Hangpa
sendiri lihatlah betapa SYAITANnya SUARAM, nak minta budget supaya tentera kita
dipotong kepada paras bawah 1% daripada GDP!!. Perengan terakhir depa suruh kita review balik polisi pertahanan dan "disarm"!!! Sebelum ni mereka
menipu pasal isu Scorpene sampai terdedahnya kemampuan kapal selam
tersebut pada orang awam, kemudian mereka bocor lagi rahsia LCS kapal high tech
kita, kemudian mereka bocor lagi rahsia NCO atas alasan rakyat konon! Agensi
mana dah menyerap dalam SUARAM ni nak melemahkan Pertahanan Negara kita??!!!
"Coalition
also demanded Members of Parliaments and candidates for the next general
election from both sides of the political divide review the defence policy to
promote a culture of peace and disarmament." - Apa ni disarmament???!!!!
Singapura pun tingkatkan perbelanjaan pertahanan mereka lebih 4% dan SUARAM mahu Malaysia
drop perbelanjaan dibawah 1%???!!! Apa yang kamu sedang buat ni SUARAM?? SUARAM
sedang melemahkan pertahanan negara kita ke??
Bila
aku buat archiving / database pasal isu2 SUARAM ni, aku terperasan satu benda ;
Semua cerita SUARAM akhirnya hanya suatu PENIPUAN tapi pada masa yang sama RAHSIA
MAKLUMAT NEGARA TERDEDAH!! Dan SUARAM boleh pulak mintak budget tentera kita
diturunkan di bawah paras 1% dari GDP sebab alasan yang mengarut. Aku rasa ada
benda tak kena dengan SUARAM ni. Adakah mereka bertopengkan hak asasi manusia tetapi
secara halus melemahkan pertahanan negara kita?? Mari kita recap balik isu2
SUARAM ni dari awal iaitu scorpene hingga hari ni dan kita fikirkan …
Kes isu Patrol Boat yang digoreng oleh Tony Pua - Tony Pua (PR/DAP) mendedahkan Malaysia beli kapal patrol yang kononnya berharga USD 400 Juta++. Akibat soal jawab SECARA TERBUKA di parlimen dan secara PUBLIC, rahsia pertahanan negara telah terdedah, rupanya kapal yang didakwa Tony Pua bukannya kapal patrol biasa, tetapi jenis class LCS (Littoral Combat Ship) iaitu yang termoden dan mempunyai kebolehan yang cukup sesuai untuk misi2 rahsia. Pendapat aku, tujuan utama Tony Pua bagi istilah kapal Patrol dan harga tinggi SECARA TERBUKA ni ialah untuk memaksa / pressure pada kerajaan / pemimpin di parlimen untuk beritahu apa spec dan detail sebenar kapal ni.
Kes Nurul dedahkan aset ketenteraan Network Centric Operations (NCO) yang sedang dimajukan oleh Sapura Secured Technologies Sdn Bhd (SAPURA) untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kononnya atas isu rasuah, akhirnya hanya suatu penipuan je. Tapi tanpa disedari, kemampuan dan spec NCO dan developer telah terdedah pada orang awam dan pihak2 luar yang berminat hendak tahu yang kemungkinan adalah musuh negara.
Lagi
satu yang mencurigakan mengenai SUARAM ialah penulis buku ini. Mari kita lihat
latar belakang dia ;
“Kua Kia Soon is
director of the human rights organization SUARAM. He has also been Principle of
the community-run New Era College (2000-08); Opposition Member of Parliament
for Petaling Jaya (1990-95); Director of Huazi Research Centre (1985-90);
political detainee under the ISA (1987-89) and lecturer at the National
University of Singapore.”
Latar
belakang penulis buku ini sangat mencurigakan, maklumlah dia lama di Singapura.
Apa yang dia kelentong dalam buku dia dah kantoi tapi tanpa disedari oleh
kita, MAKLUMAT TERDEDAH. Maklumlah kita
distracted dengan sembang SUARAM. Ada benda tak kena pasal SUARAM ni kalau kita
lihat balik kronologi of event semenjak pendedahan aset2 strategik negara dan
permintaan SUARAM untuk turunkan budget ketenteraan. Latar belakang penulis buku ni aku dapat dari seorang bekas Komando.
Kes SUARAM memaksa kerajaan Malaysia untuk turunkan budget ketenteraan di bawah 1% dari GDP kita. Atas alasan yang sangat mengarut. Kemudian permintaan untuk “disarmament”, kononnya rakyat Malaysia ni pencinta keamanan di rantau ini. Yang aku herannya penulis buku di atas yang pernah mengajar di Singapore, di mana Singapore tingkatkan budget ketenteraan lebih 4% dari GDP. Takde lak dia bukak mulut.
So
daripada perkara2 yang aku perasan ni,
ada benda dan corak / pattern yang tak kena dengan SUARAM ni. Ini dah macam
collection of intelligence through the 3 rd parti atau proxy. Pada masa yang
sama meminta budget cap untuk tentera kita dan disarm atas alasan hak asasi dan
keamanan, aik??? Lagi satu ini macam ada satu usaha halus nak masuk MINDEF ni
kononnya nak lantik pihak ke-3 kononnya untuk kaji perbelanjaan ATM. Ini cukup
mencurigakan ni.
Aku
cuma berharap aku punya tanggapan adalah SALAH terhadap SUARAM. Tetapi jika aku
betul, kita semua rakyat Malaysia dalam bahaya. Maklumlah, pertahanan negara
kita sedang dilemahkan secara halus oleh anasir2 luar yang menggunakan SUARAM.