Showing posts with label FELDA. Show all posts
Showing posts with label FELDA. Show all posts

Monday, 12 November 2012

Kejayaan FELDA





Ada orang kata kat saya, “margin” keuntungan syarikat2 swasta seperti IOI, IJM lebih baik dari FELDA sebab management mereka lebih bagus dari FELDA. Jawapannya mudah sahaja, pertama sekali mereka silap sebab factor pengurusan margin mereka rendah. Kedua, kenapa margin rendah? 

Dah tengok perbezaan ladang2 FELDA dan swasta ni? Kawasan FELDA seolah2 seperti bandar kecil yang cukup kemudahan seperti jalan bertar, elektrik, air, sekolah dan ada wifi jugak tu, tapi ladang2 swasta tak bekalkan semua ni pada peladang2 mereka, hanya secukupnya sahaja. Dan ini dapat menjimatkan kos2 besar ladang2 swasta berbanding dengan FELDA.


FELDA memberi peluang kepada peneroka rakyat Malaysia, terutamanya Melayu. Bukan setakat tu je, FELDA turut member bantuan tambahan kepada keluarga2 peneroka seperti biasiswa dll. Tetapi ladang2 swasta bergantung kepada pekerja2 asing yang gajinya jauh lebih rendah dan tiada bantuan tambahan, kebanyakan anak2 pekerja asing ni tidak bersekolah pun. Dengan ini dapat menjimatkan lagi kos2 besar ladang swasta.

FELDA lebih tertumpu kepada program membantu rakyat, iaitu ada unsure kebajikan, tetapi ladang2 swasta adalah syarikat2 berteraskan 100% keuntungan. Dan dengan ini syarikat2 swasta dapat menjimatkan kos yang lebih tinggi berbanding FELDA.

Inilah sebab2nya mengapa margin FELDA lebih rendah berbanding dengan swasta. Tapi walau bagaimanapun, nak kata jauh sangat beza tu, takdelah jauh sangat. FELDA masih steady. Ini menunjukkan FELDA ni boleh harap sebab boleh urus untuk kebajikan rakyat bersama membuat keuntungan.

Kita ambik contoh PNB, syarikat pelaburan yang Berjaya di Malaysia ni, dana dia cukup besar, termasuklah bangunan2 yang sedia ada. FELDA pulak walaupun low profile je dalam industry perladangan, tapi ‘landbank’ yang mereka ada cukup besar. Kalau PNB dengan FELDA maduk sekali bersaing, apa akan jadi dengan syarikat2 pelaburan sedia ada?Sakitla, kemungkinan besar monopoli akan dipecahkan, pengaruh pada syer pasaran akan berkurang akibat pengaruh kemasukan FELDA dn PNB. So kesimpulannya, PNB dan FELDA ni mampu menjadi ancaman kepada syarikat2 pelaburan hartanah yang sedia ada. Korang fikirlah sendiri apasai PR ni duk usik PNB dengan FELDA.

Korang fikirlah sendiri, siapa yang pegang monopoli pelaburan2 hartanah? Kalau FELDA yang memegang tanah sebesar 811,000 hektar boleh join sekaki dalam persaingan pelaburan hartanah, apa akan jadi kat diorang ni semua? Hari ni FELDA low profile ja, masa depan macamana pulak? FELDA ni bukan macam GLC lain, bukan calang2 gabungan peneroka yang duk kait kelapa sawit ja. FELDA ni ada solid backup dengan tanah2 dan saham2 dalam bank2 penting kat Malaysia ni. Kalau orang2 FELDA faham kekuatan mereka yang mereka adalah sebahagian daripada gergasi di Malaysia ni , maka mereka akan faham kenapa PR duk buat temberang kacau bilau untuk pecahbelahkan penduduk FELDA.

Bukan anak FELDA je boleh tahu kebaikan dan kejayaan FELDA, orang luar pun boleh Nampak. Banyak sudut boleh nampak. Petama, tengok je kat tumbesaran dari segi saiz hartanah, dengan saiz tanah 16.2 sq.km pada 1956, kepada 8110 sq.km pada 2011, tumbesaran menjadi sebanyak 500% dalam masa 55 tahun je. Modal FELDA bermula dengan RM10 juta je. Pada 2011, FELDA dah jadi operator perladangan terbesar dunia. So orang boleh nampak samada dari segi lubuk emas, dari segi hartanah atau anacaman kepada syarikat2 pembangunan hartanah lain di Malaysia ini.

