Wednesday, 5 September 2012

Pengajaran dari Revolusi Arab

Oleh Kamarn J.



   
Aik apa dah jadi rakyat Mesir yang memberontak??? Hari tu punyalah kecoh tunjuk perasaan nak CEPAT jatuhkan kerajaan Mesir, sekarang ni rakyat2 yang tunjuk perasaan terutamanya yang muda perlu LEBIH BANYAK MASA pulak supaya jangan laksanakan demokrasi lagi. Apsal BARU TERSEDAR DAH KENA KENCING KE???

Paling LUCU ialah geng2 Ikhwanul Muslimin, la ni depa dah masuk kem puak2 general yang SOKONG MUBARAK DULU … HAHAHAHA ;

“Some groups say such a council should be elected; others say that it should be appointed. But all of them - even the Muslim Brotherhood - agree that the generals' mandate should not be extended.”

Apa dah jadi Ikhwanul Muslimin?, baru sedar kena auta ka?

Tapi paling aku KELAKAR ialah puak2 Ikhwanul Muslimin, sampai takbir2 laa nak jatuhkan Mubarak dan Parti Mubarak National Democratic Party (NDP). Tak sampai sebulan, Ikhwanul Muslimin dah selari dengan kem parti Mubarak (NDP). Apa dah jadi bro???

Realiti di Mesir : Seluruh polisi dan struktur pelaksanaan ekonomi dah confirm akan di ambil alih oleh orang luar. Dalam sistem demokrasi, terbahagila pulak pada dua puak, Puak A nak cepatkan pilihanraya, Puak B nak lambatkan pilihanraya. Semestinya keadaan ni akan makan masa yang sangat lama. So apa jadi akhirnya pada rakyat Mesir?? NGANGA LA!!!

Paling aku nak tergelak ialah Ikhwanul Muslimin. Dulu lawan NDP (Parti Mubarak), tak sampai sebulan dah geng balik … KAH KAH KAH.
Inilah akibatnya jika pihak ketiga atau org luar campur tangan seperti US, Soros dan lain2. Kena ingat mereka tolong bukan FREE, mereka pun mahu HAK mereka jugak.

Nasib baiklah rakyat Malaysia ni cerdik sikit tak dengar cakap idea2 sengal PR tu nak revolusi.


Aku heran kenapa Tunisia dan Mesir "WAJIB" kena ambik loan ngan IMF, dan setakat USD 3 billion je untuk start up disbursement, lepas tu habis IMF pegang POLISI EKONOMI Mesir dan Tunisia. Setakat USD 3 billion, PETRONAS pun boleh bagi loan utk start up balik ekonomi mereka. Memandangkan semua POLISI EKONOMI Mesir dan Tunisia sudah pun berada bawah kawalan IMF, maknanya IMFlah yang akan menentukan hala tuju negara Tunisia dan Mesir. Dan kalau orang Israel ni berjaya menjadi ketua baru IMF, ini bermakna Israellah yang akan tentukan hala tuju Tunisia dan Mesir. Terima kasih Ikhwanul Muslimin dan anak2 muda Arab.

Tengok ni, Bank of China bagi loan lebih besar dari World Bank. Mereka dah beri lebih USD 110 billion untuk semua negara membangun. Takdelah pulak Bank of China ni mintak syarat untuk kawal POLISI EKONOMI negara peminjam, setakat project guarantee jee. Takkanlah Mesir dan Tunisia tidak boleh buat pilihan mereka sendiri untuk lihat tawaran lain, kenapa Tunisia dan Mesir "WAJIB" ambik IMF?

Tunisia dan Mesir kena bagi seluruh POLISI EKONOMI negara mereka pada IMF hanya untuk loan start up sebanyak USD 3 billion, buat apa? Kalau USD 300 billion tu lainla cerita. Takkanlah Tunisia dan Mesir tidak boleh buat pilihan lain? Apalah bodoh sangat budak2 Arab yang tunjuk perasaan tu. Ada banyak lagi pilihan institusi kewangan selain IMF di mana Tunisia dan Mesir boleh pilih. Kalau setakat USD 3 billion untuk start up balik ekonomi, lepas tu kena bagi semua POLISI EKONOMI tu kat IMF baik tak payahlaa. Kalau setakat USD 3 billion tu, ada China Bank, Islamic Development Bank, Asian Development Bank, macam2 lagi.

