Sunday, 20 January 2013

Revolusi Mesir : "Nothing Is Free"



Oleh Kamarn J.



Rasa GOOD MOOD hari ni bila ramalan saya sangat tepat yang menjangkakan rakyat Mesir akan revolusi lagi sekali pada 15 July 2011, dengan cubaan menjatuhkan pemimpin baru mereka iaitu Essam Sharaf. Essam Sharaf ialah salah seorang pemimpin Mesir yang tunjuk perasaan sekali untuk jatuhkan Mubarak. Apa yang Essam Sharaf buat tu adalah kehendak kuasa besar barat setelah menerima wang IMF. Macam nilah rakyat Mesir, korang semua dah kena main ngan puak2 Soros tu, semenjak Essam Sharaf ni dipaksa ambik IMF di Perancis, masalah korang takkan selesai, bertambah ada laa. Terimalah dengan hati terbuka korang dah kena main.
Rakyat Mesir memang silap, NOTHING IS FREE, hahaha … La ni marah pulak kat Essam Sharaf tu  … hahaha

 Essam Sharaf

Nak tergelak jugak kat Ikhwanul Muslimin yang kali ni tak mahu masuk campur dalam demonstrasi baru 15 July 2011. Apsal, dah sedar kena main dengan puak2 Soros tu? HAHAHAHA …. Pada 4 March 2011, Essam Sharaf bersama pemimpin Ikhwanul Muslimin, Mohamed Beltagy berada di Tahrir Square di hadapan penunjuk perasaan dan beliau mengatakan dalam ucapan beliau "I draw my legitimacy from you" . Penunjuk perasaan bersorak gembira. Essam menjadi pemimpin baru Mesir. 8 - 15 July 2011, penunjuk perasaan mintak Essam dan kabinet lain letak jawatan! Apa dah jadi?? HAHAHAHAHA. Baca sini.

Nak tahu macamana saya boleh teka dengan tepat? Senang je, Revolusi Mesir ni bukan milik rakyat Mesir tetapi milik Soros, IMF dan kuasa2 Barat. Rakyat Mesir tunjuk perasaan hanyalah sebahagian dari rancangan malaun2 ni untuk menguasai Mesir secara TOTAL melalui polisi Ekonomi. Nak tahu revolusi Libya ni benar atau tidak, kita perlu tengok apa terjadi kepada sistem perbankan dan polisi ekonomi negara Libya selepas revolusi. Kalau sama macam status Mesir, maknanya rakyat Libya dah kena tipulah, keluar mulut rimau (Gaddafi), masuk mulut naga (kuasa barat).


Realitinya, golongan yang akan dapat merasa hasil reform ni dulu ialah puak2 Soros, ICG, NED, IMF dan kuasa2 barat lain sebab diorang yang keluar modal, la ni diorang nak kutip pulangannya la. Apa yang Essam buat tu untuk memenuhi syarat depalah (pembiaya revolusi), depa bukan tolong free. Apabila POLISI EKONOMI MESIR dah kembali kepada rakyat Mesir barulah boleh ada reform yang sebenarnya, tapi sebelum tu kena bayarlah dulu pembiaya revolusi tu  … hahaha. Mau tak 5 ke 20 tahun tu. Dan ini adalah FAKTA. 




Sesungguhnya pihak ketiga yang menguasai polisi ekonomi mesir akan menunaikan hak mereka dahulu daripada menunaikan hak rakyat mesir. Ini normal, itulah sebabnya semua tuntutan revolusi jadi lambat, terutamanya peluang2 pekerjaan sebab PM baru Essam Sharaf ni kena susun dulu belanjawan2 negara untuk memenuhi syarat2 pihak ketiga ni dulu. Pihak ketiga mahu pelaburan mereka balik. Semua tuntutan revolusi adalah mengundang kos duit. Kalaulah wang perbendaharaan kena divert bayar pihak ketiga ni dulu, macamana nak tertunainya tuntutan revolusi tu?

