Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts

Tuesday, 10 May 2016

Siapa Valerie Plame?




Inilah dia wanita yang paling dibenci Anwar Ibrahim. Wanita inilah penyebab 3 rakan baik Anwar yang berkuasa di US dipecat dari ofis mereka iaitu Scooter Libby, Richard Armitage dan Paul Wolfowitz pada 2005 (one shot). Siapa wanita ni? Wanita ini bernama Valerie Plame seorang agen top CIA yang membuat laporan kepada kerajaan US bahawa Iraq tiada WMD sebelum US serang Iraq. Akibat suaminya Joseph C.Wilson seorang bekas Duta US di Baghdad bocor rahsia ketiadaan WMD di Iraq di dada akhbar utama, rakan2 Anwar telah meletakkan keluarga wanita ini dalam bahaya dengan niat untuk membunuh dengan membocorkan identiti sebenar wanita ini pada awam dan musuh US yang wanita ini sedang / telah merisik (spy), akibat risau dengan bahaya yang melanda keluarga beliau, wanita ini tampil kehadapan buat pengakuan. Pada 2005, 3 rakan Anwar tersebut telah dipecat.




Kalau korang nak tahu mcm mana saga penipuan WMD ni bermula, ia bermula dengan wanita ini iaitu Valerie Plame iaitu dibawah Organisasi CIA - National Clandestine Service (NCS). Senang nak faham, "rahsia dalam rahsia" dalam CIA. Beliau ditugaskan untuk buat kerja undercover di Asia Barat khususnya. 

Inilah dia besi yang paling famous di dunia dan penyebab kematian jutaan rakyat Iraq dan tentera Amerika. Sebelum US menyerang Iraq, mereka mengatakan / justifikasikan besi aluminium ni digunakan untuk memperkayakan uranium, rupa-rupanya besi ini aluminium kosong jaaaa, buta ja rakyat seluruh dunia kena tipu dan rakyat Iraq dan Askar US mati buta ja.
Bila Paul Wolfowitz kena pecat dari World Bank dengan 99% undi tak percaya, Presiden US iaitu Bush tak veto langsung pun, buat dek je. Geram betul G.Bush kat depa ni.
Mcm mana pun pompuan ni memang spy yang terror dan beranila, bila identiti dia dengan sengaja dibocorkan oleh org atasan US, automatik dia dan keluarga dia dalam bahaya maklumlah sebab dia selalu terlibat merisik tempat sensitif dan musuh dia dapat tahu lak siapa dia, di mana dia tinggal, di mana dan siapa keluarga dia. Sebab risau pada keluarga dia, dia tampil kehadapan untuk pengakuan, so dia dapat perlindungan .
Pada awalnya wanita ni (agen CIA) menghantar laporan tiada WMD di Iraq dan beliau telah berdiam diri apabila mendapati report dia  diubah bila Wolfowitz lak kata ada WMD di Iraq dan US harus serang Iraq. Tetapi suami dia seorang bekas duta Iraq dapat tahu ia adalah penipuan, suaminya  cerita di akhbar utama dan sebarkan di internet. Pada awalnya kredibiliti suaminya diserang sebagai seorang tidak patriotik dan pembelot oleh media utama US spt CNN, tetapi suami dia terus melawan, akhirnya orang atasan US beri arahan untuk bocor identiti isterinya pada org awam dan secara automatik musuh pun dapat tahu (sebagai niat membunuh la ni). Bila identiti wanita ini dengan sengaja dibocorkan oleh org atasan US, automatik wanita ini dan keluarga dia dalam bahaya maklumlah sebab wanita ni selalu terlibat merisik tempat sensitif dan musuh dia dapat tahulak siapa dia, dimana dia tinggal, dimana dan siapa keluarga dia. Sebab risau pada keluarga dia, wanita tampil kehadapan utk pengakuan dan bawa bahan bukti, so dia dapat perlindungan la dan pada masa sama bersihkan nama baik lelaki dia.

So korang nak tahu di mana sebenarnya WMD di Iraq? IASEBENARNYA BERADA DI CANADA!!! Kerajaan US sendiri yang angkut keluar 550 Ton Uranium Yellowcake tu keluar dari Iraq dan dihantar di Canada pada perang teluk dahulu. Dokumen yang kononnya Saddam beli WMD Uranium Yellowcake telah disahkan palsu.

