Friday, 18 May 2012

Cina DAP Cuba Burukkan Agama Islam







Ada seorang Cina DAP cuba memburukkan Islam dengan menggunakan video ini bahawa Islam adalah sama macam Nazi. Jawapan saya mudah je menyebabkan dia lari dan ban saya dari wall dia. Jawapan dia mudah, video ini adalah propaganda dari Goebbels untuk memenangi hati umat Islam supaya menyokong General Rommel di Tobruk untuk bergerak ke Russia melalui Arab dan Iran sambil mendapatkan sumber minyak. Pada masa yang sama, British adalah empayar yang dibenci oleh umat Islam ketika itu dan Nazi ingin mengambil kesempatan. Tetapi Nazi GAGAL dapat sokongan orang Islam sepenuhnya kerana 3 sebab utama. Bukan sebab umat Islam terpaksa tunduk pada British. Ok baca 3 sebab ini.




Sebab PERTAMA : Ideologi Nazi iaitu mengenai bangsa Aryan adalah bangsa yang mulia dan bangsa lain adalah sub-human adalah SUATU PENGHINAAN TERHADAP UMAT ISLAM!! Memandangkan Nabi2 umat Islam banyak terdiri dari kaum Yahudi seperti Isa dan Nabi Muhammad SAW adalah dari bangsa Arab. Inilah dia sebab utama Nazi German tidak mendapat sokongan majoriti umat Islam. Turki iaitu sekutu German, sekian lama pun tak mahu sokong. Vide dari Harun Yahya Turki menjelaskan segala-segalanya.




Sebab KEDUA : Sekutu Axis iaitu Facist Musolini Itali telah membunuh karakter umat Islam ketika itu iaitu IMAM OMAR MUKHTAR atau lebih dikenali sebagai Lion of the Desert. Pembunuhan orang penting telah membangkitkan kemarahan umat Islam khususnya terhadap Axis dan akhirnya Nazi / Itali kehilangan Tunisia dan Libya. 
Saya baru je bagi 2 sebab, si Cina DAP tu terkial-kial ubah topik, siap bagi tahu umat Islam menekan dan membunuh kaum Yahudi di Syria, Tunisia, Algeria dan Morocco ketika itu. Jawapan saya mudah, siapa yang kontrol Algeria, Syria, Tunisia, Morocco ketika itu? Ia adalah di bawah pemerintahan Petain, Laval dan Daland dari regim Vichy Perancis yang melaksanakan undang2 perkauman. Semua negara tu masih koloni Vichy Perancis dan regim Vichy Perancis bersekongkol dengan Nazi. 

Ok, ini sebab ketiga yang menyebabkan umat Islam tak menyokong Nazi walaupun Nazi memberi janji manis pada orang Islam untuk bebaskan Palestin - Selepas tentera Nazi menjajah Perancis, Nazi telah menyeksa 4,000 tentera Afrika  beragama Islam di bawah tentera Perancis ketika itu, dan Nazi telah membuat satu paparan di TV Nasionalnya. Di dalam paparan tersebut, mereka telah memberi daging kambing mentah kepada askar2 Afrika Islam tersebut, dan akibat kelaparan, mereka memakannya dan ini ditunjukkan di TV Nasional German ketika itu. Mereka (Nazi) menjustifikasikan sikap tentera2 ini sebgaia barbaric dan mereka harus dibersihkan dari muka bumi ini. Kemudian 4,000 tentera ini ditembak. Perkara ini telah menyebabkan kemarahan sebahagian besar umat Islam ketika itu. Ia ada dalam dokumentari National Geographic mengenai propaganda2 Nazi pasal perkauman di negara mereka ketika itu. 

So kesimpulannya, 3 sebab kenapa umat Islam majoritinya tidak menyokong Nazi pada WW2 walaupun umat Islam benci British, dan Nazi janji nak bagi balik Palestin pada orang Islam ;
1. Ideologi perkauman Nazi menghina Nabi2 umat Islam yang berbangsa Yahudi dan termasuk Nabi Muhammad juga memandangkan Nabi berbangsa Arab.
2. Pembunuhan salah seorang pemimpin penting umat Islam ketika itu iaitu Omar Mukhtar.
3. Penyiksaan dan penghinaan terhadap 4,000 tentera Afrika Islam di bawah Perancis dalam TV Nasional German ketika itu. 

Setelah Nazi gagal mempengaruhi umat Islam di Arab untuk menyebelahi mereka, mereka cuba mempengaruhi umat Islam di Eropah Timur terutamanya yang ada unsur Aryan iaitu Bosnia dan Kossack. Memandangkan mereka ni tertekan di bawah Stalin, ia menjadi mudah untuk mempengaruhi dan temberang bangsa Aryan telah berjaya mempengaruhi 2 kaum orang Islam ni. Bukan setakat tu je, penduduk2 Kristian di Kiev Ukraine pun terpengaruh, maklumlah sebab faktor Aryan dan benci pada Stalin.

Macamana Bosnia boleh berminat join Nazi? 2 sebab je, pertama, mereka ni ada unsur Aryan. Kedua, mereka ni tertekan  di bawah kuku besi Stalin. Motivasi yang mudah untuk dipengaruhi. Perlu diingat, orang Islam ni banyak kaum, iaitu Arab, Yahudi, Afrika, Cina dan lain2. Kenapa mereka ni tak berminat? Kenapa mereka lebih minat ikut British berbanding Nazi? 

Memang ada orang Arab ikut Wehrmacht dan tak ramai, tapi mereka tak ikut SS. SS dan Wehrmacht adalah dua entiti berbeza. Wehrmacht memang tidak berminat nak ikut doktrin Nazi tetapi SS memang gila dan fanatik. Wehrmacht Afrika Korp yang diketuai oleh Rommel secara terbuka tidak mahu mengikuti doktrin Nazi. Itulah yang menarik sebilangan kecil Arab untuk ikut Rommel maklumlah sebab Rommel lawan Montgomery. Dan akibat tidak mahu mengikut Doktrin Nazi dan disyaki terlibat dalam plot untuk membunuh Hitler iaitu operasi Valkryie, Rommel dipanggil pulang ke Jerman dan diarahkan untuk bunuh diri. Rommel hingga ke hari ni dianggap hero oleh seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this