Rakyat Mesir ubah 100 kali pun pemimpin mereka, nasib mereka takkan berubah punya. Sebabnya rakyat Mesir kena bayar balik wang2 bantuan dari pihak luar untuk mereka buat revolusi tu dan termasuklah wang IMF, kononnya untuk bantu mereka dalam membangunkan ekonomi, ini semua bukan free. Dan collateralnya adalah POLISI EKONOMI MESIR. 


Jikalau bertelagah, jangan terlepas 2 perkara penting iaitu Polisi Keselamatan (Ketenteraan dll) dan Polisi Ekonomi (Belanjawan, Perbankan dll). Terlepas salah satu polisi, kacau bilaulah negara tu. Macam Mesir, mereka dah terlepas kawalan terhadap polisi ekonomi mereka kepada orang luar. Contoh Libya hari ni, peluru berpandu, gaji juruterbang pengebom, kos operasi jet pejuang tu semua free? ITU SEMUA AKAN KENA INVOIS KAT KERAJAAN BARU LIBYA lepas Gaddafi tumbang. Kalau tak mampu bayar, diorang peganglah polisi ekonomi negara Libya jadi cagaran diorang sampai habis bayar hutang balik, simple je. Itu yang banyak rakyat Arab tak sedar.


Lagi tinggi value negara tu, lagi banyaklah kacau bilau  samada ancaman dari dalam atau luar. Sebab semua orang dok berebut nilai strategik. Apa yang dok jadi kat tanah Arab tu tidak memeranjatkan. Sebab tanah Arab ni adalah paling berharga di dunia, samada dari sumber komoditi atau nilai strategic, dan  dari logistik perdagangan yang menjadi rebutan kuasa2 besar. Kalau orang Arab ni semua murtad masuk agama lain macam Buddha ke, Kristian ke, kehidupan penduduk2 kat Tanah Arab tu tetap takkan aman punya, sebab kuasa2 besar hendak menguasai benua mereka ni. Sebelum kedatangan Islam pun, kehidupan orang2 Arab ni sentiasa diancam samada kuasa Rom, Parsi, Firaun, Greek dan lain2 lagi. Masa tu pun orang2 Arab ni macam takde negara, asyik bertukar tangan je. Kejap pengaruh Rom, kejap Greek, kejap Parsi. Tapi kedatangan Islamlah yang memberi Pak Arab ni jati diri masa tu dengan menolak kuasa2 besar lain seperti Rom, Parsi ni ke tepi. Tapi la ni mereka dah lemah, dan tanah2 benua mereka menjadi rebutan kuasa2 besar seperti sebelum kedatangan Islam. Asyik2 bertukar je dengan revolusi2 yang tak habih2. Setiap pemimpin2 revolusi tu akan terpaksa menjadi boneka kepada kuasa2 besar lain. Itulah nasib diaorang. 


Kita tak perlu nak bermusuh dengan negara2 macam US, Eropah dan kuasa2 besar lain. Dah memang tabiat diorang pun. Macam kes Mubarak, dia dah di hujung tanduk dah pun, so ini adalah peluang untuk tibai Mesir, untuk buat duit dan letak boneka baru yang lebih muda. Kalau bukan puak2 US buat, Rusia nanti buat. Kalau bukan Rusia, Eropah nanti buat. Kalau Eropah tak buat, Israel nanti buat, macam tulah status Mesir. Bak kata pepatah, di mana ada gula, di situlah ada semut. Yang penting sekali, macamana kita nak handle kuasa besar ni. Berkawan boleh, tapi jangan sampai menjual negara. Kesilapan Mesir ialah apabila hendak menyelesaikan masalah dalaman mereka, mereka bawak masuk campur tangan kuasa luar, itu sebab Mesir jadi macam ni.