Aku ni bukanlah anak FELDA, maklumlah orang luar je. Tapi aku suka dengan vormula FELDA ni, formula dia unik. Secara bahasa mudah, semi kebajikan dan semi keuntungan. Selalunya kalau syarikat2 yang ada elemen kebajikan terlebih ni mestilah rugi tapi FELDA ni steady. Aku kagum dengan orang2 yang duk setting FELDA ni.

Kalaulah FELDA bankrap, kenapa mereka masih menjadi pelangan2 penting bank2 di negara kita dan luar negara? Kalau FELDA bankrap, kenapa mereka masih boleh pegang saham2 strategik minority dalam bank2 di Malaysia ni dan bank2 tersebut menjadi pemain2 saham mewah (blue chip) di BSKL? Syarikat yang bankrap mana boleh beroperasi macam ni, betui tak?


Friday, 22 June 2012

Untungnya Golongan FELDA!







Ok ni aku nak tunjuk sikit pemikiran strategik kepada anak2 FELDA dan peneroka. FELDA dengan keluasan 811,140 hektar, mereka menjadi "Single" Syarikat Tuan Tanah terbesar di Malaysia. Secara amnya dalam lingkungan 2.5% daripada semua jumlah keluasan tanah di Malaysia milik Syarikat FELDA. Ni belum lagi tanah2 di luar negara. Dan keluasan tanah FELDA adalah dalam 9 kali ganda daripada Singapura. 2.5% bukan kecik oi, boleh buat negara sendiri. Dari semua tanah FELDA, semua adalah 100% beroperasi / produktif iaitu tiada yang tanah jenis tak produktif. Dan Syarikat FELDA adalah milik Bumiputra. Dan ini semestinya menarik minat DAP terutamanya. Maklumlah benda awal sekali DAP nak daripada MB Perak si Nizar tu adalah tanah. So korang pikirlah sendiri bertapa bernilainya tanah2 FELDA ni. Hari ni memanglah nampak kelapa sawit je, masa depan pelaburan hartanah pulak.


Atas dasar politik, terpulang kepada peneroka2 dan anak2 FELDA nak berikan pada DAP atau tidak. Dari segi nasihat peribadi saya, jangan main jual je tanah tu, hari ni memanglah nampak kelapa sawit je, bosanlah tak gitu, tapi saya nasihatkan relax jap, pikir, korang sedar tak tanah2 perladangan FELDA adalah paling lengkap dengan infra2 penting seperti jalanraya, elektrik, air, sekolah BERBANDING dengan tanah2 perladangan milik syarikat2 lain seperti IJM, IOI dan lain2. Dengan infra2 yang ada tu value hartanah korang ada potensi nak naik lebih tinggi. Kalaulah IOI, IJM boleh "jack up" value hartanah mereka lebih tinggi, apasal peneroka2 FELDA tak boleh? Kenapa peneroka FELDA tak boleh? Sebab kebanyakannya tak terfikir pasal value masa hadapan tanah mereka tu, main tenyeh je ikut value hari ni, value hari ni memanglah rendah oi. Pikir sikit pasal value masa hadapan lepas tu top up value tu dengan value hari ni, barulah steady sikit. Kesian saya tengok peneroka2 FELDA banyak jual tanah2 mereka undervalue. Kalau deal dengan kerajaan okla korang, tapi kalau dengan private, korang nampaknya tak pandai main harga. So kesimpulannya relax jap, pikir. Itulah nasihat saya. Nak tau lebih lanjut, korang mintaklah nasihat daripada pakar2 pelaburan hartanah terutamanya yang jenis kreatif jack up harga. Bagi saya lebih baik tak payah jual pun, maintain je.


