Showing posts with label World Bank. Show all posts
Showing posts with label World Bank. Show all posts

Monday, 12 March 2012

Kenapa Malaysia Terpaksa Ikut Harga Minyak Pasaran Dunia?? (Bhgn 1)



Soalan juga turut berkait dengan soalan kenapa Malaysia perlu gunakan matawang USD untuk berdagang? Kenapa Malaysia perlu menganggotai WTO kalau hendak berdagang peringkat antarabangsa? Jawapan akhirnya ditangan organisasi Bretton Woods, siapa Bretton Woods ini?



 

Bretton Woods ialah organisasi yang menguasai World Bank, IMF, WTO, NYMEX, ICE, PBB dari segi elemen ekonomi, farmasi untuk perubatan, makanan dan macam2 lagi. Secara amnya mereka mempunyai pengaruh yang besar terhadap semua organisasi penting di dunia ni.


Bretton Woods ditubuhkan secara rasmi semasa Great Depression 1920 -1930 iaitu semasa permulaan kejatuhan imperialisme barat samada British, Eropah, dan lain2. Mereka mula mengorak langkah secara aktif selepas Perang Dunia ke 2 selepas kejatuhan imperial British. Antara organisasi pertama yang mereka setup ialah World Bank dan IMF, kemudian mereka cuba setup satu sistem matawang untuk seragamkan perdagangan antarabangsa iaitu World Currency Unit. Pada awalnya mereka hendak menggunakan value emas sebagai sandaran tetapi telah menukarkan kepada US Dollar kerana kuasa membeli ketika itu banyak bersandar kepada US Dollar.


Bretton Woods ni straight forward, tak seperti cerita konspirasi teori Freemason. Bretton Woods ini adalah real dan sangat berkuasa, semua orang tunduk kepada mereka termasuklah Presiden US sendiri. Negara2 Komunis seperti Soviet, China dan lain2 yang cukup anti dengan kapitalisme pun tunduk dengan mereka jugak, maklumlah negara komunis pun perlukan bank dan perdagangan antarabangsa. Hamas ke, Hizbullah ke ,Taliban ke, Khomeini ke, tunduk dengan mereka jugak. Tiada negara di dunia ni yang tidak pernah pinjam World Bank. Palestin yang belum merdeka tu pun dapat duit dari mereka jugak. Bretton Wood ni memang berkuasa dan untouchable.


Ok, kita straight forward kepada elemen komoditi strategik minyak, macamana sub Bretton Wood seperti NYMEX dan ICE boleh tentukan harga minyak dunia termasuklah kita? Selepas merdeka, Malaysia bukan terus kaya. Petronas baru je bukak kedai, takkan boleh beli terus perkakas canggih untuk teroka minyak, alat2 tu bukan harga sepuluh ringgit. Dari mana modal awal datang? Dari pelaburan asing dan terutamanya pinjaman dari World Bank yang di belakangnya ada Bretton Wood. 


Di bawah Bretton Wood ada institusi pelaburan seperti Goldman Sach, JP Morgan, Morgan Stanley dan lain2. Ok, sebelum kawasan minyak itu digali / diteroka, mereka ini menjadi pelabur untuk kawasan2 tersebut. Dan untuk mengembalikan keuntungan pelaburan, mereka dagangkan tempat yang belum diteroka / digali ini sebagai stok untuk masa hadapan. Konsep ini dipanggil sebagai FUTURE CONTRACTS. Oleh itu kesemua negara pengguna minyak "beli balik" dari mereka utk menjamin stok minyak masa hadapan dalam negara mereka, termasuklah negara pengeluar minyak juga sebab merekalah pelabur untuk kawasan2 yang belum diteroka / digali tu. Problem sekarang, spekulasi banyak berlaku di bahagian supply and demand yang mempengaruhi trading minyak.


Masalah harga minyak dunia lebih kepada elemen kewangan bukan teknikal. Sebab banyak sangat spekulasi dalam supply and demand minyak dunia. Sampai Iran pun antara sebagai pengeluar minyak terbesar pun tak larat, kecoh tak mahu bergantung dengan minyak lagi, nak tukar kepada nuklear sebagai sumber tenaga alternatif. So korang tahulah siapa dibelakang masalah elemen kewangan yang kuat buat spekulasi tu untuk keuntungan.


