Friday, 31 August 2012

PAS Marah Kerajaan Berbaik dengan China








Aku nak tergelak bila PAS marah kerajaan deal dengan China sebab kononnya komunis. Hah ni, penjaga kota Mekah dan Madinah iaitu Arab Saudi pun ada kerjasama dengan China melalui perdagangan GCC (Gulf CHina COrporation). ) Ini hubungan antara kerajaan iaitu konsep government to government. Hubungan mereka terjalin semenjak tahun 1990.  Apa lagi PAS, marah sikit Arab Saudi tu  … HAHAHAHA …


 Kalaulah China ni dikatakan komunis kejam yang jenis tolak agama tu, habih tu apsal ada masjid dan umat Islam kat sana? Orang Islam kat sana lebih ramai dari kat Malaysia tau. 

Betui ka China ni full komunis? Hangpa silap, kalau China ni full komunis, apsal depa ada bursa saham? Apsal Hong Kong 100% kapitalis, Apsal China boleh join WTO? Kalau China ni komunis, macamana depa boleh ada billionaire listed di Forbes? Ini semua elemen kapitalis. Realitinya, China dah berubah semenjak tahun 1978.

Kalau China ni komunis, macamana depa boleh ada sistem gaji/taraf kekayaan sampai ada rakyat mereka boleh listed di Forbes? Kalau komunis semua kena sama rata beb! 

Kalau China ni komunis, macamana depa boleh ada bursa saham? Bursa Saham ni adalah elemen penting dalam dunia kapitalis, mana boleh ada dalam dunia komunis.
  

 Kalau China ni komunis, macamana Hong Kong boleh jadi IBU KOTA kapitalis di Asia??? 


 Kalau China ni komunis, habih kenapa depa boleh join WTO (World Trade Organisation)? 

 
Pada 1978, Deng Xiao Peng mengambil alih China dan pergi ke Asia Tenggara untuk MEMUTUSKAN semua hubungan dengan parti2 komunis yang bertindak kejam terhadap orang awam seperti Pol Pot, PKM/Chin Peng. Beliau sendiri sudah tidak tahan dengan kekejaman Cultural Revolution yang merebak ke Asia Tenggara. Deng Xiao Peng turut mengambil tindakan drastik dengan memenjarakan "Gang of Four" di China yang salah seorangnya adalah isteri Mao. Dan semenjak 1978 China dah berubah menjadi semi socialist dan semi kapitalis. Baca sini.

Thursday, 30 August 2012

Entri Khas Merdeka : Beza Koloni dan Penjajahan






 Ramai yang gagal membezakan antara koloni dengan penjajahan. Memang dari segi teknikal berbeza, tapi maksudnya sama iaitu penjajahan. Apa yang Tun Mahathir kata tepat.  Macam kes Anwar la, perbezaaan antara kaki jubo dan kaki liwat. Istilah berbeza tu tapi bendanya tetap sama, tak gitu? 


 Antara colonization (Koloni) vs occupation (Penjajahan). Occupation (Penjajahan) lebih kepada membuang pemerintahan yang sedia ada dan kemudian wilayah/negara yang dijajah itu menjadi wilayah baru negara yang menjajah. Colonization (Koloni) lebih kepada pengembangan kekuasaan sebuah negara atas wilayah dan manusia di luar batas negaranya, seringkali bertujuan untuk mencari dominasi ekonomi dari sumber daya, tenaga kerja, dan memasarkan wilayah tersebut tetapi mereka tidak membuang pemerintahan sedia ada.


Antara colonization (Koloni) vs occupation (Penjajahan) hanya berbeza dari segi teknikaliti sahaja, tapi perkaranya tetap sama. Walaupun pemerintahan kesultanan tidak dibuang oleh British, tetapi sumber2 ekonomi, sumber asli, tenaga manusia dikuasai dan ditentukan oleh British. Maka kita masih dijajah sebab kita sendiri tidak mampu mengawal hak kita iaitu sumber hasil bumi dan lain2. Sebab itulah hanya pada tahun 1957 kita merdeka sepenuhnya (31 Ogos 1957), kita boleh lantik PM kita dan kabinet/MP kita sendiri, serta mengurus hak kita oleh orang kita sendiri.


Memang dari segi teknikal, British tidak occupy (Menjajah) Malaya ni tetapi mereka kolonikan Malaya ini menjadi sebahagian daripada Koloni British Empire. Boleh lihat map British Empire yang termasuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak.  



