Friday, 13 April 2012

Hassan Merican, Conoco Philips & Semb Corp.







Nak tahu cerita sebenar pasal Hassan Merican, hangpa baca sudut ekonomi dan industri minyak je, baru tahu cerita sebenar sebab "MONEY TALKS, BULLSHIT WALKS". Bagi aku, blog2 ni BULLSHIT je terutamanya mulut Malaysiakini. Ok, pada 2003, memang dah ada plan nak jolok Hassan Merican jadi Penasihat Minyak kepada Menteri2 Iraq untuk kepentingan Petronas khususnya. Tiba2 Hassan timbul dalam ConocoPhillips, satu company US yang cukup rapat dengan menteri2 Iraq. Pada masa yang sama, Petronas hantar 5 pembidaan untuk minyak2 Iraq, dan Petronas sapu 4, gila betul. Tiba2 kat Sarawak, Petronas geng pulak ngan ConocoPhillips. Kalau nak tau sebab apa Hassan timbul dalam Semb Corp, satu sebab ja, South Natuna Sea Block B PSC dan Corridor Block PSC yang land kat Singapore, lepas ni tariklah pipe masuk semenanjung. Haa, yang Petronas dok buat Pengerang kat Johor tu untuk apa??? Haa, tengok macamana Petronas setting ... hehehe. Benda ni dah memang susun lama dah. Ni map dia outfall gas dari Sumatera dan Natuna ke Singapura, so hangpa tengok sendiri berita ekonomi memang bercanggah dengan khabar angin dari blog2 yang kita dengar termasuklah Malaysiakini. Pendapat akulah, Hassan dah naik pangkat lebih tinggi dari Presiden Petronas, kepada Pemain Catur, menyusun dari luar, besar komisen ni oi. Kalau Hassan merajuk memang takdelah deal2 besar ni dengan Petronas, betui tak?? 


Ok, ini situasi kat Iraq. Nak tackle minyak Iraq, kena geng rapat dengan menteri2 Iraq atau syarikat2 minyak US yang berdamping dengan menteri2 Iraq, baru ada can menang tender. 2003, memang dah plan dah nak jolok Abang Hassan ni jadi advisor kepada menteri minyak Iraq, sendiri mau ingatlah untuk apa. Pada masa yang sama, Petronas hantar 5 bid tak salah aku, menang 4 tu, perrghh. Lepas tu timbul lak Abang Hassan dalam ConocoPhillips. Haa, ni map minyak2 di Iraq, korang tengok oilfield Majnoon kat selatan Baghdad dekat dengan Basrah. Gedebuk gedebak 2 billion tong tu.


 

Ok, ni situasi di Sarawak. Hangpa tengok formula ni. Hassan dalam Conoco dan SCORE, dan member lama dia, Shamsul Azhar Abbas. Hah gedebuk gedebak, kahwin terus, tebuk Sarawak tu bersama. Cerita sama je, tag team yang sama jugak tapi kapal je lain2 iaitu Hassan (Conoco) - Shamsul (Petronas) hahaha. Cukup pandai wayang ek, berlakon merajuk yer?   

 
Ok, ni situasi Semb Corp yang LGE kecoh tu hehehe. Dan hangpa semua tau Petronas dok sibuk bina Fasiliti kat Pengerang tu kan, ok untuk apa?. Jeng Jeng Jeng. Petronas memang dok aim lama dah South Natuna Sea Block B PSC dan Sumatera Corridor Block PSC yang land kat Singapore tu. Tup tup, timbul Abang Hassan dalam Semb Corp, termasuklah ConocoPhillips. So apa akan jadi?, Lepas tu tariklaa pipe atau kasi tambah storage masuk Semenanjung. Kaw timlaa dengan Semb Corp semua ni, habih cerita ... hihihi. Bagi aku, ni semua dah susun lama dah, macam selari dengan perancangan Petronas, maklumlah dok sibuk bina fasiliti di Pengerang ... hehe.


Kalau betuila apa yang Malaysiakini kata pasai Hassan tak kena renew kontrak sebab masalah dalaman, KENAPA deal2 besar ni boleh terjadi? Aku ambik 3 contoh ja, Iraq, Sarawak, Pengerang-Singapore (Landing gas dari Natuna dan Sumatera). Paling sedap setting kalau ada orang kita dalam Conoco, betui tak? So hangpa pikiaq kenapa deal2 ni boleh terjadi, dalam satu masa lak tu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this