 

Saturday, 19 January 2013

Muammar Gadaffi ialah Pelacur Politik






 Hangpa rasa Gaddafi ni anti Barat? Ye ke Gaddafi ni menentang US? Hangpa tanyalah diri sendiri, sapa yang dok dapat HAK EKSLUSIF untuk refine, process dan pasarkan minyak Libya semenjak 1969? Itu minyak je, macamana pulak fungsi sebagai "buffer state" untuk menjaga hak2 negara2 barat kapitalis dalam menentang kemaraan pengaruh komunis? Skandal Oil for Food iaitu program Saddam, sampai terbongkar rahsia orang2 besar PBB seperti Kofi Annan dan pemimpin2 US lain yang mencengkam rakyat Iraq. 

Tun Mahathir baru BISING kat OIC, beliau kata orang Islam kena tolong sesama kita, barulah Libya ni nak contact Petronas pada tahun 2000, yang tu ntah dapat ke tak. Pundeklah ko Gadafi, ko sama je macam Anwar, cakap je lebih, bangkitkan Islamlah, itulah, last2 padan muka ko. Patutnya negara2 Islam kena tolong menolong sesama kita untuk kebaikan bersama. Banyak industri minyak Petronas boleh dibuat kerjasama. Tapi negara2 Pak Arab ni pandang rendah pada kita Malaysia ni. Bila dah kena main dengan Mat Salih barulah terhegeh-hegeh nak contact Malaysia (Petronas). Benda2 high tech yang negara Islam takda, takpalah kalau kerjasama dengan negara luar. Tapi kalau servis2 dan produk2 yang negara2 Islam ada, eloklah bekerjasama, takkan yang tu pun nak cium tangan mat salih jugak kot, apa daa. 


Petronas steadyla sekarang ni, dok sibuk sapu minyak dari negara2 yang tak berapa suka dengan US. Nasib baik Tun Mahathir tu cerdik, beliau neutral (tak pilih bulu). Negara2 membangun yang la ni yang dah tak berapa suka kat US, dok bagi kawasan2 minyak depa untuk Petronas develop seperti kawasan2 Eastern Europe yang ex Soviet, Afrika dan Russia sendiri. Tu yang Petronas loaded lain macam tu  … hahaha. Kalau Petronas ikut cakap Anwar untuk jadi pro US je, rugi dah Petronas sekarang ni, sebab banyak negara2 membangun hari ni tak berapa suka ngan US. La ni depa dok cari company alternatif daripada sekutu2 US. Apa lagi, kita sapu la … haha. Itulah kelebihan bila Anwar tak jadi Penasihat Petronas.
 
Petronas punya reserve minyak luar negara lebih banyak dari apa yang Malaysia ada. Maknanya Petronas lagi besar dari Malaysia yang sekarang ni. Mesti ramai yang mahu piece of  Petronas, samalah macam krisis syarikat2 minyak lain. Yang penting sekali, Petronas masih maintain rancangan PERDANA mereka (main course) iaitu maximising peluang yang ada dari negara2 membangun (emerging market) pada hari ni, terutamanya dari negara2 yang nak cari alternatif dari syarikat2 tradisi barat. Biasalah, di mana ada GULA di situlah ada SEMUT. Bukan rakyat Malaysia je nak "serpih" Petronas, Mat Saleh pun nak jugak. Berebut tu, Anwar pun nak selit jugak, katanya dia pandai dalam turunkan harga minyak  … kah kah kah. 

Sebenarnya Amerika dah menguasai Libya semenjak 1969 lagi. “Revolusi Jalanan Buku Hijau” yang dibuat oleh Gadafi untuk menggulingkan pemerintah Libya pada 1969 adalah dengan bantuan pihak agensi risikan CIA. Muamar Gadafi digunakan oleh US untuk menjadikan Libya sebagai "buffer state" dalam menyekat kemaraan pengaruh komunis semasa Perang Dingin. Pemerintah yang Gadafi jatuhkan ialah  - Sayyid Hasan ar-Rida al-Mahdi as-Senussi, yang lebih prefer untuk jadi NEUTRAL dalam isu Perang Dingin di antara blok komunis Soviet dan US. Sikap Sayyid Hassan ini tidak disenangi US, sebab itulah Gadafi dinaikkan. Boleh baca sejarah  dalam Archive People Magazine 1969.