Ok, adakah Bretton Woods ni anti Islam? Tidak. Sebab hampir 1/3 ahli committee mereka ialah orang Islam. Adakah Amerika tunduk kepada mereka - Ya. Kenapa? Sebab Amerika berhutang dengan mereka hampir USD 12 Trillion. Mereka juga turut memainkan peranan pemecatan wakil dari US dalam World Bank iaitu kawan baik Anwar iaitu Wolfowitz pada 2006 dan Presiden US tak berani cakap apa pun.  


Bretton Woods ni neutral, diorang tak peduli. Fokus mereka lebih kepada keuntungan, kestabilan perdagangan dan kawalan harga komoditi strategik. Dan berlaku juga konflik dunia ahli committee mereka memang cukup terkenal "makan" dari kedua -dua belah pihak, maklumlah neutral. Semasa Perang Dunia ke-2, mereka support untuk bersekutu termasuklah Nazi jugak. Semasa Konflik Perang Dingin pula, mereka didapati telah menyokong blok komunis dan kapitalis. Konflik Arab-Israel 1960an, mereka support Israel dan Arab jugak.


 
Pada 1997, Bretton Woods mengharamkan semua idea2 polisi Capital Control yang kononnya bercanggah dengan elemen freemarket dibawa oleh puak2 yang sealiran dengan Tun Mahathir. Masa itu, Tun Mahathir nyaris kena getah dengan reformasi yang turut dirancang oleh Bretton Woods ni. Tapi bila 2006, mereka mendapati freemarket dan perdagangan antarabangsa tidak stabil akibat tanpa kawalan dalam elemen spekulasi, lalu mereka mula bawak masuk idea2 polisi Capital Control yang dibawa oleh puak2 sealiran Tun Mahathir dahulu. 




Dan pada 2010, wakil mereka iaitu Seri Mulyani siap bagi penghormatan terhadap Mahathir yang sebelum ni mereka hina. Sekarang ni nama Anwar mereka dah tak sebut dah, reformasi pun dah sejuk, member2 Anwar mcm Wolfowitz pun dah kena pecat. So kesimpulannya Bretton Woods ni lebih kepada idea2 yang beri keuntungan kepada mereka itu je. 


Walaupun Bretton Woods ni tak campur hal ehwal politik negara org, tapi yang buat hal banyak dari partner mereka dalam IMF dan lain2 contoh mcm setan seperti Wolfowitz.
 Walaupun Bretton Woods ni tak campur, tapi kerajaan Malaysia tetap cuba kurangkan pengaruh mereka dalam ekonomi Malaysia, melalui penubuhan GLC utk fokus kepada pembinaan dan operasi infrastruktur penting dalam negara spt Telekomunikasi, Elektrik, highway, jambatan dan lain2. GLC mampu mencari sumber kewangan mereka sendiri spt dari EPF, dari Bursa dan lain2 tanpa bergantung banyak sangat kepada org2 luar seperti Bretton Woods. 

Dan Anwar Ibrahim telah berbohong kepada kita yang mengatakan GLC kononnya mencuri wang KWSP utk buat infra, walhal kalau GLC tak pakai wang KWSP, dari mana lagi GLC nak pinjam? Semestinya dari org luar spt Bretton Woods. Kering je rakyat kena tipu dengan Anwar.


 "So what if I am a liar?"


So kesimpulannya Bretton Woods adalah antara organisasi yang berkuasa di dunia, bukan setakat zionis dan lain2. Bayangkanlah mereka boleh bagi pinjam USD 12 trillion kepada US melalui World Bank. Itu baru US, negara lain? So pada masa yang sama, boleh nampak siapa antara player yang sangat berpengaruh tentukan harga komoditi strategik. Nak kata mereka ni jahat, tak jugak, nak kata baik, tak jugak. Diaorang ni neutral dan lebih fokus kepada keuntungan dan kestabilan perdagangan. 


Monday, 19 December 2011

Bukti Anwar Memilih IMF



Aku nak tergelak dengan lembu PR yang percaya dengan kelentong Anwar menuduh Mahathir nak pinjam World Bank. Saja ja peram 2-3 hari nak tengok lembu PR ni seronok jap, sekarang kita TKO terus penipuan Anwar mengenai perkara ni. Korang browse je website IMF, lepas tu taip je nama Anwar Ibrahim, terus keluar dokumen PDF ni. Ini membuktikan siapa yang sebenarnya terhegeh-hegeh nak cium mulut dengan IMF dan World Bank. Korang baca dari perkara 6 ke 13. Hehehe.






