Tuesday, 8 January 2013

Revolusi dan Reformasi adalah Industri





  

Saya banyak post pasal senario polisi ekonomi, bursa Mesir untuk buktikan penipuan revolusi yang didalangi oleh pihak luar untuk kaut untung. Akhirnya rakyat Mesir tak dapat apa pun, back to square one. Ini sebenarnya pengajaran untuk kita semua, realitinya kita pernah kena tipu dengan reformasi 1997, bila mana kita dok sibuk kat tengah jalan, Bursa Saham dan matawang kita kena sebat dengan geng2 Soros yang mencecah hampir RM 500 billion dalam masa 2-3 tahun. Tapi kita bernasib baik, Tun Mahathir cerdik, kalau tak tepuk dahi dah kita.

Kalau korang nak tahu samada reformasi 1997 tu adalah benar atau hanya penipuan yang didalangi pihak luar untuk kebas duit rakyat Malaysia yang berjumlah ratusan billion, bukaklah sejarah KLSE antara 1995-1997. Baru korang akan sedar kita semua dah kena tipu, nasib baik Tun Mahathir ni bijak pangkah hantu2 dari luar seperti Soros ni supaya jumlah wang yang kita kena tipu ni TAK jadi lebih besar.

Mesir jadi lebih teruk sebab depa TIADA pemimpin seperti Tun Mahathir dan team untuk menyekat wang2 rakyat Mesir terus disebat oleh anasir luar melalui revolusi yang dirancang, very simple. Jikalau pemimpin2 Mesir tidak membuat langkah pencegahan di Bursa/polisi Ekonomi mereka maka anasir2 luar ni akan merancang/provoke lagi untuk bagi rakyat Mesir tunjuk perasaan, maklumlah melalui cara rakyat tunjuk perasaan ni mereka akan buat duit dengan kebas duit dari Bursa sampai kering. 

Kenapa saya kata Mesir akan berlaku lagi tunjuk perasaan? Contohnya lepas tunjuk perasaan nak jatuhkan Mubarak, ada lagi satu tunjuk perasaan Islam vs Kristian, lepas ni akan ada lagi. Sebabnya mudah, inilah sebenarnya FAST CASH anasir2 luar akan kaut untung. Merekalah yang rancang utk sapu lagi. Mereka dengan dengan open card mengatakan ia adalah peluang hehehe. Baca ni. 

Ini rekod di Mesir, mereka dah capai kelesapan/rugi dalam masa sehari di bursa telah mencecah USD 1.68 Billion!!! Woohooo!! Kayalah siapa yang kebas duit rakyat Mesir ni. Padanla syarikat2 Goldman Sachs, Soros ni semua "hijau" je, maklumlah untung besar spekualsi  … hehehe. 

"The Egyptian Stock Exchange seeing its fifth largest daily loss in history, with LE 10 billion, (about USD1.68 billion)" 

Bayangkanlah sendiri, USD 50billion lesap dalam masa 5 hari, Mubarak nak kebas USD 70billion pun ambik masa 30 tahun (tu ntah betul atau tidak). Hosni Mubarak tu siapa (orang US dan Soros jugak) kena ganti dengan Ali Baredei (orang US dan Soros jugak). Hah, rakyat Mesir dah kena main. Keluar mulut rimau, (Hosni) masuk mulut naga (US+Soros). Dah susun dah …TAHNIAH RAKYAT ARAB!! TAHNIAH IKHWANUL MUSLIMIN, anda semua berjaya ditipu lagi  … hehehe.
Korang tengok ni, Yayasan2 Demokrasi Barat dah rancang 3 tahun sebelum tu, kononnya revolusi di Mesir. Kebetulan la pulak Yayasan2 Demokrasi ni ada syarikat2 pelaburan yang dok buat spekulasi untuk kaut untung, Mesir dah kena JACKPOT oi!! Hehehe …

Tip untuk korang semua. Kalau kita nak tahu revolusi itu benar atau bohong (didalangi oleh orang luar), benda pertama kita kena tengok adalah Bursa Saham. Kalau wang/value lesap dengan jumlah yang sangat besar, DENGAN MASA YANG SANGAT SINGKAT, maknanya satu je, revolusi tu adalah penipuan. Ada golongan yang menggunakan revolusi tersebut sebagai modal spekulasi untuk kebas duit/fast money. USD 50billion lesap dalam masa 5 HARI!!! Di seluruh Bursa Arab, akibat tunjuk perasaan, duit ni tak lesap jadi asap, tapi lesap masuk poket orang lain. Selalunya Institusi Pelaburan dari luar la seperti Quantum (Soros), Goldman Sachs dll.

