Wednesday 21 December 2011

Imej Anwar Makin Buruk bila Imej Tun M Kekal Baik





Saya boleh agak sebab apa Anwar Ibrahim menyerang Tun Mahathir walaupun Tun dah pencen. Sebab nama Tun telah menjadi terlalu harum diluar negara semenjak akhir2 ini. Ada 4 sebab penting iaitu ;

 1.Indonesia telah u-turn dari IMF pada 2005
Pada hari pertama Susilo berkuasa, antara rancangan awal dia adalah mengeluarkan IMF, dan semenjak 2005, polisi2 ekonomi semuanya u-turn daripada IMF yang asal pada 1997. Mereka telah sedar tindakan mengambil IMF 1997 adalah suatu kesilapan. Dan pada 2010, akhirnya Indonesia telah berjaya memperkemaskan ekonomi mereka hasil U-turn dari IMF. Dan di dalam surat khabar Indonesia ini telah memuji tindakan Tun Mahathir pada 1997 dan terselit perli terhadap Anwar Ibrahim.




2.Pemberontakan di World Bank pada 2007 yang menyebabkan rakan baik Anwar dipecat iaitu Paul Wolfowitz.
Pada 2007 Dunia Kewangan telah dikejutkan dengan pemecatan Paul Wolfowitz dengan UNDI TIDAK PERCAYA yang terbesar dalam sejarah Bank Dunia. Alasannya sebab Girlfriend dan penipuan WMD di Iraq. Tapi realitinya kesemua negara2 Asia Tenggara yang meminjam IMF tidak puas hati dengan hasil 10 tahun IMF 1997. Yang paling mengejutkan dengarnya Malaysia, Korea Selatan dan Indonesia turut terlibat dalam pakatan besaran2 utk memecat Wolfowitz. Maklumlah Indonesia dan Korea Selatan ni memang pro Wolfowitz sblm ni, nampaknya tidak lagi hahaha.





3.Selepas Paul Wolfowitz dipecat, World Bank dan IMF distruktur kembali, dan semua negara2 yang ambik IMF 1997 telah U-turn kepada cara Malaysia 1997
Selepas Paul Wolfowitz dipecat 2007, Anwar sudah kehilangan "kaki" utama dalam Bank Dunia. Dan seperti biasa bos baru masuk IMF dan Bank Dunia di struktur kembali ikut bos baru la. Dan pada 2010, Pengarah World Bank telah datang ke Malaysia dan memuji tindakan Tun Mahathir mengenai Capital Control, seolah-olah macam Tribute kepada Tun dan Konsep Capital Control telah dicadangkan oleh Pengarah tersebut utk dilaksanakan seluruh Asia.




4.Pada 2010, Wakil dari World Bank memuji tindakan Mahathir
Perkara2 ini cukup memalukan Anwar Ibrahim, so kena taichi sikitla kat Mahathir kan. Ni adalah sesuatu yang sangat menyakitkan hati Anwar, ni saya rasalaa. Dimana IMF sendiri memuji Tun Mahathir atas tindakannya pada 1997!! Kalau aku jadi Anwar aku pun panas, aku dok angkat IMF pada 1997, IMF puji lak Tun Mahathir. Hahahaha -Mahathir was right, says IMF.





Bagi sayalaa, kejayaan menyelamatkan ekonomi Malaysia bukan setakat terletak atas bahu Tun Mahathir saja. Tetapi berkat doa2 rakyat Malaysia jugak. Alhamdullilah selamat kita, amin. Ini hanya teori saya. Tapi kebenarannya dan kronologi of event ada. Korang bayangkanlah apabila cadangan Anwar dibuktikan silap, lepas tu negara2 sekeliling yang ambik IMF 1997 mula U-turn, dan pada masa yang sama kawan baik Paul Wolfowitz dipecat pulak, lepas tu tambah lagi pujian2 dari kawan sendiri seperti IMF dan WB kepada Tun Mahathir, lepas tu tambah lagi US sendiri pun pakai teknik sama Malaysia 1997 untuk selamatkan ekonomi US, so apa jadi kepada imej Anwar dalam dunia ekonomi antarabangsa dan Malaysia?? Anwar jadi bahan ketawa. So bila Anwar dah jadi bahan ketawa dalam dunia ekonomi, Anwar kena buat sesuatu untuk bersihkan imej itu. Tapi saya paling suka part Pemberontakan dalam World Bank tu, memang pakatan2 besaran nak pecat kawan baik Anwar iaitu Paul Wolfowitz pada 2007. Memang konspirasi.

1 comment:

  1. ini baru btul konspirasi....konspirasi utk menjatuhkan saya bak kata anwar ibrahim
    kelakar lah amat....agaknya berapa ar komisyen dia dapat kalau mahathir ambil imf...lps tu dgn senang dia akan salah kan mahathir pada tahun 1998 kerana belenggu hutang sekiranya pada tahun 1997 negara mengambil imf

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this