Kita ni jangan cepat melenting nak tuduh semua kaum Cina bukan2. Majoriti mereka adalah peniaga dan peniaga bertindak diatas peluang yang ada depan mata mereka, salah kita jugak sebab tak pandai nak mainkan peluang tu. Ok kita semua dari pandangan mata kasar dok ingat FELDA ni khas untuk tolong Melayu, itu separuh betul je. Realitinya FELDA adalah smart partnership antara kerajaan dan rakyat berpendapatan rendah. Okjektif organisasi FELDA adalah untuk menjadi pemain penting dalam perladangan dunia dan objektif untuk rakyat berpendapatan rendah ialah untuk menjamin pendapatan mereka dan merubah kehidupan mereka. Pada 2011, objektif2 mereka telah tercapai. FELDA bukan setakat pemain penting dalam perladangan dunia tetapi OPERATOR TERBESAR DI DUNIA. Dan kepada peneroka2 terlibat mereka bukan setakat dapat menjamin pendapatan mereka tetapi dapat naik taraf kehidupan mereka dari kelas bawah kepada menengah dan hari ni, Melayu2 kelas menengah ni dah jadi anchor kepada kuasa membeli dalam negara kita. Ini sungguh bijak dan telah menjadi perancangannya. Dan kalau lihat balik arkitek2 di belakang idea2 bernas ni bukan Melayu je tetapi terdiri daripada bangsa lain seperti orang putih dan Menteri Kewangan terlama dalam sejarah Malaysia iaitu Tun Tan Siew Sin, iaitu seorang yang berbangsa Cina. Kena ingat, Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak tidak akan mampu menyusun strategi2 bijak begini secara berseorangan. 


Cina ni sebenarnya macam kita jugak, senang jugak kena temberang. Dalam kaum mereka pun ada penipu mcm DAP, dalam kaum kita pun ada penipu macam Anwar Ibrahim dan PAS. DAP ni cerdik, depa tanam kebencian dari kecik semenjak sekolah SRJK lagi. Mereka kata, Melayu tekanlah macam2. Sebab tu bila kita cadangkan sistem 1 sekolah untuk satukan semua bangsa, DAP ni liat sikit, maklumlah takut temberang pecah.


Kita kena pandai bezakan percakapan pemimpin dan perbuatannya. Kalau cakap, cakap jelah. Kalau perbuatan, baru kita boleh nampak warna dia sebenar. Kamu tahu tak masa Chua Soi Lek jadi Menteri kesihatan, ramai orang suka kat beliau, terutamanya yang Melayu tu. Perasan tak setiap hospital2 kerajaan yang besar mesti ada masjid, nak tahu siapa yang approvekan semua tu? Pergi check siapa Menteri Kesihatan masa tu. 


Samalah mcm kes DAP gak, katanya sokong Melayu dan nak satukan semua bangsa, bila time sistem 1 sekolah, cukup liat. Bila tengok organisasi DAP, mana ada Melayu yang pegang executive power pun, semua kuli ja dalam DAP tu. Tapi MCA biasalah kadang2 ada suara panas dok tibai Melayu, tapi Ghafar Baba pernah jadi pengerusi tau hahaha … steady ja. Kita kena pandai bezakan apa yang orang cakap dan orang buat. Lagi satu, kena ingat Tun Mahathir seorang Ultra Melayu mendapat undi tertinggi Cina tau dan yang gerentikan kemenangan BN pada 1999 apabila Melayu ditipu Anwar masa reformasi dulu. Ini fakta dan reality.


Realitinya, untuk berjaya kat Malaysia, semua kaum kena kerjasama. Contohnya peniaga bangsa Cina takkan berjaya kalau tidak ada sokongan kuasa membeli dari Melayu. Hangpa ingat YTL, Mah Sing tu semua boleh berjaya tanpa Melayu? NO WAY! Dan pemimpin2 BN dah nampak benda ni, sebab tu diorang boleh duduk sekali. Kalau bergaduh tu biasalahkan. Tapi DAP ni yang tak faham2, depa ingat kalau samarata boleh berjaya, tak boleh oi! Depa dok temberang kat bangsa Cina depa kata boleh, sebenarnya tak boleh dan bangsa Cina akan tertipu dan kena backlash. Samada kuasa membeli dari Melayu mula beralih arah kepada orang luar seperti syarikat2 barat, atau kuasa membeli Melayu berkurangan akibat polisi samarata dan ini akan membawa kesan negatif kepada peniaga2 Cina jugak. Keseimbangan kuasa membeli Melayu harus dikekalkan terutamanya melalui polisi2 seperti DEB. Jika berkurang, sakitlah ekonomi negara, semua susah. Lagipun Lim Kit Siang bukan pandai mana pun, tengok pasal jambatan Pulau Pinang cukuplah, mengarut ja.