 

Monday, 7 January 2013

Revolusi Mesir : Penyebab Kebangkitan dan Pihak yang Untung





Pihak yang Untung

Apa yang penting sangat Mesir ni, bila kuasa barat punya penangan sampai berguling-guling pemimpin Mesir? Pada 4 Mac 2011, Mubarak kena guling, 8-15 July 2011, PM baru lak Essam Sharaf diminta letak jawatan. Maknanya Mesir tak stabil. So sementara Mesir tak stabil, SIAPA YANG KAWAL DAN MEMPENGARUHI TERUSAN SUEZ? Semestinya jiran Mesir, iaitu ISRAEL  … hahahaha. Melopongla rakyat Mesir. 

Mereka teruja sangat nak gulingkan pemimpin sendiri, sampaikan tak fikir akibat bila ikut cakap penghasut yang terang2 tidak diketahui motif mereka, dan tidak pula memikirkan akan hal ini. Terusan Suez tu memang sangat mustahak , kerana perairan itulah tempat segala kapal lalu dan singgah, untuk berdagang dari dulu kala lagi.

Terusan Suez ni dirampas balik dari Israel oleh Anwar Sadat, pemimpin Mesir. La ni Mesir dah tak stabil, sudah sampai masa Israel tambahkan pengaruh di Terusan Suez ni. Cukup licik Israel ni. Terusan Suez ni menjadi rebutan kuasa dunia semenjak zaman Firaun kerana Terusan Suez adalah laluan perdagangan TERPENTING DI DUNIA hari ni.

Pada 2008, bayaran untuk kapal berlabuh sahaja telah mencapai USD 5.3 billion/tahun, tak termasuk aktiviti dagangan barangan. So bila Mesir tak stabil dan polisi ekonomi terutamanya maritim masih samar semenjak revolusi, owner2 kapal terutamanya dari Eropah ni akan lebih berminat berlabuh di belah mana? SEMESTINYA PELABUHAN2 DI ISRAEL. Simple je. So siapa yang tengah nganga sekarang? Mesirla … HAHAHAHA 

Berkurangnya pengaruh di Terusan Suez kepada Israel adalah kerana kehilangan kawalan polisi ekonomi kepada IMF, kejatuhan nilai saham bluechip syarikat2 strategik Mesir, spekulasi komoditi strategik tidak terkawal dan keamanan merudum adalah KOS YANG SANGAT TINGGI kepada Mesir hanya kerana sebuah demonstrasi jalanan. 

Setiap negara ada value yang menjadi rebutan kuasa besar. Sama ada dari segi komoditi atau nilai strategic, sebagai negara buffer atau laluan strategik perdagangan. Contoh nilai negara kita Malaysia ni yang menyebabkan kuasa besar berebut adalah Selat Melaka, iaitu laluan perdagangan ke 2 tersibuk di dunia. 

Sebab “Kebangkitan Rakyat”

Pertama, sebab 1984 Election Law iaitu jika hendak menduduki kerusi Parlimen, kena dapat minimum 8% undi popular dari keseluruhan jumlah pengundi di Mesir. Ini menyebabkan pembangkang yang menang pun tak boleh masuk Parlimen sebab tak cukup 8% undi popular tu. Di Malaysia tiada undang2 macam ni, pembangkang menang ciput pun masih boleh masuk Parlimen. Kedua sebab Mubarak. Ketiga sebab ekonomi teruk, tiada peluang pekerjaan yangmencukupi untuk rakyat Mesir. Ini menyebabkan rakyat Mesir tidak senang hati, pihak2 ketiga dari luar telah mengambil peluang memperhangatkan lagi kemarahan rakyat Mesir untuk buat demonstrasi jalanan besar-besaran utk mengaut keuntungan yang sangat lumayan.


Di mana ada gula di situlah ada semut. Semua yang nak kaut keuntungan, termasuklah US. Hari ni revolusi adalah industri. Rekod dari NYSE, WTI dan Brendt, keuntungan dari spekulasi komoditi semasa revolusi Mesir sahaja dah kaut sebanyak USD 874juta sehari selama 3 bulan berturut-turut. Dari saham ETP yang "flipping" bursa saham Mesir, sudah mencapai USD 350juta sehari iaitu duit dari Bursa Mesir lesap masuk dalam poket pemegang2 saham ETP dari luar negara. Ianya terjadi selama 3 bulan berturut-turut, "semasa" revolusi Mesir tengah berjalan.  Ini baru komoditi dan bursa je beb. Selepas revolusi tamat, pihak2 ketiga ni dapat lagi, iaitu polisi ekonomi Mesir dan pengaruh untuk menentukan belanjawan Mesir. Termasuklah juga sistem2 perbankan Mesir dan pengaruh terhadap terusan Suez. Pihak ketiga ni TIBAI duit rakyat Mesir dalam masa 3 bulan je, dah melebihi Mubarak tibai duit Mesir selama 30 tahun. Steady tak? Sekarang ni Mesir tengah peningla tu pasal mintak PM baru resign  … hahaha.


