Wednesday, 16 January 2013

Persamaan Gadaffi dan Anwar : Buku Hijau dan Buku Jinggay





Gaddafi menipu rakyat Libya pada tahun 1969 dengan menggunakan propaganda BUKU HIJAU, kononnya boleh selamatkan Libya masa tu. Anwar Ibrahim pulak pakai taktik yang lebih kurang iaitu BUKU JINGGAY, kononnya boleh selamatkan Malaysia, lebih kurang je taktik tu hahaha …


Sungguh IRONI kes Muammar Gaddafi. Pada 1969, beliau menjadi pihak PEMBANGKANG yang menipu rakyat Libya melalui BUKU HIJAUnya untuk MERAMPAS pemerintahan yang sah melalui REVOLUSI JALANAN, dan dengan bantuan pihak ketiga terutamanya CIA dan NGO2 "Freedom" antarabangsa. Hari ni apa yang terjadi dengan Gaddafi? Kena balik tang muka  … hahaha. Anwar Ibrahim patut belajar dari nasib si Gaddafi ni.



Inilah pepatah mat salih yang berbunyi, "What Goes Around Comes Around". Dulu dia buat Revolusi Jalanan dengan merampas kerajaan pada 1969 dan menipu rakyat Libya untuk bangkit menentang kerajaan dengan BUKU HIJAUnya. Siap dapat bantuan luar lagi dari organisasi seprti CIA dan NGO2 Antarabangsa. Sekarang ni apa dah jadi? Allah SWT Maha Adil.

Yang paling lucu, Gadafi digulingkan dengan bantuan kuasa luar yang membantunya menjadi pemimpin Libya pada 1969 dahulu … hahaha. Yang ni Anwar Ibrahim kena belajar, adakah NGO2 Antarabangsa ni sebenarnya ikhlas untuk bantu menegakkan "Freedom" kononnya? Pihak ketiga ni hanya recycle Gadafi, itu je. Banyak wang2 Gadafi berada di Eropah  dan beliau siap bantu kempen pilihanraya di negara2 Eropah seperti Perancis, Itali dan lain2. Dan jangan lupa pulak, suatu masa dulu Gadafi ni pernah menjadi pemegang saham pasukan bola sepak terkenal Itali iaitu Juventus :D 

Persoalan juga, adakah rakyat Libya akan mendapat kehidupan yang lebih baik selepas kejatuhan Gadafi? Adakah mereka akan mendapat fresh start? TIDAK! Apa yang mereka dapat hanyalah "recycle". Sebab benda sama, Gadafi dulu naik sebab campur tangan pihak luar, dia jatuh pun cara yang sama. Bom2  dan senjata2 yang NATO beri pada pembangkang tu free? TIDAK! Ia akan menjadi BEBAN HUTANG kepada kerajaan baru Libya dalam jangkamasa yang panjang dan melalui hutang itulah, orang luar ni akan kuasai Libya, dan melantik BONEKA yang lebih muda untuk ganti Gadafi. Back to square one :D 

Gadafi jatuh sebab beliau nak berbaik2  dengan China dan Russia, iaitu seteru utama US dan Eropah. Itu pasal kena guling tu. Cuba kalau dia cium tangan President US dan pemimpin Eropah lain tu, mesti dia kekal sebagai Presiden Libya punya  …hahaha. 

Ini keratan akhbar barat pada 1969 yang menyokong Gadafi merampas kuasa melalui revolusi. Gadafi semasa itu ialah Chairman of Revolution Command. Ayat biasa yang digunakan ialah "PEOPLE's POWER", untuk justifikasi rampasan kuasa oleh Barat. La ni apa jadi kat Gadafi? KENA TANG MUKA BALIK  … HAHAHAHA! Sungguh ironi, kesiannya kat Rakyat Libya, dipermainkan kali ke 3! 



Itu pasallah bila aku dengaq je "Power to the People" dari media2 barat ni, kelentong jelah. Terutamanya belah Malaysia ni, “ketuanan rakyat”la, rakyat nilah, rakyat tulah. MENIPU JE SEMUA TU.

