Monday, 19 December 2011

Bank Dunia mahu “KEPAKARAN” Anwar Ibrahim







 “The Jerusalem Posts (Jewish Newspaper) says that it was Anwar as Finance Minister the reason Malaysia have unprecedented economic prosperity and growth.”

Begitu baiknya Wolfowitz dengan Anwar sehingga Anwar yang berkelulusan General Degree UM pun boleh dilantik sebagai Penasihat Bank Dunia. ”Kebijaksanaan” Anwar ini akan bankrapkan mat saleh ni semua sampai tinggal seluar dalam. Lepas dah bankrap, bolehlah Islamic Development Bank (IDB) ambil alih, amacam?

Mari kita baca ulasan “Penasihat Bank Dunia” ini terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun 2009 ;

”Pengumuman pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 4.5% bagi suku terakhir 2009 merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh kerajaan kerana ia merupakan hasil suntikan rangsangan ekonomi,”  kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu juga dibuat terlalu awal memandangkan kesan daripada pakej rangsangan ekonomi itu hanyalah reaksi sementara dan tidak dapat dilakukan secara berterusan. ”Oleh sebab itu, saya amat khuatir kerana kaedah pergantungan yang berterusan kepada perbelanjaan kerajaan secara besar – besaran seperti yang diamalkan Barisan Nasional, akan membawa kita ke kancah permasalahan ekonomi yang sangat serius. Saat apabila ekonomi negara yang kini retak akan terbelah dan berkecai sebenarnya sudah hampir tiba”, katanya lagi dalam kenyataan medianya hari ini.

”Mengambil kira kesan inflasi, maknanya di antara tahun 2005 sehingga 2008, pelaburan individu dan swasta kekal tidak berkembang pada tahap RM20.3 billion setiap tahun. Jumlah ini adalah lebih rendah dari jumlah pelaburan individu dan swasta semasa saya mula2 menjadi Menteri Kewangan dalam tahun 1991, iaitu hampir 20 tahun lalu” katanya lagi.


 "Rangsangan ekonomi oleh Najib adalah rekayasa yang tidak bertanggungjawab sama sekali. Ianya juga adalah propaganda, provokasi, iluminasi dan tidak relevan bagi rakyat Malaysia. Tuan2 dengaqlah cakap saya, pasai saya sorang jaa tau pasai ekonomi, tuan2 tak tau apa"


Realitinya, ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 8.5% dari 1987 dan bukannya 10% dari 1991. Mula merosot pada 1997 di waktu Anwar sebagai Menteri Kewangan melaksanakan ”ubat” IMF tanpa IMF. Memang Anwar ditangkap semasa krisis hampir berakhir. Kerana kegagalannya, MTEN ditubuh untuk mengambil alih tugas memulih kewangan dan ekonomi negara, jauh sebelum dia ditangkap. Untuk menjadi Perdana Menteri pada hari ini, memerlukan rekod yang baik, terutamanya dalam ekonomi.
Jadi adakah ekonomi negara kita telah pulih selepas Anwar dikeluarkan dari Kementerian kewangan?

 Could anyone prove to me this justification or just simply list down the economic policies that Anwar introduced during his time in MOF?

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this