Ada mangkok PR bagitau saya Singapore bagus sebab takde ISA, ya ka? Sebenarnya Singapore ada ISA, dan mengikut perbandingan, Singapore guna ISA untuk tahan ahli politik pembangkang lebih ramai dari Malaysia. Padanlah takde org berani nak buat demonstrasi kat SIngapore.
Malaysia - 124, Singapore - 145. Walhal penduduk Singapore jauh lebih kecil dari Malaysia. Kalau ikut statistik dari segi purata penduduk di Malaysia potensi untuk masuk ISA ialah 0.00045% dan Singapore ialah 0.0029%. Kesannya, parti pembangkang mereka Barisan Sosialis tutup kedai pada 1988. Padanlah takde orang berani buat demonstrasi kat Singapore.
Lagi best kat Singapura, negara yang dipuji pemimpin PR ni letak tahanan politik mereka ada selama 17 tahun dan ada sampai 32 tahun. Lagi steady dari Malaysia. Padanlah pemimpin PR puji. Patut kita buat mcm Singapura, sumbat terus lama-lama. Lagi satu la, yang murah hati sangat Malaysia ni, tak salah aku, kalau depa salah tangkap orang yang masuk ISA tu, dapat pampasan RM 2 juta. Instant millionaire. Negara lain aku tak tau ada ka tak.
Kes keselamatan tiada compromise, keselamatan negara bukan kerja amal. Dalam dunia ni ada 2 cara, Pertama : negara yang amalkan ISA iaitu menahan tanpa soal jawab, Kedua : negara yang tidak amalkan ISA seperti US, UK, Thailand dan lain2, mereka amalkan bunuh tanpa soal jawab.
Nak tahu sejarah undang2 Bunuh Tanpa Undang2 yang diamalkan di US, UK, Eropah dan negara lain yang takde ISA dan negara2 amalkan ISA iaitu Tahan Tanpa Undang2 datang dari mana? Dari kesilapan demokrasi dan kesilapan hak bersuara.
Kesilapannya adalah Hitler. Hitler naik sebab demokrasi dan hak bersuara dan turut berjaya manipulasi undang2 iaitu mahkamah. Dan akibat itu kesan WW2 yang mengakibatkan berpuluh juta nyawa melayang. Selepas itu undang2 macam ni diperkenalkan supaya kesilapan begini tidak berulang kembali. Ada dua jenis iaitu Bunuh Tanpa Undang2 dan Tahan Tanpa Undang2 (ISA).
ISA kita dah cukup ok dah, cukup baik dah. Kalau silap siap dapat pampasan lagi. Negara lain ada? Tau tak semua negara2 Islam yang ikut undang2 Islamlah depa laksanakan Bunuh Tanpa Mahkamah, contoh Iran, cukup intelligence, peluru kat kepala terus. Taliban Afghanistan lagi steady, tak payah intelligence pun, tengok lepak ngan askar US ka nampak curiga ka, pancung terus.
Sebab hak asasi manusialah, sebab hak asasi bersuaralah, sebab demokrasilah, sebab mahkamahlah orang2 seperti Hitler, Pol Pot, Lenin, Mussolini jadi berkuasa dan akibatkan beratus juta org mati tau. Itulah sebab risiko untuk keselamatan tak boleh kompromi itulah sebab undang2 macam ni diperkenalkan.
ISA atau Bunuh Tanpa Bicara adalah senapang untuk keamanan dan pada masa boleh jadi utk kekejaman. Tapi bila kita ke mahkamah kita tidak akan bicarakan senapang itu, tapi kita akan bicarakan siapa yang memicit picu senapang tersebut.
Macamana pihak keselamatan Islam masa zaman Khalifah Ar-Rasyidin uruskan situasi nabi palsu Musailamah al-Kadzab? Apa tindakan pihak keselamatan Islam masa tu?
A. tahan dulu utk menghentikan dakyahnya dari terus sampai kepada ummah, atau
B. tunggu masa bicara dulu, dan pada masa yang sama Musailamah boleh sampaikan dakyah.
"Seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan dia bersalah" - Frasa ni datang dari negara Amerika negara, yang memperjuangkan hak asasi manusia dan negara ni takde ISA. Ok soalan kedua, kalau mcm tu kenapa dalam National Security Act Amerika Syarikat wujud satu akta iaitu Executive Orders yang boleh digunakan oleh Presiden US iaitu salah satunya BUNUH TANPA BICARA. Executive Order ini digunakan dari zaman Presiden Roosevelt sehingga Presiden Obama. Islam zaman Khalifah Ar-Rasyidin sangat menitik beratkan HAK ASASI BERSUARA. Dan Musailamah mengunakan hak dia utk bersuara. So macamana pihak keselamatan Islam Khalifah Rasyidin handle situasi mcm ni? British banyak berubah dari feudal semenjak jumpa dengan tamadun Islam masa perang salib ke-3 iaitu zaman Salehuddin Ayubbi.