Ini info dari IMF web. Tunisia dan Mesir sudah sign dengan IMF untuk USD 3 billion pada awal bulan Jun 2011. Walhal Perdana Menteri baru bagi kedua2 negara belum dilantik lagi termasuklah kerajaan baru masih belum dibentuk. Dan IMF telah tentukan POLISI EKONOMI JANGKA PANJANG untuk kedua-dua negara ini di Deauville Perancis May 2011 tanpa perlu menunggu parlimen Mesir dan Tunisia bersidang.

Hanya USD 3 billion, Mesir dan Tunisia sudah kehilangan POLISI EKONOMI mereka. Kenapa mereka perlu diWAJIBkan ambik IMF? Walhal ada banyak lagi pilihan lain yang mampu bagi loan USD 3 billion, EXIM BANK of China baru sahaja beri USD 43 Billion kepada Cameroon untuk buat DAM dan Janakuasa, dan EXIM BANK OF CHINA tidak pulak mintak menentukan polisi ekonomi Cameroon.


POLISI EKONOMI adalah tunjang kepada semua POLISI2 lain seperti ketenteraan, pembangunan, keagamaan, pertanian dan lain2 untuk rakyat jelata. Sebab POLISI EKONOMILAH yang akan menentukan belanjawan (budget) untuk polisi2 lain.

So untuk apa rakyat Mesir dan Tunisia nak buang lagi duit kerajaan dan masa mereka untuk pilihanraya yang akan menentukan kerajaan baru dan perdana menteri nanti? Kalau mereka lantik pun Perdana Menteri baru mereka, itu hanyalah simbolik, sebab akhirnya dia terpaksa jugak ikut polisi2 ekonomi yang telah ditetapkan IMF. WALHAL MEREKA DAH ADA PUN PERDANA MENTERI BARU iaitu IMF.

Kita dengar banyak tunjuk perasaan sekarang di Arab disebabkan oleh media sosial seperti facebook. Nampak gayanya memang confirmla ada pihak ketiga di belakangnya.

Aku tak kisahlah kalau hendak jatuhkan diktator kejam atau nak lawan terrorist tapi JANGANLAH BOHONG DAN MEMPERBODOHKAN rakyat Mesir, Tunisia dan lain sampai memberontak dan menghancurkan negara mereka sendiri. Lepas tu hantu2 US ni sapu bersih semua harta/komoditi negara tu lebih teruk dari diktator dulu sampai lumpuh hingga terpaksa ambik IMF. Lepas tu hantu2 US ni recycle pulak dengan "puppet" sama jugak yang tak efektif untuk mengetuai negara2 Arab tu.

Sampai hari ni, Mesir, Tunisia belum ada pemimpin yang akan ketuai negara mereka, hantu2 US ni dengan geng2 Soros habis kebas semua ekonomi negara2 tersebut. Libya, Iraq semua tu jangan cakaplaa …

Nilah dia pengajaran kepada rakyat Malaysia, jangan percaya sangat orang2 yang mintak kita buat revolusi jalanan, semua tu ada niat lain.

Tujuan sistem ni untuk lawan terrorist, tapi terrorist depa tak lawan pun, perhangat pak arab, lepaih tu kebas duit diorang sampai lembik, lepas tu push diorang ambik IMF. Mesir, sampai la ni takde PM pengganti lagi, tapi duit Mesir dok kena kebas tiap2 hari tu melalui spekulasi komoditi, bursa. Tak patutlaa pemerintahan Obama buat macam tu. Kata nak bagi freedom kepada negara Arab. Tapi "FINANCIAL" freedom negara tu dia ambik.

George Bush punya kos untuk memporak perandakan 2 negara iaitu Iraq dan Afghanistan ialah USD 3 Trillion. Tapi Obama buat hanya USD 200 juta untuk porak perandakan seluruh tanah Arab!!! Steady je, efficient. Sedih rasanya bila tengok sedare se Islam kena konar tapi nak tergelak pun ada, macamanalaa dengan USD 200 juta je satu benua Arab boleh bergolak. Hahahaha ...