Tuesday, 22 January 2013

Revolusi Mesir : Pemimpin Boneka ialah Pemimpin Korup







Semenjak 2005, boneka2 US/Barat ni seperti Mubarak, Gaddafi dan lain2 belot dengan bekerjasama dengan musuh ketat US/Barat iaitu China/Russia. Secara rasmi, Rusia dapat kebenaran dari boneka2 US/Barat ni untuk buat markas pada 2009. Setahun lepas tu, revolusi untuk tendang boneka2 ni keluar. US/Barat recycle diorang la  … hahaha. 

Inilah penyebabnya revolusi2 Arab tu. Boneka2 US/Barat sendiri dah belot dengan bekerjasama dengan musuh ketat US/Barat iaitu Russia/China, dengan niat untuk seimbangkan pengaruh US/Barat di Tanah Arab. Kalau boneka2 US/Barat tu tidak belot, mereka akan kekal sampai hari ni dan revolusi itu tidak akan wujud pun dan sebaliknya NATO, CIA semua ni akan bantu rejim2 boneka ni untuk kekang revolusi2 Arab tu. 

So, korang rasa revolusi2 Arab Spring di Mesir, Libya tu semua real? Yayasan2 Demokrasi yang sponsor BERSHIT di Malaysia dan negara2 barat akan TUNAIKAN JANJI mereka pada rakyat2 Arab yang keluar peluh tunjuk perasaan tu? SEMESTINYA TIDAK. Barat akan perketatkan lagi cengkaman supaya tanah Arab ni tak terlepas dari genggaman ke tangan pesaing2 mereka seperti Russia/China. Pak Arab penat keluar peluh jaa ...

Campur tangan kuasa besar berlaku BILA-BILA masa asalkan ada nilai untuk memenuhi strategik interest mereka. Diorang tak tunggu korup atau tak, diorang hanya takkan masuk bila tiada ruang untuk masuk. Dan pemimpin yang memanggil kuasa luar untu berkuasa telah dibuktikan adalah pemimpin yang tertinggi korupnya kerana sanggup ambil jalan pintas seperti Anwar Ibrahim. Kalau dah ikut jalan pintas dengan memanggil kuasa luar membantunya untuk berkuasa MAKNANYA MEREKA KORUP. Tengok pemimpin2 sejati yang bawa manfaat kepada rakyatnya seperti Salahuddin Ayubbi, Tun Mahathir, 4 Khalifah Rasyidin, Caesar, Octavius, Iskandar Zulkarnain, Churchill semua ni ada tak mereka minta kuasa luar untuk berkuasa? TAKDE PUN, dan mereka berusaha dari bawah tanpa perlu di "helikopterkan" oleh kuasa luar untuk jadi pemimpin tertinggi. Dan mereka membina negara mereka BRICK BY BRICK dengan tangan dan idea mereka sendiri tanpa perlu terhutang budi dengan kuasa luar. 

Sejarah pemimpin2 dunia samada Islam atau bukan Islam, samada negara kecil atau besar, kuasa dunia atau bukan, mana2 pemimpin yang naik dari bawah, berusaha sendiri tanpa perlu bantuan asing untuk berkuasa selalunya berjaya di akhir karier mereka dan rakyat akan dapat manfaatnya. Berbanding pemimpin yang naik melalui cara bantuan luar, karier mereka tidak akan baik dan rakyat turut akan sengsara.

Bukan macam Anwar Ibrahim, baru marah Yahudi, Yahudi zionis sergah, Anwar terus minta maaf, apa ke mende ni??? Anwar Ibrahim siap pegi luar negara, mintak tolong sana sini, tanggungjawab dalam negara seperti tunaikan janji PRU 12 tak mahu lak buat kepada rakyat, pegi daaa!



Bukan setakat yayasan hipokrit dari barat je yang support Anwar Ibrahim, pemimpin2 gay pun support Anwar Ibrahim. Tengok, siap bagi memorandum lagi tu bantahan terhadap kerajaan Malaysia.  


"Sixty Federal MPs have signed a letter urging the Malaysian government to drop sodomy charges against opposition leader Anwar Ibrahim, following a speech by Melbourne Ports member Michael Danby last month" Read here



Hosni, Gaddafi, Saddam dan semua diktator Arab -  dengan siapa mereka mintak tolong untuk berkuasa pada awal karier mereka? Bukan sama macam cara Anwar Ibrahim jugak? Tengok ni, comel betul muka Gaddafi, siap temberang lagi dengan apa yang biasa kita dengar kat Malaysia, “Ketuanan Rakyat” la, “Hak Rakyat” la  … hahaha.