Banyak benda yang Anwar Ibrahim boleh belajar dari nasib si Gadafi ni. Habis madu sepah dibuang. Yayasan demokrasi barat macam ICG, NED tu semua kelentong je, kalau diorang ni ikhlas nak menegakkan demokrasi dalam negara2 membangun, apasal mereka support Gadafi, Saddam, Mubarak dulu? Menipu je atas nama freedom dan demokrasi, nak TIBAI khazanah negara la tu.

Tuesday, 15 January 2013

Revolusi Mesir : "Tun Mahathir Milik Orang Islam"


Salam semua, sudah lama saya tak beri posting kat sini. Sebenarnya sibuk sikit dan turut sibuk berdebat dengan pak2 Arab Mesir dan orang putih yang dok sibuk dengan revolusi Mesir baru2 ni di wall mereka. Dan saya sungguh tak sangka, puak2 muda Arab revolusi tu sangat memuja Tun Mahathir bila saya beritahu, saya dari Malaysia. Dan mereka menyatakan Tun Mahathir bukan milik Malaysia sahaja TETAPI MILIK ORANG ISLAM, beliau tak sepatutnya bersara. WOW! 

Saya buka komen saya dengan, "Revolusi Mesir ni tidak akan bawa sebarang kebaikan kepada rakyat Mesir tetapi hanya keburukan, kamu semua dah terkena dengan permainan organisasi2 barat seperti IMF". Pada awalnya ramai Pak Arab marah dengan saya. Kemudian saya pastekan fakta IMF di wall mereka. Dan saya bertanya soalan cepu emas "Jika Revolusi kamu benar, habis tu kenapa polisi ekonomi negara kamu ditentukan di France oleh organisasi IMF sebelum kamu melantik PM baru kamu, dan kenapa tidak ditentukan di Parlimen kamu sendiri seperti negara saya dan negara lain?". Terkedu pak2 Arab revolusi nak jawab. 



Ada orang putih mengatakan orang2 Arab mempunyai pilihan, tetapi mereka tetap meilih diktator dan monarki yang korup. Jawapan saya mudah. Dari fakta sejarah, rakyat2 di tanah Arab tidak pernah bebas memilih ketua dan hala tuju negara mereka semenjak Revolusi Arab menentang khalifah Uthmaniah pada awal 1900 an, apabila mereka ditipu oleh Lawrence of Arabia, bermula dari monarki, diktator dan sampai hari ni masih ditentukan oleh kuasa barat. Hangpa boleh kaji sendiri latar belakang mereka semua seperti Saddam Hussin, Gadafi yang termasuk dalam monarki Arab Saudi. Begitu juga revolusi Mesir ni. Realitinya, barat masih tidak mahu negara2 Arab bebas menentukan hala tuju mereka sendiri.

Ada pulak puak Salafi mengatakan Mesir akan melaksanakan undang2 Islam. Saya jawab dengan mudah, "Kamu akan gagal dan tidak akan berjaya melaksanakan undang2 tersebut. Sebabnya mudah, membentuk struktur perundangan baru akan mendatangkan kos, macamana kamu nak biayai kalau POLISI EKONOMI negara kamu berada di tangan IMF? IMF akan menentukan belanjawan negara kamu, bukannya kabinet pemimpin kamu." Terkedu pak Arab Salafis nak jawab  … hehehe.

Saya selalu berdebat di discussion board TIME Magazine semenjak 2 bulan lepas. Saya tak save link tersebut sebab tempat tu bukan favorite saya, cuma saya suka dengan topik artikel TIME tersebut – “Siapa sebenarnya "in control" Mesir hari ni, adakah puak2 demokrasi atau ektremis Islam? Dan komen2 saya menyatakan fakta -DUA2 TIDAK MENGUASAI MESIR tetapi sebaliknya IMF. Negara ni ibarat macam syarikat la, tapi dalam skala besar,. Siapa yang control "check book" negara tu, dialah control negara tu. La ni IMFla yang control "check book" Mesir sebab dia dah tentukan POLISI EKONOMI MESIR semenjak April. 