Tuesday, 4 September 2012

Fakta Minyak dan Gas di Malaysia







Minyak


1. Puak2 Anwar kata, negara kita pengeluar minyak yang besar. KEPALA HOTAK KAU!! Malaysia hanya berada di tangga 27 daripada 113 negara pengeluar minyak. Malaysia hanya mampu keluarkan 693,000 tong/sehari. Amerika Syarikat mengeluarkan 9 kali ganda lebih banyak dari kita iaitu 9 juta tong / sehari. Apa punya AUTA la diorang ni.

2. Malaysia bukan pengeluar minyak yang besar. Dan Malaysia bukan sebahagian dari OPEC juga.


3. Malaysia hanya mengeluarkan 693,700 tong/sehari padahal negara lain seperti United Kingdom mengeluarkan 1.5 Juta tong / sehari. Brunei berada di tangga 48 dengan mengeluarkan 146,000 tong/sehari. Hari ini Russia berada di tangga pertama dengan hampir 10 juta tong/sehari dikeluarkan.  

4. Malaysia bukan pengeluar minyak yang besar, tapi Petronas besar, salah satu “7 Sisters” syarikat pengeluar minyak terbesar dunia.


5. Tak salah saya, untuk rekod 2007, kita keluarkan minyak sehari 693,000 tong/sehari, dan kita consume hampir 536,000 tong/sehari. Oleh itu eksport bersih kita ciput jee. Mcm manalah negara kita nak buat duit, kena subsidi pulak tu. Punyala baik kerajaan BN.

6. Lagi satu fakta, dari pengeluaran 693,000 tong sehari, yang Petronas refine sendiri lebih kurang separuh je. Selebihnya pakai refinery Shell dan Esso. So harga tinggi sikitlah. Yelah, rakyat Malaysia dan orang asing dok hirup minyak gila2. Ni dia breakdown refinery ;

Shell: Port Dickson (125,000), Lutong (45,000); 
Petronas: Melaka I (92,832), Melaka II (126,000), Kertih (40,000);
Esso Malaysia: Port Dickson (86,000)

7. Ikutkan Akta 1974, rakyat Malaysia tiada hak langsung untuk terima satu sen pun atau subsidi daripada usaha minyak luar negara. Tetapi Petronas/kerajaan masih ingin berkongsi dengan rakyat Malaysia. Akibatnya gaji2 mereka dapat tidak setimpal dengan gaji "standard" antarabangsa.

8. Kebiasaannya seorang jurutera patut dapat 3000 EURO/seminggu tetapi jurutera Petronas hanya dapat setengah daripada standard antarabangsa untuk sebulan!! Sebab apa? Berkorban untuk rakyat marhaen ni. Hasil usaha orang lain dan hasil2 usaha yang sebenarnya bukan hak rakyat Malaysia ni, ramai yang tidak fikirkan.


9. Kalau dibuatnya pekerja/lembaga pengarah Petronas ni mogok dan bawak lari pendapatan Petronas ke luar negara kepada syarikat persendirian macam Shell dan Exxonmobil, tak pening kepala rakyat marhaen ni? Lagi susah. Kena ingat, ikut akta 1974, rakyat Malaysia tiada hak atas pendapatan minyak luar negara tau. 

 
Persoalan : Kenapa kita tak guna je sepenuhnya minyak yang kita ada?? Kalau import minyak memanglah harga minyak lagi mahal??

10. Nak bergantung kepada 4 billion tong sahaja yang dalam negara kita ni? Dengan penggunaan 547,000 tong/sehari dan trend kenaikan sebanyak 1.9% setahun, minyak kita hanya boleh bertahan selama 10 ke 15 tahun je, tak sampai satu generasi pun (yang ni pun kalau minyak kita 100% boleh pakai untuk kegunaan kita, ada kategori/spesikasi yang tidak boleh).

11. Lepas 15 tahun, 100% kita kena impot. Sekarang ni pun kita dah kena impot sebanyak 308,500 tong/sehari. Terima kasihlah kepada Petronas/kerajaan yang bertungkus lumus dok sebat minyak luar negara untuk simpanan dalam negara untuk kegunaan kita, lepas tu subsidi lagi minyak luar negara ni. Yang ni rakyat marhaen tak mahu fikir. 

Gas Asli

1. Kita disuapkan yang kononnya negara kita kaya dengan minyak (crude oil). Sebenarnya tidak. Kita hanya ada 4 billion barrel, bilangan itu sebenarnya ciput je. Kita kaya dengan benda lain berkenaan dengan bahan api.