Ini pula dokumen Annual Meeting 1997 di Hong Kong -  http://www.imf.org/external/index.htm

Siapa yang pergi Annual Meeting 1997 tu? Mahathir ka? Anwar ka? Siapa yang terhegeh-hegeh gelar diri dia sebagai governor of Malaysia? Dalam perkara 6, siapa terhegeh-hegeh cerita pasal penggunaan fund tu?

6. Another significant step is the recent emphasis by the IMF Managing Director on the
importance of peer pressure to ensure that countries adopt appropriate policies. In the
ASEAN region, we have finalised a framework to facilitate effective consultations and
discussions. In this regard, I would like to propose two initiatives to promote greater
cooperation in order to facilitate further liberalisation and integration of financial markets
while avoiding any destabilising consequences.

Firstly, work on the SDDS must be expanded to enhance transparency of the activities
of all market players. For example, the Fund could promote international coordination
in the supervision of financial markets through the establishment of a global trade
information system for foreign exchange markets to allow authorities to monitor
trading activities in the global market-place; and

Secondly, the Fund could devise a framework to enable countries to adapt and cope
more effectively with market excesses associated with destabilising capital flows. It is
not sufficient that only member countries abide by Fund advice and observe
"international rules".

Similar rules should also be designed to encourage capital market participants to contribute towards the efficient functioning of the market
mechanism. This framework could include rules and principles on ethical and
professional standards, stronger disclosure requirements, and regular contacts
between the managers of leveraged funds and banking supervisors. This framework
should be facilitated by agreement on the provision of information on leveraged fund
activities and arrangements for the home country supervisors to share information with
the host country supervisors on the activities of these funds.


 
World Bank tunduk kepada terma / syarat Mahathir, bukannya macam cerita Anwar kata Mahathir tunduk pada syarat IMF dan World Bank. Kalau tak, memang Tun tak boleh buat pegging RM 3.8 dan bail out. World Bank memang bagi term loan semenjak Tunku Abdul Rahman lagi TAPI kena ikut SYARAT YANG KITA TETAPKAN, bukannya syarat IMF yang dibawa Anwar, dia spin je konon fitnah dia, pegi daa.


Senario bank2 besar ni boleh bagi pengajaran sebenarnya kepada kita. Sebaiknya kita kena baca semua. Contoh untuk kita rakyat marhaen ni kan, kalau nak buat pinjaman perumahan atau kereta atau perniagaan, sebaiknya kita baca semua syarat, jangan main terus ikut sign je. Sebenarnya kalau kita ni teliti dan fokus, kita boleh nego ngan bank syarat2 tersebut. Ini kelebihan Tun Mahathir, dia teliti bila baca term tu, tak macam Anwar, main bedal je. So kita kena ikut style Tun.

Lagi satu, Anwar temberang kata Mahathir akur pada IMF dan World Bank. Kalau macam tu APSAL MAHATHIR BOLEH BUAT TAMBATAN PADA RINGGIT KITA (Currency Control) dan BAIL-OUT?? Bukankah ini satu teknik yang tidak dipersetujui oleh IMF dan World Bank? Kat sini je kita boleh kantoikan  Anwar menipu, tak payah baca dokumen rasmi IMF tu pun. Hehehe.


Memang betul, saya setuju Anwar tak ambil loan berdasar syarat IMF, tapi bukan sebab dia tak ambik, sebab dia TAK SEMPAT NAK AMBIK!!!, Maklumlah dah kena humban dalam penjara. Tak gitu ;D

Dan ini khas untuk lembu2 PR. DOKUMEN RASMI IMF YANG MENGATAKAN MALAYSIA TIADA LAGI PINJAMAN PERLU DIBAYAR!! Last kali kita ambik pada 1984 dan kita dah bayar habis, sekali dah kena cukup, TAPI ANWAR NAK KITA AMBIK SEKALI LAGI!! NASIB BAIK DIA KENA HUMBAN DALAM PENJARA. Lagipun pinjaman IMF  dan pinjaman World Bank  adalah 2 entiti dan syarat yang berbeza hehehe. Yang kena reject adalah IMF. Kat situ kantoi lagi Anwar. 




 Rumusan saya mudah je, memang betullah Tun Mahathir cakap, pakej penyelesaian ekonomi yang dibuat Anwar memang ada kena mengena dengan IMF, maklumlah Pengarah IMF ketika itu Michel Camdessus pun terlibat sekali secara tak langsung. Siap buat "WELCOMING ANNOUNCEMENT” pulak tu.

Sumber2 pencacai pembangkang ;




Bacaan tambahan boleh didapati di blog Gelombang Wangsa Maju
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this