Tuesday 13 March 2012

Kenapa Malaysia Terpaksa Ikut Harga Minyak Pasaran Dunia?? (Bhgn 2)



 


 

Harga minyak dunia ditentukan oleh 2 organisasi iaitu New York Mercantile Exchange (NYMEX) dan Intercontinental Exchange (ICE)  Mereka mengawal harga minyak semenjak 1920an lagi. Memang ada cubaan untuk memecah monopoli mereka iaitu sebanyak 2 kali. Pertama pada 1960, Shah Iran menubuhkan OPEC untuk pecah kawalan 2 organisasi ini, tetapi gagal selepas Shah Iran dijatuhkan. Selepas itu, OPEC menjadi kawalan NYMEX dan ICE. Kali kedua pada 2008, ada pakatan antara Russia, China, Iran, Venezuela dan negara Arab lain untuk pecahkan kawalan NYMEX dan ICE, tetapi gagal pada 2011 setelah revolusi berlaku di Tanah Arab baru2 ini. 


Rujukan untuk harga minyak ada dua iaitu, WTI / Light Crude yang didagangkan di NYMEX dan Brent yang didagangkan di ICE. Kita di Asia ini selalunya merujuk kepada Brent.


Selalunya apa yang kita nampak pasal industri minyak ini ialah syarikat minyak mcm Shell, Mobil, Petronas dan lain2, pelantar minyak, kapal bawak minyak, pengaruh kerajaan dan lain2. Itu hanya sebahagian. Yang kita tak nampak. Yang berpengaruh dalam bahagian kewangan di belakang ialah NYMEX dan ICE. Institusi2 kewangan antarabangsa ini jugak di belakang World Bank, Asia Development Bank dan lain2 iaitu sumber negara2 di dunia meminjam duit untuk pembangunan negara. Ini menyebabkan mereka sangat berpengaruh dalam menentukan harga minyak.


Macamana institusi2 kewangan di belakang NYMEX dan ICE ni boleh jadi pengaruh besar di dalam penentuan harga minyak dunia? Ok, sebelum kawasan minyak itu digali / teroka, mereka menjadi pelabur untuk kawasan2 tersebut. Dan untuk mengembalikan keuntungan pelaburan, mereka dagangkan tempat yang belum diteroka / gali ini sebagai stok untuk masa hadapan. Konsep ini dipanggil sebagai FUTURE CONTRACTS. Oleh itu kesemua negara pengguna minyak "beli balik" dari mereka untuk menjamin stok minyak masa hadapan dalam negara mereka, termasuklah negara pengeluar minyak juga sebab merekalah pelabur untuk kawasan2 yang belum diteroka /g ali tu. Korang ingat Petronas, Aramco Arab Saudi dan lain2 tu terus kaya ke pada peringkat awal?


Untuk penerangan / rujukan lebih lanjut, boleh baca sejarah dan peranan organisasi seperti New York Mercantile Exchange (NYMEX), Intercontinental Exchange (ICE), Dubai Mercantile Exchange (DBE), OPEC. Boleh juga baca mengenai FUTURE CONTRACTS di mana institusi2 kewangan antarabangsa membeli kawasan minyak yang belum diteroka, 10/20 tahun lebih awal dan dagangkan sebagai stok masa hadapan. Dan negara2 pengguna dan pengeluar minyak "beli balik" dari mereka untuk menjamin stok masa hadapan dalam negara mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this