2. Saya gerenti ramai rakyat Malaysia tidak tahu yang negara kita ni sangat kaya dengan GAS ASLI (Natural Gas), bukan kentut ok. Kita mempunyai 2 trillion meter persegi (m3) dan ke 15 terkaya di dunia!! Dan masih banyak lagi masih belum diterokai. Kita memang loaded dengan benda ni.

3. Kita hanya menggunakan 26 billion m3 setahun sahaja dan trend mula menurun kepada 20% per setahun. Produksi setahun pun tinggi, lebih 2 kali ganda daripada penggunaan iaitu 57.3 billion m3/setahun.

4. Kalau kat gas asli, rakyat Malaysia nak sebat subsidi tinggi saya rasa boleh sangatlah sebab Malaysia kaya dengan benda ni. Pertama, sebab Malaysia ada banyak benda ni dan produksi adalah lebih tinggi daripada penggunaan (maknanya tak perlu impot la).

5. Nak gunakan gas asli ni bukan mahal pun, RM9 boleh tahan dari Johor ke Perlis tu. Tetapi masalahnya berapa ramai rakyat Malaysia nak tukarkan enjin kereta mereka kepada enjin gas? 

6. Akibat inilah yang kita rugi sebenarnya. Bukan kita rugi sebab kerajaan bagi subsidi. Sebab subsidi org lain yang pakai sekarang ni.

Menjawab Kelentong Anwar Tentang APCO





"Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta"


5 minit pertama je aku tahu Anwar kelentong. Nak tahu kat mana Anwar kantoi?? PADA HARGA KONTRAK APCO!! Kos konsultansi semua polisi2 dalam negara kita hanya 72 Juta je??? Maklumlah Anwar kata APCO ambil alih Negara, maknanya semua polisi negara APCO ambil alihlah hanya dengan harga 72 juta … hahaha. Sepuluh kali ganda jauh lebih murah daripada kos organisasi tempatan yang kerajaan pakai sekarang untuk konsultansi semua pembentukan polisi. IMF ambik alih satu 1 polisi Mesir je iaitu ekonomi dah lebih 200 juta Euro. Kalau Anwar kata RM 720 Juta/setahun baru ada logik sikit. So apa kerja APCO ni? Laa … untuk komunikasi dengan negara2 Barat je dan penggunaan new media. Takde kena mengena dengan polisi pun, padanlaa. Anwar kelentong je :D


 "APCO tu Israel, Israel tu APCO. Saya sokong Israel takdak kena mengena dengan APCO. Hangpa faham tak kelentong saya ni?"


Korang ingat kerja konsultansi ni, setakat menempel tepi PM dan bisik kat dia apa nak buat dengan polisi Negara je ke??? Hangpa silap. Nak buat kerja konsultansi mengenai polisi ni besar kosnya dan skopnya. Dan ia terdiri dari proses berikut ;

Kutipan Data yang besar -----> Pembentukan Pengkalan Data--------> Analisis --------> Rumusan -------> Nasihat pada PM. 

Ia melibatkan ramai tenaga pekerja, kos peralatan dan aset yang tinggi. Contoh konsultansi untuk polisi risikan dari Mindef dah makan ratusan juta. Itu baru 1 polisi, belum lagi polisi ekonomi dengan bank negaranya, SCnya, taxingnya, ini pun ratusan juta jugak. Dan Anwar kata APCO ambik alih semua polisi2 negara dengan harga 72 Juta ja wow!!! Hahahahaha …


Kos kerajaan nak bayar agensi2 tempatan je untuk konsultansi pembentukan semua polisi negara dah lebih RM 500 juta/tahun. Dengan konsultansi dari agensi Mindefla, Pertahananla, MITIla, Bank Negarala, Auditorla, Guamanla, Securities Commissionla, Bankingla dan macam2 lagi. Anwar kata APCO buat semua tu dengan harga 72 juta ja? Murah betul gaji pekerja APCO. Kat sini ja Anwar kantoi kelentong iaitu harga tak kena dengan skop seperti yang dinyatakan Anwar iaitu APCO ambik alih polisi negara Malaysia.


Sunday, 2 September 2012

Barrack Obama - Can He "Change"?