Puak2 konglomerat Amerika macam Soros ni, diorang ni peduli duit dan nilai strategik je, diorang bukan peduli pun pasal demokrasi atau diktator. Asal untung kat diorang, ok la tu. Diktator2 macam Gaddafi, Saddam Hussein ni semua Amerika jugak yang kasi naik, mana ada peduli pun pasal demokrasi. Diorang naikkan puak2 Gaddafi, Saddam, Mubarak ni semua sebab duit dan nilai strategik dan jatuhkan diorang pun sebab duit dan nilai strategik. Inilah realiti, ITS JUST BUSINESS NOTHING PERSONAL.


Kesilapan rakyat Mesir buat revolusi ialah apabila mereka membenarkan campur tangan pihak ke 3 untuk dapatkan demokrasi. Pihak ke 3 macam Soros, ICG, NED ni semua bukan tolong free, kena bayar balik tu. Dan kosnya menjadi terlampau tinggi seperti dinyatakan. Pihak ke 3 ni kalau ikhlaslah nak tolong orang, baik diorang tolong rakyat mereka sendiri daripada buang karan je tolong rakyat dari negara luar.

Simptom terbaik kalau nak tengok revolusi tu betul2 benar dan milik rakyat negara terlibat ialah lihat kepada SIAPA YANG AKHIRNYA MENGUASAI POLISI EKONOMI dan BANK2 PENTING di negara tersebut. Kalau orang luar take over, maknanya tidak benarlah revolusi tu dan rakyat yang terlibat dalam revolusi tu dah kena tipu. Macamana saya boleh dapat teka revolusi kedua di Mesir ni mudah, sebab Polisi Ekonomi Mesir menjadi collateral kepada IMF dan bank terbesar/penting Mesir iaitu Alexandria Bank telah menjadi milik rakyat Itali/Eropah secara saham majoriti, simple. Keadaan tidak puas hati rakyat Mesir akan berterusan walaupun bertukar 100 pemimpin sekalipun sebab 2 struktur penting dalam negara iaitu Polisi Ekonomi dan Sistem Perbankan telah menjadi milik org luar.

Sunday, 6 January 2013

Revolusi Mesir : Bila Marah, Kena Jual



Apa terjadi di Mesir sama dengan negara2 lain yang mengalami revolusi dari tahun 2003, sebab mereka buat keputusan masa tengah marah, macam tulah jadinya. Lepas tu Soros pun ambik peluang kasi kipas sikit, pakai facebook jeee … hihihi. Ingat tak filem P.Ramlee - Tiga Abdul, bila anda marah anda akan DIJUAL keseluruhannya. Sadik Segaraga dengan Tuan Penasihat 20% macam geng2 Soros dan US laa …

 Tuan Penasihat 20%

Apa jadi sekarang? USD 864 juta selama sehari diambil dari rakyat Mesir dan dunia. Itu income dari ilusi revolusi hari ni. DIORANG SIAP OFFER LAGI PORTFOLIO PELABURAN untuk semua orang, ia dipanggil FUTURE CONTRACT - manipulasi masa hadapan melalui krisis. Ianya adalah sah disisi undang2. Ini syarikat yang ada link dengan Soros melalui ICG dan NED. USD 864 JUTA SEHARI WEII!!! Kena rembat oi. Kalau hangpa nak beli saham diorang pun boleh.

 Hari ni revolusi adalah industri. Memang dirancang oleh pihak ketiga dengan  manipulasi kemarahan orang untuk menyahstabilkan suatu negara, supaya boleh membuat keuntungan. Contoh dari artikel ni, pemberontakan rakyat Mesir telah dirancang 3 tahun lebih awal oleh geng2 US dan Soros. 

So, apa kita boleh belajar dari filem Tiga Abdul, terutamanya dari Abdul Wahub, rakyat kena cool, susun elok2, jangan kasi krisis, kalau krisis ANDA AKAN DIJUAL SEPENUHNYA. Yelah, kalau tak krisis mcacmana geng2 Soros (Sadik Segaraga) nak buat untung? 

 Kena jual

Pada 2005, telah berlaku Cedar Revolution di Lebanon. Miripnya sebiji macam Mesir, kononnya kebangkitan rakyat dan organisasi Islam Hezbollah menentang diktator sebelumnya. Sekarang apa dah jadi? Hutang bertimbun, pemimpin bergaduh sama sendiri, terpaksa tanggung kenaikan harga minyak, dan rakyat makin merana dan nganga je. Nampaknya rakyat Lubnan telah ditipu oleh revolusi yang didalangi oleh orang luar seperti Soros+US. Macam cerita Tiga Abdul, buat keputusan bila marah ANDA AKAN DIJUAL KESELURUHANNYA. Apa jadi dengan Lubnan sekarang? 2011 COLLAPSE!!

