Berita Bloomberg ini, Anwar / Malaysiakini tidak mahu rakyat Malaysia tengok. Kenapa? Pada 1997, Anwar Ibrahim telah mencadangkan untuk meliberalisasikan semua GLC dalam negara kita termasuklah GLC yang mengawal KWSP atas alasan kononnya boleh menarik lebih banyak pelabur asing dan lebih kompetitif. So sekarang korang semua boleh tengok apa jadi pada US Pensions System (KWSP US). Duit persaraan pekerja2 di US lesap dan underfunded!! Inilah akibatnya Kerajaan US tidak mengawal tetapi meliberalisasikan sistem KWSP mereka kepada pihak swasta untuk uruskan sesuka hati mereka. GLC yang mengawal KWSP sewajarnya tidak boleh disentuh langsung oleh pihak swasta dan sepatutnya berada dibawah kawalan sepenuhnya oleh kerajaan. Sekarang ni baru kerajaan US terkial-kial nak overhaul balik sistem KWSP mereka.
Apa yang terjadi hari ini pada US adalah pengajaran kepada kita semua. Dan kita bernasib baik Anwar di hantar ke ISA, kalau dia jadi PM masa tu, memang senasibla kita dengan rakyat US dengan polisi ekonomi yang akhirnya menganiayai rakyat US sendiri.
Sistem ekonomi US tidak perfect tetapi lebih baik dari Malaysia, itulah realitinya. Tetapi bezanya Malaysia dengan US, Malaysia mengawal ekonomi mereka melalui GLC2 dan peraturan2 ketat. Kapitalisma di negara kita dikawal. Di US, kerajaan mereka tidak kawal kapitalisma mereka, kerajaan mereka membenarkan pihak swasta berbuat sesuka hati mereka, spekulasi pasaran saham dan komoditi sesuka hati, tidak mengawal KWSP mereka dan macam2 lagi, seolah2 liberalisasi tanpa batasan, akhirnya inilah jadinya.
Ini lagi satu Bandar LA akan hadapi masalah untuk bayar pencen kepada penjawat2 awam mereka. Inilah dia akibat liberalisasi tanpa batasan. Bila tengok berita ni, saya rasa lega Anwar masuk ISA, kalau dia PM memang senasiblah kita semua dengan penduduk LA ni.
Berapa ratus juta USD dah kerajaan US habiskan pada Anwar je? Dalam dokumentari BBC pasal Wolfowitz, kerajaan US dah beri USD 54 juta pada yayasan Anwar, yang lain2 tak kira lagi macam bayar wartawan CNN dan akhbar barat untuk burukkan Malaysia ni pun dah makan ratusan juta USD. Kalau Anwar tak berjaya jadi PM, mahu tak mengamuk kerajaan US dan pelabur2 seperti Soros dan lain2 tu, maklumlah duit dah banyak habis belanja.
Orang yang mencuri wang rakyat US sekarang adalah orang2 sama di belakang yayasan2 US yang menghasut orang Arab dan seluruh dunia termasuk Malaysia memberontak sekarang ni dan hasilnya mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Dan orang2 ni juga bertanggungjawab menipu mengenai perang Iraq dan melobi Presiden Bush untuk melaksanakannya. Orang2 ini juga adalah spekulator yang sama menyebabkan minyak dispekulasikan hampir 70% menekan rakyat seluruh dunia termasuk Malaysia.
Kita dok kecoh
pasal ucapan PM Najib mansuhkan ISA. Sementara tengah kecoh, aku mula perasaan ada satu badan / organisasi
keselamatan baru mula timbul iaitu NSC. NSC ini adalah gabungan dari
organisasi2 keselamatan dahulu dan distruktur kembali pada 24 Julai 2007.
Dengarnya, badan ini akan mula mainkan peranan merencanakan polisi keselamatan
negara ala NSA (National Security Agency) di US. Maknanya kuasa mereka cukup
besar dan mereka hanya menjawab kepada PM sahaja.