 The only thing that Obama can "CHANGE" is changing his mind ;D


This from what I've read on what happening/initial results in US mid term Democrat campaign from the International and local media. Well one thing for sure, Obama is the 1st Black US President and he might be last Black president too after looking on what is happening in US currently.

Is it about racism of the whites majority in US? NO!! It is about pride and expectations of the majority race in US which is the white. The whites suddenly expect him Mr.Obama to perform better in short time than any previous white presidents combined such as Kennedy, Carter etc. And they expect Obama to solve the crisis in a year … hahaha. That’s what you will get when a minority ruled a majority and it is basic human behaviour. It is the same in Chile, what happened to Fujimori when the Japanese minority ruling the Latin majority? One simple mistake, he lost his job and went to jail.

In short, the majority races will expect the minority race that rule them to be a superman. It happens in Fiji too and many countries where when a leader from the minority race rule the majority race.

So will it work if a minority race ruling the majority in Malaysia? (The Malays). Majority of those Malays will not be a racist but they will give the leader from minority race a very high expectations, and the leader need to be 10 times greater than the 6 Malay PM (inclusive Tun) combined. And the majority race will definitely expect the results in less than a year. And they expect the leader to be like them (the majority/Malay) too. I know it is unfair, but that is how it is. And that is life.

So does it reflect on our country? Yes it does. Lately we have heard that our minority brothers like Chinese and Indians wanted to have a shot to become top man in our country.

Personally (I know many Malays wont like when I say this), yes you can. If the leader from the minority race have the popularity, skills and clean, definitely you can. But can you handle the majority expectations? I`m talking about 65% majority here. You might loose your hair in 10 days ;P

And having a very high expectations doesn’t link anything with racism.

Saturday, 1 September 2012

Najib vs Anwar



 
Realitinya, Malaysia tak mahu menyebelahi sesiapa. Malaysia adalah sebuah negara neutral iaitu ZOPFAN. Ini adalah kelebihan polisi luar negara yang neutral di mana kita mempunyai ramai kawan. Kalau US nak mengusik kita lebih2, apa kata China dan Russia pulak yang melabur di Malaysia ni?? Sama jugak kalau senario China dan Russia nak mengusik Malaysia lebih2, korang ingat US dan Barat nak duduk diam je kasi duit diorang terbang?? Itulah dia kecerdikan bermain ngan polisi luar negara.


Kita boleh relate senario ni dengan senario di Arab iaitu Syria, Mesir, Tunisia, Bahrain dll. Mereka semua ni tak neutral semenjak revolusi Arab lagi, semuanya menyebelahi US/Barat. Pemimpin2 mereka pun naik atas sebab bantuan US. So bila US nak "recycle" pemimpin2 boneka mereka di negara Arab tu dengan pemimpin baru melalui trademark tunjuk perasaan kuasa rakyat, apsal lak kuasa besar lain seperti China dan Russia nak tolong?? Sendiri mau tanggung laa..

Kita tengok contoh Afghanistan yang ada value lain kepada US selain daripada minyak. US tak kejar minyak Afghanistan. Value Afghanistan adalah sebagai “buffer state” iaitu menghadang China yang merupakan saingan ketat US. Boleh tengok map dan value strategic logistic Afghanistan.



 
Di Malaysia, BN ni nampaknya cerdik gak bermain dengan polisi luar negara ni. Diorang maintain je neutral, dengan semua orang depa kawan. Pemimpin2 naik pun takde terhutang budi dengan kuasa luar macam pemimpin2 Arab tu. So bila China dan Russia nak mengusik kita, US dan barat bising, maklumlah sebab duit diorang ada kat sini. Sama jugak bila US nak mengusik kita, Russia dan China lak bising. So akhirnya, kuasa2 besar dari luar ni maintain je dengan Malaysia ni. Itu pasallah Malaysia ni susah nak terkena macam negara Arab tu....

US berminat dengan Malaysia bukan kerana minyaknya, tapi kerana pengaruh di Selat Melaka. Malaysia tak kaya dengan minyak, nak masuk OPEC pun tak layak. Selat Melaka adalah laluan perdagangan yang menguasai 1/3 perdagangan melalui laut global yang menjadi rebutan semenjak zaman Parameswara lagi. Siapa yang menguasainya akan menguasai 1/3 perdagangan dunia. Itulah nilai Malaysia iaitu sebagai hub di laluan logistic yang sangat berharga.   


