Wednesday, 25 April 2012

Mana Perginya Mahasiswa 1997 yang Sokong Anwar Dulu???





 Pak Syeikh boleh teleng kepala walaupun sakit leher .. 
nampak benor menipunye ..



Apa dah jadi pada mahasiswa 1997 selepas 10 tahun?? Minimum 80% dah U-Turn menjadi penentang tegar Anwar Ibrahim hari ni, 2/3 yang Melayu dari 80% tu dah jadi ahli UMNO, selebihnya neutral, yang tu pun balun Anwar jugak pada hari ni. Fenomena yang sama akan jadi pada budak2 di Dataran Merdeka pada hari ni, majoriti mereka akan sedar dan U-Turn dan menjadi penentang tegar PR nanti. Tunggu dan lihatlah. Yang ni aku gerenti.


Korang tak percaya cakap aku?? Korang pergi checklah sendiri penambahan keahlian UMNO antara 1997 dan 2012. Bertambah mencanak tau, tak salah aku naik lebih dari 500,000 org tau, nak tahu keahlian ni datang dari mana?? Majoritinya dari bekas budak2 / mahasiswa 1997 yang sokong Anwar laa. Salah seorangnya aku. Aku pun terkejut bila pergi Perhimpunan Agung UMNO, aku jumpa ramai geng2 bekas2 mahasiswa 1997 yang dok gila reformasi dulu  … hahaha.


Kalau mahasiswa pada 1997 yang berumur antara 32 ke 38 tahun bergabung dengan mahasiswa hari ni, PR dah boleh dapat separuh majoriti tau, tapi apsal tak dapat?? Cuba cerita sikit, kenapa jadi macam tu? Kenapa ambik masa lama sangat nak U-Turn iaitu 5 hingga 10 tahun? Sebab faktor malu nak jilat ludah balik tu. Dah memang genetik Melayu ni, sifat pemalu memang tebal.


Lagi satu korang jangan terkejutlah, 10 tahun dari sekarang, si budak Adli tu akan ada dalam UMNO. Jangan terkejut je, manalah tahu, sebab aku pernah tengok senario ni pada 1997, last2 majoriti kepala2 mahasiswa tu adea dalam UMNO. Masa aku pegi PWTC masa Tun Mahathir resign dulu, terkejut beruk aku, majoriti yang aku kenal dok kepala kita dulu semasa reformasi, ada kat situ dan siap ada name card UMNO lagi tu, macam gathering lak, ramai gila geng2 lama. Masa tu ramai aku tengok mengalir air mata termasuklah aku. Teringat caci maki yang kita bagi kat org tua tu, maha zalimla, maha firaunlaa, sekarang ni budak2 1997 tu majoritinya dah jadi tegar Mahathirismla termasuk aku  … hahaha .





Korang boleh buat "Field Research" korang sendiri, korang cari je penyokong2 BN dan ahli UMNO yang berumur antara 32 dan 38. Korang tanya diaorang di mana mereka pada 1996-1997. Aku gerenti 2/3 dari mereka adalah bekas penyokong Anwar. Bukan sikit tau, ramai gile. Inilah dia golongan yang sama balun Pak Lah sampai lembik 2008, sebab majoriti mereka adalah Mahathirism. Lepas Pak Lah, Anwar punya turn lak kena balun. Anwar berucap di Wangsa Maju baru2 ni dok mintak golongan bawahan UMNO berhenti serang dia adalah ditujukan khas kepada golongan nilah, sebab dia pun tahu, memang sakit dia kalau kena pulun dengan geng2 umur pertengahan ni yang dulu penyokong dia jugak.


Ahli UMNO dah capai 3.2 juta hari ni. Lebih 1/3 daripadanya ialah golongan umur dalam 32 hingga 38 tahun iaitu lebih kurang 1 juta lebih. Korang boleh check sendiri dengan organisasi pendaftaran UMNO, daripada mana datangnya ahli2 ni? Majoritinya dari bekas mahasiswa 1995 hingga 1998 yang sokong Anwar dulu pada 1997. Yang tu baru ahli UMNO tau, belum lagi yang neutral yang anti Anwar lagi. 

 
Di masa hadapan, keahlian UMNO bertambah lagilah dari anak2 muda yang anti UMNO hari ni, terutamanya di Dataran Merdeka tu, iaitu satu cycle yang sama bila mereka sedar dan masuk umur pertengahan. Same story untuk majoriti orang muda ni, hari ni marah UMNO, esok dah berumur sikit, tegar UMNO pulak, biasalah orang muda selalunya ada emosi anti establishment.


 Mamat ni cerita pasal perlembagaan kat abang polis


Tak lama lagi depa taulah elemen "COST" dalam sistem pendidikan. Sama macam 1997 tu, habih student dah kena gebang dengan Anwar, lama2 lepas tu student2 1997 ni banyak belajar dan sedarlaa, la ni banyak jadi anti Anwar dah  … hehe,. Learning ni adalah satu proses, bukan terus jadi cerdik. 

 
Selepas Pak Lah turun, apa jadi pada PR hingga hari ni??? Beribu dah keluar parti termasuk berpuluh pemimpin atasan PR sekali, pengundi2 pun dah U-turn balik pada BN selepas Pak Lah turun, salah seorangnya siapa yang undi PR pada 2008 dan patah balik selepas Pak Lah turun?? Ya, Tun Mahathir bersama dengan penyokong dia yang berjuta tu. Itu pasallah Anwar harap Pak Lah jangan turun. 

 
Anak muda senang terpengaruh dengan retorik yang berapi. Ini normal dari segi psikologi, saya pun terpengaruh jugak. Retorik adalah ilusi dan musuh retorik adalah realiti. Parti politik PR adalah satu parti yang sangat bergantung kepada retorik iaitu cakap berapi, ketuanan rakyatlaa, macam2 tapi dari segi realiti mereka adalah KOSONG. Mereka tidak tunaikan janji dan tak buat kerja dengan baik. Dan retorik hanya boleh bertahan dalam masa yang singkat, selepas itu realiti akan mempengaruhi anak2 muda. Sebab itulah kita dapat lihat penyokong2 Pakatan Rakyat tidak kekal.

1 comment:

  1. Ya saya sendiri seperti anda sehinggalah apabila saya mengangkat tangan menjerit Reformasi, seorang kawan saya dari Sabah bertanya.

    Dia : Kau nak reformasi untuk apa? Kau Melayu, semua kau dapat...

    Saya : Terdiam...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this