Mr.Dictator
Aku ada jugak sembang / chat dengan member2 askarla, diorang pun kata
mereka tak tahu banyakla, tapi apa yang mereka faham, pemansuhan ISA itu hanya
sebahagian kecil dari rancangan kerajaan / PM Najib yang jauh lebih besar dalam
perancangan keselamatan dalam negara. Member2 askar cakap pun kalau korang
perasan, dah timbul watak2 baru yang berpengaruh seperti NSC dan teknik2 letak
cip dalam IC, ATM Card, bank account, dan lain2 di mana kerajaan boleh akses
dengan cukup mudah, hampir 60% seluruh Malaysia dah ada akses CCTV, dan
pelancaran Satelit RazakSAT (ambil sempena nama bapak Najib) pada Mac 2009 oleh
RMAF yang kononnya menyatakan sebagai kegunaan remote sensing.
Apa yang aku nampak, aku
mula perasan kerajaan kita dok pasang alat2 canggih semenjak awal tahun 2000
mcm cip, coordinatekan semua informasi2 peribadi di security mainframe,
pemasangan CCTV awam dan swasta, pelancaran "eye in the sky" spt
satelite (3 dilancarkan semenjak 2000) termasuklah penubuhan2 badan seperti NSC
pada 2007 semata-mata2 untuk "updatekan / transformasi" Polisi Keselamatan
Negara kita dan secara tak langsung dah boleh gantikan sistem ISA 1960.
Maklumlah musuh negara tak mcm style dulu lagi. Aku sebagai tax payer rasa
gembira kerajaan susun macam ni.
Asal NSC ini semenjak 1969, tapi peranan mereka tak
menyeluruh dan mereka mempunyai banyak organisasi seperit MAGERAN, BKN, NSD.
Pada 2007, mereka distruktur kembali menjadi organisasi baru dan menjadi satu
unit. Semenjak akhir2 ini, pengaruh mereka makin berkembang dalam isu sempadan,
angkasa, cryptology / cyber, tenaga, maritim, dan mereka akan jadi komponen
penting yang menghubungkan unit2 perisikan lain di dalam komuniti perisikan
Malaysia nampaknya. Seperti di US, NSA ditubuhkan lewat berbanding dengan
komuniti perisik CIA, FBI dan lain2 tetapi NSAlah yang menghubungkan komuniti
perisik lain dan menjadi komponen penting dalam kerja2 perisikan dan pertahanan
di US. Di Malaysia, NSC mula diberi tanggungjawab merencanakan sebahagian
polisi2 keselamatan negara dan menjawab kepada PM sahaja, dan seperti biasa
pengaruh mereka akan berkembang juga.
Aku pun dengar yang puak2 dok ketuk meja nak sangat ISA
dimansuhkan adalah puak2 dari NSC, maklumlah sesetengah tindakan mereka tak
boleh execute / buat sebab kena tunggu kerajaan isukan ISA dulu. Kasi lambat
je. Maklumlah ISA ni undang2 1960, macam pakai komputerla, dulu kalau kita
pakai Pentium 2, kira lajula, kalau sekarang masih pakai Pentium 2, penatlaa
menunggu....itu rumors yang aku dengarla.
Aku cuma harap Najib tak bagi kuasa berlebihan kepada
Secret Service kita selepas ISA dimansuhkan. Dari perspektif rakyat biasa, ISA ini
untuk mengawal keselamatan dalam negara, tapi pada masa yang sama mengawal
Secret Service kita daripada bertindak berlebihan daripada ISA. Tengok pada isu
Al-Maunah, apa yang menyebabkan mereka masih hidup? Sebab ISAlah, jikalau
mereka di negara2 seperti Indon, US, UK yang tiada ISA, mereka semua ni dah
jadi mayat dah. Itulah realitinya.
Senjata terbaru musuh2 negara adalah dengan putarbelitkan
hak asasi manusia. Maka kerajaan perlu "senjata" baru untuk outsmart
musuh2 negara ini. Cara terbaik ialah covert (rahsia) la....sama macam negara2
lain buat. Infrastruktur untuk undang2 baru tu dah ada pun, semua dah digital,
cuma bila nak pasang je, pembangkang dok meloncat nak buang sangat ISA tu, apa
lagi DS Najib bagi la apa depa mau. Seperti pepatah Inggeris "Be careful on what u wish for". DS Najib is smarter than
you think :D
REALITInya, tiada negara dalam dunia ini akan "lower their defense" dalam
isu keselamatan negara. Sebaliknya ia akan jadi lebih senyap, covert (rahsia),
dan jauh lebih ketat. Dalam isu keselamatan tiada kompromi.
