Wednesday, 2 January 2013

Revolusi Mesir - Kegagalan Ikhwanul Muslimin



Realiti di Mesir : Siapa yang sebenarnya bangkit? Rakyat Mesir ka? Islam ka? Ikhwanul Muslimin ka? ATAU IMF, Soros dan sekutunya? 

Hahaha … apa dah jadi oi Ikhwanul Muslimin? Sekarang nak boikot lak pilihanraya November nanti? Apsai tak puas hati, dah kena main ke? Tulah, buat penat, rugi peluh je tunjuk perasaan kat tengah jalan gulingkan Mubarak, last2 orang lain yang sapu. Bagi akulah, boikot atau tak, situasi sama je, maklumlah POLISI EKONOMI MESIR pun dah kena ambik alih dengan IMF pada June lepas … hehehe. Tak payahlah nak emosi sangat, kamu semua Ikhwanul Muslimin dah kena main pun … hehehe.

Setahu aku Ikhwanul Muslimin ni kena pressure ngan puak2 IMF, Soros dan sekutu tu. Awal2 dulu geng2 hantu ni punyalah dok sokong Ikhwanul Muslimin ni buat pemberontakan, akhirnya kena main jugak.


IMF dah tentukan Polisi Ekonomi Mesir TANPA PERLU TUNGGU pilihanraya, penggubalan di Parlimen dan perlantikan Presiden baru pun. Takkanlah puak2 Ikhwanul Muslimin ni tak sedar yang mereka ni dah kena main? Apsai nak emosi sangat? Orang putih kata "Lick your wounds" la, re-group balik, susun balik strategi, tunggulah dalam 20 atau 30 tahun lagi, susun revolusi baru masa tu, jangan pakai kuasa luar.


Nak tergelak kat rakyat Mesir, terutamanya anak2 muda di jalanan tu, tapi rasa bersalah lak, maklumlah orang Islam gak. Aduh, kesian! Lagi teruk, ada lembu2 PR nak tiru lak street fighter Mesir ni sampai kena main dek kuasa luar.  

Realitinya, Ikhwanul Muslimin boleh berkuasa, bagi je IMF kuasai POLISI EKONOMI MESIR. Maklumlah, masa demonstrasi nak jatuhkan Mubarak tu pakai duit siapa? Bukan ke puak2 sekutu dengan IMF gak. Takkanlah bagi duit free kot, kena bayar baliklah. Tulah dia kesilapan Ikhwanul Muslimin, bersekongkol dengan watak2 seperti Soros, kononnya atas nama ketuanan rakyat dan demokrasi, akhirnya apa jadi? Everything have its price.
 
Aku sebenarnya dah lose respect dengan Ikhwanul Muslimin ni semenjak kematian Hassan Al Banna lagi. Semenjak tu, organisasi ni cakap tak serupa bikin lagi dah. Aku dok subscribe semua berita2 pasal Ikhwanul Muslimin semenjak hari pertama revolusi Mesir tu. Depa ni dah merapu dah. Kata tak suka barat, tapi kerjasama dengan barat. Buat kecoh di Mesir, kata anti IMF, tapi bila Mesir sign IMF senyap je. Kata tak mau bertanding, akhirnya nak bertanding gak. Kata askar mesir jahat, tapi lepas tu kata askar Mesir bagus, la ni tak bagus lak. Realitinya, depa ni dah jadi perkakas dah samada sedar atau tak sedar. Tengoklah nanti, depa bertanding jugak walaupun kata nak boikot. Ustaz2 Ikhwanul la ni kuat pusing.

Ikhwanul Muslimin dah ok, banyak intelektual, bukan ekstremis. Tapi silap besar mereka bersekongkol lak dengan organisasi/yayasan demokrasi paling hipokrit di dunia mcm ICG (International Crisis Group), NED (National Endowment for Democracy) dan Open Society Foundation. Itulah kesilapan Ikhwanul Muslimin, dah terlambat nak U-Turn. Banyak lagi yayasan barat yang Ikhwanul Muslimin boleh buat kawan, tapi 3 yayasan ni gak depa pilih, habihlah. Kenapa Tun Mahathir success? Salah satunya ialah kerana tidak berkawan dengan ICG,NED dan Open Society, itu je, very simple. 

Aku dah baca sejarah tanah Arab ni dari 1918 Arab Revolt menentang Turki. Teknik yang dimainkan oleh pihak luar adalah sama dari zaman Monarki ---->Diktator---->Demokrasi. Zaman Dinasti Muhammad Ali iaitu Raja Farouk---->Saad Zaghlul----->Gamal Nasser---->Hosni Mubarak----->Hari ni. Permainan semua sama dari 1918 lagi, pihak luar masuk campur, gula2kan rakyat dengan slogan “kuasa rakyat”, lalu rakyat tunjuk perasaan kerana terpengaruh atas slogan “ketuanan rakyat,”  dan kerajaan digulingkan, lepas tu polisi ekonomi terlepas. Hangpa boleh baca sendiri sejarah mereka (Mesir). Apa yang terjadi bukannya revolusi, tetapi hanyalah RECYCLE.


  Bank2 Mesir, bursa saham semua dah kena reban, polisi ekonomi negara pun dah nak kena take over dengan IMF. So soalan sekarang, apa terjadi dengan Ikhwanul Muslimin, iaitu pejuang utama pemberontakan tu? TERPELANTING DAH PUN, KENA TARIK DIRI. Kebangkitan apa ni? Apa kebangkitan Islam? Kebangkitan rakyat? Apa dah jadi??? Takkan Ikhwanul uslimin dok tengok jee Bank2 Mesir, bursa saham, polisi2 ekonomi negara nak kena take over? Apsai? Geng2 IMF, Soros dah pekena Ikhwanul Muslimin ka? 

Harap2 tak jadi kat Malaysia laa, MAKNANYA SAY NO TO ANWAR AND ANYONE THAT HAVE LINKS WITH IMF, SOROS, Wolfowitz dan sekutu berkaitan. 

Dan trend di Tunisia, Mesir ini akan sama dengan negara2 Arab lain. IMF/ blok barat akan ambil alih SEPENUHNYA negara2 tersebut melalui HUTANG. Dan melalui HUTANGlah semua negara2 Arab ni akan tunduk kepada kuasa barat. LAGI BESAR HUTANG, LAGI TURUNLAH TUNDUKNYA. Itulah nasib orang2 Islam arab. Lain yang diharap, lain pulak yang jadi. 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this