Semenjak 2005, boneka2 US/Barat ni seperti Mubarak, Gaddafi
dan lain2 belot dengan bekerjasama dengan musuh ketat US/Barat iaitu
China/Russia. Secara rasmi, Rusia dapat kebenaran dari boneka2 US/Barat ni untuk
buat markas pada 2009. Setahun lepas tu, revolusi untuk tendang boneka2 ni
keluar. US/Barat recycle diorang la …
hahaha.
Inilah penyebabnya revolusi2 Arab tu. Boneka2 US/Barat
sendiri dah belot dengan bekerjasama dengan musuh ketat US/Barat iaitu
Russia/China, dengan niat untuk seimbangkan pengaruh US/Barat di Tanah Arab.
Kalau boneka2 US/Barat tu tidak belot, mereka akan kekal sampai hari ni dan
revolusi itu tidak akan wujud pun dan sebaliknya NATO, CIA semua ni akan bantu
rejim2 boneka ni untuk kekang revolusi2 Arab tu.
So, korang rasa revolusi2 Arab Spring di Mesir, Libya tu
semua real? Yayasan2 Demokrasi yang sponsor BERSHIT di Malaysia dan negara2 barat
akan TUNAIKAN JANJI mereka pada rakyat2 Arab yang keluar peluh tunjuk perasaan
tu? SEMESTINYA TIDAK. Barat akan perketatkan lagi cengkaman supaya tanah Arab
ni tak terlepas dari genggaman ke tangan pesaing2 mereka seperti Russia/China.
Pak Arab penat keluar peluh jaa ...
Campur tangan kuasa besar berlaku BILA-BILA masa asalkan
ada nilai untuk memenuhi strategik interest mereka. Diorang tak tunggu korup
atau tak, diorang hanya takkan masuk bila tiada ruang untuk masuk. Dan pemimpin
yang memanggil kuasa luar untu berkuasa telah dibuktikan adalah pemimpin yang
tertinggi korupnya kerana sanggup ambil jalan pintas seperti Anwar Ibrahim. Kalau
dah ikut jalan pintas dengan memanggil kuasa luar membantunya untuk berkuasa MAKNANYA
MEREKA KORUP. Tengok pemimpin2 sejati yang bawa manfaat kepada rakyatnya
seperti Salahuddin Ayubbi, Tun Mahathir, 4 Khalifah Rasyidin, Caesar, Octavius,
Iskandar Zulkarnain, Churchill semua ni ada tak mereka minta kuasa luar untuk
berkuasa? TAKDE PUN, dan mereka berusaha dari bawah tanpa perlu di "helikopterkan"
oleh kuasa luar untuk jadi pemimpin tertinggi. Dan mereka membina negara mereka
BRICK BY BRICK dengan tangan dan idea mereka sendiri tanpa perlu terhutang budi
dengan kuasa luar.
Sejarah pemimpin2 dunia samada Islam atau bukan Islam,
samada negara kecil atau besar, kuasa dunia atau bukan, mana2 pemimpin yang
naik dari bawah, berusaha sendiri tanpa perlu bantuan asing untuk berkuasa
selalunya berjaya di akhir karier mereka dan rakyat akan dapat manfaatnya. Berbanding
pemimpin yang naik melalui cara bantuan luar, karier mereka tidak akan baik dan
rakyat turut akan sengsara.
Bukan macam Anwar Ibrahim, baru marah Yahudi, Yahudi
zionis sergah, Anwar terus minta maaf, apa ke mende ni??? Anwar Ibrahim siap
pegi luar negara, mintak tolong sana sini, tanggungjawab dalam negara seperti
tunaikan janji PRU 12 tak mahu lak buat kepada rakyat, pegi daaa!
Bukan setakat yayasan hipokrit dari barat je yang support
Anwar Ibrahim, pemimpin2 gay pun support Anwar Ibrahim. Tengok, siap bagi
memorandum lagi tu bantahan terhadap kerajaan Malaysia.
"Sixty Federal MPs have signed a letter urging the
Malaysian government to drop sodomy charges against opposition leader Anwar
Ibrahim, following a speech by Melbourne Ports member Michael Danby last month" Read here
Hosni, Gaddafi, Saddam dan semua diktator Arab - dengan siapa mereka mintak tolong untuk
berkuasa pada awal karier mereka? Bukan sama macam cara Anwar Ibrahim jugak?
Tengok ni, comel betul muka Gaddafi, siap temberang lagi dengan apa yang biasa
kita dengar kat Malaysia, “Ketuanan Rakyat” la, “Hak Rakyat” la … hahaha.
Ni video Saddam, dinaikkan oleh kuasa besar yang sama
jatuhkan dia ;
Ni pulak akhbar Yahudi, Jerusalem Post. Kuasa barat yang menyokong Anwar Ibrahim jadi PM,
apa bezanya Anwar dengan pemimpin ni? Semua sama, nak berkuasa mintak bantuan
kuasa luar, bila dah habis madu, sepah dibuang … hahaha ;
Sosio politik berbeza TETAPI PLAYERNYA SAMA yang operate
kat Malaysia ni, yang dok support Malaysiakini, BERSHIT, macam NED, ICG ni dan
ada Yayasan Demokrasi Washington yang Anwar jadi chief dia, modus operandi pun
sama di Libya, Mesir. Itu semua temberang rakyat dengan slogan Ketuanan
Rakyatla, Hak Rakyatla, ala "Power to the People". Kalaulah Yayasan Demokrasi
ni ikhlas nak tolong laksanakan demokrasi di semua negara, habih tu apasal
naikkan diktator macam Saddam semua ni? TEMBERANG je.
Inilah keburukan kalau pemimpin2 mengambil jalan
pintas untuk berkuasa dengan meminta bantuan dari luar. Apabila membuat keputusan
tidak menyebelahi kuasa luar yang membantu mereka berkuasa, mereka akan di recycle seperti Gaddafi, Mubarak semua
ni. Kita bernasib baik kerana pemimpin BN semuanya naik dari sokongan rakyat
sendiri, bukan dari bantuan asing. Kesan daripada itu, pemimpin2 BN boleh jadi neutral dengan
tidak menyebelahi mana2 pihak. Maka SAY NO TO ANWAR IBRAHIM yang meminta
bantuan kuasa asing untuk berkuasa di Malaysia supaya rakyat Malaysia tidak
senasib dengan rakyat di Tanah Arab.