US dan UK banyak berlaku kadar jenayah yang jauh lebih
tinggi dari Malaysia, maknanya depa semua ni tak baguslah? Realitinya, tiada
sistem keselamatan yang perfect pun, tapi kenalah update kepada sistem yang
lebih bagus dari yang sedia ada. Orang dah masuk doktrin digital defense kita
masih nak pakai ISA 1960 lagi, apa daaa.
Korang boleh lihat akta keselamatan dalam negeri luar
negara seperti US / UK di transfer kepada bawah akta intelligence / perisikan, dan
memberi immunity kepada secret service atas nama keselamatan dan keganasan.
Maka ia akan jadi lebih covert dan tak bising. Jadi rakyat agak sukar untuk
tahu dan musuh2 negara agak sukar untuk manipulasikan hak asasi manusia. Sedar2 je kena.
Ini apa yang UK buat setelah mansuhkan ISA yang tak
popular tu. Mereka transfer akta tu jadi rahsia di bawah akta risikan. Diorang
dah siap upgrade assassination di luar sempadan negara mereka ;
“In
Britain, the Intelligence Services Act 1994 gives the Secretary of State for
Foreign and Commonwealth Affairs the power to grant immunity from British
prosecution to SIS personnel when they engage in any acts while on operations
abroad that would be illegal under British law, such as murder”
So jaga-jagalah, jangan ingat bila ISA ni dimansuhkan,
musuh negara akan hidup selamat.
Adakah US menggunakan aset tercanggih seperti UCAV
Predator / Team 6 untuk buru perompak2 US yang rompak bankmereka? Ini adalah kerja polis kerana status
kes adalah jenayah (criminal). Kalau musuh negara (enemy of the state) contoh
dari luar seperti agen risikan Rusia, Osama ni semua barulah pakai aset2
tercanggih. Samalah mcm negara kita, Anwar menjubo takkanlah kita nak pakai
aset tercanggih mcm Satelite, VAT 69? Itu baru taraf jenayah meliwat, bukannya
taraf musuh negara (Enemy of The State). ISA ni untuk orang2 yang dah masuk
taraf musuh negara iaitu membahayakan seluruh negara dan rakyat (Enemy of The
State).
Dalam
Akta Keselamatan dalam negeri mereka, memang tiada undang2 tak popular macam
ISA ini, tapi bila baca Akta Perisikan / Intelligence Act basically Secret
Service, mereka boleh lakukan apa sahaja dan mereka siap mendapat imuniti
daripada mahkamah. US dan UK
cuma abolish ISA untuk bagi rakyat dia seronok je tapi sebenarnya mereka
"beef up" Intel mereka. WHAT U SEE IS WHAT U GET.
Balik
kepada point asal ;
TIADA NEGARA YANG
AKAN MEMILIH UNTUK MERENDAHKAN TAHAP KESELAMATAN NEGARA MEREKA (There’s no such thing as lowering your
defenses in national security)
Tahap Keselamatan akan jadi lebih ketat dan lebih
sofistiskated. Bezanya, trend hari ni lebih kepada covert (rahsia dan tak
nampak). Ini fakta.
Pak Syeikh boleh teleng kepala walaupun sakit leher .. nampak benor menipunye ..
Apa dah jadi pada mahasiswa 1997 selepas 10 tahun??
Minimum 80% dah U-Turn menjadi penentang tegar Anwar Ibrahim hari ni, 2/3 yang
Melayu dari 80% tu dah jadi ahli UMNO, selebihnya neutral, yang tu pun balun Anwar
jugak pada hari ni. Fenomena yang sama akan jadi pada budak2 di Dataran Merdeka
pada hari ni, majoriti mereka akan sedar dan U-Turn dan menjadi penentang tegar
PR nanti. Tunggu dan lihatlah. Yang ni aku gerenti.
Korang tak percaya cakap aku?? Korang pergi checklah
sendiri penambahan keahlian UMNO antara 1997 dan 2012. Bertambah mencanak tau,
tak salah aku naik lebih dari 500,000 org tau, nak tahu keahlian ni datang dari
mana?? Majoritinya dari bekas budak2 / mahasiswa 1997 yang sokong Anwar laa.