Bagi aku, Gaddafi, Mubarak, Saddam dan pemimpin2 revolusi Arab hari ni hanyalah sebagai "pelacur". Semata-mata untuk berkuasa, sanggup ikut jalan pintas dengan melacurkan diri dengan kuasa besar dari luar untuk membantu mereka menggulingkan kerajaan yang sebangsa dan seagama dengan mereka. Apa yang mereka terima hari ni adalah balasan setimpal. Masa hadapan pemimpin revolusi hari ni akan menerima nasib yang sama seperti Gadafi, Mubarak dan Saddam, sebab mereka adalah sama iaitu pelacur yang meminta bantuan kuasa luar untuk berkuasa dan merampasnya melalui revolusi jalanan.

Ada pepatah Inggeris mengenai pengajaran konsep politik antarabangsa secara spesifik yang mempunyai hubungan antara negara membangun dan kuasa besar ; "DONT BE A PROSTITUTE BECAUSE AT THE END OF THE DAY THE PIMP ALWAYS GET PAID, THE PROSTITUTE GET SCREWED." Fikir-fikirkanlah.



Yang lagi penting, Anwar  kena belajar tentang apa nasib pemimpin2 Islam yang sanggup jadi lembu kepada NGO2 antarabangsa seperti ICG, NED, dan organisasi seperti CIA untuk gulingkan kerajaan -  Saddam Hussein, Gadafi, Shah Iran ni semua kena pakai je, habis madu sepah dibuang  … hehehe. Belajarlah dengan hikmah yang Allah SWT tunjuk ni. Tengok macam Najib, dia kawan dengan semua orang, bukan US je. Najib neutral, dia berpegang teguh pada perjanjian ZOPFAN 1971. Tak macam Nuaq tu, nak rampas kuasa punya pasal, cium tangan US macam Gadafi, Saddam, Mubarak. PIIIRAAAH!


Saya bukan nak anti barat. Tapi sebaiknya polisi luar negara kita kenalah NEUTRAL, tak perlulah sikit2 nak pegi mintak bantuan luar untuk jadi berkuasa, nanti terhutang budi macam negara2 Arab, pening kepala pulak nak handle. Pembangkang kita kalau nak naik pun tak payahla nak cium tangan Yayasan Demokrasi Barat macam NED, ICG tu, elok perbaikilah diri sendiri  dan buktikanlah hangpa mampu perform lebih baik dari BN, itu je.


Wednesday, 16 January 2013

Persamaan Gadaffi dan Anwar : Buku Hijau dan Buku Jinggay





Gaddafi menipu rakyat Libya pada tahun 1969 dengan menggunakan propaganda BUKU HIJAU, kononnya boleh selamatkan Libya masa tu. Anwar Ibrahim pulak pakai taktik yang lebih kurang iaitu BUKU JINGGAY, kononnya boleh selamatkan Malaysia, lebih kurang je taktik tu hahaha …


Sungguh IRONI kes Muammar Gaddafi. Pada 1969, beliau menjadi pihak PEMBANGKANG yang menipu rakyat Libya melalui BUKU HIJAUnya untuk MERAMPAS pemerintahan yang sah melalui REVOLUSI JALANAN, dan dengan bantuan pihak ketiga terutamanya CIA dan NGO2 "Freedom" antarabangsa. Hari ni apa yang terjadi dengan Gaddafi? Kena balik tang muka  … hahaha. Anwar Ibrahim patut belajar dari nasib si Gaddafi ni.



Inilah pepatah mat salih yang berbunyi, "What Goes Around Comes Around". Dulu dia buat Revolusi Jalanan dengan merampas kerajaan pada 1969 dan menipu rakyat Libya untuk bangkit menentang kerajaan dengan BUKU HIJAUnya. Siap dapat bantuan luar lagi dari organisasi seprti CIA dan NGO2 Antarabangsa. Sekarang ni apa dah jadi? Allah SWT Maha Adil.