Antara komen2 saya yang menyebabkan pak Arab2 revolusi terkedu nak jawab, "How these Egyptians Salafists going to implement their Sharia law? To implement, it need funds from their budgetary system and IMF already dictates their economic policies, so how? Reality is, IMF already calling the shots in their economic policies and Egypt took it in last April and indirectly the west already took control Egypt through their economic policies. The reality is, the west are the "real" players here not these extremists. So much for Egypt revolution and democracy  … hahaha. This is real fact." (Ada berpuluh komen saya, tapi tak ingatla, yang block buster kasi puak2 revolusi ternganga saya ingat  … hehehe"). 

Ini pula komen saya bagi geng2 Mat Saleh terkedu bila mereka dok kutuk gerakan Islam di Mesir yang kononnya nak merampas revolusi rakyat Mesir ; “Facts are facts and speculations are speculations. Facts are the IMF/west already took control Egypt by dictating/controlling their economic policies since April after Egypt took the loan. Controlling/dictating their economic policies means controlling Egypt. Their economic policies are decided even before their new parliamentary line up and leader elected by Egyptians  … hahaha. So now, WHO IS ACTUALLY CONTROLLING EGYPT? 

Saya juga ada komen kat pak Arab2 ni, “Revolusi kamu ni ada cacat celanya sebab involve 3rd party macam Soros dan IMF ni. Ini akan lebih banyak beri kebaikan kepada orang luar jika dibandingkan dengan rakyat Mesir melalui liberalisasi ekonomi yang keterlaluan. Contoh kat Iraq, siapa yang untung la ni? Rakyat Iraq ke atau syarikat2 luar negara macam Halliburton dan lain2 tu? Setakat ni rakyat Iraq masih jadi pelarian dan dok ternganga je. Oil for food program pun syarikat luar yang untung, rakyat Iraq masih ada yang tak cukup makan. So ini akan jadi pada Mesir jugak, maklumlah barat hendak selesaikan masalah kritikal ekonomi mereka. Agaknya, dari mana duit mereka nak kebas? Semestinya dari negara2 Arab yang baru  buat revolusi ni. 

Ada seorang pak Arab tanya saya dari mana sumber info saya, sebab kononnya saya menghina revolusi Mesir. Saya jawab mudah, “Itulah kamu tak peka, sementara kamu dok sibuk kat tengah jalanraya, puak2 IMF ni dok tibai bursa saham dan komoditi negara kamu secara spekulasi” Saya terus bagi link IMF yang menunjukkan IMF sudah pun merangka polisi2 ekonomi untuk Mesir. Takde konspirasi teori pun, straight forward je  … hahaha (komen ni saya dapat paling banyak "LIKE")

  Macamana nama Tun Mahathir boleh naik dalam discussion board artikel tu, bila ada antara mereka tanya saya dari negara mana, saya jawab Malaysia. Terus nama Tun Mahathir naik. Tak sangka ramai orang Arab penyokong revolusi  tu terus bagi respek kat saya yang pada awalnya marah kat saya sebab2 komen2 saya.

Dan paling menarik perhatian saya, ada pulak yang menyatakan, kalau Tun Mahathir yang lead Revolusi Mesir, Mesir akan jadi lebih baik. Tetapi saya jawab balik, “Kalau Tun Mahathir yang lead revolusi kamu, beliau tidak akan ambik IMF. Polisi Ekonomi adalah darah sesuatu negara. Ia sepatutnya milik negara, bukan orang luar seperti IMF. Jikalau orang luar yang tentukan polisi ekonomi negara kita, maknanya kita masih tidak bebas”.

Saya pun tak sangka, puak2 revolusi Arab tu banyak yang PRO MAHATHIR rupanya, bukannya PRO ANWAR  … hahaha. Anwar je perasan  … hahaha. Saya bagitahu mereka, “Tun Mahathir dah pencen, dia tak akan lead revolusi kamu pun. Kalau berminat belilah buku dia melalui MPHonline, atau boleh download digital copy, manalah tahu idea2 dia boleh bantu perbetulkan revolusi kamu”.

Artikel berkaitan - Revolusi "Mesir Baru" - Idamkan Pemimpin seperti Tun Mahathir

Sunday, 13 January 2013

Ulasan Buku : Biografi Syed Mokhtar AlBukhary






Sebagai generasi Y, aku pernah beberapa kali mendengar nama “Syed Mokhtar AlBukhary” pada tahun2 awal 2000. Seringkali, nama lelaki itu dikaitkan dengan siri kebajikan beliau, iaitu Yayasan AlBukhary yang banyak menaja pelajar2 miskin dan kurang mampu dalam merealisasikan impian mereka untuk ke menara gading.

