SIAPA KATA BRITISH MENANG SENDIRI LAWAN KOMUNIS????
Gerald Templer dihantar pulang ke Britain sebab apa? Sebab
makan angin? TAK! Sebab British kalah lawan dengan PKM. So macamana British
boleh menang second round dengan PKM? Ya! Sebab kebangkitan seluruh rakyat
Malaya menentang Komunis. PKM kalah
sebab BERSATUNYA rakyat Malaya menentang komunis.
Sebab2 British kalah ;
- Selepas
WW2, British jatuh bankrup dan tidak cukup askar, peralatan dan sumber,
- British
tiada pengalaman berperang di hutan,
- British
tidak tahu berbahasa Cina untuk pecah kod2 rahsia komunis.
Selepas rakyat bangkit sebab marah dengan kekejaman
komunis, British boleh relax dan ambil peranan supporting role je. Dengan
melepaskan kemarahan rakyat kepada komunis seolah-olah seperti TSUNAMI
MELANGGAR ACHEH. Terduduk terus Chin Peng/PKM.
British dapat upgrade team2 risikan depa untuk menentang
komunis. Di sini kita kena berterima kasih dengan saudara kita berbangsa Cina.
Apa motivasi bangsa Cina untuk menentang komunis? Sebenarnya, kadar kematian
bangsa Cina adalah lebih ramai dari bangsa Melayu, sebab bangsa Cina ni tidak merekod
kadar kematian mereka. Macam kes along sekarang ni, bangsa Cina jarang report
polis bila along memeras ugut mereka. PKM telah pergi ke kampung2 keluarga Cina
untuk memaksa orang2 Cina ni meminta anak2 mereka menyertai komunis. PKM juga
akan merampas harta dan makanan. Jika tidak diberi, mereka akan dibunuh.
Selalunya PKM akan membunuh dengan brutal orang Cina di khalayak orang Cina
lain untuk menakutkan mereka. Dengan bantuan bangsa Cina, tentera rejimen Melayu
telah mempunyai "James Bond" mereka sendiri yang menjalankan tugas2
bahaya seperti "deep cover" iaitu dengan memberikan maklumat
strategik “Strike Point” kepada tentera rejimen Melayu yang nak tibai komunis.
YA! Bangsa Melayu tidak berseorangan dalam menentang komunis.
British juga dapat upgrade kebolehan berperang dalam
hutan. Puak2 Mat Saleh ni pening kepala bila berlawan dalam hutan. Sebab itulah
PKM "sayur" mereka. Tapi nasib baik British dapat upgrade iaitu dengan
kemasukan bangsa Melayu, India dan orang asli. Apa yang memotivasikan bangsa Melayu
untuk bangkit menentang/membunuh komunis ialah apabila bermulanya komunis
membunuh seorang budak Melayu berumur 10 tahun di Pahang dengan tanpa sebab. Motivasi
bangsa India pulak apabila PKM mengebom estet-estet kepunyaan British yang
membunuh kebanyakannya adalah pekerja India. Motivasi orang asli pulak sebab
mereka dipaksa untuk bekerjasama dengan komunis di hutan, jika mereka tidak
mahu akan dibunuh. Inilah motivasi kaum2 ini mengangkat senjata untuk membunuh
komunis.
Saya faham kenapa bangsa Melayu majoritinya nampak
isu keganasan PKM ni macam Cina vs Melayu. Ini adalah kerana apa yang mereka
nampak depan mata itu je. Dalam menangani keganasan PKM ni ada dua set serangan.
Pertama ialah konsep "Broad Sword" iaitu serangan utama dan kedua
"Cloak and Dagger" iaitu kerja2 ala James Bond. Bagi bangsa Melayu,
kelebihan mereka ialah di hutan, jadi masuk team "Broad Sword" sebagai
serangan utama. Bangsa Cina pula sebab bahasa dan pemikiran sama dengan Cina
komunis, jadi mereka masuk team "Cloak and Dagger" untuk buat kerja2
ala James Bond (Ada Melayu yang jadi James Bond tapi tak ramaila). Oleh kerana ada
dua team berbeza, majoriti orang Melayu tak nampak team2 belah bangsa Cina,
maklumlah James Bond … hehe. Tapi orangg2 atasan rejimen Melayu nampakla sebab
diorang communicate untuk rancang peperangan. Secara amnya, dua team ni bekerjasama
dengan rapat. Intel Jitu + Kekuatan Serangan utama = PKM bungkus. Itulah
realiti dan resultnya.
Kesimpulannya, kemenangan menentang komunis ;
Deep Cover Risikan yang mantap (majoriti bangsa Cina) +
Keberanian dan efektif Ground Forces di hutan (Bangsa Melayu, India, Orang Asli
dan lain2) + Bersatunya rakyat Malaya.
Inilah equation yang menyebabkan PKM tewas. Sebab itulah
taktik DAP untuk menang, mereka kena pecahbelahkan dulu semua bangsa bermula
dengan bangsa Cina dengan bangsa Melayu, kemudian barulah bangsa Melayu dengan
bangsa Melayu. Taktik DAP sama dengan PKM cuma mereka tak angkat senjata je.
Kekejaman PKMlah yang menjadi motivasi utama kaum2 di
Malaya bersatu dan bangkit menentang PKM. Ianya bukanlah propaganda British
atau alat2 British. Ketika insurgeni (kebangkitan) inilah kaum2 di Malaya
bersatu hati menentang kekejaman PKM. Bangsa Cina menganggotai intelligence
untuk memecah kod bahasa Cina komunis dan pemikiran mereka. Bangsa Melayu,
India, Orang Asli dan lain2 dengan keberanian mereka berperang dengan PKM.
No comments:
Post a Comment