Antara polisi keseimbangan dan polisi kesamarataan - BN memilih polisi keseimbangan yang seimbangkan semua kaum di Malaysia dan PR memilih polisi kesamarataan. Kita sebenarnya perlu pemimpin2 BN yang boleh jelaskan kepada rakyat tentang perbezaan, kelebihan atau kekurangan 2 polisi ni. Dan semestinya polisi kesimbangan jauh lebih baik, orang yang pakar jelaskan dalam bahasa mudah pada rakyat ialah Tun Mahathir. Sebab tu Cina ramai sokong dia, sebab Tun orang yang praktikal. Sekarang ni Tun dah pencen, kita kena ada pengganti speaker macam Tun.

Wednesday, 20 June 2012

Isu FELDA - Penyenaraian dalam Bursa Saham dan "Bangkrap"






Saya terkejut, rupanya ada lagi yang nak defend dengan mengatakan FELDA rugi RM 500 billion sebab rugi terkumpul. Oklah, Felda ditubuhkan pada 1956 sampai hari ni dah 54 tahun. Kalau ikut TEMBERANG, kerugian terkumpul pun tak logik gak  … hahaha. Maknanya dari value RM 500 billion, secara purata FELDA dah rugi RM 9.26 billion / setahun semenjak 1956 lagi  .. kah kah kah. Kalaulah FELDA dok rugi hampir RM 10 billion / setahun semenjak 1956, peneroka FELDA tinggal seluar dalam jelaa oi.

PAS  cakap FELDA GLOBAL RUGI PELABURAN SEBANYAK RM500 billion. Ok, korang fikir sejenak ,GDP nominal Malaysia 2011 berapa? USD 247 bilion. Korang tengok value pelaburan FELDA yang sumber HaraMkah cakap, kalau convert USD, dekat separuh GDP Malaysia tau! Syarikat FELDA ni sekaya Malaysia ke??? Tu lah nak menipu tu pikirla sikit, bukan semua org bodoh. 

Kalau FELDA dah bankrap, mana boleh operate lagi , pinjam bank pun tak boleh. FELDA mesti kena keluar dah dari Bursa Saham, tak boleh buat trading, tapi steady je  … kwang kwang kwang …

Dalam perniagaan memang adat ada rugi dan untung. Tapi lojiknya kenalah ada. Kalau Felda rugi dalam lingkungan maximum RM 200 juta saya percaya sikit, tapi kalau sampai RM 500 billion tu sudah menipulah. Mudah je saya siasat, saya ambik PAID-UP CAPITAL Felda je,  campur semua anak2 syarikat FELDA tak sampai pun RM 200 juta, ingat dengan Paid up Capital dalam RM 200 juta boleh buat sindiket loan sampai RM 500 billion? Bukan sikit tu, separuh trillion dah tu. Gearing tak kenalah.

Dengan pelaburan RM 500 billion yang dikatakan rugi tu, FELDA boleh bina 42 Putrajaya kat Malaysia ni dengan petik jari je. Dengan RM 500 billion, FELDA boleh buat 10 KLCC kat Malaysia ni. Kerajaan Malaysia ni baru je nak buat 1 Putrajaya atau 1 KLCC dah bergegar Parlimen, inikan FELDA beb.


Saya juga ingin perbetulkan persepsi salah yang telah dibohongi PR. Realitinya, FELDA tak pegi listed pun, yang pegi listed pun hanyalah syarikat2 berkaitan dengan FELDA je, seperti subsidiary atau associated company yang mereka ada pegangan. FELDA mengikut jejak langkah PETRONAS jugak, PETRONAS tak listed tapi syarikat2 subsidiary dan associated companylah yang listed untuk cari modal tambahan di Bursa, so apa problemnya? Kalau sengal2 PR bising kat FELDA, apahal tak bising dengan PETRONAS? Realitinya, FELDA dah mempunyai syarikat yang mempunyai pegangan saham yang dah dilistedkan pun, salah satunya Maybank, dan banyak lagi. So apa problemnya FGVH pegi listing jugak? Takde problemnya kalau FELDA mencari modal tambahan dari bursa melalui syarikat2 subsidiarinya. Yang untung peneroka jugak, setiap tahun budget FELDA sendiri untuk support operasi dan peneroka2 telah capai RM 1.5b, so kalau tambah sikit lagi apa masalahnya?