Sewaktu aku melangkah masuk ke dalam kedai buku MPH, mata aku lantas terlihat deretan buku yang nipis, dengan muka depannya terpampang gambar lelaki berkulit putih, tinggi lampai dan berbaju batik warna biru. “Biografi Syed Mokhtar AlBukhary” – itulah kali pertama aku melihat wajah lelaki dermawan yang sering menghiasi bibir2 para pelajar yang mendapat tajaan beliau. Aku mencapai buku itu lantas membayarnya.

Setelah mengambil masa 3 minggu untuk menghabiskannya, akhirnya aku dapat membuat satu kesimpulan mengenai buku ini – SATU PENDEDAHAN YANG BERANI.

Membaca pengalaman Syed Mokhtar Albukhary dalam meniti perjalanan hidup sejak kecil sehingga di mana beliau berada sekarang dengan izin Allah, bagi aku lelaki ini bukan sahaja berhak dihormati, malah layak UNTUK DISEGANI. Kekayaan yang Allah limpahi untuk lelaki ini bukan dinilai dengan berapa banyak yang beliau ada, tetapi BERAPA BANYAK YANG BELIAU TELAH SUMBANGKAN.

Pendedahan berani yang aku maksudkan ialah, bermula bagaimana sukarnya beliau dalam memecah monopoli perniagaan beras yang selama ini didominasi oleh kaum Cina, dan kekecewaan beliau terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi. Tanpa berselindung, Syed Mokhtar meluahkan kegagalan Tun Abdullah Badawi ketika memegang tampuk pemerintahan, dengan membatalkan beberapa projek yang diberikan kepada beliau tanpa alasan yang kukuh.

Sesungguhnya, Syed Mokhtar adalah contoh “hasil” kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dirangka oleh kerajaan Barisan Nasional dalam menghasilkan golongan “jutawan Melayu”. Dasar Ekonomi Baru bertujuan mengimbangkan kek ekonomi kepada dalam purata 30:40:30. Kebijaksanaan dan ketekunan Syed Mokhtar dalam merebut peluang dan menghargai kedudukan beliau sebagai “bumiputera” telah membuktikan bahawasanya DEB BERJAYA MEMBENTUK GOLONGAN JUTAWAN MELAYU. Dan MELAYU JUGALAH PENYEBAB KEGAGALAN DEB MENGHASILKAN 30% pegangan ekonomi yang perlu dikuasai oleh Melayu kerana ada Melayu yang telah menjual saham2 bumiputera mereka kepada orang2 Cina yang sentiasa “dahagakan” peluang2 seperti itu. Syed Mokhtar mendukung maruah seorang Melayu yang berpaksikan kepada ajaran Islam yang lurus dan tabiat membuat kebajikan yang tidak pernah putus. 

Jika Melayu pada hari ini memegang 40% kek ekonomi, adakah kaum lain akan mempersoalkan hak2 kaum Melayu di Malaysia? Adakah kaum lain berani mengugut kerajaan dan kaum Melayu? Sesempurna mana sekalipun plan tindakan kerajaan untuk mengimbangi ekonomi kaum Melayu di Malaysia ini, jika kaum Melayu itu sendiri gagal mengambil kesempatan dan tidak menghargainya, DEB hanyalah tinggal sekadar nama, tidak lebih daripada itu. Melayu gagal bukan kerana kerajaan itu gagal, tapi Melayu gagal kerana Melayu itu sendiri. Melayu bukan malas, cuma suka bersenang lenang. Kalau aku jadi kerajaan pun, bila orang lain sibuk menuduh lelaki dermawan ini perkara yang bukan2, aku tak akan ambik pusing dengan cakap2 orang yang gagal, tapi akan terus menumpukan untuk memberi sokongan kepada beliau. Buat apa nak buang masa menghadap cakap2 orang yang gagal, betul tak? Jangan sia – siakan orang Melayu macam Syed Mokhtar.

Aku percaya, jika ada 10 orang Melayu seperti Syed Mokhtar Albukhary, sudah pasti senarai “10 orang terkaya di Malaysia” hanya diisi oleh orang Melayu!

Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup beliau, Amin. 

HARGA BUKU : RM19.90
EDISI BAHASA INGGERIS DAN BAHASA MELAYU 
TAHUN KELUARAN 2012

Tuesday, 8 January 2013

Revolusi dan Reformasi adalah Industri





  

Saya banyak post pasal senario polisi ekonomi, bursa Mesir untuk buktikan penipuan revolusi yang didalangi oleh pihak luar untuk kaut untung. Akhirnya rakyat Mesir tak dapat apa pun, back to square one. Ini sebenarnya pengajaran untuk kita semua, realitinya kita pernah kena tipu dengan reformasi 1997, bila mana kita dok sibuk kat tengah jalan, Bursa Saham dan matawang kita kena sebat dengan geng2 Soros yang mencecah hampir RM 500 billion dalam masa 2-3 tahun. Tapi kita bernasib baik, Tun Mahathir cerdik, kalau tak tepuk dahi dah kita.

Kalau korang nak tahu samada reformasi 1997 tu adalah benar atau hanya penipuan yang didalangi pihak luar untuk kebas duit rakyat Malaysia yang berjumlah ratusan billion, bukaklah sejarah KLSE antara 1995-1997. Baru korang akan sedar kita semua dah kena tipu, nasib baik Tun Mahathir ni bijak pangkah hantu2 dari luar seperti Soros ni supaya jumlah wang yang kita kena tipu ni TAK jadi lebih besar.

Mesir jadi lebih teruk sebab depa TIADA pemimpin seperti Tun Mahathir dan team untuk menyekat wang2 rakyat Mesir terus disebat oleh anasir luar melalui revolusi yang dirancang, very simple. Jikalau pemimpin2 Mesir tidak membuat langkah pencegahan di Bursa/polisi Ekonomi mereka maka anasir2 luar ni akan merancang/provoke lagi untuk bagi rakyat Mesir tunjuk perasaan, maklumlah melalui cara rakyat tunjuk perasaan ni mereka akan buat duit dengan kebas duit dari Bursa sampai kering. 

Kenapa saya kata Mesir akan berlaku lagi tunjuk perasaan? Contohnya lepas tunjuk perasaan nak jatuhkan Mubarak, ada lagi satu tunjuk perasaan Islam vs Kristian, lepas ni akan ada lagi. Sebabnya mudah, inilah sebenarnya FAST CASH anasir2 luar akan kaut untung. Merekalah yang rancang utk sapu lagi. Mereka dengan dengan open card mengatakan ia adalah peluang hehehe. Baca ni. 

Ini rekod di Mesir, mereka dah capai kelesapan/rugi dalam masa sehari di bursa telah mencecah USD 1.68 Billion!!! Woohooo!! Kayalah siapa yang kebas duit rakyat Mesir ni. Padanla syarikat2 Goldman Sachs, Soros ni semua "hijau" je, maklumlah untung besar spekualsi  … hehehe. 

"The Egyptian Stock Exchange seeing its fifth largest daily loss in history, with LE 10 billion, (about USD1.68 billion)" 

Bayangkanlah sendiri, USD 50billion lesap dalam masa 5 hari, Mubarak nak kebas USD 70billion pun ambik masa 30 tahun (tu ntah betul atau tidak). Hosni Mubarak tu siapa (orang US dan Soros jugak) kena ganti dengan Ali Baredei (orang US dan Soros jugak). Hah, rakyat Mesir dah kena main. Keluar mulut rimau, (Hosni) masuk mulut naga (US+Soros). Dah susun dah …TAHNIAH RAKYAT ARAB!! TAHNIAH IKHWANUL MUSLIMIN, anda semua berjaya ditipu lagi  … hehehe.
Korang tengok ni, Yayasan2 Demokrasi Barat dah rancang 3 tahun sebelum tu, kononnya revolusi di Mesir. Kebetulan la pulak Yayasan2 Demokrasi ni ada syarikat2 pelaburan yang dok buat spekulasi untuk kaut untung, Mesir dah kena JACKPOT oi!! Hehehe …