Wednesday, 29 August 2012

Entri Khas Merdeka : Mat Sabu Nak Ubah Sejarah



 
KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar. 





Lucu dengan Mat Sabu yang nak ubah sejarah kononnya buku teks sejarah ialah UMNO yang buat. Realitinya, apa yang Mat Sabu boleh ubah hanya kandungan buku teks iaitu hanya dakwat je. Mat Sabu takkan mampu ubah BUKTI FIZIKAL sejarah. Ramai dah orang cuba ubah kandungan sejarah, contohnya cubaan Barat ubah sejarah dunia nak tunjukkan yang tamadun Islam ni bodoh, tapi disebabkan seketul je bukti fizikal AlHambra ni, gagal usaha mereka.

 Apa yang terjadi hari ni akan menjadi sejarah untuk keesokan harinya. Dan apa yang terjadi pada hari ni akan ada bukti/kesan/pengaruh fizikalnya. Ini sesiapa tidak akan mampu ubah, termasuklah Mat Sabu. 


Contohnya kisah Alhambra ni. Barat cuba ubah sejarah dunia dengan cubaan menunjukkan tamadun Islam ni mundur dan bodoh. Pada kurun ke 19, ahli arkeologi mereka sendiri terjumpa bangunan Alhambra ni di Sepanyol. Mereka sendiri terfikir, kalau umat Islam ni bodoh, habih tu macamana pada kurun ke 9 mereka mampu bina bangunan sofistikated macam ni? Dari segi rekabentuk dan posisi tepat ke arah kiblat je dah tunjukkan umat Islam ni mempunyai kepakaran tinggi dalam kejuruteraan sivil, hidraulik sebab boleh supply air dan sewerage untuk pengguna termasuk geometri sebab posisi tepat ke arah kiblat tanpa menggunakan kalkulator saintifik. Bukan setakat itu je, bukti2 fizikal dalam penemuan perubatan, perundangan dan lain2 turut membuktikan tamadun Islam ni sangat maju berbanding tamadun lain yang hidup di zaman gelap pada kurun ke 9. Maka usaha Barat gagal untuk ubah sejarah Islam. Dan hari ni Barat telah pun menerima bahawa tamadun Islamlah yang banyak mempengaruhi dunia moden hari ni. Ini akibat bukti/kesan/pengaruh fizikal sejarah.



            
Contohnya di Malaysia, Mat Sabu nak ubah sejarah kononnya PKM ni hero perjuangan kemerdekaan Malaysia. Orang akan tanya balik dengan contoh persoalan begini, "Kenapa rakyat Malaya yang berjumlah 6 juta berbilang bangsa bersatu menentang PKM? Walhal PKM declare nak merdekakan mereka dari British yang rakyat benci tu, apa dosa PKM sampai semua rakyat menentang PKM ketika itu? Kalau rakyat menerima PKM sebagai hero mereka, hari ni patutnya Malaysia diperintah oleh komunis dah pun, kenapa tidak jadi macam tu?" Soalan mudah macamm ni saja akan gagalkan usaha Mat Sabu untuk ubah kandungan buku sejarah. Kesimpulannya, Mat Sabu boleh ubah buku sejarah sebab ia hanya dakwat dan kertas tapi takde orang boleh ubah bukti/kesan/pengaruh fizikal sejarah.


Banyak dah orang cuba nak ubah kandungan buku sejarah, semuanya gagal sebab tidak boleh "ngam" dengan bukti/kesan/pengaruh fizikal sejarah. So cerita yang kerajaan ubah sejarah ni temberang je sebab takde orang mampu ubah pun kandungan sejarah. UMNO pun ada sejarah hitam mereka seperti krisis UMNO diharamkan dan mereka tak mampu nak ubah pun, mereka terpaksa menerimanya, belajar dari kesilapan dan maju kehadapan.


Pembangkang penipu macam PR ni kuat berdrama semenjak hari pertama penubuhan mereka lagi. Tetapi tak semua taktik mereka akan menjadi. Mereka nak tuduh UMNO manipulasi buku teks sejarah dan menjadi barua British. Niat mereka untuk dapat sokongan bahawa PKM berusaha menentang British kononnya, TAPI BLINDSPOT taktik mereka ialah kekejaman PKM/Chin Peng terhadap rakyat. Masalahnya pada mereka ialah apabila majoriti rakyat "argue" dan rakyat telah nampak lebih mengenai kekejaman PKM/Chin Peng berbanding dengan ideologi atau usaha PKM menentang British kononnya. Sebab kekejaman PKM/Chin Peng terhadap rakyat telah menjadi trauma yang sangat mendalam kepada rakyat Malaysia dan ia akan terus diingati untuk jangkamasa yang lama. Mat Sabu dah miscalculate risiko membuat kenyataan tersebut. 


