Kenapa saya TIDAK SETUJU dengan Anwar Ibrahim mengenai
sokongan terhadap seksualiti merdeka a.k.a seks bebas (my body my own rights)
kerana berpotensi besar mendapat penyakit CHLAMYDIA. Penyakit ini sangat
merbahaya dan kos perubatan agak tinggi. Dan apabila mereka menghidapi penyakit
tersebut sebab sikap mereka, kebanyakan mereka mengunakan khidmat dari Hospital
Kerajaan yang kos kebanyakannya telah ditanggung kerajaan yang sepatutnya
diberi kepada pesakit yang lebih memerlukan.
Saya ingin cadangkan kepada kerajaan, sesiapa penyokong
seksualiti merdeka, pengamal seks bebas dan songsang yang mendapat penyakit
berasal dari kegiatan mereka tidak bermoral patut tidak dibenarkan menggunakan
sebarang khidmat dari hospital kerajaan yang murah. Kos perubatan mengubati
penyakit akibat dari sikap tidak bermoral patut disalurkan kepada pesakit yang
lebih memerlukan.
Kita bukan setakat menentang seksual bebas/gay atas sebab
moral atau agama TETAPI ATAS SEBAB KOS DAN EKONOMI!! Di US, Kerajaan US telah
menghabiskan sebanyak USD 647 juta untuk merawat penyakit Chlamydia sahaja, tak
termasuk penyakit2 lain yang berasal dari seks bebas. Di mana kos rawatan awal
secara purata untuk setiap lelaki ialah USD 26, dan wanita USD 315. Ini kos
untuk peringkat awal, kalau peringkat pertengahan ia boleh meningkat sebanyak
USD 3,180 untuk setiap kes. Dan di Malaysia, mereka hanya perlu bayar RM 1,
selebihnya ditanggung kerajaan. Kalau 10% setiap tahun dari kesemua rakyat
Malaysia terkena penyakit sebegini akibat tindakan tidak bermoral dan kerajaan
tanggung kos perubatan mereka macamana???
Kalaulah kerajaan membenarkan atas sebab desakan hak
asasi manusia untuk melakukan gay atau seks bebas, kerajaan turut patut perkenalkan
polisi BERANI BUAT BERANI TANGGUNG. Di mana kerajaan tidak perlu bayar 1 sen
pun kes perubatan pengamal2 aktiviti tidak bermoral ni (Susah nak jadi, sebab
rakyat Malaysia cepat kesian, jadi elok perketat undang2 je).
No comments:
Post a Comment