Monday, 8 October 2012

Betul ke Malaysia Berdagang dengan Israel??


Isu mainan pembangkang : Koleksi kapal Israel yang datang ke Malaysia





Kalau nak menipu pasal industri perkapalan, pastikan tiada professional dalam bidang perkapalan dalam dunia cyber. Sekarang ni aku nak tanya, bagi aku 1 je, kapal ni semua Port On Call atau asal Port Authority mereka dari pelabuhan Israel? Kalau setakat nak kecoh pasal pemilikan, semua syarikat2 perkapalan antrabangsa termasuk Maersk Sealand ada pemilikan pelabur Yahudi :D

Dari gambar ni je aku tahu pembangkang ni kaki tipu. Sejak bila air laut kat pelabuhan2 Malaysia, terutamanya Port Klang ni jernih oii? Warna kren pun tak betul, apa daa. Ntah port mana punya gamabaq ni depa cekup .. hehehe.

Hangpa boleh check NOTICE TO MARINES untuk info port on call dan kalau boleh manifest diorang, betui ka Malaysia berdagang dengan Israel? Kalau pasai ownership kapal, semua syarikat2 besar antarabangsa ada pelabur Yahudi/Israel, kecualilah syarikat2 milik GLC seperti COSCO, MISC.Nak cari “Notice to Mariners” ni senang je, pergi Jabatan Laut Malaysia punya website, email diorang pasai detail kapal movement, diorang bagilah info. Bukan susah, tak sampai pun 10 minit. Lagi satu cara senang, setiap kapal kalau nak berlabuh di mana2 pelabuhan di Malaysia, mesti ada kebenaran berlabuh dan kebenaran berlayar. Click je mana2 pelabuhan, wujud tak kapal Israel yang pembangkang duk konar tu? Hehehe … aku check takdak pun :P 

Notice to Mariners, Kebenaran Berlayar dan Kebenaran Berlabuh adalah informasi antrabangsa untuk rekod keselamatan / perjalanan kapal di laut antrabangsa, mana boleh sorok kalau kapal tu dah set ETD dan ETAnya … HAHAHAHA … lain la manifest. Mana boleh pandai2 tukar, nanti syarikat insurance tak mau bayaq kalau ada masalah. Lagi satu, port persinggahan mesti nak report tu jugak.

Pikir logikla, kapal Israel mestilah lebih minat Pelabuhan Singapura, sebab lebih canggih dan lebih dalam, lebih cepat. Bukan jauh pun dari Malaysia, yang tu pun tak boleh pikiaq kaa .. Takdelaa nak pening kepala nak layan rakyat Malaysia yang anti Israel, apa daa. Ingat kapal Israel tu nak pening kepala dan rugi sebab lambat hantar barang, nak layan karenah rakyat Malaysia yang anti Israel? Kalaulah kerajan Malaysia jemput pun, diorang takkan datang punyalah. Macam kita jugak, kita nak hantaq kapal ke Israel yang rakyatnya ramai tak suka Islam? Buat lambat dan pening kepala je, baik terus ikut Terusan Suez. Pikiaq logik laa .. 

Ni dia database dari Port Authority Singapore. Berjuta kapal Israel berlabuh kat Singapore, type je nama kapal Israel tu, lepas tu dapatlah info yang hangpa nak, kapal dari mana, di mana, nak ke mana. Dari berjuta kapal tu, bagi aku satu je kapal Israel yang pernah berlabuh / berdagang di Malaysia. Takkanlah Singapore Port nak sorok jugak kot .. hehehe …



Port Authority mana yang pembangkang nak untuk cari bukti? Indon? Singapore? Malaysia? Australia? Yang kebanyakkannya menggunakan Selat Melaka sebagai laluan, aku boleh bagi link. Semua kapal ada info ETA dan ETDnya. 

Semua kapal ada share dengan Israel, bezanya antara ownership dan akttiviti dagangan. Kalau ownership, memang kapal ni Israel punya. Macam Maersk Sealand dan lain2 kapal, sama je ada shareholder Israel jugak. Diorang ni macam servis logistic laa, sama macam Facebook, ada shareholder Israel gak. Kalau nak kata kapal yang  ownership dia  Israel je berlabuh dah kira berdagang dengan Israel, Iran pun macam tu jugaklah .. hehehe. Semua negara Arab yang boikot Israel pun macam tu jugaklah. Maersk Sealand siap ada ofis lagi tau kat Iran. 



Kapal2 ni bawak barang dagangan, bukan penjual atau berdagang. Diorang ni jalankan aktiviti logistic. Orang Palestin2 yang ambik barang kat pelabuhan Mesir kat Suez tu, barang2 diorang diangkut pakai apa? Pakai kapal2 ni jugaklan, so maknanya orang Palestin pun berdagang dengan Israel jugakla?


Kapal2 yang berlabuh di Malaysia, yang tak pergi Israel adalah kapal milik Malaysia je macam MISC, Petronas, Felda dll. Yang lain semua pergi port Israel, macam K-Line, Maersk Sealand. Dah tu kerja syarikat kapal antarabangsa, bawak barang antara pelabuhan di dunia, itu jaa.
Simple je kalau nak kantoikan yang Malaysia ni berdagang dengan Israel ke tak. Perlukan 3 dokumen ni, cukup senang je nak dapat ;

Port Clearance – data yang tunjuk kapal tu dari mana, di mana dan ke mana,
Crew list – data pelayar2 Israel dengan passport Israel bleh masuk ke Malaysia,
Manifest – data yang menunjukkan barangan dalam kapal tersebut, adakah barang dagangan itu “Made In Israel” atau tidak.

Kalau tak mampu nak bagi 3 dokumen ni, maknanya satu je, PR memang kaki kelentong!

PR sebenarnya bohong kepada semua orang, depa dok ingat semua rakyat Malaysia tak tahu pasal industry ni. Tapi mereka tersilaplah, ramai jugak yang tahu, walaupun mereka bukan orang Umno. Berapa banyak dah PR kantoi menipu .. KIH KIH KIH.

1 comment:

  1. Terbaik lah... lepas ni apa lagi nak dikelentong diorang ni ye~ Kapal Laos mendarat di Malaysia kot (Laos mana ada laut, buat apa kapal?)?!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this