 


 Sebenarnya takde kena mengena dengan nak bantu Islam, takde kena mengena nak tegakkan demokrasilah konon. At the end of the day adalah STRATEGIC INTEREST. So kita sebagai negara kecik ni kenalah cerdik sikit menongkah arus bermain dengan polisi luar negara ni..


 Yang paling bodoh sekali adalah Anwar Ibrahim. Pada 1991, dengan kejatuhan USSR dan kemenangan barat dari blok sosialis dalam perang dingin, Anwar dok ingat negara2 dari blok ni takkan naik balik punya hanya tinggal 1 ja kuasa besar iaitu US. Itu pasallah cium mulut lebih sangat dengan US tu. Pada 2006, jangkaan Anwar meleset. Russia dan China bangkit menjadi kuasa besar baru untuk balancekan US. 


Dahlah tu, China lagi kaya lak dari US. So Anwar nak U-turn lobi China dan Russia jadi payahlah, maklumlah dah pilih bulu. Dah rugi negara Malaysia nak tingkatkan hubungan perdagangan dengan blok2 yang baru bangkit ni. Kalau US nak "recycle" Anwar, ada Russia dan China nak tolong? Takdenya, apsal nak tolong orang yang tidak neutral pada awalnya. Itulah KEBODOHAN Anwar Ibrahim.

Friday, 31 August 2012

PAS Marah Kerajaan Berbaik dengan China








Aku nak tergelak bila PAS marah kerajaan deal dengan China sebab kononnya komunis. Hah ni, penjaga kota Mekah dan Madinah iaitu Arab Saudi pun ada kerjasama dengan China melalui perdagangan GCC (Gulf CHina COrporation). ) Ini hubungan antara kerajaan iaitu konsep government to government. Hubungan mereka terjalin semenjak tahun 1990.  Apa lagi PAS, marah sikit Arab Saudi tu  … HAHAHAHA …


 Kalaulah China ni dikatakan komunis kejam yang jenis tolak agama tu, habih tu apsal ada masjid dan umat Islam kat sana? Orang Islam kat sana lebih ramai dari kat Malaysia tau. 

Betui ka China ni full komunis? Hangpa silap, kalau China ni full komunis, apsal depa ada bursa saham? Apsal Hong Kong 100% kapitalis, Apsal China boleh join WTO? Kalau China ni komunis, macamana depa boleh ada billionaire listed di Forbes? Ini semua elemen kapitalis. Realitinya, China dah berubah semenjak tahun 1978.

Kalau China ni komunis, macamana depa boleh ada sistem gaji/taraf kekayaan sampai ada rakyat mereka boleh listed di Forbes? Kalau komunis semua kena sama rata beb! 

Kalau China ni komunis, macamana depa boleh ada bursa saham? Bursa Saham ni adalah elemen penting dalam dunia kapitalis, mana boleh ada dalam dunia komunis.
  

 Kalau China ni komunis, macamana Hong Kong boleh jadi IBU KOTA kapitalis di Asia??? 


 Kalau China ni komunis, habih kenapa depa boleh join WTO (World Trade Organisation)? 

 
Pada 1978, Deng Xiao Peng mengambil alih China dan pergi ke Asia Tenggara untuk MEMUTUSKAN semua hubungan dengan parti2 komunis yang bertindak kejam terhadap orang awam seperti Pol Pot, PKM/Chin Peng. Beliau sendiri sudah tidak tahan dengan kekejaman Cultural Revolution yang merebak ke Asia Tenggara. Deng Xiao Peng turut mengambil tindakan drastik dengan memenjarakan "Gang of Four" di China yang salah seorangnya adalah isteri Mao. Dan semenjak 1978 China dah berubah menjadi semi socialist dan semi kapitalis. Baca sini.

Thursday, 30 August 2012

Entri Khas Merdeka : Beza Koloni dan Penjajahan






 Ramai yang gagal membezakan antara koloni dengan penjajahan. Memang dari segi teknikal berbeza, tapi maksudnya sama iaitu penjajahan. Apa yang Tun Mahathir kata tepat.  Macam kes Anwar la, perbezaaan antara kaki jubo dan kaki liwat. Istilah berbeza tu tapi bendanya tetap sama, tak gitu? 