Yang paling lucu, Gadafi digulingkan dengan bantuan kuasa luar yang membantunya menjadi pemimpin Libya pada 1969 dahulu … hahaha. Yang ni Anwar Ibrahim kena belajar, adakah NGO2 Antarabangsa ni sebenarnya ikhlas untuk bantu menegakkan "Freedom" kononnya? Pihak ketiga ni hanya recycle Gadafi, itu je. Banyak wang2 Gadafi berada di Eropah  dan beliau siap bantu kempen pilihanraya di negara2 Eropah seperti Perancis, Itali dan lain2. Dan jangan lupa pulak, suatu masa dulu Gadafi ni pernah menjadi pemegang saham pasukan bola sepak terkenal Itali iaitu Juventus :D 

Persoalan juga, adakah rakyat Libya akan mendapat kehidupan yang lebih baik selepas kejatuhan Gadafi? Adakah mereka akan mendapat fresh start? TIDAK! Apa yang mereka dapat hanyalah "recycle". Sebab benda sama, Gadafi dulu naik sebab campur tangan pihak luar, dia jatuh pun cara yang sama. Bom2  dan senjata2 yang NATO beri pada pembangkang tu free? TIDAK! Ia akan menjadi BEBAN HUTANG kepada kerajaan baru Libya dalam jangkamasa yang panjang dan melalui hutang itulah, orang luar ni akan kuasai Libya, dan melantik BONEKA yang lebih muda untuk ganti Gadafi. Back to square one :D 

Gadafi jatuh sebab beliau nak berbaik2  dengan China dan Russia, iaitu seteru utama US dan Eropah. Itu pasal kena guling tu. Cuba kalau dia cium tangan President US dan pemimpin Eropah lain tu, mesti dia kekal sebagai Presiden Libya punya  …hahaha. 

Ini keratan akhbar barat pada 1969 yang menyokong Gadafi merampas kuasa melalui revolusi. Gadafi semasa itu ialah Chairman of Revolution Command. Ayat biasa yang digunakan ialah "PEOPLE's POWER", untuk justifikasi rampasan kuasa oleh Barat. La ni apa jadi kat Gadafi? KENA TANG MUKA BALIK  … HAHAHAHA! Sungguh ironi, kesiannya kat Rakyat Libya, dipermainkan kali ke 3! 



Itu pasallah bila aku dengaq je "Power to the People" dari media2 barat ni, kelentong jelah. Terutamanya belah Malaysia ni, “ketuanan rakyat”la, rakyat nilah, rakyat tulah. MENIPU JE SEMUA TU.

Banyak benda yang Anwar Ibrahim boleh belajar dari nasib si Gadafi ni. Habis madu sepah dibuang. Yayasan demokrasi barat macam ICG, NED tu semua kelentong je, kalau diorang ni ikhlas nak menegakkan demokrasi dalam negara2 membangun, apasal mereka support Gadafi, Saddam, Mubarak dulu? Menipu je atas nama freedom dan demokrasi, nak TIBAI khazanah negara la tu.

Tuesday, 15 January 2013

Revolusi Mesir : "Tun Mahathir Milik Orang Islam"


Salam semua, sudah lama saya tak beri posting kat sini. Sebenarnya sibuk sikit dan turut sibuk berdebat dengan pak2 Arab Mesir dan orang putih yang dok sibuk dengan revolusi Mesir baru2 ni di wall mereka. Dan saya sungguh tak sangka, puak2 muda Arab revolusi tu sangat memuja Tun Mahathir bila saya beritahu, saya dari Malaysia. Dan mereka menyatakan Tun Mahathir bukan milik Malaysia sahaja TETAPI MILIK ORANG ISLAM, beliau tak sepatutnya bersara. WOW! 