Bila anda marah, anda akan membuat keputusan yang salah, yang tidak akan membawa apa2 kebaikan kepada diri sendiri. Contohnya buat krisis. FUTURE CONTRACTS pun INCOME paling besar ialah dari KRISIS, dari krisis la diorang main harga. Sekarang ni FUTURE CONTRACT untuk CUACA BURUK pun ada, hangpa boleh check sendiri portfolio di link2 investment yang saya paste tu (CME group), sebab dari cuaca buruk boleh spekulasikan harga makanan dan tanaman, cerdik ek Soros :D

Bila krisis, time tu la diorang up harga minyak, harga minyak tu pun rakyat Mesir kena bayar, mana ada diskaun. Kena rompak buta je. Macamana lak dengan bursa? Time tu mesti harga saham bluechip jatuh, time tulah diorang ni beli buat "FLIPPING", beli harga murah jual harga mahal. ITULAH MAKSUDNYA RAKYAT MESIR SUDAH KENA JUAL  … hehehe …
Ni report Bursa Saham Mesir sudah kena"FLIPPING"  … hahaha ;

“ETF investors scent Egyptian opportunity. Egypt’s stock exchange remained closed on Wednesday amid fighting in Cairo between between supporters and opponents of Hosni Mubarak, the country’s president, but some opportunistic investors have been betting the market will rebound by bidding up the price of an exchange traded fund, the market vectors Egypt ETF, run by Van Eck” 

Nak memberontak boleh kalau niat tu betul, TAPI KENA GUNA OTAKLA. Tuhan bagi otak untuk apa, pikirla. Budak2 Arab, Ikhwanul Muslimin tu takkan tak tau, kalaulah dah memberontak tu mesti ada impak kepada ekonomi, lepas memberontak kenalah cari sumber kewangan atau pinjaman untuk cover dan start up balik ekonomi. Kat luar tu ada banyak pilihan, tapi IMF jugak yang diorang kena sign, apalah kebodohnya. Nasib baiklah kat Malaysia ni tak semua rakyat bodoh nak ikut saranan Anwar tu.

Friday, 4 January 2013

Cara2 Buat Duit dari Revolusi Mesir



AKU PALING NAK TERGELAK BILA AKU DAPAT EMAIL NI DARI GENG2 REMISER AKU. Terjemahan ; 

"Macamana nak buat untung melalui kebodohan rakyat Mesir"  … hehehe. 

Korang tengoklah sendiri macamana Institusi2 Pelaburan luar negara dok "JACKPOT" melalui kebodohan Pak Arab Mesir. Nasib baik la ni aku ni ada moral sikit, aku tak nak buat duit dari kesengsaraan rakyat Mesir akibat tindakan bodoh mereka. Yang bestnya, portfolio2 pelaburan ni banyak ditawarkan kepada pelabur2 seluruh dunia, hehehe. Adoi … tengok sini.


Ok, ni laporan dari Institusi Pelaburan Fidelity di Eropah/US yang dok kaut untung melalui tunjuk perasaan di Mesir. Hehehe ;


 "There is a saying that crisis begets opportunity, and the ongoing crisis in Egypt has attracted hordes of opportunistic investors looking to profit from big swings in the price of Egyptian stocks." 

Maknanya, ada lagi tunjuk perasaan yang nak terjadi kat Mesir ni … kah kah kah. Maklumlah, kat devalue dan swing value yang depa buat untung tu. Tahniah rakyat Mesir! Mai baca sini.

Tuan punya syarikat2 pelaburan yang buat spekulasi dengan buat untung besar-besaran di Mesir, KEBETULAN LA pulak penaung Yayasan Demokrasi yang memperhangatkan rakyat Mesir supaya tunjuk perasaan … hehehe. Adoi, tengok, kering je rakyat Mesir kena tipu, termasuklah Pak Imam Ikhwanul Muslimin tu hehehe …



So, korang nak buat untung dari KEBODOHAN rakyat Mesir?? Korang boleh dapatkan PORTFOLIO FUTURES dari institusi kewangan Antarabangsa yang beroperasi di Malaysia. Sebelum tu kena bukak akaun CDS dulu. Portfolio macam ni tengah hangat sekarang ni, aku dapat report 300% keuntungan bersih pada hujung Januari 2011 je. WOW!! Revolusi adalah industri beb!

p/s : pemimpin2 pembangkang tahu, mereka pun buat untung gak. Hantu2 macam Samsidar Taharin (bukan nama sebenar), Abrar Group, Azmin Aiskrim. semua tu dok sapu sakan masa akhir 1995 - 1997 tu. Kena ingat, 1997 adalah hari penghujung Anwar, tapi antara akhir tahun 1995 ke 1997, siapa yang paling banyak kerjakan Bank Negara/Pink Form, dan bersekongkol dalam putar belit bursa dan matawang? Bukan ke Ex-Finance Minister kita?