Salah seorangnya aku. Aku pun terkejut bila pergi Perhimpunan Agung UMNO, aku
jumpa ramai geng2 bekas2 mahasiswa 1997 yang dok gila reformasi dulu … hahaha.
Kalau mahasiswa pada 1997 yang berumur antara 32 ke 38
tahun bergabung dengan mahasiswa hari ni, PR dah boleh dapat separuh majoriti
tau, tapi apsal tak dapat?? Cuba cerita sikit, kenapa jadi macam tu? Kenapa ambik masa lama sangat nak U-Turn iaitu 5 hingga
10 tahun? Sebab faktor malu nak jilat ludah balik tu. Dah memang genetik Melayu
ni, sifat pemalu memang tebal.
Lagi satu korang jangan terkejutlah, 10 tahun dari
sekarang, si budak Adli tu akan ada dalam UMNO. Jangan terkejut je, manalah
tahu, sebab aku pernah tengok senario ni pada 1997, last2 majoriti kepala2
mahasiswa tu adea dalam UMNO. Masa aku pegi PWTC masa Tun Mahathir resign dulu,
terkejut beruk aku, majoriti yang aku kenal dok kepala kita dulu semasa
reformasi, ada kat situ dan siap ada name card UMNO lagi tu, macam gathering
lak, ramai gila geng2 lama. Masa tu ramai aku tengok mengalir air mata
termasuklah aku. Teringat caci maki yang kita bagi kat org tua tu, maha zalimla,
maha firaunlaa, sekarang ni budak2 1997 tu majoritinya dah jadi tegar Mahathirismla
termasuk aku … hahaha .
Korang boleh buat "Field Research" korang
sendiri, korang cari je penyokong2 BN dan ahli UMNO yang berumur antara 32 dan 38.
Korang tanya diaorang di mana mereka pada 1996-1997. Aku gerenti 2/3 dari
mereka adalah bekas penyokong Anwar. Bukan sikit tau, ramai gile. Inilah dia
golongan yang sama balun Pak Lah sampai lembik 2008, sebab majoriti mereka
adalah Mahathirism. Lepas Pak Lah, Anwar punya turn lak kena balun. Anwar
berucap di Wangsa Maju baru2 ni dok mintak golongan bawahan UMNO berhenti
serang dia adalah ditujukan khas kepada golongan nilah, sebab dia pun tahu,
memang sakit dia kalau kena pulun dengan geng2 umur pertengahan ni yang dulu
penyokong dia jugak.
Ahli UMNO dah capai 3.2 juta hari ni. Lebih 1/3
daripadanya ialah golongan umur dalam 32 hingga 38 tahun iaitu lebih kurang 1
juta lebih. Korang boleh check sendiri dengan organisasi pendaftaran UMNO, daripada
mana datangnya ahli2 ni? Majoritinya dari bekas mahasiswa 1995 hingga 1998 yang
sokong Anwar dulu pada 1997. Yang tu baru ahli UMNO tau, belum lagi yang
neutral yang anti Anwar lagi.
Di masa hadapan, keahlian UMNO bertambah lagilah dari
anak2 muda yang anti UMNO hari ni, terutamanya di Dataran Merdeka tu, iaitu
satu cycle yang sama bila mereka sedar dan masuk umur pertengahan. Same story
untuk majoriti orang muda ni, hari ni marah UMNO, esok dah berumur sikit, tegar
UMNO pulak, biasalah orang muda selalunya ada emosi anti establishment.
Mamat ni cerita pasal perlembagaan kat abang polis
Tak lama lagi depa taulah elemen "COST" dalam
sistem pendidikan. Sama macam 1997 tu, habih student dah kena gebang dengan
Anwar, lama2 lepas tu student2 1997 ni banyak belajar dan sedarlaa, la ni
banyak jadi anti Anwar dah … hehe,. Learning
ni adalah satu proses, bukan terus jadi cerdik.
Selepas Pak Lah turun, apa jadi pada PR hingga hari ni???
Beribu dah keluar parti termasuk berpuluh pemimpin atasan PR sekali, pengundi2
pun dah U-turn balik pada BN selepas Pak Lah turun, salah seorangnya siapa yang
undi PR pada 2008 dan patah balik selepas Pak Lah turun?? Ya, Tun Mahathir
bersama dengan penyokong dia yang berjuta tu. Itu pasallah Anwar harap Pak Lah
jangan turun.