Ni video Saddam, dinaikkan oleh kuasa besar yang sama jatuhkan dia ; 
  


Ni pulak akhbar Yahudi, Jerusalem Post. Kuasa barat yang menyokong Anwar Ibrahim jadi PM, apa bezanya Anwar dengan pemimpin ni? Semua sama, nak berkuasa mintak bantuan kuasa luar, bila dah habis madu, sepah dibuang  … hahaha ;  


Sosio politik berbeza TETAPI PLAYERNYA SAMA yang operate kat Malaysia ni, yang dok support Malaysiakini, BERSHIT, macam NED, ICG ni dan ada Yayasan Demokrasi Washington yang Anwar jadi chief dia, modus operandi pun sama di Libya, Mesir. Itu semua temberang rakyat dengan slogan Ketuanan Rakyatla, Hak Rakyatla, ala "Power to the People". Kalaulah Yayasan Demokrasi ni ikhlas nak tolong laksanakan demokrasi di semua negara, habih tu apasal naikkan diktator macam Saddam semua ni? TEMBERANG je. 


  Inilah keburukan kalau pemimpin2 mengambil jalan pintas untuk berkuasa dengan meminta bantuan dari luar. Apabila membuat keputusan tidak menyebelahi kuasa luar yang membantu mereka berkuasa, mereka akan di recycle seperti Gaddafi, Mubarak semua ni. Kita bernasib baik kerana pemimpin BN semuanya naik dari sokongan rakyat sendiri, bukan dari bantuan asing. Kesan daripada  itu, pemimpin2 BN boleh jadi neutral dengan tidak menyebelahi mana2 pihak. Maka SAY NO TO ANWAR IBRAHIM yang meminta bantuan kuasa asing untuk berkuasa di Malaysia supaya rakyat Malaysia tidak senasib dengan rakyat di Tanah Arab.

Saturday, 19 January 2013

Muammar Gadaffi ialah Pelacur Politik






 Hangpa rasa Gaddafi ni anti Barat? Ye ke Gaddafi ni menentang US? Hangpa tanyalah diri sendiri, sapa yang dok dapat HAK EKSLUSIF untuk refine, process dan pasarkan minyak Libya semenjak 1969? Itu minyak je, macamana pulak fungsi sebagai "buffer state" untuk menjaga hak2 negara2 barat kapitalis dalam menentang kemaraan pengaruh komunis? Skandal Oil for Food iaitu program Saddam, sampai terbongkar rahsia orang2 besar PBB seperti Kofi Annan dan pemimpin2 US lain yang mencengkam rakyat Iraq. 

Tun Mahathir baru BISING kat OIC, beliau kata orang Islam kena tolong sesama kita, barulah Libya ni nak contact Petronas pada tahun 2000, yang tu ntah dapat ke tak. Pundeklah ko Gadafi, ko sama je macam Anwar, cakap je lebih, bangkitkan Islamlah, itulah, last2 padan muka ko. Patutnya negara2 Islam kena tolong menolong sesama kita untuk kebaikan bersama. Banyak industri minyak Petronas boleh dibuat kerjasama. Tapi negara2 Pak Arab ni pandang rendah pada kita Malaysia ni. Bila dah kena main dengan Mat Salih barulah terhegeh-hegeh nak contact Malaysia (Petronas). Benda2 high tech yang negara Islam takda, takpalah kalau kerjasama dengan negara luar. Tapi kalau servis2 dan produk2 yang negara2 Islam ada, eloklah bekerjasama, takkan yang tu pun nak cium tangan mat salih jugak kot, apa daa. 


Petronas steadyla sekarang ni, dok sibuk sapu minyak dari negara2 yang tak berapa suka dengan US. Nasib baik Tun Mahathir tu cerdik, beliau neutral (tak pilih bulu). Negara2 membangun yang la ni yang dah tak berapa suka kat US, dok bagi kawasan2 minyak depa untuk Petronas develop seperti kawasan2 Eastern Europe yang ex Soviet, Afrika dan Russia sendiri. Tu yang Petronas loaded lain macam tu  … hahaha. Kalau Petronas ikut cakap Anwar untuk jadi pro US je, rugi dah Petronas sekarang ni, sebab banyak negara2 membangun hari ni tak berapa suka ngan US. La ni depa dok cari company alternatif daripada sekutu2 US. Apa lagi, kita sapu la … haha. Itulah kelebihan bila Anwar tak jadi Penasihat Petronas.
 