Wednesday, 2 January 2013

Revolusi Mesir - Kegagalan Ikhwanul Muslimin



Realiti di Mesir : Siapa yang sebenarnya bangkit? Rakyat Mesir ka? Islam ka? Ikhwanul Muslimin ka? ATAU IMF, Soros dan sekutunya? 

Hahaha … apa dah jadi oi Ikhwanul Muslimin? Sekarang nak boikot lak pilihanraya November nanti? Apsai tak puas hati, dah kena main ke? Tulah, buat penat, rugi peluh je tunjuk perasaan kat tengah jalan gulingkan Mubarak, last2 orang lain yang sapu. Bagi akulah, boikot atau tak, situasi sama je, maklumlah POLISI EKONOMI MESIR pun dah kena ambik alih dengan IMF pada June lepas … hehehe. Tak payahlah nak emosi sangat, kamu semua Ikhwanul Muslimin dah kena main pun … hehehe.

Setahu aku Ikhwanul Muslimin ni kena pressure ngan puak2 IMF, Soros dan sekutu tu. Awal2 dulu geng2 hantu ni punyalah dok sokong Ikhwanul Muslimin ni buat pemberontakan, akhirnya kena main jugak.


IMF dah tentukan Polisi Ekonomi Mesir TANPA PERLU TUNGGU pilihanraya, penggubalan di Parlimen dan perlantikan Presiden baru pun. Takkanlah puak2 Ikhwanul Muslimin ni tak sedar yang mereka ni dah kena main? Apsai nak emosi sangat? Orang putih kata "Lick your wounds" la, re-group balik, susun balik strategi, tunggulah dalam 20 atau 30 tahun lagi, susun revolusi baru masa tu, jangan pakai kuasa luar.


Nak tergelak kat rakyat Mesir, terutamanya anak2 muda di jalanan tu, tapi rasa bersalah lak, maklumlah orang Islam gak. Aduh, kesian! Lagi teruk, ada lembu2 PR nak tiru lak street fighter Mesir ni sampai kena main dek kuasa luar.  

Realitinya, Ikhwanul Muslimin boleh berkuasa, bagi je IMF kuasai POLISI EKONOMI MESIR. Maklumlah, masa demonstrasi nak jatuhkan Mubarak tu pakai duit siapa? Bukan ke puak2 sekutu dengan IMF gak. Takkanlah bagi duit free kot, kena bayar baliklah. Tulah dia kesilapan Ikhwanul Muslimin, bersekongkol dengan watak2 seperti Soros, kononnya atas nama ketuanan rakyat dan demokrasi, akhirnya apa jadi? Everything have its price.
 
Aku sebenarnya dah lose respect dengan Ikhwanul Muslimin ni semenjak kematian Hassan Al Banna lagi. Semenjak tu, organisasi ni cakap tak serupa bikin lagi dah. Aku dok subscribe semua berita2 pasal Ikhwanul Muslimin semenjak hari pertama revolusi Mesir tu. Depa ni dah merapu dah. Kata tak suka barat, tapi kerjasama dengan barat. Buat kecoh di Mesir, kata anti IMF, tapi bila Mesir sign IMF senyap je. Kata tak mau bertanding, akhirnya nak bertanding gak. Kata askar mesir jahat, tapi lepas tu kata askar Mesir bagus, la ni tak bagus lak. Realitinya, depa ni dah jadi perkakas dah samada sedar atau tak sedar. Tengoklah nanti, depa bertanding jugak walaupun kata nak boikot. Ustaz2 Ikhwanul la ni kuat pusing.

Ikhwanul Muslimin dah ok, banyak intelektual, bukan ekstremis. Tapi silap besar mereka bersekongkol lak dengan organisasi/yayasan demokrasi paling hipokrit di dunia mcm ICG (International Crisis Group), NED (National Endowment for Democracy) dan Open Society Foundation. Itulah kesilapan Ikhwanul Muslimin, dah terlambat nak U-Turn. Banyak lagi yayasan barat yang Ikhwanul Muslimin boleh buat kawan, tapi 3 yayasan ni gak depa pilih, habihlah. Kenapa Tun Mahathir success? Salah satunya ialah kerana tidak berkawan dengan ICG,NED dan Open Society, itu je, very simple. 

Aku dah baca sejarah tanah Arab ni dari 1918 Arab Revolt menentang Turki. Teknik yang dimainkan oleh pihak luar adalah sama dari zaman Monarki ---->Diktator---->Demokrasi. Zaman Dinasti Muhammad Ali iaitu Raja Farouk---->Saad Zaghlul----->Gamal Nasser---->Hosni Mubarak----->Hari ni. Permainan semua sama dari 1918 lagi, pihak luar masuk campur, gula2kan rakyat dengan slogan “kuasa rakyat”, lalu rakyat tunjuk perasaan kerana terpengaruh atas slogan “ketuanan rakyat,”  dan kerajaan digulingkan, lepas tu polisi ekonomi terlepas. Hangpa boleh baca sendiri sejarah mereka (Mesir). Apa yang terjadi bukannya revolusi, tetapi hanyalah RECYCLE.


