Saturday, 10 November 2012

Persamaan Osama Laden dengan PAS


Ramai orang bertanya pendapat saya mengenai Osama Laden. 





Fakta : Osama Laden adalah bekas agen CIA yang menjadi aset penting semasa Perang Dingin antara blok barat vs komunis. Tugas2 Osama lebih fokus kepada menggunakan sentiment popular iaitu Islam, dengan mengucar - kacirkan mana2 negara Islam yang tidak sebulu dengan US/Barat semasa Perang Dingin. Islam digunakan sebagai pendapat umum. Selepas tahun 1991 dengan kejatuhan USSR, ramai agen2 perang dingin telah diberi "Burn Notice" termasuk Osama. 

 Hampir kesemua agensi2 perisikan dunia telah mengesahkan Osama Laden adalah agen CIA. Salah seorangnya Fidel Castro. Baca sini. 

Apa itu "Burn Notice"? 


 "A burn notice is an official statement issued by one intelligence agency to other agencies. It states that an individual or a group is unreliable for one or more reasons. This is essentially a directive for the recipient to disregard or "burn" all information derived from that individual or group."  

Ramai agen2 ni samada dibunuh atau dipaksa bersara tanpa ada apa2 hubungan dengan kerajaan mereka.

Selepas tahun 1991 iaitu selepas tamatnya Perang Dingin, Osama Laden bukan seorang saja yang mendapat "Burn Notice" dari CIA, tetapi ratusan ribu lagi agen2 yang bekerja dengan CIA semasa Perang DIngin. Ini dikatakan satu program "tutup buku" oleh CIA memandangkan CIA dah mempunyai hubungan diplomatik dengan negara2 bekas Soviet dan negara2 sebelum ni yang bersaing dengan pengaruh komunis. 

Bukan Osama Laden je yang menentang balik majikan mereka (CIA), tapi ramai lagi iaitu setelah mendapat istilah "Burn Notice" dari majikan mereka. Cuma Osama Laden ni famous sikit sebab dia gunakan "sentiment popular" iaitu Islam, untuk justifikasikan penentangan seperti yang Osama belajar dari majikan mereka. Isu Osama dengan bekas majikan beliau bermula selepas tahun 1989 iaitu "ketua" atau inspirasi asal idea Al-Qaeda, Abdullah Yusuf Azzam telah dibunuh oleh Covert Ops yang tidak dikenali.


Realitinya, ramai jugak agen2 CIA sendiri yang seangkatan dengan Osama bersimpati dengan Osama Laden, maklumlah mereka ni berjuang sekali semasa Perang Dingin. Mereka mungkin sedih sebab Osama sangat dedikasi tetapi jasanya kepada US/Barat terutamanya CIA dibalas dengan tuba. Salah seorangnya ialah penulis buku “My Jihad” bernama Aukai Collins sebagai Covert Ops yang berjuang dengan pejuang Islam Chechen. Si Aukai Collins ni pun kena "Burn Notice" gak apabila lokasi2 strategiknya telah dibocorkan kepada Spetnaz Russia memandangkan Amerika memulihkan hubungan diplomatik dengan Russia dan Azerbaijan. Cuma bezanya, Aukai Collins ni tak melawan balik macam Osama sebab beliau tidak bersetuju dengan cara Osama nak balas dendam. 




Realiti dan fakta, agensi2 perisikan US dah tahu lebih awal mengenai 9/11 semenjak tahun 1998 lagi, di mana mereka dah lama monitor dah puak2 pengganas ni, tapi saje je tak ambik tindakan ;

"An FBI informant named Aukai Collins claims he told the FBI about Hanjour's activities during 1998, giving them Hanjour's name and phone number, and warning them that more and more foreign-born Muslims seem to be taking flying lessons."

Kesimpulannya, Osama Laden hanyalah seorang bekas agen CIA yang marah kepada bekas majikannya. Dan Osama menggunakan pengetahuan2nya semasa beliau di CIA untuk membalas dendam sampai berjaya mempengaruhi ramai umat Islam. Dan impak negatifnya, US berjaya mengambil peluang menjajah 2 negara Islam kerana menggunakan nama Osama Laden, walhal pada suatu ketika Osama dan Taliban/AlQaeda ni adalah hero kepada US. Jika Osama ditangkap hidup2 baru kita akan tahu apa rahsia sebenar, tapi sayang, US dah "close book" dengan letak peluru di kepala. 

Bila dan di mana Osama mula menjadi CIA Agent? Iaitu pada 1979, apabila CIA melancarkan satu program rahsia yang dinamakan Operation Cyclone, iaitu operasi rahsia termahal dalam sejarah CIA. Ramai yang terlibat sebenarnya seperti ISI, MI6. Dan hasil daripada operasi ni lahirnya Taliban, Osama, AlQaeda dan macam2 organisasi pengganas Islam yang kita kenal hari ni. Yayasan demokrasi barat ni memang dah "front" CIA gak. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this