Tuesday, 25 September 2012

Kesilapan Kerajaan Barisan Nasional






Aku nak marah sikit kat BN. Aku nak marah sebab BN TERLAMPAU BAIK SANGAT!! Korang tahu tak, kerajaan Malaysia adalah SATU2nya kerajaan di dunia yang benarkan puak anti kerajaan bekerja dengan mereka?? Negara2 lain mana ada oi.

Contoh terbaik ialah US sendiri, mereka ade EXECUTIVE ORDER 9835 untuk penjawat awam mereka, iaitu dikenali sebagai "Loyalty Program" yang diperkenalkan pada 1947. Penjawat awam tryla lawan kerajaan mereka, nasib tak baik FBI datang rumah. Sama je macam Singapore, Eropah dan lain2. Malaysia je BAIK sangat bagi muka. Kat Malaysia, penjawat awam yang anti kerajaan siap boleh jadi pengarah lagi tu. Apa kebenda la kerajaan BN ni baik sangat.

US melaksanakan Executive Order 9835 pada zaman Truman, 3 juta staff kerajaan disiasat dan jika didapati tidak menyokong polisi kerajaan akan dipecat serta-merta. Dan arahan tu kekal sampai hari ni. Seluruh Eropah pun sama. Sebab itulah parti politik mereka semua sama je. Dan Ambiga mengatakan US dan Eropah mengamalkan hak asasi manusia. Kalau begitu baik kita tiru US dan Eropah, amacam, ada berani?

Kita boleh ambik contoh apa jadi kat kawan baik Anwar Ibrahim iaitu Wolfowitz, salah seorang staf tertinggi Kerajaan US. Dia tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan US untuk mengawal dan menyiasat spekulator2 dan mengelarkan tindakan sebut sebagai tindakan sosialis. Kerajaan US tunggu apa lagi, pecat dia terus, tak payah banyak cerita ..  hahahaha  …

Kalau kat US, penjawat2 awam yang menentang kerajaan mereka, mereka boleh kena PECAT on the spot. Kalau nasib tak baik, boleh kena caj di bawah kesalahan ;

1. sabotage, espionage, spying or the advocacy thereof,
2. treason, sedition or the advocacy thereof,
3. intentional, unauthorized disclosure of confidential information,
4. advocacy of the violent overthrow of the U.S. government.

Antara nama2 Government Servant US yang cukup famous dan dianggap War Hero di US pun kena sidelined/removed/force resignation/replaced hanya dengan menentang atau tidak menyokong kerajaan US, antaranya ialah Patton, MacArthur, Curtis Le May, Thomas Power, Edgar Hoover dan beratus lagi. Ni yang famous2 dan War Hero, belum masuk P.Wolfowitz dan lain2. Yang mati dan hilang secara misteri tak kira lagi. Malaysia macamana?? Steady baik nak mampus, hakim Tun Salleh Abas yang dah kena pecat pun boleh dapat duit lagi, tuiiih! Yang dok ada lagi dalam kerajaan siap boleh naik pangkat lagi, tuuihh! Itulah dia kerajaan Malaysia.

Bukan US je yang ada "Loyalty Program" untuk penjawat awam2 mereka, seluruh dunia termasuk Arab Saudi sekali pun ada. Malaysia je yang bagi muka sangat, yang tu pun tak mau berterima kasih. Bila puak2 penjawat awam yang anti kerajaan ni buat hal, yang dapat malu BN jugak. Nilah salah satu black spot kerajaan BN yang BN kena perbetulkan, tak payah baik sangat.

Lagi satu contoh terbaik adalah Singapore, tanya apa terjadi kat penjawat2 awam yang sokong pembangkang dulu yang lawan PAP iaitu Barisan Sosialis?? Habis dikerjakan. Malaysia je yang bagi muka sangat kat penyokong2 pembangkang/anti kerajaan kerja cari rezeki di bawah mereka.

Kalau PR jadi pemerintah, memang confirm PR akan buat undang2 sama macam US iaitu Executive Order 9835 ni. Jika mereka dapati ada pegawai kerajaan negeri yang menentang atau tidak bersetuju dengan polisi mereka, mereka terus cold storage pegawai tersebut atau digantikan dengan serta merta. Kita boleh lihat apa jadi kat Selangor dan Penang semenjak 2008. Tengok macamana diorang handle staf2 Semesta Group sudahlaa, baru terkeluar info pasal pasir, terus kena pecat tanpa trial pun. Kalau BN, still boleh rayu, kemudian still naik pangkat, dapat macam2 benefit lagi.

Kanser boleh diubati dan diboleh dicegahi, kalau ada kemahuan, penjawat2 awam kita masih ada penyokong kerajaan, belum tahap lumpuh lagi. Masalahnya sekarang, BN ni nak buat ke?? Aku pernah tanya benda ni kat orang2 atasan UMNO sendiri, ko tahu apa diaorang jawab? "Kesian, mereka tu ada anak bini, takpelah bagilah mereka can". Itulah masalah kerajaan BN, cepat lentok dengan kesian. Last2 orang yang tak kenang budi tu gigit balik, padan muka. 

Kalau dah cari makan dengan majikan seperti kerajaan, profesional la sikit. Kalau tak suka majikan kerajaan, pegilah cari majikan lain. Diorang ni dok block peluang orang lain yang bersungguh nak kerja dengan kerajaan.

Kerajaan Malaysia perlu tegas dan efisien iaitu kesemua staf perlu profssional,fokus,sokong dan setia untuk melaksanakan polisi2 kerajaan. Jika ada staf kerajaan mula distracted, tidak menyokong kerajaan mereka sepatutnya dilepaskan dan biarkan mereka pergi makan gaji dengan pembangkang.
 
  

1 comment:

  1. Saya ramai kenal penjawat awam yang tak tahu bersyukur... yang tak tahu berterima kasih... yang sungguh tak mengenang budi... Kalu nak report...bole je. Boleh nasihat kan saya samaada nak report atau tidak?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this