Thursday, 5 April 2012

Fakta mengenai Nuklear






Allah SWT mencipta uranium ni bersebab, kitalah yang kena kaji dan belajar mengenai penggunaannya. Jepun yang baru kena kat Fukushima, masih teruskan usaha membina loji2 nuklear ni, sekarang dah ada 55 buah kilang nuklear di Jepun. Kyoto Protokol datang dari Jepun. So kena fikir kenapa mereka masih teruskan, apa kebaikannya. Jangan terus tengok keburukannya. 





“Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan. Dan Kami telah menurunkan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya) sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. “
Al-Hadid 57:25


Janakuasa dari uranium pallet SEBESAR KUKU kita saja adalah bersamaan dengan 17,000 ft3 Gas Asli, 800 kilogram Arang Batu, 570 liter minyak (2 tong lebih). Dan setiap pallet ni boleh bertahan lama. Dengan penemuan jenis "fast efficient reactors" hari ni, seluruh dunia boleh bertahan dengan sumber uranium yang ada di dunia ni selama 2,500 tahun!!! Ok sendiri mau ingatla, negeri mat Bangla dari Bangladesh tu pun dah buat 2 reaktor macam ni!! Kita belum lagi!! 


Fakta : Hanya 2 orang mati di Fukushima apabila kilang nuklear mencair, ianya terbakar disebabkan tsunami. Masalah kat Jepun tu sebab kena tsunami 150 tahun sekali, dan dari human error sebab tak shutdown. Yang teruk sekali ialah bursa saham Jepun, orang melompat takut sebab dengar ayat radiasi, jatuh saham Jepun. Radiasi memang tinggi di reaktor, tapi di sekeliling mereka mendapati radiasi ini hampir sama dengan radiasi yang kita hadapi sekarang, iaitu natural radiasi. 


Fakta : Fukushima has so far released about 10% as much radiation as Chernobyl, Japan’s nuclear safety agency said. Dah advance la teknologi nuklear sekarang. 90% reduction of radiation from leakage. Oleh itu it is a GO for nuke. 


Hydro, Biomass dan Nuclear adalah yang terbaik sekarang. Tapi kelebihan Nuklear adalah ruang untuk letak power plant tidak sebesar yang diperlukan seperti Hydro. Hydro memang jimat, tapi kawasan tadahan yang diperlukan adalah besar. Contohnya Hydro Bakun mampu membekalkan janakuasa untuk 1/3 seluruh Borneo Sabah dan Sarawak. Jika sudah maju,  ia memerlukan kawasan tadahan sebesar Singapore. 3 nuklear power boleh ganti Bakun tak salah saya.


Apa itu ZONAL? Setiap pembangunan suatu tempat mempunyai bahagian2 zon, seperti zon perumahan, zon industri, zon perniagaan. Power plant diletakkan di zon perindustrian, sebab industri yang paling banyak pakai power. Kalau jauh transmisi, kos akan naik  untuk industri yang banyak pakai. 


Padanlah GDP Selangor sekarang dah negative, sebab PKR punya bodoh. Depa dok ingat teknologi nuklear ni sama macam 60an dulu, sekarang dah advance la. Arang batu lebih teruk sekarang, tiap2 hari radiasi dok keluar dari pembakaran abu arang batu. Seeloknya bacalah dulu teknologi baru nuklear tu, bukan terus buat kesimpulan. Aku awal2 tak setuju, tapi bila aku baca tekno baru nuke ni, aku setuju dan ia dibuktikan di Fukushima sendiri, 90% radiation reduction leakage berbanding chernobyl dulu. Rujuk sini dan sini.



Mengenai sumber tenaga lain seperti solar atau renewable energy, kita dah ada 11 reaktor renewable energy. Kombinasi 11 tu tak sampai pun 100MW kapasiti. Kita perlukan minimum 1 power plant yang mampu supply minimum 700MWkapasiti sekarang. Bukannya kerajaan tak pandang renewable energy pun, tapi belum sampai masa optimum lagi. Rujuk sini.



Loji Nuklear takdak TNT. Paling ramai mati akibat letupan loji nuclear dalam sejarah adalah letupan Chernobyl, iaitu 31 orang pada tahun 1986. Pada tahun yang sama jugak dari rekod World Health Organisation (WHO), orang yang mati akibat dari kesan fossil fuel power plant dalam lingkungan 1,800,000 orang. Ini fakta.



Kelemahan untuk implementasi loji nuclear di negara kita adalah kelemahan pemimpin BN untuk membuka mata rakyat dengan penerangan mengenai status sekarang iaitu perbandingan fosil fuel power plant dengan loji nuclear dari segi keselamatan / kesihatan dan juga dari segi aspek ekonomi. Ini sangat menyedihkan. Bagi saya, rakyat ramai tidak tahu mengenai perbandingan ini dan kebaikan yang akan dibawa kepada seluruh rakyat Malaysia.


p/s : US sampai hari ini tak boleh buktikan Iran ada ICBM, sama macam Iraq dulu, WMD adalah satu penipuan. Nak buat ICBM tu bukan RM10, Iran pun boleh bankrap kalau diorang buat ICBM (Intercontinental Ballistic Missle) - click here


Bacaan tambahan -  http://diskusisiber.blogspot.com/2011/03/science-talk-9-analisis-ayat-al-quran.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this