Anak muda senang terpengaruh dengan retorik yang berapi.
Ini normal dari segi psikologi, saya pun terpengaruh jugak. Retorik adalah
ilusi dan musuh retorik adalah realiti. Parti politik PR adalah satu parti yang
sangat bergantung kepada retorik iaitu cakap berapi, ketuanan rakyatlaa, macam2
tapi dari segi realiti mereka adalah KOSONG. Mereka tidak tunaikan janji dan
tak buat kerja dengan baik. Dan retorik hanya boleh bertahan dalam masa yang
singkat, selepas itu realiti akan mempengaruhi anak2 muda. Sebab itulah kita
dapat lihat penyokong2 Pakatan Rakyat tidak kekal.
Ini senario reformasi dulu. Tengok tu, punyalah ramai manusia. Majoritinya adalah pelajar2 masa itu, termasuklah aku. Hari ni, dimanakah mereka semua??? Jikalau mereka semua ni pada 1997 bergabung dengan pelajar2 muda pada hari ni, semestinya sokongan terhadap PR cukup besar, tapi kenapa tidak terjadi??? Majoritinya dah jadi Anti Anwar, neutral dan masuk BN termasuklah aku dan aku gerenti 5 tahun dari sekarang, majoriti pelajar2 muda hari ni yang sokong Anwar akan U-turn jugak. Kenapa??? Jawapan dia cukup mudah - THE TRUTH WILL SET U FREE!!
Yang U-turn tu pun bukan 1 atau 2 orang, ratusan ribu jugak. Takkanlah ratusan ribu yang U-turn tu semua tiada semangat jati diri, penting diri sendiri dan dibeli UMNO. Banyaknya duit UMNO … hehehe. Kalaulah ratusan ribu dalam gambar tu semuanya kekal hingga hari ni dan bergabung dengan penyokong2 muda baru, mahu tak 2/3 sokongan tu, tapi takde pun, maklumlah ratusan ribu tu dah hilang … hehehe. Realitinya, kami ni diberi petunjuk oleh Allah SWT untuk buka mata kita sendiri, lihat siapa Anwar ni. Contoh macam saya yang mana pertama kali saya mula sedar yang Anwar ni penipu besar bila Anwar kata dia kena racun Arsenik / HIV oleh kerajaan yang cuba untuk membunuh beliau. Saya ni turunla sertai demo, akhirnya medical report kelentong ja, cilakak betul Anwar.
Tarikh keramat demo ialah pada 19 September 1999 di Masjid Negara. AKU MASIH INGAT DENGAN JELAS HARI TU AKU TERKENA COTA KAT PIPI AKU, AKU MASIH INGAT NAMA POLIS YANG MENGETUAI ANGGOTA POLIS UNTUK MELERAIKAN DEMO TERSEBUT, NAMA DIA BAKRI ZININ. AKU MASIH INGAT YB ZUL PUN ADA SEKALI. AKU MASIH INGAT, ITULAH FINAL YEAR YANG AKU SANGKUT TU. Tarikh 19 September 1999 takkan aku lupai.
Bakri Zinin
Pada 19 September 1999 tulah aku dapat tahu yang Anwar Ibrahim ni adalah pembohong besar dan membuka mata dan hati aku sebab dia boleh berbohong pasal HIV / Arsenik iaitu tentang nyawa dia sendiri bagi mengaburi penyokong2 dia masa tu termasuklah aku.
YB Zul adalah salah seorang lawyer Anwar dalam pembelaan kes liwat Anwar. Bukan Yb Zul sorang je, Dr Mohd Hatta Ramli ,Azmin Ali, R Sivarasa, Tian Chua, N Gobalakrishnan, Ezam Mohamed Noor, Ruslan Kassim, Lokman Noor Adam dan Hanafiah Man pun ada sekali dengan kita hebahkan info keracunan Arsenik / HIV tu.
