Tuesday, 8 January 2013

Revolusi dan Reformasi adalah Industri





  

Saya banyak post pasal senario polisi ekonomi, bursa Mesir untuk buktikan penipuan revolusi yang didalangi oleh pihak luar untuk kaut untung. Akhirnya rakyat Mesir tak dapat apa pun, back to square one. Ini sebenarnya pengajaran untuk kita semua, realitinya kita pernah kena tipu dengan reformasi 1997, bila mana kita dok sibuk kat tengah jalan, Bursa Saham dan matawang kita kena sebat dengan geng2 Soros yang mencecah hampir RM 500 billion dalam masa 2-3 tahun. Tapi kita bernasib baik, Tun Mahathir cerdik, kalau tak tepuk dahi dah kita.

Kalau korang nak tahu samada reformasi 1997 tu adalah benar atau hanya penipuan yang didalangi pihak luar untuk kebas duit rakyat Malaysia yang berjumlah ratusan billion, bukaklah sejarah KLSE antara 1995-1997. Baru korang akan sedar kita semua dah kena tipu, nasib baik Tun Mahathir ni bijak pangkah hantu2 dari luar seperti Soros ni supaya jumlah wang yang kita kena tipu ni TAK jadi lebih besar.

Mesir jadi lebih teruk sebab depa TIADA pemimpin seperti Tun Mahathir dan team untuk menyekat wang2 rakyat Mesir terus disebat oleh anasir luar melalui revolusi yang dirancang, very simple. Jikalau pemimpin2 Mesir tidak membuat langkah pencegahan di Bursa/polisi Ekonomi mereka maka anasir2 luar ni akan merancang/provoke lagi untuk bagi rakyat Mesir tunjuk perasaan, maklumlah melalui cara rakyat tunjuk perasaan ni mereka akan buat duit dengan kebas duit dari Bursa sampai kering. 

Kenapa saya kata Mesir akan berlaku lagi tunjuk perasaan? Contohnya lepas tunjuk perasaan nak jatuhkan Mubarak, ada lagi satu tunjuk perasaan Islam vs Kristian, lepas ni akan ada lagi. Sebabnya mudah, inilah sebenarnya FAST CASH anasir2 luar akan kaut untung. Merekalah yang rancang utk sapu lagi. Mereka dengan dengan open card mengatakan ia adalah peluang hehehe. Baca ni. 

Ini rekod di Mesir, mereka dah capai kelesapan/rugi dalam masa sehari di bursa telah mencecah USD 1.68 Billion!!! Woohooo!! Kayalah siapa yang kebas duit rakyat Mesir ni. Padanla syarikat2 Goldman Sachs, Soros ni semua "hijau" je, maklumlah untung besar spekualsi  … hehehe. 

"The Egyptian Stock Exchange seeing its fifth largest daily loss in history, with LE 10 billion, (about USD1.68 billion)" 

Bayangkanlah sendiri, USD 50billion lesap dalam masa 5 hari, Mubarak nak kebas USD 70billion pun ambik masa 30 tahun (tu ntah betul atau tidak). Hosni Mubarak tu siapa (orang US dan Soros jugak) kena ganti dengan Ali Baredei (orang US dan Soros jugak). Hah, rakyat Mesir dah kena main. Keluar mulut rimau, (Hosni) masuk mulut naga (US+Soros). Dah susun dah …TAHNIAH RAKYAT ARAB!! TAHNIAH IKHWANUL MUSLIMIN, anda semua berjaya ditipu lagi  … hehehe.
Korang tengok ni, Yayasan2 Demokrasi Barat dah rancang 3 tahun sebelum tu, kononnya revolusi di Mesir. Kebetulan la pulak Yayasan2 Demokrasi ni ada syarikat2 pelaburan yang dok buat spekulasi untuk kaut untung, Mesir dah kena JACKPOT oi!! Hehehe …

Tip untuk korang semua. Kalau kita nak tahu revolusi itu benar atau bohong (didalangi oleh orang luar), benda pertama kita kena tengok adalah Bursa Saham. Kalau wang/value lesap dengan jumlah yang sangat besar, DENGAN MASA YANG SANGAT SINGKAT, maknanya satu je, revolusi tu adalah penipuan. Ada golongan yang menggunakan revolusi tersebut sebagai modal spekulasi untuk kebas duit/fast money. USD 50billion lesap dalam masa 5 HARI!!! Di seluruh Bursa Arab, akibat tunjuk perasaan, duit ni tak lesap jadi asap, tapi lesap masuk poket orang lain. Selalunya Institusi Pelaburan dari luar la seperti Quantum (Soros), Goldman Sachs dll.

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this