Saya tak faham apa masalah FGVH iaitu commercial arm dihalang untuk listing, walhal dah ada pun syarikat2 berkaitan FELDA dah listing. Salah satunya MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM Holdings), cukup solid kedudukannya di Bursa sekarang.

Mengikut persepsi kitalah, kita dok nampak FELDA ni perladangan kelapa sawit je, realitinya FELDA dah lama venture dalam banyak bidang pun, industri2 yang kita tak nampak FELDA dah masuk seperti Banking, Hartanah, Industri Maritim terutamanya logistik dan perikanan pukal, komoditi2 lain seperti gula dan lain2. Ini je dah multi billion tanpa kelapa sawit. FELDA sekarang operate seluruh dunia, peneroka jangan dok ingat FELDA ni buat duit dengan peluh peneroka je oi. Bagi saya takde masalah FGVH ni nak list pun.

Sebenarnya ini adalah "FEAR" yang direka oleh golongan tertentu untuk menakutkan rakyat terutamanya peneroka. Word on the groundlah, yang takut tu adalah golongan2 pemodal dalam market capitalization Bursa kita, kalau FELDA hantar muscle dia masuk, pengaruh GLC atau elemen Bumiputra dalam Bursa akan bertambah kuat, itu je, lebih2 lagi FELDA takeover gula dari Robert Kuok..


Bagi sayalah, isu FGVH ni sama je macam bangunan 100 tingkatPNB nak buat tengah2 KL, elemen "FEAR" disebarkan kepada pelabur2 PNB khususnya rakyat, rugilah, itulah inilah. Realitinya mudah je, kalau syarikat2 pelaburan hartanah swasta boleh buat untung berbillion setahun dari hartanah di Kuala Lumpur, so apasal PNB tak boleh buat untung dari bangunan 100 tingkat tu?? Sebenarnya word on the ground, player2 hartanah Kuala Lumpur sedia ada takut kalau PNB jadi player dominan di industri hartanah Kuala Lumpur. Maklumlah kalau PNB dah jadi dominan, anytime boleh crash harga. Sama di Bursa jugak, kalau FGVH ni masuk, automatik mereka akan jadi dominan dalam perladangan, pelabur2 di Bursa tu akan minat melabur maklumlah sebab sekuritinya, so apa akan jadi dengan syarikat2 perladangan swasta sedia ada di Bursa sekarang kalau pelabur2 cabut berlari arah melabur ke FGVH?? Sendiri mau ingatla, itu je cerita dia …


Kenapa PR/DAP sanggup menipu peneroka2 untuk memecah belahkan mereka? Persoalannya, apa yang PR/DAP mahu dari FELDA? Nak ikutkan FELDA taklah sekaya PETRONAS. Realitinya, FELDA ada nilai strategiknya kerana tanah2 mereka. Dengan keluasan tanah 811,140 hektar, FELDA secara automatik menjadi tuan tanah terbesar di Malaysia dan operator perladangan terbesar dunia. Dan ia adalah 9 kali ganda keluasan Singapura.

Realitinya FELDA ni susah nak bankrap walaupun minyak sawit dah tak laku. Ia adalah sebab tanah2 mereka. "Land Bank" yang FELDA ada boleh dicagarkan ke bank untuk membuat pembangunan hartanah, dengan mudah mereka boleh cari sumber2 kewangan untuk apungkan mereka kalau dunia tidak perlukan lagi minyak sawit. Ini bermakna kekuatan FELDA adalah hartanah. So siapa kata FELDA bankrap tu semua bohong je. 

Tapi nak kantoi PR punya kelentong mudah je, tak perlu nak tengok kekuatan hartanah (Land Bank) FELDA. Kalaulah FELDA bankrap, kenapa mereka masih menjadi pelanggan2 penting bank2 di negara kita dan luar negara? Kalaulah FELDA bankrap, kenapa mereka masih boleh pegang saham2 strategik minoriti dalam bank2 di Malaysia ni dan bank2 tersebut menjadi pemain2 saham mewah (blue chip) di BSKL? Syarikat yang bankrap mana boleh operate sebgini, betui tak? So maknanya PR kelentong.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this