“Rahim Marzuki, 63, adalah anak salah seorang anggota polis, Hashim Abdullah yang bertugas di Balai Polis Bukit Kepong, kini, hidup dalam keadaan serba kekurangan akibat kecacatan yang dialami semasa peristiwa berdarah serangan Bukit Kepong pada 1950. Rahim atau nama sebenarnya Rahman Hashim yang ketika itu berusia di antara dua hingga tiga tahun mengalami kecederaan teruk apabila ditembak penyerang komunis ketika dalam dukungan ibunya..”

Rahim Marzuki adalah seorang mangsa kanak2 yang ditembak komunis diBukit Kepong, kalau Mat Sabu kata Mat Indera ngan puak PKM tu hero, maknanya Rahim Marzuki ni pembohongla.




Hampir 3,000 rakyat awam Malaysia yang tidak ada kena mengena pun dengan British dibunuh dengan kejam oleh PKM/Chin Peng. Ini tidak termasuk kematian ahli pasukan keselamatan dan bilangan kematian orang awam yang tidak direkod. Tidak perlu buku sejarah utk mengingatkan kita, kubur2 mereka sahaja sudah memadai akan sentiasa mengingatkan kita mengenai jenayah2 kejam yang dilakukan terhadap rakyat kita oleh PKM/Chin Peng.


Kalau Mat Sabu nak ubah sangat sejarah, soroklah kubur2 orang awam yang tidak berdosa ni yang telah dibunuh PKM/Chin Peng dengan kejam. Jangan lupa soroklah kubur2 pasukan keselamatan yang telah berjuang melindungi rakyat2 yang tidak berdosa ni daripada dibunuh dengan kejam oleh pengganas komunis.


Kalau Mat Sabu nak sangat naikkan PKM termasuklah komunis Melayu macam Mat Indera tu, simple je tak payah tengok TV3, tak payah baca buku Sejarah. Simple je , Mat Sabu buktikan kubur2 dan waris2 mangsa semua ni PEMBOHONG. Kena ingat waris2 mangsa dan kubur2 mereka adalah LIVING PROOF tau, aku nak tengok macamana Mat Sabu nak pusing.


Tuesday, 28 August 2012

Entri Khas Merdeka : KOMUNIS BUKAN HERO!!!






Tok Gajah, Mat Kilau, Tok Janggut, Dato Bahaman dan penentang2 penjajah British lain adalah hero rakyat Malaysia, tiada yang nafikan pun dan mereka semua tidak membunuh orang awam termasuklah kanak2, TETAPI KEKEJAMAN CHIN PENG/PKM yang membunuh hampir 3000 orang termasuk kanak2, wanita dan orang yang tak bersenjata ini patutkah dianggap sebagai hero??? 

PKM/CHIN PENG MEMBUNUH ORANG AWAM YANG TIDAK BERDOSA TERMASUK KANAK2 DAN WANITA, INI PR ANGGAP PEJUANG KEMERDEKAAN????!!!!
                                                            
Dalam mana2 buku sejarah, di internet pun boleh, boleh check Wikipedia http://en.wikipedia.org/wiki/Malayan_Emergency dan http://en.wikipedia.org/wiki/Communist_Insurgency_War. 
Campurlah kadar kematian org awam yang direkod, dapat 3000 orang.


Kekejaman PKM/Chin Peng terhadap rakyat berlaku 2 kali. Pertama ketika sebelum merdeka, di mana ia dipanggil Malayan Emergency iaitu antara tahun 1948-1960. Kali kedua selepas merdeka, di mana ia dipanggil Communists Insurgency War iaitu antara tahun 1968 - 1989. Hangpa akan dapat info jumlah kadar kematian dari jumlah anggota keselamatan dan orang awam. Kalau hangpa campur kedua2 senario tersebut iaitu Malayan Emergency dan Communist Insurgency War, hangpa akan dapat jumlah 3000 orang, dan hangpa boleh pergi ke arkib negara juga utntuk dapatkan list kematian termasuklah IC mereka. Lebih tragis, hangpa boleh lawat kubur2 mereka.


