Sunday 25 December 2011

Kesilapan Mahasiswa Melayu


Apakah persamaan Adam Adli dengan Ariff Alfian?




Kedua2 mereka ialah mahasiswa Melayu yang bernasib baik kerana berpeluang mendapat tempat di IPTA dalam, mahupun di luar negara.

Apakah kesilapan yang mereka lakukan?

Berkenaan kes Adam Adli, mari kita dengar apa yang Tun M nak kata ;




Umum mengetahui, Anwar Ibrahim adalah contoh mahasiswa yang terlibat secara agresif dan aktif dalam demonstrasi jalanan semenjak menjadi mahasiswa lagi. Dari segi positifnya, Anwar mempunyai ciri2 yang baik untuk menjadi pemimpin kerana kepetahan beliau berkata2 dan mampu menarik sokongan dan pengaruh dengan mudah. Anwar bernasib baik kerana langkah beliau dalam bidang politik “direstui” dan ternyata, bidang politik adalah jalan yang tepat untuk beliau. Masih bernasib baik lagi, Tun Mahathir dengan mudahnya menaruh kepercayaan kepada beliau kerana tertarik dengan imej Islamik yang dibawa oleh Anwar semasa Anwar belum menyertai Umno lagi. Tetapi apakah pencapaian Anwar dalam bidang akademik? Adakah Anwar berjaya mendapat kelulusan yang cemerlang di Universiti Malaya? Jika Anwar tidak ditakdirkan menjadi ahli politik, apakah pekerjaan yang layak untuk beliau??




Adam Adli adalah pelajar UPSI yang cuma mendapat pointer 2.5. Sejauh manakah pelajar Melayu dapat pergi dan bersaing dengan pelajar bukan Melayu jika pointer cuma 2.5? Mungkin Adam Adli tidak sedar (dan mungkin juga tak sedar2), bahawa pointernya 2.5 itu telah dijadikan modal untuk DAP untuk mempersoalkan kuota kemasukan pelajar Melayu ke dalam universiti. Sudahlah dapat masuk sebab kuota Bumiputera, pointer pula 2.5 sahaja, boleh berpolitik, jadi mereka akan mempersoalkan ketidakadilan kerajaan dalam menentukan kuota kemasukan pelajar ke IPTA. Apa akan terjadi jika kuota untuk Bumiputera ini tidak wujud sama sekali? Mampukah pelajar Melayu bersaing dengan pelajar bukan Melayu, terutama sekali pelajar Cina?


Apa akan terjadi jika pelajar IPT terus dibenarkan berpolitik semasa masih di alam kampus? Menyertai demo, menjadi orang suruhan dan balaci kepada ahli politik yang mengambil kesempatan mencari pengaruh di kalangan mahasiswa, kemudian pelajaran terabai kerana tidak mampu untuk fokus sepenuhnya. Saya masih bersetuju dan tetap bersetuju dengan akta AUKU yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran. AUKU ini diperkenalkan kerana melihat senario mahasiswa Melayu yang ghairah berpolitik sehingga mengabaikan pelajaran mereka yang menjadi tunggak masa hadapan. Mahasiswa masih boleh berpolitik, cuma biarlah ianya hanya tertumpu kepada politik dalam kampus, kerana sering dilihat, ahli politik mengambil kesempatan terhadap mahasiswa dengan mengarahkan mereka menyertai demonstrasi jalanan yang mana boleh mengakibatkan mereka tercicir dalam pelajaran. 




Kita lihat pula kes Ariff Alfian, mahasiswa yang mendapat tajaan Petronas ini.
Ariff mendapat tajaan Petronas di bawah skim Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah pada September 2001.untuk mengikuti kursus A Level dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Perubatan di UK. Tetapi, setelah menamatkan kursus A-Level, Ariff memohon dan diterima memasuki University College Dublin. Berikutan keputusan dan pencapaian akademik yang tidak memuaskan dan melanggar syarat perjanjian pinjaman, PETRONAS bertindak menamatkan penajaan Ariff.

Malangnya, Ariff telah melepaskan peluang berkhidmat dengan PETRONAS bila tamat pengajian kerana tidak yakin dapat berbuat demikian disebabkan penglibatannya dalam hubungan sejenis. Jadi, Ariff terpaksa membayar pinjaman pelajarannya sebanyak RM890,000 dan kini, beban hutang itu ditanggung oleh kedua ibu bapanya yang menjadi penjamin terhadap perjanjian ini.

Hanya kerana terlibat dalam hubungan songsang, Ariff telah melepaskan kemudahan yang dia perolehi. Bukan semua pelajar Melayu yang mendapat peluang ditaja oleh PETRONAS, sebilangan besar terpaksa meminjam PTPTN atau menggunakan duit poket sendiri @ ibu bapa. Perkara seperti ini adalah amat memalukan kerana berkaitan dengan nilai2 agama Islam dan budaya kaum Melayu. 


Sekali lagi, pelajar Melayu dilihat “kehilangan arah” apabila GAGAL menempatkan diri mereka di kalangan yang terbaik, dari segi akademik mahupun nilai2 murni sebagai seorang mahasiswa. Seharusnya, sebagai seorang yang berpeluang mendapat tempat di IPT, mereka haruslah bersyukur dan beriltizam mahu menjadi contoh dan modal insan untuk agama, bangsa dan negara. Di manakah nilai mahasiswa Melayu jika masih ramai di luar sana seperti Adam dan Ariff? Tatkala yang lain masih merangkak2 dan merayu untuk ditempatkan ke pusat pengajian tinggi, Adam dan Ariff tidak mampu menghayati erti BERSYUKUR kerana peluang yang mereka dapat adalah impian yang tidak semua orang mampu capai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this