Saya buka komen saya dengan, "Revolusi Mesir ni tidak akan bawa sebarang kebaikan kepada rakyat Mesir tetapi hanya keburukan, kamu semua dah terkena dengan permainan organisasi2 barat seperti IMF". Pada awalnya ramai Pak Arab marah dengan saya. Kemudian saya pastekan fakta IMF di wall mereka. Dan saya bertanya soalan cepu emas "Jika Revolusi kamu benar, habis tu kenapa polisi ekonomi negara kamu ditentukan di France oleh organisasi IMF sebelum kamu melantik PM baru kamu, dan kenapa tidak ditentukan di Parlimen kamu sendiri seperti negara saya dan negara lain?". Terkedu pak2 Arab revolusi nak jawab. 



Ada orang putih mengatakan orang2 Arab mempunyai pilihan, tetapi mereka tetap meilih diktator dan monarki yang korup. Jawapan saya mudah. Dari fakta sejarah, rakyat2 di tanah Arab tidak pernah bebas memilih ketua dan hala tuju negara mereka semenjak Revolusi Arab menentang khalifah Uthmaniah pada awal 1900 an, apabila mereka ditipu oleh Lawrence of Arabia, bermula dari monarki, diktator dan sampai hari ni masih ditentukan oleh kuasa barat. Hangpa boleh kaji sendiri latar belakang mereka semua seperti Saddam Hussin, Gadafi yang termasuk dalam monarki Arab Saudi. Begitu juga revolusi Mesir ni. Realitinya, barat masih tidak mahu negara2 Arab bebas menentukan hala tuju mereka sendiri.

Ada pulak puak Salafi mengatakan Mesir akan melaksanakan undang2 Islam. Saya jawab dengan mudah, "Kamu akan gagal dan tidak akan berjaya melaksanakan undang2 tersebut. Sebabnya mudah, membentuk struktur perundangan baru akan mendatangkan kos, macamana kamu nak biayai kalau POLISI EKONOMI negara kamu berada di tangan IMF? IMF akan menentukan belanjawan negara kamu, bukannya kabinet pemimpin kamu." Terkedu pak Arab Salafis nak jawab  … hehehe.

Saya selalu berdebat di discussion board TIME Magazine semenjak 2 bulan lepas. Saya tak save link tersebut sebab tempat tu bukan favorite saya, cuma saya suka dengan topik artikel TIME tersebut – “Siapa sebenarnya "in control" Mesir hari ni, adakah puak2 demokrasi atau ektremis Islam? Dan komen2 saya menyatakan fakta -DUA2 TIDAK MENGUASAI MESIR tetapi sebaliknya IMF. Negara ni ibarat macam syarikat la, tapi dalam skala besar,. Siapa yang control "check book" negara tu, dialah control negara tu. La ni IMFla yang control "check book" Mesir sebab dia dah tentukan POLISI EKONOMI MESIR semenjak April. 

Antara komen2 saya yang menyebabkan pak Arab2 revolusi terkedu nak jawab, "How these Egyptians Salafists going to implement their Sharia law? To implement, it need funds from their budgetary system and IMF already dictates their economic policies, so how? Reality is, IMF already calling the shots in their economic policies and Egypt took it in last April and indirectly the west already took control Egypt through their economic policies. The reality is, the west are the "real" players here not these extremists. So much for Egypt revolution and democracy  … hahaha. This is real fact." (Ada berpuluh komen saya, tapi tak ingatla, yang block buster kasi puak2 revolusi ternganga saya ingat  … hehehe"). 

Ini pula komen saya bagi geng2 Mat Saleh terkedu bila mereka dok kutuk gerakan Islam di Mesir yang kononnya nak merampas revolusi rakyat Mesir ; “Facts are facts and speculations are speculations. Facts are the IMF/west already took control Egypt by dictating/controlling their economic policies since April after Egypt took the loan. Controlling/dictating their economic policies means controlling Egypt. Their economic policies are decided even before their new parliamentary line up and leader elected by Egyptians  … hahaha. So now, WHO IS ACTUALLY CONTROLLING EGYPT? 