  Bank2 Mesir, bursa saham semua dah kena reban, polisi ekonomi negara pun dah nak kena take over dengan IMF. So soalan sekarang, apa terjadi dengan Ikhwanul Muslimin, iaitu pejuang utama pemberontakan tu? TERPELANTING DAH PUN, KENA TARIK DIRI. Kebangkitan apa ni? Apa kebangkitan Islam? Kebangkitan rakyat? Apa dah jadi??? Takkan Ikhwanul uslimin dok tengok jee Bank2 Mesir, bursa saham, polisi2 ekonomi negara nak kena take over? Apsai? Geng2 IMF, Soros dah pekena Ikhwanul Muslimin ka? 

Harap2 tak jadi kat Malaysia laa, MAKNANYA SAY NO TO ANWAR AND ANYONE THAT HAVE LINKS WITH IMF, SOROS, Wolfowitz dan sekutu berkaitan. 

Dan trend di Tunisia, Mesir ini akan sama dengan negara2 Arab lain. IMF/ blok barat akan ambil alih SEPENUHNYA negara2 tersebut melalui HUTANG. Dan melalui HUTANGlah semua negara2 Arab ni akan tunduk kepada kuasa barat. LAGI BESAR HUTANG, LAGI TURUNLAH TUNDUKNYA. Itulah nasib orang2 Islam arab. Lain yang diharap, lain pulak yang jadi. 




Tuesday, 1 January 2013

Revolusi Mesir - Apa Sudah Jadi??




Rakyat Mesir bergaduh lagi, kali ni antara penduduk Kristian dan Islam. Sebenarnya ada orang di belakang tabir hendak sangat kuasai ekonomi negara Mesir ni. Pertama, mereka laga-lagakan dengan menaikkan kemarahan rakyat Mesir untuk tunjuk perasaan, bila dah reda sikit, naik balik tunjuk perasaan baru, dan akan recycle lagi. Apa akan jadi kalau rakyat sentiasa tunjuk perasaan? Khazanah2 Mesir di Bursa Saham mereka akan kena kebaslah, maklumlah dah jatuh murah … hehehe. Tengok sini.


Realitinya, kedua-dua golongan takkan dapat apa pun, maklumlah "CHECK BOOK" negara Mesir IMF dah pegang, IMF lah yang berkuasa tentukan budget negara Mesir. Tapi aku kagum dengan kecerdikan kuasa luar seperti IMF laga-lagakan rakyat Mesir dan kelentong rakyat Mesir dengan slogan "Power to the People" seperti di Malaysia, ala "Ketuanan Rakyat".
 
Kalau ada sebarang tunjuk perasaan, aku akan lihat aktiviti di Bursa Saham dan usaha2 Pengambil alihan bank2 dan syarikat2 Bluechip/Strategik negara tersebut, maklumlah dari situlah baru kita tahu revolusi rakyat benar atau tipu yang didalangi oleh orang luar untuk kaut keuntungan. Semenjak 1 January 2011, Bursa Saham Mesir merekodkan kehilangan wang sebanyak USD 300 juta/sehari!! Di bursa sahaja tau. Dan semasa tunjuk perasaan rakyat Mesir, ada banyak aktiviti nak ambil alih bank2 di Mesir. 


Aku nak tergelak dengan PM baru Mesir, sekarang ni baru dia nak cakap, rakyat tunjuk perasaan selama ni adalah didalangi oleh kuasa luar. Apalah bodoh sangat, memangla kuasa luar yang dok dalang rakyat Mesir tunjuk perasaan semenjak tahun lepas lagi, ko tu jadi PM Mesir sebab kuasa luar yang sama recycle Mubarak. Kuasa luar tu tolong PM baru Mesir ni free ke? Diorang nak duit lagila tu, tu pasal diorang perbodohkan rakyat Mesir untuk tunjuk perasaan. Baca ni.


Sekarang ni baru PM Mesir nak mengaku, kah kah kah ;

"Instead of moving forward to build a modern state on democratic principles, we are back to seeking stability and searching for hidden hands — domestic and foreign — that meddle with the country's security and safety," Sharaf said.

Straight forward je, dah US dan Eropah dok bankrap, dari mana diorang nak korek duit untuk selamatkan diorang? Dari Pak Arabla, apalah PM Mesir sorang ni. Sekarang baru nak mengaku, baru sedar ada tangan luar konon, tulah, duk percaya sangat Yayasan Demokrasi Barat tu. 


