Ada orang kata kat saya, “margin” keuntungan syarikat2
swasta seperti IOI, IJM lebih baik dari FELDA sebab management mereka lebih
bagus dari FELDA. Jawapannya mudah sahaja, pertama sekali mereka silap sebab
factor pengurusan margin mereka rendah. Kedua, kenapa margin rendah?
Dah tengok perbezaan ladang2 FELDA dan swasta ni? Kawasan
FELDA seolah2 seperti bandar kecil yang cukup kemudahan seperti jalan bertar,
elektrik, air, sekolah dan ada wifi jugak tu, tapi ladang2 swasta tak bekalkan
semua ni pada peladang2 mereka, hanya secukupnya sahaja. Dan ini dapat
menjimatkan kos2 besar ladang2 swasta berbanding dengan FELDA.
FELDA memberi peluang kepada peneroka rakyat Malaysia,
terutamanya Melayu. Bukan setakat tu je, FELDA turut member bantuan tambahan
kepada keluarga2 peneroka seperti biasiswa dll. Tetapi ladang2 swasta
bergantung kepada pekerja2 asing yang gajinya jauh lebih rendah dan tiada
bantuan tambahan, kebanyakan anak2 pekerja asing ni tidak bersekolah pun.
Dengan ini dapat menjimatkan lagi kos2 besar ladang swasta.
FELDA lebih tertumpu kepada program membantu rakyat,
iaitu ada unsure kebajikan, tetapi ladang2 swasta adalah syarikat2 berteraskan
100% keuntungan. Dan dengan ini syarikat2 swasta dapat menjimatkan kos yang
lebih tinggi berbanding FELDA.
Inilah sebab2nya mengapa margin FELDA lebih rendah
berbanding dengan swasta. Tapi walau bagaimanapun, nak kata jauh sangat beza
tu, takdelah jauh sangat. FELDA masih steady. Ini menunjukkan FELDA ni boleh
harap sebab boleh urus untuk kebajikan rakyat bersama membuat keuntungan.
Kita ambik contoh PNB, syarikat pelaburan yang Berjaya di
Malaysia ni, dana dia cukup besar, termasuklah bangunan2 yang sedia ada. FELDA
pulak walaupun low profile je dalam industry perladangan, tapi ‘landbank’ yang
mereka ada cukup besar. Kalau PNB dengan FELDA maduk sekali bersaing, apa akan
jadi dengan syarikat2 pelaburan sedia ada?Sakitla, kemungkinan besar monopoli
akan dipecahkan, pengaruh pada syer pasaran akan berkurang akibat pengaruh
kemasukan FELDA dn PNB. So kesimpulannya, PNB dan FELDA ni mampu menjadi
ancaman kepada syarikat2 pelaburan hartanah yang sedia ada. Korang fikirlah
sendiri apasai PR ni duk usik PNB dengan FELDA.
Korang fikirlah sendiri, siapa yang pegang monopoli
pelaburan2 hartanah? Kalau FELDA yang memegang tanah sebesar 811,000 hektar
boleh join sekaki dalam persaingan pelaburan hartanah, apa akan jadi kat
diorang ni semua? Hari ni FELDA low profile ja, masa depan macamana pulak?
FELDA ni bukan macam GLC lain, bukan calang2 gabungan peneroka yang duk kait
kelapa sawit ja. FELDA ni ada solid backup dengan tanah2 dan saham2 dalam bank2
penting kat Malaysia ni. Kalau orang2 FELDA faham kekuatan mereka yang mereka
adalah sebahagian daripada gergasi di Malaysia ni , maka mereka akan faham
kenapa PR duk buat temberang kacau bilau untuk pecahbelahkan penduduk FELDA.
Bukan anak FELDA je boleh tahu kebaikan dan kejayaan
FELDA, orang luar pun boleh Nampak. Banyak sudut boleh nampak. Petama, tengok
je kat tumbesaran dari segi saiz hartanah, dengan saiz tanah 16.2 sq.km pada
1956, kepada 8110 sq.km pada 2011, tumbesaran menjadi sebanyak 500% dalam masa
55 tahun je. Modal FELDA bermula dengan RM10 juta je. Pada 2011, FELDA dah jadi
operator perladangan terbesar dunia. So orang boleh nampak samada dari segi
lubuk emas, dari segi hartanah atau anacaman kepada syarikat2 pembangunan
hartanah lain di Malaysia ini.
Aku ni bukanlah anak FELDA, maklumlah orang luar je. Tapi
aku suka dengan vormula FELDA ni, formula dia unik. Secara bahasa mudah, semi
kebajikan dan semi keuntungan. Selalunya kalau syarikat2 yang ada elemen
kebajikan terlebih ni mestilah rugi tapi FELDA ni steady. Aku kagum dengan
orang2 yang duk setting FELDA ni.
Kalaulah FELDA bankrap, kenapa mereka masih menjadi
pelangan2 penting bank2 di negara kita dan luar negara? Kalau FELDA bankrap,
kenapa mereka masih boleh pegang saham2 strategik minority dalam bank2 di
Malaysia ni dan bank2 tersebut menjadi pemain2 saham mewah (blue chip) di BSKL?
Syarikat yang bankrap mana boleh beroperasi macam ni, betui tak?
Bro kenapa org suka baca benda2 yg kutuk org tu dan benci parti ni. Lebih teruk lagi diorg ble kata apa yg bro tulis xde fakta. Fakta mcm mana yg diorg harapkan.
ReplyDelete