Saya juga ada komen kat pak Arab2 ni, “Revolusi kamu ni ada cacat celanya sebab involve 3rd party macam Soros dan IMF ni. Ini akan lebih banyak beri kebaikan kepada orang luar jika dibandingkan dengan rakyat Mesir melalui liberalisasi ekonomi yang keterlaluan. Contoh kat Iraq, siapa yang untung la ni? Rakyat Iraq ke atau syarikat2 luar negara macam Halliburton dan lain2 tu? Setakat ni rakyat Iraq masih jadi pelarian dan dok ternganga je. Oil for food program pun syarikat luar yang untung, rakyat Iraq masih ada yang tak cukup makan. So ini akan jadi pada Mesir jugak, maklumlah barat hendak selesaikan masalah kritikal ekonomi mereka. Agaknya, dari mana duit mereka nak kebas? Semestinya dari negara2 Arab yang baru  buat revolusi ni. 

Ada seorang pak Arab tanya saya dari mana sumber info saya, sebab kononnya saya menghina revolusi Mesir. Saya jawab mudah, “Itulah kamu tak peka, sementara kamu dok sibuk kat tengah jalanraya, puak2 IMF ni dok tibai bursa saham dan komoditi negara kamu secara spekulasi” Saya terus bagi link IMF yang menunjukkan IMF sudah pun merangka polisi2 ekonomi untuk Mesir. Takde konspirasi teori pun, straight forward je  … hahaha (komen ni saya dapat paling banyak "LIKE")

  Macamana nama Tun Mahathir boleh naik dalam discussion board artikel tu, bila ada antara mereka tanya saya dari negara mana, saya jawab Malaysia. Terus nama Tun Mahathir naik. Tak sangka ramai orang Arab penyokong revolusi  tu terus bagi respek kat saya yang pada awalnya marah kat saya sebab2 komen2 saya.

Dan paling menarik perhatian saya, ada pulak yang menyatakan, kalau Tun Mahathir yang lead Revolusi Mesir, Mesir akan jadi lebih baik. Tetapi saya jawab balik, “Kalau Tun Mahathir yang lead revolusi kamu, beliau tidak akan ambik IMF. Polisi Ekonomi adalah darah sesuatu negara. Ia sepatutnya milik negara, bukan orang luar seperti IMF. Jikalau orang luar yang tentukan polisi ekonomi negara kita, maknanya kita masih tidak bebas”.

Saya pun tak sangka, puak2 revolusi Arab tu banyak yang PRO MAHATHIR rupanya, bukannya PRO ANWAR  … hahaha. Anwar je perasan  … hahaha. Saya bagitahu mereka, “Tun Mahathir dah pencen, dia tak akan lead revolusi kamu pun. Kalau berminat belilah buku dia melalui MPHonline, atau boleh download digital copy, manalah tahu idea2 dia boleh bantu perbetulkan revolusi kamu”.

Artikel berkaitan - Revolusi "Mesir Baru" - Idamkan Pemimpin seperti Tun Mahathir

Sunday, 13 January 2013

Ulasan Buku : Biografi Syed Mokhtar AlBukhary






Sebagai generasi Y, aku pernah beberapa kali mendengar nama “Syed Mokhtar AlBukhary” pada tahun2 awal 2000. Seringkali, nama lelaki itu dikaitkan dengan siri kebajikan beliau, iaitu Yayasan AlBukhary yang banyak menaja pelajar2 miskin dan kurang mampu dalam merealisasikan impian mereka untuk ke menara gading.

Sewaktu aku melangkah masuk ke dalam kedai buku MPH, mata aku lantas terlihat deretan buku yang nipis, dengan muka depannya terpampang gambar lelaki berkulit putih, tinggi lampai dan berbaju batik warna biru. “Biografi Syed Mokhtar AlBukhary” – itulah kali pertama aku melihat wajah lelaki dermawan yang sering menghiasi bibir2 para pelajar yang mendapat tajaan beliau. Aku mencapai buku itu lantas membayarnya.