Nasib baik majoriti rakyat Malaysia tidak percaya kepada BERSHIT yang dibantu Yayasan2 Demokrasi Barat yang la ni dok kaut untung besar-besaran di Mesir tu. Kalau tak, buta je keluar artikel "How to Profit from Malaysia Crisis" 

 Ok, pilihanraya Mesir dan Tunisia dah tak penting SEBAB polisi ekonomi negara mereka telah ditentukan oleh IMF pada June 2011. Maknanya, IMF lah yang akan menentukan hala tuju Mesir dan Tunisia. Yang penting sekarang siapa yang akan jadi boss baru IMF? Kalau orang ni berjaya jadi boss baru IMF macamana? Kuang Kuang Kuang …

Nilah dia apa yang Anwar Ibrahim mahu rakyat Malaysia buat, hangpa pikirlah sendiri. 
 

Tunisia dan Mesir sudah sign dengan IMF untuk USD 3billion pada awal bulan June 2011. Walhal Perdana Menteri baru bagi kedua2 negara belum dilantik lagi, termasuklah kerajaan baru, masih belum dibentuk lagi. Dan IMF telah tentukan POLISI EKONOMI JANGKA PANJANG untuk kedua-dua negara ini di Deauville, Perancis pada May 2011 tanpa perlu menunggu parlimen Mesir dan Tunisia bersidang. Tengok sini.


POLISI EKONOMI adalah tunjang kepada semua POLISI2 lain seperti  ketenteraan, pembangunan, keagamaan, pertanian dan lain2 untuk rakyat jelata. Sebab POLISI EKONOMILAH yang akan menentukan belanjawan (budget) untuk polisi2 lain.


 Orang yang mengawal POLISI EKONOMI NEGARA ialah orang yang akan menentukan hala tuju negara tersebut. Secara teknikal, orang itulah PERDANA MENTERI. So, untuk apa rakyat Mesir dan Tunisia nak buang lagi duit kerajaan dan masa mereka untuk pilihanraya yang akan menentukan kerajaan baru dan Perdana Menteri nanti? Kalau mereka lantik pun Perdana Menteri baru mereka, itu hanyalah simbolik, sebab akhirnya dia terpaksa jugak ikut polisi2 ekonomi yang telah ditetapkan IMF. WALHAL MEREKA DAH ADA PUN PERDANA MENTERI BARU, iaitu IMF yang dilantik pada June 2011 setelah ambik loan USD 3 billion tanpa mereka sedari.


Memandangkan semua POLISI EKONOMI Mesir dan Tunisia sudah pun berada bawah kawalan IMF, maknanya IMFlah yang akan menentukan hala tuju negara Tunisia dan Mesir. Dan kalau orang Israel ni berjaya menjadi ketua baru IMF ini bermakna, Israellah yang akan tentukan hala tuju Tunisia dan Mesir. Terima kasih Ikhwanul Muslimin dan anak2 muda Arab.


  Sekarang sudah jelas. Apa yang terjadi sekarang ni lebih besar dari apa yang kita anggap, ini adalah satu Benua Arab. Jikalau semua negara Arab tumbang dek revolusi dan mereka "DIPAKSA" mengambil IMF, ini bermakna kesemua POLISI EKONOMI negara di benua Arab akan dikuasai IMF dan jika orang Israel ni berjaya menjadi ketua IMF, ini bermakna Israel akan menguasai dan menentukan kesemua halatuju negara Islam Arab. Dan pada masa yang sama, Israel akan menguasai OIC, Islamic Development Bank dan Liga Arab termasuklah OPEC sebab benua Arab adalah ahli penting dalam organisasi tersebut. Sekarang sudah jelas, betapa hebatnya Israel, mati-mati kita ingat kebangkitan Islam, rupanya ada lagi tersirat di sebalik itu.
  

Saturday, 29 December 2012

Osama Laden Mangsa CIA




CIA memang cibai, organisasi mereka ni memang KUAT TIKAM belakang kawan2, termasuklah orang2 mereka sendiri untuk kepentingan mereka. Siapa HAMID GUL? Hamid Gul dahulunya adalah chief ISI Pakistan yang bekerjasama rapat dengan CIA semasa Perang Dingin. Hamid Gul adalah ARKITEK atau BAPA kepada pembentukan TALIBAN untuk kepentingan strategik di Afghanistan. Orang yang mintak Ahmad Shah Massood menyerah diri kepada TALIBAN adalah US/CIA sendiri pada 1997. Sekarang apa dah jadi pada TALIBAN? Sendiri mau ingatla …

Kerja2 Hamid Gul sebagai chief ISI dalam membentuk TALIBAN utntuk keperluan strategik ; 

“Gul was also instrumental in the establishment of the Taliban and is popularly known to as the "father of the Taliban". Apart from the Kashmir militancy in India and the Taliban insurgency in Afghanistan”

Hubungan General Hamid Gul dan CIA ; 

“General Gul worked closely with the CIA during the Soviet occupation of Afghanistan when he was the ISI chief.”