Tentera Islam perang dengan Musailamah, 700 mati syahid. Maksud saya sebelum tu, Di Madinah. Nama penting Ikrimah.
Musaylamah, Sajah bint al-Harith ibn Suaeed, Aswad Ansi, Tulayha ibn Khuwaylid ibn Nawfal al-Asadi, mereka semua ni ada satu persamaan. Mereka semua ni menggugat keselamatan dan keamanan negara Islam, mengugat kepimpinan sah Islam dengan mengaku merekalah patut jadi pemimpin / nabi, membuat huru-hara (demonstrasi), tidak menghormati undang2 sedia ada. Tanpa perlu bicara, setelah ada bukti, arahan dikeluarkan dari pimpinan Islam untuk hentikan semua kacau bilau ni, iaitu bunuh atau bertaubat masuk Islam balik. Kata kunci dari situasi ini : Tanpa perlu bicara. Memang betul nabi palsu memang perlu ditentang. Tapi pada masa yang sama undang-undang dan keadilan perlu ditegakkan jugak. So bagi tahu kenapa berbeza, Nabi palsu Musailamah tiada perbicaraan untuk dia tapi Nabi Palsu Isa al Asfahani ada perbicaraan untuk dia. Dua2 nabi palsu beb.
Setahu aku ada 21 kes nabi palsu yang sangat serius. Sebahagiannya dibicarakan dan sebahagiannya tiada perbicaraan. Kenapa berbeza? Untuk pengetahuan, Musailamah bukan setakat mengaku sebagai nabi palsu, dia juga mengugat keselamatan negara Islam. Antaranya dia menghantar surat kepada Nabi Muhammad SAW dan memaksa Nabi membelah dua tanah / negara Islam kepada dua di mana separuhnya dia jadi ketua. Walhal pimpinan yang sah sudah sedia ada. Dia menyalahgunakan kebebasan hak bersuara menyebarkan ideology / propaganda / dakyah yang sangat merbahaya sampai memecahbelahkan umat yang amat serius di wilayah Yamamah, Musaylamah mengancam keselamatan pasukan keselamatan Islam yang dikepalai oleh Ikrimah. Maka secara automatik Musaylamah, Tulayha, Sajat (Isteri) yang mengugat keamanan Madinah menjadi CLEAR AND PRESENT DANGER. Abu Bakar As Siddiq tiada pilihan lain membuat keputusan yang sukar iaitu TANPA BICARA iaitu BUNUH atau BERTAUBAT. Hasil Akhir, Musaylamah dibunuh Wahsyi, Tulayha dan Sajat bertaubat. Itulah perbezaannya.
Khalifah Ar-Rasyidin ialah bukan jenis orang2 yang nak terus berperang dan mereka juga sangat pentingkan undang2 dan perbicaraan untuk setiap rakyat di bawah tanggungjawab mereka, sebab itulah janji mereka. Tetapi masalah yang dibawa oleh rakyat mereka sendiri iaitu Musaylamah, Tulaiha dan Sajat adalah sangat serius kepada keselamatan negara, maka untuk mereka tidak perlu perbicaraan lagi. Apa yang updated ISA selepas perang dunia ke -2? BUNUH TANPA BICARA. Undang2 ini diperkenalkan UK, US dan negara Eropah lain yang menghapuskan ISA iaitu TAHANAN TANPA BICARA. Contoh US ada Executive Order Act yang membolehkan mereka untuk membunuh tanpa bicara dan UK pula melalui Intelligence Service Act yang memberi immuniti dari dakwaan membunuh kepada pegawai kerajaan yang melaksanakan pembunuhan.
Kenapa Barat memilih BUNUH TANPA BICARA dari ISA? Antara sebabnya BUNUH TANPA BICARA ni lebih murah, pantas, efektif dan bebas dari kecaman media dan salah faham penduduk. Ia banyak dilaksanakan semasa perang dingin. TAHANAN TANPA BICARA memakan kos yang lebih tinggi seperti maintain penjara dan pegawai, proses yang panjang dan risiko kecaman dari media dan penduduk. Contoh terbaik Presiden Obama memilih untuk menutup Guantanamo Bay yang menahan tanpa bicara kerana banyak kontroversi. 6 bulan selepas itu, Presiden Obama menandatangi Executive Order baru untuk BUNUH TANPA BICARA (tak pening kepala nak handle media).
Bacaan tambahan - http://stevenbradley.blogspot.com/2010/04/executive-order-patriot-acts-part-iii.html
No comments:
Post a Comment