Lihatlah anak2 bukan Melayu tekun belajar, mendapat result CGPA 4.00 tetapi tidak layak mendapat bantuan kewangan untuk belajar dari kerajaan. Tetapi anak melayu seperti Adam setakat dapat CGPA ala kadar je, buang masa dengan benda2 merapu boleh pulak dapat bantuan kewangan belajar dari kerajaan. Ini akan jadi modal DAP untuk menunjukkan ketidakadilan kerajaan dalam pemberian bantuan kewangan kepada semua pelajar Malaysia.
CGPA pun 2.5 je
Aktiviti2 merusuh pelajar2 Melayu seperti Adam termasuklah merempit tetapi boleh dapat bantuan kewangan belajar dari kerajaan telah menjadi modal kepada DAP semenjak 2008 utk push pemberian sama rata bantuan kewangan berdasarkan pencapaian tanpa mengira kaum. Maklumlah pelajar2 bukan Melayu tak terlibat benda2 mcm ni, tekun belajar, dapat result CGPA 4.0 tapi tak dapat bantuan. Ini justifikasi yang cukup baik bagi DAP
Cuba korang tanya si Adam ni, CGPA dia berapa? ada 4.0? Tengok muka dengan perangai je aku dah tau memang takde. Tapi dapat bantuan kewangan. Cuba korang tanya pelajar bukan melayu, diorang punya CGPA berapa? Gerenti average 3.67 tapi takde bantuan kewangan. So korang fikirlah, apa pelajar2 bukan Melayu fikir? Ini tidak adil kepada mereka.
Masuk je mana2 wall discussion neutral Cina yang tak kutuk kerajaan, diorang pun banyak mengeluh pasal perkara ni. Anak2 Melayu result universiti tak bagus sebab malas dan buang masa, dapat bantuan tapi anak saya tekun belajar 3 semester berturut turut dapat anugerah dekan, tak dapat bantuan. Lama kelamaan kerajaan terpaksa mendengar keluhan mereka tau, sebab dah memang benar pun, lihatlah si Adam dalam video ;
Tugas ASPIRASI sekarang tak perlu nak tunjuk sokong Najib, buat kempen kepada semua pelajar Melayu dengan membuktikan pelajar Melayu layak dapat bantuan kerajaan atas kemampuan mereka bukannya identiti kaum mereka. Mulai hari ni minimum CGPA 3.67. Bersihkan tanggapan negatif kaum lain terhadap pelajar Melayu, dimana setakat CGPA ala kadar lepas tu buat perangai tak senonoh dan malas belajar macam si Adam tu tapi boleh dapat bantuan. Tapi bila pelajar bukan melayu tekun belajar, dapat CGPA 4.0 tak boleh dapat bantuan sebab mereka bukan Melayu.
Cuba korang pikir ada jugak pelajar2 bukan Melayu pun sokong kerajaan tapi result CGPA 4.0 takde bantuan kerajaan, yang si Adam Adli ni pun sokong pembangkang dahlah tu CGPA ala kadar je. Tapi Adli boleh lak dapat bantuan kewangan belajar dari kerajaan. Macam mana tu??? Macam mana kita ni yang penyokong Kerajaan nak jawab??
No comments:
Post a Comment