Kami student2 yang sokong Anwar Ibrahim masa tu, clear cut dan jelas dapat info tu. 77 kali ganda kandungan arsenik dalam badan, rambut keguguran dengan simptom2 HIV, cukup jelas. Info ni disampaikan oleh Yb Zul sendiri selepas beliau berjumpa dengan Anwar Ibrahim di Sg.Buloh masa itu. Dan tarikh 19 September 1999, kami dapat info untuk berkumpul di Masjid Negara. Dan akulah salah seorang dalam persatuan mahasiswa yang sokong Anwar di Uni aku belajar dulu menyusun untuk bawa ramai mahasiswa2 ke Masjid Negara. Hahaha, clear cut. Akhirnya aku dapati semuanya hanya penipuan je.
Wooo,
pergerakan Occupy Wall Street sekarang sedang tunjuk perasaan menentang
kekejaman polis US, berita ni memang tak keluar Malaysiakini dan CNN ;
"Today,
we take direct action against the NYPD. They have spied on us, they have
assaulted us, they have kidnapped us from the streets without cause or charge.
We, the 99% of people who will no longer be silent have chosen to make our
voices heard."
Pergerakan
Occupy Wallstreet ni turut mengganggu usaha Israel untuk melobi Amerika dalam
majlis AIPAC untuk bomb Iran!! Syabas!! SAY NO TO ANWAR AND AMBIGA!!!!
Benda
ni dah di exposekan dah pun, sebab tu rakyat US mengamuk sekarang dengan OWS
ni. Yang rakyat US bengang sangat dengan boss2 NDI, ICG, Open Society yang
backing BERSIH kat Malaysia ni sebab pertama, dahlah cedok duit rakyat US,
lepas tu dok lari tak bayar TAX lak sebab tubuhkan yayasan2 kononnya nak tolong
orang. Lepas tu nak duit BAIL-OUT lak tu. Dah dapat BAIL-OUT berjumlah hampir
USD 1 Trillion, tapi tak mau lak tolong
balik rakyat US dengan bukak peluang pekerjaan. Depa bawak lari duit BAIL-OUT
tu keluar US, dok labur di luar negara US macam di China dan lain2 termasuklah
fund tunjuk perasaan seluruh dunia untuk kaut keuntungan dari spekulasi. Itu
pasal rakyat US mengamuk, itu pasal takkan keluar Malaysiakini.
Dari
komunikasi saya dengan salah seorang dari mereka, yang jadi meletupnya rakyat
US ni sampai jadi OWS ni adalah isu BAIL-OUT berjumlah hampir USD 1 Trillion,
bukan sebab pemberian Bail Out. Yang tu mereka sokong, tapi tang cara pembelanjaan
Bail out tu. Duit tu sepatutnya untuk tolong hidupkan balik ekonomi US dan
membantu 46 Juta rakyat US yang hidup miskin tegar termasuklah yang tiada
pekerjaan. Tapi korporat2 penyangak seperti Soros dan lain2 ni bawak lari
keluar US, duit bail out dikatakan dilabur di luar negara US macam di China dan
lain2 termasuklah fund untuk campur tangan urusan politik negara lain seperti funding
tunjuk perasaan seluruh dunia. Sekarang ni OWS menggunakan strategi yang sama
pekena balik korporat2 penyangak tu hahaha, senjata makan tuan.
Yang
bocor info niat sebenar aktivis tunjuk perasaan di Mesir geng2 OWS ni jugak.
Sampai kerajaan baru Mesir yang aktivis ni kononnya tolong jatuhkan Mubarak,
telah menahan mereka pada Februari lepas. Aktivis2 ni disyaki menghasut rakyat
mesir bertujuan untuk mengaut keuntungan besar dari spekulasi, dan mereka disyaki
bekerja dengan satu syarikat pelaburan besar yang involve dalam FOREX. Tepuk
dahi kerajaan baru Mesir. Baca sini.
Mereka
sekarang ditentang oleh media2 utama dunia spt CNN dan lain2, mereka ditentang
oleh spekulator2 berkuasa yang berselindung disebalik yayasan demokrasi yang
mengatur himpunan BERSIH di Malaysia, dan mereka dalam keadaan sukar. Kita
perlu menyokong mereka untuk kebaikan diri kita sendiri, sebab kos minyak
ditentukan di New Tork Mercantile Exchange, jika turun di New York, turunlah
seluruh dunia!
