Sunday 6 January 2013

Revolusi Mesir : Bila Marah, Kena Jual



Apa terjadi di Mesir sama dengan negara2 lain yang mengalami revolusi dari tahun 2003, sebab mereka buat keputusan masa tengah marah, macam tulah jadinya. Lepas tu Soros pun ambik peluang kasi kipas sikit, pakai facebook jeee … hihihi. Ingat tak filem P.Ramlee - Tiga Abdul, bila anda marah anda akan DIJUAL keseluruhannya. Sadik Segaraga dengan Tuan Penasihat 20% macam geng2 Soros dan US laa …

 Tuan Penasihat 20%

Apa jadi sekarang? USD 864 juta selama sehari diambil dari rakyat Mesir dan dunia. Itu income dari ilusi revolusi hari ni. DIORANG SIAP OFFER LAGI PORTFOLIO PELABURAN untuk semua orang, ia dipanggil FUTURE CONTRACT - manipulasi masa hadapan melalui krisis. Ianya adalah sah disisi undang2. Ini syarikat yang ada link dengan Soros melalui ICG dan NED. USD 864 JUTA SEHARI WEII!!! Kena rembat oi. Kalau hangpa nak beli saham diorang pun boleh.

 Hari ni revolusi adalah industri. Memang dirancang oleh pihak ketiga dengan  manipulasi kemarahan orang untuk menyahstabilkan suatu negara, supaya boleh membuat keuntungan. Contoh dari artikel ni, pemberontakan rakyat Mesir telah dirancang 3 tahun lebih awal oleh geng2 US dan Soros. 

So, apa kita boleh belajar dari filem Tiga Abdul, terutamanya dari Abdul Wahub, rakyat kena cool, susun elok2, jangan kasi krisis, kalau krisis ANDA AKAN DIJUAL SEPENUHNYA. Yelah, kalau tak krisis mcacmana geng2 Soros (Sadik Segaraga) nak buat untung? 

 Kena jual

Pada 2005, telah berlaku Cedar Revolution di Lebanon. Miripnya sebiji macam Mesir, kononnya kebangkitan rakyat dan organisasi Islam Hezbollah menentang diktator sebelumnya. Sekarang apa dah jadi? Hutang bertimbun, pemimpin bergaduh sama sendiri, terpaksa tanggung kenaikan harga minyak, dan rakyat makin merana dan nganga je. Nampaknya rakyat Lubnan telah ditipu oleh revolusi yang didalangi oleh orang luar seperti Soros+US. Macam cerita Tiga Abdul, buat keputusan bila marah ANDA AKAN DIJUAL KESELURUHANNYA. Apa jadi dengan Lubnan sekarang? 2011 COLLAPSE!!

Bila anda marah, anda akan membuat keputusan yang salah, yang tidak akan membawa apa2 kebaikan kepada diri sendiri. Contohnya buat krisis. FUTURE CONTRACTS pun INCOME paling besar ialah dari KRISIS, dari krisis la diorang main harga. Sekarang ni FUTURE CONTRACT untuk CUACA BURUK pun ada, hangpa boleh check sendiri portfolio di link2 investment yang saya paste tu (CME group), sebab dari cuaca buruk boleh spekulasikan harga makanan dan tanaman, cerdik ek Soros :D

Bila krisis, time tu la diorang up harga minyak, harga minyak tu pun rakyat Mesir kena bayar, mana ada diskaun. Kena rompak buta je. Macamana lak dengan bursa? Time tu mesti harga saham bluechip jatuh, time tulah diorang ni beli buat "FLIPPING", beli harga murah jual harga mahal. ITULAH MAKSUDNYA RAKYAT MESIR SUDAH KENA JUAL  … hehehe …
Ni report Bursa Saham Mesir sudah kena"FLIPPING"  … hahaha ;

“ETF investors scent Egyptian opportunity. Egypt’s stock exchange remained closed on Wednesday amid fighting in Cairo between between supporters and opponents of Hosni Mubarak, the country’s president, but some opportunistic investors have been betting the market will rebound by bidding up the price of an exchange traded fund, the market vectors Egypt ETF, run by Van Eck” 

Nak memberontak boleh kalau niat tu betul, TAPI KENA GUNA OTAKLA. Tuhan bagi otak untuk apa, pikirla. Budak2 Arab, Ikhwanul Muslimin tu takkan tak tau, kalaulah dah memberontak tu mesti ada impak kepada ekonomi, lepas memberontak kenalah cari sumber kewangan atau pinjaman untuk cover dan start up balik ekonomi. Kat luar tu ada banyak pilihan, tapi IMF jugak yang diorang kena sign, apalah kebodohnya. Nasib baiklah kat Malaysia ni tak semua rakyat bodoh nak ikut saranan Anwar tu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this