Walaupun nama negara dan bendera negara kita berubah, tetapi populasinya tetap sama bagi yang masih mengingati jasa2 pejuang2 tersebut. We can never forget, it will be remember by the people till the end of time. Sama seperti Salahuddin Ayubbi, nama negara2 dah bertukar banyak kali dah pun semenjak kematian Salahuddin, tetapi orang Islam masih mengingati jasanya.


Kalaulah PKM membunuh polis2 di Bukit Kepong itu atas justifikasi bahawa mereka ialah tali barut British, tetapi kenapa perlu bunuh isteri2 mereka, kenapa perlu bunuh anak2 mereka yang masih kecil tu? Penjajah British pun tak melakukan perkara2 mengerikan macam ni. Perkara ni bukan saja berlaku di Bukit Kepong sahaja, tetapi di seluruh Malaya. Why kill the innocent? U said u fight for independence! Inilah penyebabnya rakyat ketika itu menentang PKM atas sebab kekejaman mereka. 


Ini adalah mudah, tidak perlu baca buku teks pun. Kalaulah PKM ikhlas berjuang untuk kemerdekaan, mereka fokus menentang British, bukan melakukan kekejaman terhadap orang awam. Jika PKM tidak melakukan kekejaman terhadap orang awam, hari ni PKM sudah memerintah Malaysia. Sebab kekejaman mereka terhadap orang awamlah menyebabkan rakyat bangkit menentang mereka dan hari ini mereka dianggap sebagai musuh negara.    


 Australian Avro Lincoln bomber dropping 500lb bombs on communist rebels in the Malayan jungle (c. 1950)


Kita hanya perlu persoal diri kita sendiri, kenapa rakyat Malaya ketika itu menentang PKM walhal ketika itu mereka sepatutnya menentang British? Adakah kesemua 6 juta rakyat Malaya ketika itu semuanya tali barut British? Dan lagi satu British bankrup sebab WW2, dengan sokongan rakyat, PKM patut dapat jalan mudah untuk tewaskan British, tetapi kenapa PKM gagal? Kenapa PKM tak dapat sokongan rakyat sepenuhnya? Soalan2 mudah je dan jawapan dia cukup mudah sebab kekejaman PKM itu sendiri. Tak payah baca buku teks pun sebab logiknya sudah cukup untuk justifikasikan sejarah kita.


Kalau Parti Komunis sebuah pejuang tulen untuk rakyat, mereka tidak akan bunuh orang yang tidak bersenjata seperti kanak2 dan wanita ketika itu. Tetapi mereka bunuh tanpa belas kasihan. Maka PKM adalah pengganas.

Inilah masa yang gelap di bumi bertuah Malaysia. Dan ketika inilah kesemua rakyat Malaya bersatu menentang satu musuh negara. Dan Alhamdullilah mereka berjaya. Tetapi hantu2 PKM tidak berdiam diri, walaupun mereka gagal, mereka masih berusaha mahu pecah belahkan kesatuan bangsa di Malaysia ini.

Monday, 27 August 2012

Entri Khas Merdeka : Persamaan DAP dan Komunis




SIAPA KATA BRITISH MENANG SENDIRI LAWAN KOMUNIS???? 

Gerald Templer dihantar pulang ke Britain sebab apa? Sebab makan angin? TAK! Sebab British kalah lawan dengan PKM. So macamana British boleh menang second round dengan PKM? Ya! Sebab kebangkitan seluruh rakyat Malaya menentang Komunis. PKM kalah sebab BERSATUNYA rakyat Malaya menentang komunis.




 Sebab2 British kalah ;

-       Selepas WW2, British jatuh bankrup dan tidak cukup askar, peralatan dan sumber,
-       British tiada pengalaman berperang di hutan,
-       British tidak tahu berbahasa Cina untuk pecah kod2 rahsia komunis. 

Selepas rakyat bangkit sebab marah dengan kekejaman komunis, British boleh relax dan ambil peranan supporting role je. Dengan melepaskan kemarahan rakyat kepada komunis seolah-olah seperti TSUNAMI MELANGGAR ACHEH. Terduduk terus Chin Peng/PKM.


