Sunday, 23 September 2012

Hipokrasi NGO - WWF Dalang Aktiviti Haram






WWF ini ditubuhkan pada 1961 atas nama kononnya hendak menjaga hak asasi binatang dan alam sekitar. Tetapi orang2 yang menubuhkannya adalah ahli kepada sebuah kelab elit kulit putih “1001 Club”. Ahlinya memang suka memburu, dan pada masa yang sama adalah industrialis yang banyak mencemarkan alam sekitar seperti pencemaran toksik, penebangan pokok berleluasa di Eropah dan lain2. Di sini WWF digunakan sebagai "front" untuk kelab 1001 menjalankan aktiviti mereka.


Kelab 1001 iaitu golongan elit kulit putih Eropah ini menggunakan WWF untuk menjaga kepentingan mereka di negara2 membangun seperti di Asia, negara2 Islam dan negara2 Afrika khususnya. WWF ini turut digunakan sebagai "vehicle" untuk membersihkan wang rasuah kononnya, atas nama derma kepada kebajikan alam sekitar dan haiwan. Secara rasminya, mereka kantoi mengenai penggunaan vehicle rasuah iaitu rasuah pembelian senjata antara kerajaan2 di Eropah dan Lockheed, serta rasuah dari syarikat tembakau terbesar dunia pada masa itu iaitu Rothmans.


Tetapi yang betul2 mengejutkan dunia adalah PROJECT LOCK. Iaitu satu projek untuk mempertahankan pengaruh elit kulit putih di Afrika, khususnya Afrika Selatan dalam mempertahankan Apartheid. PROJECT LOCK ini dilindungi dengan nama baik WWF iaitu kononnya menjaga alam sekitar dan haiwan. Tentera2 upahan yang kantoi atas nama WWF dikatakan kononnya untuk melumpuhkan perdagangan haram haiwan seperti gading2 gajah dan lain2. Walhal merekalah sebenarnya dalang perdagangan haram tersebut. Bukan setakat itu sahaja, kehadiran tentera upahan ni ada fungsi lain. 


 Pada 1995, Nelson Mandela telah menubuhkan dan meminta suruhanjaya KUMBLEBEN untuk menyiasat PERANAN SEBENAR WWF di belakang Apartheid di Afrika Selatan, terutamanya di sebalik kematian misteri pemimpin ANC iaitu parti politik Nelson Mandela yang memperjuangkan hak kulit hitam.


Memandangkan Pengerusi WWF ialah seorang monarki yang disegani dan juga pengerusi Bilderberg Group yang sangat berpengaruh di Eropah, Perdana Menteri Belanda telah berunding dengan pemimpin kulit hitam di Afrika Selatan kononnya hendak jaga nama baik monarki tersebut. Perundingan itu berlangsung secara rahsia dan nampak isu itu selesai. WWF kononnya distruktur kembali. Orang yang kantoikan WWF ialah Kevin Dowling, iaitu hari ini beliau adalah bishop kulit putih penting di Afrika Selatan. Beliaulah yang banyak buka rahsia WWF di mata dunia yang dahulunya beliau turut bersama WWF.


WWF ini tidak diharamkan atau diambil tindakan walaupun hasil bukti kukuh mengenai penyiasatan skandal Lockheed dan Project Lock semenjak 1961, hanya kerana ahli2 penting mereka adalah orang penting di Eropah. Terutamanya pengerusinya, Prince Bernhard of Lippe-Biesterfeld yang menjadi wira dalam WW2 sebagai agen perisikan yang sangat efektif ketika itu. Minuman beliau, martini "shaken not stirred" menjadi inspirasi kepada Ian Fleming dalam filem James Bond. WWF hanya distruktur kembali supaya kesalahan yang sama tidak akan berulang kononnya seperti apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Holland ketika itu. 





Mengenai NGO WWF di Malaysia yang dikatakan kononnya menjaga alam sekitar dan haiwan di Malaysia, itu hanyalah dari segi atas kertas sahaja. Mereka mempunyai niat lain. Contohnya kalau kerajaan kita beri kontrak pembinaan strategik kepada syarikat2 bukan dari US & Eropah, mereka akan kecoh mengenai isu alam sekitar. Tetapi mereka tidak akan kecoh mengenai alam sekitar jika kontrak tersebut diberi kepada syarikat2 yang selari dengan mereka iaitu syarikat2 dari US dan Eropah. Itulah realitinya. 

 Korang sendiri boleh "TEST" mana2 wakil WWF yang kononnya jaga alam sekitar ni di Malaysia. Bila korang bertembung dengan diorang, korang boleh tanya mereka pasal "Project Lock”, Suruhanjaya KUMBLEBEN yang menyiasat mereka dalam isu pembunuhan pejuang kulit hitam yang seangkatan dengan Nelson Mandela untuk melindungi Apartheid, Skandal Syarikat Senjata Lockheed, Skandal Syarikat Tembakau Rothman di mana WWF adalah vehicle untuk sorok rasuah atas nama derma kepada kebajikan Alam Sekitar. Mesti diorang terkebil-kebil.

Inilah realiti gerakan NGO2 di dunia yang kononnya mengatakan berjuang atas nama hak asasi manusia termasuklah binatang, walhal semuanya hanya camouflage agenda sebenar mereka. Kes WWF ni real dan KANTOI red handed di Afrika Selatan, bukan lagi konspirasi teori lagi dah ni.



p/s : Bacaan tambahan, iaitu mengenai siasatan dari suruhanjaya Kumbleben Commision pada 1995 oleh Nelson Mandela yang menyiasat peranan sebenar WWF di Afrika. Dan termasuklah kontroversi Prince Bernhard iaitu pengerusi Bilderberg Group, dari seorang HERO kepada ZERO setelah semua peranan WWF dibocorkan. Bagi aku Prince Bernhard ni dikambing hitamkan untuk cuci tangan organisasi NGO WWF, itu je. Bukan dia seorang je yang run WWF tu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this