Tip untuk korang semua. Kalau kita nak tahu revolusi itu benar atau bohong (didalangi oleh orang luar), benda pertama kita kena tengok adalah Bursa Saham. Kalau wang/value lesap dengan jumlah yang sangat besar, DENGAN MASA YANG SANGAT SINGKAT, maknanya satu je, revolusi tu adalah penipuan. Ada golongan yang menggunakan revolusi tersebut sebagai modal spekulasi untuk kebas duit/fast money. USD 50billion lesap dalam masa 5 HARI!!! Di seluruh Bursa Arab, akibat tunjuk perasaan, duit ni tak lesap jadi asap, tapi lesap masuk poket orang lain. Selalunya Institusi Pelaburan dari luar la seperti Quantum (Soros), Goldman Sachs dll.

 

Monday, 7 January 2013

Revolusi Mesir : Penyebab Kebangkitan dan Pihak yang Untung





Pihak yang Untung

Apa yang penting sangat Mesir ni, bila kuasa barat punya penangan sampai berguling-guling pemimpin Mesir? Pada 4 Mac 2011, Mubarak kena guling, 8-15 July 2011, PM baru lak Essam Sharaf diminta letak jawatan. Maknanya Mesir tak stabil. So sementara Mesir tak stabil, SIAPA YANG KAWAL DAN MEMPENGARUHI TERUSAN SUEZ? Semestinya jiran Mesir, iaitu ISRAEL  … hahahaha. Melopongla rakyat Mesir. 

Mereka teruja sangat nak gulingkan pemimpin sendiri, sampaikan tak fikir akibat bila ikut cakap penghasut yang terang2 tidak diketahui motif mereka, dan tidak pula memikirkan akan hal ini. Terusan Suez tu memang sangat mustahak , kerana perairan itulah tempat segala kapal lalu dan singgah, untuk berdagang dari dulu kala lagi.

Terusan Suez ni dirampas balik dari Israel oleh Anwar Sadat, pemimpin Mesir. La ni Mesir dah tak stabil, sudah sampai masa Israel tambahkan pengaruh di Terusan Suez ni. Cukup licik Israel ni. Terusan Suez ni menjadi rebutan kuasa dunia semenjak zaman Firaun kerana Terusan Suez adalah laluan perdagangan TERPENTING DI DUNIA hari ni.

Pada 2008, bayaran untuk kapal berlabuh sahaja telah mencapai USD 5.3 billion/tahun, tak termasuk aktiviti dagangan barangan. So bila Mesir tak stabil dan polisi ekonomi terutamanya maritim masih samar semenjak revolusi, owner2 kapal terutamanya dari Eropah ni akan lebih berminat berlabuh di belah mana? SEMESTINYA PELABUHAN2 DI ISRAEL. Simple je. So siapa yang tengah nganga sekarang? Mesirla … HAHAHAHA 

Berkurangnya pengaruh di Terusan Suez kepada Israel adalah kerana kehilangan kawalan polisi ekonomi kepada IMF, kejatuhan nilai saham bluechip syarikat2 strategik Mesir, spekulasi komoditi strategik tidak terkawal dan keamanan merudum adalah KOS YANG SANGAT TINGGI kepada Mesir hanya kerana sebuah demonstrasi jalanan. 

Setiap negara ada value yang menjadi rebutan kuasa besar. Sama ada dari segi komoditi atau nilai strategic, sebagai negara buffer atau laluan strategik perdagangan. Contoh nilai negara kita Malaysia ni yang menyebabkan kuasa besar berebut adalah Selat Melaka, iaitu laluan perdagangan ke 2 tersibuk di dunia. 

Sebab “Kebangkitan Rakyat”

Pertama, sebab 1984 Election Law iaitu jika hendak menduduki kerusi Parlimen, kena dapat minimum 8% undi popular dari keseluruhan jumlah pengundi di Mesir. Ini menyebabkan pembangkang yang menang pun tak boleh masuk Parlimen sebab tak cukup 8% undi popular tu. Di Malaysia tiada undang2 macam ni, pembangkang menang ciput pun masih boleh masuk Parlimen. Kedua sebab Mubarak. Ketiga sebab ekonomi teruk, tiada peluang pekerjaan yangmencukupi untuk rakyat Mesir. Ini menyebabkan rakyat Mesir tidak senang hati, pihak2 ketiga dari luar telah mengambil peluang memperhangatkan lagi kemarahan rakyat Mesir untuk buat demonstrasi jalanan besar-besaran utk mengaut keuntungan yang sangat lumayan.