British dapat upgrade team2 risikan depa untuk menentang komunis. Di sini kita kena berterima kasih dengan saudara kita berbangsa Cina. Apa motivasi bangsa Cina untuk menentang komunis? Sebenarnya, kadar kematian bangsa Cina adalah lebih ramai dari bangsa Melayu, sebab bangsa Cina ni tidak merekod kadar kematian mereka. Macam kes along sekarang ni, bangsa Cina jarang report polis bila along memeras ugut mereka. PKM telah pergi ke kampung2 keluarga Cina untuk memaksa orang2 Cina ni meminta anak2 mereka menyertai komunis. PKM juga akan merampas harta dan makanan. Jika tidak diberi, mereka akan dibunuh. Selalunya PKM akan membunuh dengan brutal orang Cina di khalayak orang Cina lain untuk menakutkan mereka. Dengan bantuan bangsa Cina, tentera rejimen Melayu telah mempunyai "James Bond" mereka sendiri yang menjalankan tugas2 bahaya seperti "deep cover" iaitu dengan memberikan maklumat strategik “Strike Point” kepada tentera rejimen Melayu yang nak tibai komunis. YA! Bangsa Melayu tidak berseorangan dalam menentang komunis. 


British juga dapat upgrade kebolehan berperang dalam hutan. Puak2 Mat Saleh ni pening kepala bila berlawan dalam hutan. Sebab itulah PKM "sayur" mereka. Tapi nasib baik British dapat upgrade iaitu dengan kemasukan bangsa Melayu, India dan orang asli. Apa yang memotivasikan bangsa Melayu untuk bangkit menentang/membunuh komunis ialah apabila bermulanya komunis membunuh seorang budak Melayu berumur 10 tahun di Pahang dengan tanpa sebab. Motivasi bangsa India pulak apabila PKM mengebom estet-estet kepunyaan British yang membunuh kebanyakannya adalah pekerja India. Motivasi orang asli pulak sebab mereka dipaksa untuk bekerjasama dengan komunis di hutan, jika mereka tidak mahu akan dibunuh. Inilah motivasi kaum2 ini mengangkat senjata untuk membunuh komunis. 


 Saya faham kenapa bangsa Melayu majoritinya nampak isu keganasan PKM ni macam Cina vs Melayu. Ini adalah kerana apa yang mereka nampak depan mata itu je. Dalam menangani keganasan PKM ni ada dua set serangan. Pertama ialah konsep "Broad Sword" iaitu serangan utama dan kedua "Cloak and Dagger" iaitu kerja2 ala James Bond. Bagi bangsa Melayu, kelebihan mereka ialah di hutan, jadi masuk team "Broad Sword" sebagai serangan utama. Bangsa Cina pula sebab bahasa dan pemikiran sama dengan Cina komunis, jadi mereka masuk team "Cloak and Dagger" untuk buat kerja2 ala James Bond (Ada Melayu yang jadi James Bond tapi tak ramaila). Oleh kerana ada dua team berbeza, majoriti orang Melayu tak nampak team2 belah bangsa Cina, maklumlah James Bond … hehe. Tapi orangg2 atasan rejimen Melayu nampakla sebab diorang communicate untuk rancang peperangan. Secara amnya, dua team ni bekerjasama dengan rapat. Intel Jitu + Kekuatan Serangan utama = PKM bungkus. Itulah realiti dan resultnya.


Kesimpulannya, kemenangan menentang komunis ; 

Deep Cover Risikan yang mantap (majoriti bangsa Cina) + Keberanian dan efektif Ground Forces di hutan (Bangsa Melayu, India, Orang Asli dan lain2) + Bersatunya rakyat Malaya. 





Inilah equation yang menyebabkan PKM tewas. Sebab itulah taktik DAP untuk menang, mereka kena pecahbelahkan dulu semua bangsa bermula dengan bangsa Cina dengan bangsa Melayu, kemudian barulah bangsa Melayu dengan bangsa Melayu. Taktik DAP sama dengan PKM cuma mereka tak angkat senjata je.


Kekejaman PKMlah yang menjadi motivasi utama kaum2 di Malaya bersatu dan bangkit menentang PKM. Ianya bukanlah propaganda British atau alat2 British. Ketika insurgeni (kebangkitan) inilah kaum2 di Malaya bersatu hati menentang kekejaman PKM. Bangsa Cina menganggotai intelligence untuk memecah kod bahasa Cina komunis dan pemikiran mereka. Bangsa Melayu, India, Orang Asli dan lain2 dengan keberanian mereka berperang dengan PKM.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this