Wednesday, 14 November 2012

Teori Kas - Kas dalam Politik



Saya ada terperasan komen yang mengaitkan isu hubungan US dengan Malaysia, dan teori rencana mastermind Tun Mahathir untuk menjatuhkan Pak Lah dan Anwar. Komen dan teori yang agak bagus. Tetapi saya tidak bersetuju. Kenapa?

Pertama sekali berkenaan dengan mengaitkan isu US dan Malaysia.

1.    1. Jikalau persepsi kita agak tinggi, ia adalah lebih kepada system, polisi dan teknik. Dan secara kebetulan pemimpin di US secara vocal mengutuk system kita. Dan juga, Anwar Ibrahim cuba membawa system, polisi dan teknik yang diamalkan di US, terutamanya sistem2 yang telah dibuktikan gagal. US sering ingin menjadi watak utama dalam scenario politik, ekonomi, social, system undang2, hak asasi dalam negara kita. Ini adalah kebetulan.

2.    2. Jikalau negara Mexico yang ingin menjadi watak utama dalam negara kita dan sering secara vokalnya mengata kelemahan polisi dan system kita, kita sebatla Mexico, betui tak?

3.    3. Contoh satu teknik untuk menyelamatkan atau memulihkan ekonomi negara kita adalah system BAIL-OUT. Siapakah yang banyak bersuara merendah2 kan teknik ini? Siapa lagi, US lah. Dalam negara kita siapa? Anwarlah. Dan sekarang kita lihat sendiri apa dah jadi? US dan negara barat yang lain terpaksa menelan “pai rendah diri” (humble pie). Yang pelik sekali, Anwar masih belum mahu menelan “humble pie”.

4.    4. Contoh system yang gagal di US yang cuba dibawa ke Malaysia oleh PR – “unregulated system” (system permodalan tanpa batasan). Kita lihat sendiri apa dah jadi di sana, ramai yang hilang pekerjaan dll. Sistem ini diamalkan di US dan telah memberikan impak yang buruk. Negara lain seperti kita turut mendapat tempias. Oleh itu, siapa kita nak kaitkan impak buruk ni? Takdak orang lain, USlah, siapa lagi.


 Kedua, Tun Mahathir sebagai mastermind untuk menjatuhkan Pak Lah dan Anwar.

1.    1. Saya rasa teori ni terlebih kas – kas. Saya pun dengar banyak jugak cerita yang mengaitkan Tun Mahathir dengan Freemason la, iluminati lah, macam2. Organisasi ni dikategorikan sebagai rahsia, macamana ramai boleh tau? Sebenarnya agak mustahil kita boleh tau, akhirnya hanya tinggal teori.
2
2.    2. Saya bagi contoh teori yang ada logic dan lebih sikit kas – kas. Jikalau saya (salah seorang anggota organisasi rahsia) ingin menguasai Malaysia, adakah lebih baik kalau saya menguasai 2 parti politik sekaligus, iaitu BN dan PR? Kalau begini keadaannya, di dalam PR pun ada anggota organisasi rahsia tersebut, betui? Sekarang hangpa pikiaqlah, boleh buat buku konspirasi teori.

3    3. Kenapa Tun memilih Pak Lah atau Anwar sebagai pegganti beliau? Ia mudah, kita boleh lihat coraknya. Kedua2 orang ini dari pandangan pertamanya mempunyai latar belakang agama Islam yang agak kukuh. Dengan ini sahaja, boleh membeli kepercayaan orang lain. Dan mereka berdua mempunyai pengalaman politik yang luas dalam negara. Kedua2 nya juga mempunyai “grass root” yang agak kuat.

    4. Akhirnya, seperti kita manusia biasa ni yang tidak lari daripada membuat kesilapan, Tun Mahathir, pun ada buat silap. Tun Mahathir juga mengaku yang dia pernah buat silap.

5  5. Nik Aziz dengan hati terbuka pernah menjemput Tun menjadi ahli PAS. Nik Aziz turut memuji Tun yang secara konsistensi menentang Zionis dan mengatakan PAS memerlukan orang sebegini. Persoalannya, adakah Nik Aziz pun sebahagian daripada anggota organisasi rahsia seperti Freemason dan Illuminati yang dikaitkan dengan Tun?

Kesimpulannya mudah, memang betui kita jangan melihat sesuatu benda tu dengan pandangan yang lurus sahaja, sekali sekala kita perlu melihatnya dari sudut yang lain. Tapi janganlah sampai terlebih “kas – kas”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this