 Antara colonization (Koloni) vs occupation (Penjajahan). Occupation (Penjajahan) lebih kepada membuang pemerintahan yang sedia ada dan kemudian wilayah/negara yang dijajah itu menjadi wilayah baru negara yang menjajah. Colonization (Koloni) lebih kepada pengembangan kekuasaan sebuah negara atas wilayah dan manusia di luar batas negaranya, seringkali bertujuan untuk mencari dominasi ekonomi dari sumber daya, tenaga kerja, dan memasarkan wilayah tersebut tetapi mereka tidak membuang pemerintahan sedia ada.


Antara colonization (Koloni) vs occupation (Penjajahan) hanya berbeza dari segi teknikaliti sahaja, tapi perkaranya tetap sama. Walaupun pemerintahan kesultanan tidak dibuang oleh British, tetapi sumber2 ekonomi, sumber asli, tenaga manusia dikuasai dan ditentukan oleh British. Maka kita masih dijajah sebab kita sendiri tidak mampu mengawal hak kita iaitu sumber hasil bumi dan lain2. Sebab itulah hanya pada tahun 1957 kita merdeka sepenuhnya (31 Ogos 1957), kita boleh lantik PM kita dan kabinet/MP kita sendiri, serta mengurus hak kita oleh orang kita sendiri.


Memang dari segi teknikal, British tidak occupy (Menjajah) Malaya ni tetapi mereka kolonikan Malaya ini menjadi sebahagian daripada Koloni British Empire. Boleh lihat map British Empire yang termasuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak.  



Wednesday, 29 August 2012

Entri Khas Merdeka : Mat Sabu Nak Ubah Sejarah



 
KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar. 





Lucu dengan Mat Sabu yang nak ubah sejarah kononnya buku teks sejarah ialah UMNO yang buat. Realitinya, apa yang Mat Sabu boleh ubah hanya kandungan buku teks iaitu hanya dakwat je. Mat Sabu takkan mampu ubah BUKTI FIZIKAL sejarah. Ramai dah orang cuba ubah kandungan sejarah, contohnya cubaan Barat ubah sejarah dunia nak tunjukkan yang tamadun Islam ni bodoh, tapi disebabkan seketul je bukti fizikal AlHambra ni, gagal usaha mereka.

 Apa yang terjadi hari ni akan menjadi sejarah untuk keesokan harinya. Dan apa yang terjadi pada hari ni akan ada bukti/kesan/pengaruh fizikalnya. Ini sesiapa tidak akan mampu ubah, termasuklah Mat Sabu. 


Contohnya kisah Alhambra ni. Barat cuba ubah sejarah dunia dengan cubaan menunjukkan tamadun Islam ni mundur dan bodoh. Pada kurun ke 19, ahli arkeologi mereka sendiri terjumpa bangunan Alhambra ni di Sepanyol. Mereka sendiri terfikir, kalau umat Islam ni bodoh, habih tu macamana pada kurun ke 9 mereka mampu bina bangunan sofistikated macam ni? Dari segi rekabentuk dan posisi tepat ke arah kiblat je dah tunjukkan umat Islam ni mempunyai kepakaran tinggi dalam kejuruteraan sivil, hidraulik sebab boleh supply air dan sewerage untuk pengguna termasuk geometri sebab posisi tepat ke arah kiblat tanpa menggunakan kalkulator saintifik. Bukan setakat itu je, bukti2 fizikal dalam penemuan perubatan, perundangan dan lain2 turut membuktikan tamadun Islam ni sangat maju berbanding tamadun lain yang hidup di zaman gelap pada kurun ke 9. Maka usaha Barat gagal untuk ubah sejarah Islam. Dan hari ni Barat telah pun menerima bahawa tamadun Islamlah yang banyak mempengaruhi dunia moden hari ni. Ini akibat bukti/kesan/pengaruh fizikal sejarah.