Di mana ada gula di situlah ada semut. Semua yang nak kaut keuntungan, termasuklah US. Hari ni revolusi adalah industri. Rekod dari NYSE, WTI dan Brendt, keuntungan dari spekulasi komoditi semasa revolusi Mesir sahaja dah kaut sebanyak USD 874juta sehari selama 3 bulan berturut-turut. Dari saham ETP yang "flipping" bursa saham Mesir, sudah mencapai USD 350juta sehari iaitu duit dari Bursa Mesir lesap masuk dalam poket pemegang2 saham ETP dari luar negara. Ianya terjadi selama 3 bulan berturut-turut, "semasa" revolusi Mesir tengah berjalan.  Ini baru komoditi dan bursa je beb. Selepas revolusi tamat, pihak2 ketiga ni dapat lagi, iaitu polisi ekonomi Mesir dan pengaruh untuk menentukan belanjawan Mesir. Termasuklah juga sistem2 perbankan Mesir dan pengaruh terhadap terusan Suez. Pihak ketiga ni TIBAI duit rakyat Mesir dalam masa 3 bulan je, dah melebihi Mubarak tibai duit Mesir selama 30 tahun. Steady tak? Sekarang ni Mesir tengah peningla tu pasal mintak PM baru resign  … hahaha.


Puak2 konglomerat Amerika macam Soros ni, diorang ni peduli duit dan nilai strategik je, diorang bukan peduli pun pasal demokrasi atau diktator. Asal untung kat diorang, ok la tu. Diktator2 macam Gaddafi, Saddam Hussein ni semua Amerika jugak yang kasi naik, mana ada peduli pun pasal demokrasi. Diorang naikkan puak2 Gaddafi, Saddam, Mubarak ni semua sebab duit dan nilai strategik dan jatuhkan diorang pun sebab duit dan nilai strategik. Inilah realiti, ITS JUST BUSINESS NOTHING PERSONAL.


Kesilapan rakyat Mesir buat revolusi ialah apabila mereka membenarkan campur tangan pihak ke 3 untuk dapatkan demokrasi. Pihak ke 3 macam Soros, ICG, NED ni semua bukan tolong free, kena bayar balik tu. Dan kosnya menjadi terlampau tinggi seperti dinyatakan. Pihak ke 3 ni kalau ikhlaslah nak tolong orang, baik diorang tolong rakyat mereka sendiri daripada buang karan je tolong rakyat dari negara luar.

Simptom terbaik kalau nak tengok revolusi tu betul2 benar dan milik rakyat negara terlibat ialah lihat kepada SIAPA YANG AKHIRNYA MENGUASAI POLISI EKONOMI dan BANK2 PENTING di negara tersebut. Kalau orang luar take over, maknanya tidak benarlah revolusi tu dan rakyat yang terlibat dalam revolusi tu dah kena tipu. Macamana saya boleh dapat teka revolusi kedua di Mesir ni mudah, sebab Polisi Ekonomi Mesir menjadi collateral kepada IMF dan bank terbesar/penting Mesir iaitu Alexandria Bank telah menjadi milik rakyat Itali/Eropah secara saham majoriti, simple. Keadaan tidak puas hati rakyat Mesir akan berterusan walaupun bertukar 100 pemimpin sekalipun sebab 2 struktur penting dalam negara iaitu Polisi Ekonomi dan Sistem Perbankan telah menjadi milik org luar.