Petronas punya reserve minyak luar negara lebih banyak dari apa yang Malaysia ada. Maknanya Petronas lagi besar dari Malaysia yang sekarang ni. Mesti ramai yang mahu piece of  Petronas, samalah macam krisis syarikat2 minyak lain. Yang penting sekali, Petronas masih maintain rancangan PERDANA mereka (main course) iaitu maximising peluang yang ada dari negara2 membangun (emerging market) pada hari ni, terutamanya dari negara2 yang nak cari alternatif dari syarikat2 tradisi barat. Biasalah, di mana ada GULA di situlah ada SEMUT. Bukan rakyat Malaysia je nak "serpih" Petronas, Mat Saleh pun nak jugak. Berebut tu, Anwar pun nak selit jugak, katanya dia pandai dalam turunkan harga minyak  … kah kah kah. 

Sebenarnya Amerika dah menguasai Libya semenjak 1969 lagi. “Revolusi Jalanan Buku Hijau” yang dibuat oleh Gadafi untuk menggulingkan pemerintah Libya pada 1969 adalah dengan bantuan pihak agensi risikan CIA. Muamar Gadafi digunakan oleh US untuk menjadikan Libya sebagai "buffer state" dalam menyekat kemaraan pengaruh komunis semasa Perang Dingin. Pemerintah yang Gadafi jatuhkan ialah  - Sayyid Hasan ar-Rida al-Mahdi as-Senussi, yang lebih prefer untuk jadi NEUTRAL dalam isu Perang Dingin di antara blok komunis Soviet dan US. Sikap Sayyid Hassan ini tidak disenangi US, sebab itulah Gadafi dinaikkan. Boleh baca sejarah  dalam Archive People Magazine 1969.

Bagi aku, Gaddafi, Mubarak, Saddam dan pemimpin2 revolusi Arab hari ni hanyalah sebagai "pelacur". Semata-mata untuk berkuasa, sanggup ikut jalan pintas dengan melacurkan diri dengan kuasa besar dari luar untuk membantu mereka menggulingkan kerajaan yang sebangsa dan seagama dengan mereka. Apa yang mereka terima hari ni adalah balasan setimpal. Masa hadapan pemimpin revolusi hari ni akan menerima nasib yang sama seperti Gadafi, Mubarak dan Saddam, sebab mereka adalah sama iaitu pelacur yang meminta bantuan kuasa luar untuk berkuasa dan merampasnya melalui revolusi jalanan.

Ada pepatah Inggeris mengenai pengajaran konsep politik antarabangsa secara spesifik yang mempunyai hubungan antara negara membangun dan kuasa besar ; "DONT BE A PROSTITUTE BECAUSE AT THE END OF THE DAY THE PIMP ALWAYS GET PAID, THE PROSTITUTE GET SCREWED." Fikir-fikirkanlah.



Yang lagi penting, Anwar  kena belajar tentang apa nasib pemimpin2 Islam yang sanggup jadi lembu kepada NGO2 antarabangsa seperti ICG, NED, dan organisasi seperti CIA untuk gulingkan kerajaan -  Saddam Hussein, Gadafi, Shah Iran ni semua kena pakai je, habis madu sepah dibuang  … hehehe. Belajarlah dengan hikmah yang Allah SWT tunjuk ni. Tengok macam Najib, dia kawan dengan semua orang, bukan US je. Najib neutral, dia berpegang teguh pada perjanjian ZOPFAN 1971. Tak macam Nuaq tu, nak rampas kuasa punya pasal, cium tangan US macam Gadafi, Saddam, Mubarak. PIIIRAAAH!


Saya bukan nak anti barat. Tapi sebaiknya polisi luar negara kita kenalah NEUTRAL, tak perlulah sikit2 nak pegi mintak bantuan luar untuk jadi berkuasa, nanti terhutang budi macam negara2 Arab, pening kepala pulak nak handle. Pembangkang kita kalau nak naik pun tak payahla nak cium tangan Yayasan Demokrasi Barat macam NED, ICG tu, elok perbaikilah diri sendiri  dan buktikanlah hangpa mampu perform lebih baik dari BN, itu je.