            
Contohnya di Malaysia, Mat Sabu nak ubah sejarah kononnya PKM ni hero perjuangan kemerdekaan Malaysia. Orang akan tanya balik dengan contoh persoalan begini, "Kenapa rakyat Malaya yang berjumlah 6 juta berbilang bangsa bersatu menentang PKM? Walhal PKM declare nak merdekakan mereka dari British yang rakyat benci tu, apa dosa PKM sampai semua rakyat menentang PKM ketika itu? Kalau rakyat menerima PKM sebagai hero mereka, hari ni patutnya Malaysia diperintah oleh komunis dah pun, kenapa tidak jadi macam tu?" Soalan mudah macamm ni saja akan gagalkan usaha Mat Sabu untuk ubah kandungan buku sejarah. Kesimpulannya, Mat Sabu boleh ubah buku sejarah sebab ia hanya dakwat dan kertas tapi takde orang boleh ubah bukti/kesan/pengaruh fizikal sejarah.


Banyak dah orang cuba nak ubah kandungan buku sejarah, semuanya gagal sebab tidak boleh "ngam" dengan bukti/kesan/pengaruh fizikal sejarah. So cerita yang kerajaan ubah sejarah ni temberang je sebab takde orang mampu ubah pun kandungan sejarah. UMNO pun ada sejarah hitam mereka seperti krisis UMNO diharamkan dan mereka tak mampu nak ubah pun, mereka terpaksa menerimanya, belajar dari kesilapan dan maju kehadapan.


Pembangkang penipu macam PR ni kuat berdrama semenjak hari pertama penubuhan mereka lagi. Tetapi tak semua taktik mereka akan menjadi. Mereka nak tuduh UMNO manipulasi buku teks sejarah dan menjadi barua British. Niat mereka untuk dapat sokongan bahawa PKM berusaha menentang British kononnya, TAPI BLINDSPOT taktik mereka ialah kekejaman PKM/Chin Peng terhadap rakyat. Masalahnya pada mereka ialah apabila majoriti rakyat "argue" dan rakyat telah nampak lebih mengenai kekejaman PKM/Chin Peng berbanding dengan ideologi atau usaha PKM menentang British kononnya. Sebab kekejaman PKM/Chin Peng terhadap rakyat telah menjadi trauma yang sangat mendalam kepada rakyat Malaysia dan ia akan terus diingati untuk jangkamasa yang lama. Mat Sabu dah miscalculate risiko membuat kenyataan tersebut. 


“Rahim Marzuki, 63, adalah anak salah seorang anggota polis, Hashim Abdullah yang bertugas di Balai Polis Bukit Kepong, kini, hidup dalam keadaan serba kekurangan akibat kecacatan yang dialami semasa peristiwa berdarah serangan Bukit Kepong pada 1950. Rahim atau nama sebenarnya Rahman Hashim yang ketika itu berusia di antara dua hingga tiga tahun mengalami kecederaan teruk apabila ditembak penyerang komunis ketika dalam dukungan ibunya..”

Rahim Marzuki adalah seorang mangsa kanak2 yang ditembak komunis diBukit Kepong, kalau Mat Sabu kata Mat Indera ngan puak PKM tu hero, maknanya Rahim Marzuki ni pembohongla.




Hampir 3,000 rakyat awam Malaysia yang tidak ada kena mengena pun dengan British dibunuh dengan kejam oleh PKM/Chin Peng. Ini tidak termasuk kematian ahli pasukan keselamatan dan bilangan kematian orang awam yang tidak direkod. Tidak perlu buku sejarah utk mengingatkan kita, kubur2 mereka sahaja sudah memadai akan sentiasa mengingatkan kita mengenai jenayah2 kejam yang dilakukan terhadap rakyat kita oleh PKM/Chin Peng.


Kalau Mat Sabu nak ubah sangat sejarah, soroklah kubur2 orang awam yang tidak berdosa ni yang telah dibunuh PKM/Chin Peng dengan kejam. Jangan lupa soroklah kubur2 pasukan keselamatan yang telah berjuang melindungi rakyat2 yang tidak berdosa ni daripada dibunuh dengan kejam oleh pengganas komunis.


Kalau Mat Sabu nak sangat naikkan PKM termasuklah komunis Melayu macam Mat Indera tu, simple je tak payah tengok TV3, tak payah baca buku Sejarah. Simple je , Mat Sabu buktikan kubur2 dan waris2 mangsa semua ni PEMBOHONG. Kena ingat waris2 mangsa dan kubur2 mereka adalah LIVING PROOF tau, aku nak tengok macamana Mat Sabu nak pusing.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this