Sunday, 6 January 2013

Revolusi Mesir : Bila Marah, Kena Jual



Apa terjadi di Mesir sama dengan negara2 lain yang mengalami revolusi dari tahun 2003, sebab mereka buat keputusan masa tengah marah, macam tulah jadinya. Lepas tu Soros pun ambik peluang kasi kipas sikit, pakai facebook jeee … hihihi. Ingat tak filem P.Ramlee - Tiga Abdul, bila anda marah anda akan DIJUAL keseluruhannya. Sadik Segaraga dengan Tuan Penasihat 20% macam geng2 Soros dan US laa …

 Tuan Penasihat 20%

Apa jadi sekarang? USD 864 juta selama sehari diambil dari rakyat Mesir dan dunia. Itu income dari ilusi revolusi hari ni. DIORANG SIAP OFFER LAGI PORTFOLIO PELABURAN untuk semua orang, ia dipanggil FUTURE CONTRACT - manipulasi masa hadapan melalui krisis. Ianya adalah sah disisi undang2. Ini syarikat yang ada link dengan Soros melalui ICG dan NED. USD 864 JUTA SEHARI WEII!!! Kena rembat oi. Kalau hangpa nak beli saham diorang pun boleh.

 Hari ni revolusi adalah industri. Memang dirancang oleh pihak ketiga dengan  manipulasi kemarahan orang untuk menyahstabilkan suatu negara, supaya boleh membuat keuntungan. Contoh dari artikel ni, pemberontakan rakyat Mesir telah dirancang 3 tahun lebih awal oleh geng2 US dan Soros. 

So, apa kita boleh belajar dari filem Tiga Abdul, terutamanya dari Abdul Wahub, rakyat kena cool, susun elok2, jangan kasi krisis, kalau krisis ANDA AKAN DIJUAL SEPENUHNYA. Yelah, kalau tak krisis mcacmana geng2 Soros (Sadik Segaraga) nak buat untung? 

 Kena jual

Pada 2005, telah berlaku Cedar Revolution di Lebanon. Miripnya sebiji macam Mesir, kononnya kebangkitan rakyat dan organisasi Islam Hezbollah menentang diktator sebelumnya. Sekarang apa dah jadi? Hutang bertimbun, pemimpin bergaduh sama sendiri, terpaksa tanggung kenaikan harga minyak, dan rakyat makin merana dan nganga je. Nampaknya rakyat Lubnan telah ditipu oleh revolusi yang didalangi oleh orang luar seperti Soros+US. Macam cerita Tiga Abdul, buat keputusan bila marah ANDA AKAN DIJUAL KESELURUHANNYA. Apa jadi dengan Lubnan sekarang? 2011 COLLAPSE!!

Bila anda marah, anda akan membuat keputusan yang salah, yang tidak akan membawa apa2 kebaikan kepada diri sendiri. Contohnya buat krisis. FUTURE CONTRACTS pun INCOME paling besar ialah dari KRISIS, dari krisis la diorang main harga. Sekarang ni FUTURE CONTRACT untuk CUACA BURUK pun ada, hangpa boleh check sendiri portfolio di link2 investment yang saya paste tu (CME group), sebab dari cuaca buruk boleh spekulasikan harga makanan dan tanaman, cerdik ek Soros :D

Bila krisis, time tu la diorang up harga minyak, harga minyak tu pun rakyat Mesir kena bayar, mana ada diskaun. Kena rompak buta je. Macamana lak dengan bursa? Time tu mesti harga saham bluechip jatuh, time tulah diorang ni beli buat "FLIPPING", beli harga murah jual harga mahal. ITULAH MAKSUDNYA RAKYAT MESIR SUDAH KENA JUAL  … hehehe …
Ni report Bursa Saham Mesir sudah kena"FLIPPING"  … hahaha ;

“ETF investors scent Egyptian opportunity. Egypt’s stock exchange remained closed on Wednesday amid fighting in Cairo between between supporters and opponents of Hosni Mubarak, the country’s president, but some opportunistic investors have been betting the market will rebound by bidding up the price of an exchange traded fund, the market vectors Egypt ETF, run by Van Eck” 

Nak memberontak boleh kalau niat tu betul, TAPI KENA GUNA OTAKLA. Tuhan bagi otak untuk apa, pikirla. Budak2 Arab, Ikhwanul Muslimin tu takkan tak tau, kalaulah dah memberontak tu mesti ada impak kepada ekonomi, lepas memberontak kenalah cari sumber kewangan atau pinjaman untuk cover dan start up balik ekonomi. Kat luar tu ada banyak pilihan, tapi IMF jugak yang diorang kena sign, apalah kebodohnya. Nasib baiklah kat Malaysia ni tak semua rakyat bodoh nak ikut saranan Anwar tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this