Setelah mengambil masa 3 minggu untuk menghabiskannya, akhirnya aku dapat membuat satu kesimpulan mengenai buku ini – SATU PENDEDAHAN YANG BERANI.

Membaca pengalaman Syed Mokhtar Albukhary dalam meniti perjalanan hidup sejak kecil sehingga di mana beliau berada sekarang dengan izin Allah, bagi aku lelaki ini bukan sahaja berhak dihormati, malah layak UNTUK DISEGANI. Kekayaan yang Allah limpahi untuk lelaki ini bukan dinilai dengan berapa banyak yang beliau ada, tetapi BERAPA BANYAK YANG BELIAU TELAH SUMBANGKAN.

Pendedahan berani yang aku maksudkan ialah, bermula bagaimana sukarnya beliau dalam memecah monopoli perniagaan beras yang selama ini didominasi oleh kaum Cina, dan kekecewaan beliau terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi. Tanpa berselindung, Syed Mokhtar meluahkan kegagalan Tun Abdullah Badawi ketika memegang tampuk pemerintahan, dengan membatalkan beberapa projek yang diberikan kepada beliau tanpa alasan yang kukuh.

Sesungguhnya, Syed Mokhtar adalah contoh “hasil” kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dirangka oleh kerajaan Barisan Nasional dalam menghasilkan golongan “jutawan Melayu”. Dasar Ekonomi Baru bertujuan mengimbangkan kek ekonomi kepada dalam purata 30:40:30. Kebijaksanaan dan ketekunan Syed Mokhtar dalam merebut peluang dan menghargai kedudukan beliau sebagai “bumiputera” telah membuktikan bahawasanya DEB BERJAYA MEMBENTUK GOLONGAN JUTAWAN MELAYU. Dan MELAYU JUGALAH PENYEBAB KEGAGALAN DEB MENGHASILKAN 30% pegangan ekonomi yang perlu dikuasai oleh Melayu kerana ada Melayu yang telah menjual saham2 bumiputera mereka kepada orang2 Cina yang sentiasa “dahagakan” peluang2 seperti itu. Syed Mokhtar mendukung maruah seorang Melayu yang berpaksikan kepada ajaran Islam yang lurus dan tabiat membuat kebajikan yang tidak pernah putus. 

Jika Melayu pada hari ini memegang 40% kek ekonomi, adakah kaum lain akan mempersoalkan hak2 kaum Melayu di Malaysia? Adakah kaum lain berani mengugut kerajaan dan kaum Melayu? Sesempurna mana sekalipun plan tindakan kerajaan untuk mengimbangi ekonomi kaum Melayu di Malaysia ini, jika kaum Melayu itu sendiri gagal mengambil kesempatan dan tidak menghargainya, DEB hanyalah tinggal sekadar nama, tidak lebih daripada itu. Melayu gagal bukan kerana kerajaan itu gagal, tapi Melayu gagal kerana Melayu itu sendiri. Melayu bukan malas, cuma suka bersenang lenang. Kalau aku jadi kerajaan pun, bila orang lain sibuk menuduh lelaki dermawan ini perkara yang bukan2, aku tak akan ambik pusing dengan cakap2 orang yang gagal, tapi akan terus menumpukan untuk memberi sokongan kepada beliau. Buat apa nak buang masa menghadap cakap2 orang yang gagal, betul tak? Jangan sia – siakan orang Melayu macam Syed Mokhtar.

Aku percaya, jika ada 10 orang Melayu seperti Syed Mokhtar Albukhary, sudah pasti senarai “10 orang terkaya di Malaysia” hanya diisi oleh orang Melayu!

Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup beliau, Amin. 

HARGA BUKU : RM19.90
EDISI BAHASA INGGERIS DAN BAHASA MELAYU 
TAHUN KELUARAN 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this