Malaysia ni bukan kaya sangat pun dengan hasil bumi, cukup2 je kalau nak dibandingkan dengan negara luar. Tetapi apa yang menyebabkan kuasa2 besar ni minat sangat nak pegang Malaysia? Kenapa bila Jepun menyerang Malaya, British sanggup lepaskan Singapura dan pantai timur Malaya, tapi tak mahu lepaskan pantai barat yang bersebelahan dengan Selat Melaka?
Minyak kat Malaysia baru ada reserve 4 billion tong je,
negara lain ada beratus-ratus billion tong. Sumber mineral pula? Banyak lagi
negara lain, ada berkali ganda lebih banyak dari Malaysia untuk jadi rebutan.
Tapi apasal Malaysia ni tetap jadi target? Malaysia/Malaya adalah antara negara
paling banyak kena jajah, 3 kali beb. Portugis, Belanda, Inggeris, apasal? Masa
dulu minyak pun belum dikategorikan sebagai komoditi strategik lagi.
Malaysia tidak akan mampu jadi kuasa besar dalam
perdagangan antarabangsa sebab saiznya dan GDPnya, tetapi pengaruh Malaysia
boleh beri sedikit "edge" kepada mana2 kuasa yang sedang bersaing
antara mereka macam US, Eropah, China dan Russia. Ini yang menyebabkan Malaysia
ni mahal dan jadi rebutan.
1/4 daripada perdagangan barangan dunia zaman dulu
melalui Selat Melaka. Hampir 94,000 kapal besar zaman dulu melalui Selat
Melaka. Dan hampir 15 juta tong minyak sehari pada zaman dulu melalui Selat
Melaka disebabkan perdagangan minyak antarabangsa. So korang boleh bayangkan
value dari logistik strategik ini.
Malaysia memang neutral dengan semua kuasa besar,
semua layanan sama. Sebab Malaysia ni ZOPFAN dan NAM. Tapi masalahnya US nak
"makan sorang", tak boleh terima kebangkitan China pada 1990 semenjak
China join WTO. So US tak mahu play fair, dia nak sebat Malaysia ni jadi total
di bawah pengaruh mereka pada 1997. Secara tak langsung, US lah akan jadi
pengaruh terbesar di Selat Melaka ni. Pesaing mereka macam China, Russia,
Eropah sakitla. Itulah gunanya IMF masa 1997 tu, bagi Malaysia tunduk. Tapi tak
berapa berjayalah.
Malaysia nak perkena US memang boleh, kasi penurun sikit
kos tarif atau "special treatment" dari segi kos kepada kapal2 dari
pesaing US macam China dan Russia. Boleh pening kepala US nak bersaing dari
segi kos logistik dalam perdagangan antarabangsa. Pada 1997, Tun Mahathir punya
geram kat US sebab angkara diorang iaitu krisis ekonomi, Tun Mahathir bagi
special treatment kepada China dan Russia. Dengan kebangkitan China dalam dunia
ekonomi, bertambah pening lagi kepala US. Itu pasal Hilary Clinton datang kat
Malaysia nak "kaw tim" mintak bagi fairla sikit, sebab 1997, 16
September 2008 tak berjaya … HAHAHA.
Malaysia ni jadi rebutan sebab Selat Melaka. Itu je.
Siapa yang dapat control Malaysia, akan dapat kontrol perdagangan antarabangsa
melalui laluan laut antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Dan sesiapa yang
dapat kntrol, akan mampu jadi kuasa besar dalam perdagangan/ekonomi
antarabangsa. Itulah sebabnya negara kita ni banyak kacau daun dari luar, sebab
berebut pengaruh kat Selat Melaka la beb.
Saya suka stail Tun Mahathir/BN
mengurus kuasa besar ni iaitu "makan keliling"/neutral dengan semua
kuasa besar. Kalau US tumbang ekonominya, kita boleh menyendeng kepada China
pulak, macam tulah bagus, taklah teruk sangat. Kalau kita dengar cakap Anwar
pada 1997 nak menyendeng terus dengan US, kita akan teruk semasa kemelesetan
ekonomi dunia tahun 2005-2008. Tumbangnya ekonomi US, dengan kita sekali pun
akan tumbang macam apa yang terjadi kat Singapore, terduduk diorang.
Nak selit sikit, inilah dia relativiti blog YB Zul pasal kemungkinan
agen luar yang pasang kamera rakam Anwar telanjang tu. Maklumlah untuk peras ugut Anwar kalau Anwar jadi Perdana
Menteri. Untuk apa ambik video Anwar telanjang pancut dua round, buat kasi
muntah je? Nilah dia untuk gerentikan pengaruh mereka di Selat Melaka melalui
mengawal dan memaksa Anwar buat polisi yang menyebelahi mereka sahaja dengan
peras ugut. Karpal SIngh dan puak2 DAP pun dah tahu awal dah, padanlah senang
je pulas telinga Anwar.
Mintak izin nk share kt my blog.....good explanation....well done.
ReplyDelete