dalam BERSAMAMU adalah jugak bekalan elektrik, makanan walaupun tak banyak dan bekalan air serta tempat berteduh, berbanding dengan rakyat US yang miskin ni. Sedih gila.


Agensi Berita RT ni cukup cekap memilih KOMUNITI rakyat US miskin di hutan ni kerana kedudukannya berdekatan dengan kawasan perumahan mewah billionaire US di New York. Cukup ironi, walhal billionaire2 US ni jugaklah penaung2 yayasan untuk basmi kemiskinan dan perjuangkan hak rakyat kononnya di seluruh dunia termasuklah Malaysia, tapi komuniti2 miskin rakyat mereka sendiri berdekatan dengan rumah mereka tak mahu jenguk hehehe …


Politik memang sama dramanya, aku pun tak peduli, tapi polisi ekonomi adalah situasi berbeza. Polisi ekonomi la yang penting sekali samada rakyat akan hidup merempat tanpa makanan atau tidak. Walaupun Anwar ni teruk, kalau polisi ekonominya ampuh, aku akan mengundinya, tetapi masalahnya tidak ampuh, tengoklah apa jadi di US, inilah dia liberalisasi ekonomi tanpa batasan yang Anwar cuba bawa pada 1997 di Malaysia. 46 juta rakyat US tidak berkemampuan untuk beli makanan, air, eletrik dan tempat tinggal, lagi teruk dari program "Bersamamu". So sendiri mau ingatla.


Individu adalah Individu, polisi ekonomi adalah polisi ekonomi, dua perkara berbeza. Bagi aku walaupun pemimpin turun padang tiap2 hari tapi polisi ekonomi merapu, buat apa?? Bukannya aku perendahkan pemimpin turun padang, tetapi lebih penting adalah polisi ekonominya. Aku yakin majoriti rakyat Malaysia tidak tahu apa polisi ekonomi Malaysia, sebab takde yang berminat untuk ambik tahu. Contoh dari video ni, kenapa rakyat Malaysia tidak terfikir kenapa KWSP Malaysia kukuh dan KWSP US tumbang? Kenapa kadar kemiskinan di US adalah 15% tetapi Malaysia adalah 7%, walhal ekonomi US jauh lebih hebat? Kenapa? Apa sebabnya? Sebabnya mudah, iaitu polisi ekonominya, apa polisi ekonominya? Bacalah dan buatlah perbandingan. Ini kelemahan rakyat Malaysia, sebab tak ambik tahu mengenai polisi ekonomi, terlalu fokus kepada drama politik.


Aku ambik tahu pasal isu di US ni kerana beberapa faktor penting yang akan beri pengajaran kepada kita iaitu ;

1. Inilah polisi ekonomi yang cuba di bawa Anwar Ibrahim pada 1997, so apa dah jadi di US? 

2. Kaki rembat duit rakyat US berjumlah USD Trillion berlindung disebalik yayasan hak asasi manusia spt NED, ICG dan lain2 sedang memberi sokongan pada Ambiga dan PR seperti pergerakan BERSIH kononnya untuk menegakkan keadilan. So berhati-hatilah. 


1 comment:

  1. tergelak aku baca dekat ayat
    Mereka kutip sikit dari janakuasa punya income, lepas tu mintak tax...selamba je...
    haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this