Di belakang pembentukan TALIBAN juga, terdapat nama2 penting seperti Pervez Musharaf, Benazir Bhutto. Dan kita tahu Benazir dan Pervez ni orang siapa … hehehe. Benazir Bhutto pun bersekongkol dengan US dalam pembentukan TALIBAN, macam sial hehehe …
 
“The Taliban took power in Kabul in September 1996. It was during Bhutto's rule that the Taliban gained prominence in Afghanistan.She, like many at the time, including the United States government, viewed the Taliban as a group that could stabilize Afghanistan and enable trade access to the Central Asian republics, according to author Stephen Coll”


Sebab tulah aku "kurang" sikit dengan Anwar ni sebab LEBIH SUDU DARI KUAH bila berkawan dengan orang2 kuat dan seangkatan seperti organisasi CIA ni. Nak kawan tu jangan lebih2 sangat sampai nak jaga teman wanita Wolfwowitz tu. Nanti kena tikam belakang lak.  Akhirnya rakyat gak susah.

Tapi dalam isu TALIBAN ni situasi dia cukup ironi. Benazir Bhutto dibunuh oleh senjatanya sendiri iaitu TALIBAN, di mana Benazir Bhutto bertanggungjawab membentuknya untuk kepentingan strategik di Afghanistan. Pada masa yang sama lak TALIBAN turut diburu/diberi nama pengganas oleh Pakistan dan rakannya, iaitu US. Walhal pada suatu ketika dahulu mereka ni semua sahabat karib. Sungguh ironi.


Saya cerita pasal isu CIA dan Osama ni sebab nak tunjukkan pengajaran, akibat terlebih sudu dari kuah kalau bekerjasama dengan pihak luar dan  termasuklah fakta2 latar belakang Osama. Pertama, Osama telah digunakan oleh CIA semasa Perang DIngin. Kedua, selepas tidak diperlukan lagi, Osama pulak kena buru. La ni Osama digunakan sebagai modal untuk jajah negara2 Islam lain. Maka lembu2 PR seperti Anwar Ibrahim tak mahu belajar lagi ke? 




 Osama adalah aset CIA semasa Operation Cyclone dan operasi2 lain semasa Perang Dingin. “Operation Cyclone pada 1979 bukan andaian, memang terjadi pun. Sebab ia di bawah arahan President Carter. Di situlah bermulanya karier Osama.  “Osama Pemimpin Agung Ummah” adalah retorik yang sebenarnya direka oleh CIA sendiri semasa operasi itu untuk menarik minat orang Islam dalam perjuangannya dahulu. Salah satu sasaran risikan/espionage target CIA semasa 1979 adalah sentimen popular (popular sentiment) kepada rakyat dalam negara Islam.  Sasaran risikan/Espionage Target CIA bukannya andaian jugak, sebab itu adalah salah satu daripada empat basic dalam dunia risikan. Apa sentimen popular dalam dunia Islam? Semestinya Islam. Putar belit sikit tafsiran, habih umat Islam kena pengaruh, macam tulah teknik nak kacau bilaukan dunia Islam.


Orang yang betul2 real Mujahidin adalah Ahmad Shah Masood. Dia ni yang banyak kalahkan Soviet dan berjaya gabungkan rakyat Afghanistan. Dia ni betul2 neutral, dan sikap neutral Ahmad Shah Masood tidak disenangi oleh US dan Pakistan. Orang yang mintak Ahmad Shah Masood menyerah diri kepada Taliban dan Osama adalah US, dan salah seorang arkitek Taliban ialah Pervez Musharaf ketika itu ; 

“In 1997, U.S. State Department's Robin Raphel told Massoud to surrender to the Taliban”


Ini kenyataan daripada veteran CIA bahagian Operation Cyclone 1979 yang banyak membentuk/melatih/membantu agen2 baru seperti  Osama/AlQaeda di Afghanistan. Veteran CIA ni walaupun tak gemar dengan Osama, tetapi beliau mengatakan Osama bukanlah hebat sangat. Osama dan AlQaeda hanyalah komponen kecil daripada apa yang berlaku pada 9/11. Beliau berpendapat, ada group yang lebih besar/sofistiskated dan berskala operasi ketenteraan di belakang 9/11. Dan beliau meminta Presiden US membuat Team B untuk menyiasat kembali peristiwa 9/11. 

 Beliau turut berpendapat mengenai "hanya" menyalahkan Osama atau Islam ialah diversi/distraction kepada apa yang berlaku dan siapa yang bertanggungjawab sebenarnya disebalik peristiwa 9/11.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this