Wednesday, 16 January 2013

Persamaan Gadaffi dan Anwar : Buku Hijau dan Buku Jinggay





Gaddafi menipu rakyat Libya pada tahun 1969 dengan menggunakan propaganda BUKU HIJAU, kononnya boleh selamatkan Libya masa tu. Anwar Ibrahim pulak pakai taktik yang lebih kurang iaitu BUKU JINGGAY, kononnya boleh selamatkan Malaysia, lebih kurang je taktik tu hahaha …


Sungguh IRONI kes Muammar Gaddafi. Pada 1969, beliau menjadi pihak PEMBANGKANG yang menipu rakyat Libya melalui BUKU HIJAUnya untuk MERAMPAS pemerintahan yang sah melalui REVOLUSI JALANAN, dan dengan bantuan pihak ketiga terutamanya CIA dan NGO2 "Freedom" antarabangsa. Hari ni apa yang terjadi dengan Gaddafi? Kena balik tang muka  … hahaha. Anwar Ibrahim patut belajar dari nasib si Gaddafi ni.



Inilah pepatah mat salih yang berbunyi, "What Goes Around Comes Around". Dulu dia buat Revolusi Jalanan dengan merampas kerajaan pada 1969 dan menipu rakyat Libya untuk bangkit menentang kerajaan dengan BUKU HIJAUnya. Siap dapat bantuan luar lagi dari organisasi seprti CIA dan NGO2 Antarabangsa. Sekarang ni apa dah jadi? Allah SWT Maha Adil.

Yang paling lucu, Gadafi digulingkan dengan bantuan kuasa luar yang membantunya menjadi pemimpin Libya pada 1969 dahulu … hahaha. Yang ni Anwar Ibrahim kena belajar, adakah NGO2 Antarabangsa ni sebenarnya ikhlas untuk bantu menegakkan "Freedom" kononnya? Pihak ketiga ni hanya recycle Gadafi, itu je. Banyak wang2 Gadafi berada di Eropah  dan beliau siap bantu kempen pilihanraya di negara2 Eropah seperti Perancis, Itali dan lain2. Dan jangan lupa pulak, suatu masa dulu Gadafi ni pernah menjadi pemegang saham pasukan bola sepak terkenal Itali iaitu Juventus :D 

Persoalan juga, adakah rakyat Libya akan mendapat kehidupan yang lebih baik selepas kejatuhan Gadafi? Adakah mereka akan mendapat fresh start? TIDAK! Apa yang mereka dapat hanyalah "recycle". Sebab benda sama, Gadafi dulu naik sebab campur tangan pihak luar, dia jatuh pun cara yang sama. Bom2  dan senjata2 yang NATO beri pada pembangkang tu free? TIDAK! Ia akan menjadi BEBAN HUTANG kepada kerajaan baru Libya dalam jangkamasa yang panjang dan melalui hutang itulah, orang luar ni akan kuasai Libya, dan melantik BONEKA yang lebih muda untuk ganti Gadafi. Back to square one :D 

Gadafi jatuh sebab beliau nak berbaik2  dengan China dan Russia, iaitu seteru utama US dan Eropah. Itu pasal kena guling tu. Cuba kalau dia cium tangan President US dan pemimpin Eropah lain tu, mesti dia kekal sebagai Presiden Libya punya  …hahaha. 

Ini keratan akhbar barat pada 1969 yang menyokong Gadafi merampas kuasa melalui revolusi. Gadafi semasa itu ialah Chairman of Revolution Command. Ayat biasa yang digunakan ialah "PEOPLE's POWER", untuk justifikasi rampasan kuasa oleh Barat. La ni apa jadi kat Gadafi? KENA TANG MUKA BALIK  … HAHAHAHA! Sungguh ironi, kesiannya kat Rakyat Libya, dipermainkan kali ke 3! 



Itu pasallah bila aku dengaq je "Power to the People" dari media2 barat ni, kelentong jelah. Terutamanya belah Malaysia ni, “ketuanan rakyat”la, rakyat nilah, rakyat tulah. MENIPU JE SEMUA TU.

Banyak benda yang Anwar Ibrahim boleh belajar dari nasib si Gadafi ni. Habis madu sepah dibuang. Yayasan demokrasi barat macam ICG, NED tu semua kelentong je, kalau diorang ni ikhlas nak menegakkan demokrasi dalam negara2 membangun, apasal mereka support Gadafi, Saddam, Mubarak dulu? Menipu je atas nama freedom dan demokrasi, nak TIBAI khazanah negara la tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this