Bukti ini menunjukkan Anwar Ibrahim telah menipu rakyat Malaysia mengenai senario
harga minyak. Mengikut kajian terkini sebahagian dari harga minyak ditentukan
oleh spekulator dan impaknya cukup tinggi sehingga 70% setiap gallon!! Rupanya
kawan Anwar yang membantu mengatur himpunan BERSIH yang dok kebas!
Bangsat!
CNN,
media antarabangsa dan yayasan2 demokrasi seperti NED, NDI, ICG termasuklah
pemimpin2 utama yang membantu Anwar Ibrahim cuba menghalang pergerakkan Occupy
Wall Street dengan menggelarkan mereka sebagai pemusnah dan anarchists, tetapi
mereka tetap gagal. Pergerakan ini terus berkembang sebab media alternatif lain
seperti RT sedang membocor penipuan mereka. Di Malaysia, media2 yang dibantu
oleh yayasan2 seperti yang dinyatakan di atas adalah Malaysiakini, Malaysian
Insider dll sedang cuba sedaya upaya menghalang berita ini daripada tersebar
kepada rakyat Malaysia seperti mana mereka sebarkan temberang Mesir. Maklumlah
funder2 mereka sedang ditentang di US sekarang ni. So kita apa lagi, just say
no to Anwar la, kasi funder2 dia kelam kabut sikit.
Bila
terkena je kat muka PR, berita jadi sampah hehehe. Lihatlah video ini, pergerakkan
ni dah mula semenjak Oktober tahun lepas di US, tapi CNN dan semua geng2nya tak
mahu siarkan, sebaliknya memanggil mereka anarchist. Dah merebak ke seluruh US
dan Eropah dah. Malaysiakini pun tak mahu cover macam depa cover Mesir dulu,
maklumlah dah bos2 dan funder PR sendiri dah terkena, maklumlah funder2 mereka
dah curi duit rakyat US dan rakyat US mengamuk…hahaha …
Pada
awalnya saya tak ambil peduli pasal kempen ini, maklumlah ni isu rakyat US.
Tapi rakan saya dari US memberitahu "ORANG YANG MENCURI DUIT RAKYAT US
ADALAH ORANG YANG SAMA MENGHASUT RAKYAT ARAB MEMBERONTAK DAN KEMUDIAN MEREKA
CURI DUIT ORG ARAB, ORANG2 INI ADALAH ORANG2 YANG SAMA DI BELAKANG YAYASAN US
MEMBANTU PARTI PEMBANGKANG DI MALAYSIA. ORANG2 INILAH YANG SPEKULASIKAN HARGA
MINYAK SETINGGI 70% YANG MENEKAN PENDUDUK US TERMASUKLAH RAKYAT MALAYSIA!! INI
HARUS DIHENTIKAN!!" Saya pun bersetuju.
Saya
memang kritik rakan US saya ni maklumlah dia seorang tentera US. Tetapi beliau
memberitahu saya "Kami tentera US datang ke Iraq dan Afghanistan untuk
melindungi keselamatan rakyat US seperti diberitahu, tetapi apabila kami dapat
tahu ia adalah penipuan Paul Wolfowitz untuk kepentingan golongan atasan, ia
sangat menyedihkan kami, lebih2 lagi rakan kami yang mati tanpa sebab, kami
tentera tidak boleh menunjukkan sebarang sikap tidak puas hati yang berbau
politik sebab ia adalah undang2 tentera. Selepas kami keluar dari servis tentera
iaitu menjadi veteran, majoriti kami akan turut serta dengan kempen ini, kami
berharap akan berlaku perubahan, sebab penipuan sebegini bukan sahaja
menyebabkan rakyat US merana tetapi seluruh dunia. Bukan setakat itu, penipuan
sebegini telah menyebabkan rakyat US dibenci seluruh dunia seperti kamu salah
seorangnya, walhal penipuan sebegini dilakukan oleh orang2 berkepentingan di peringkat
atasan bukannya kami". Sedih gak penjelasannya selepas teruk kena balun
dengan saya.
Kalau
korang hendak harga minyak turun, inilah jawapannya, sebab inilah salah satu
usaha penekanan terhadap spekulator2 wall street yang menaikkan harga komoditi
seperti minyak sesuka hati melalui spekulasi sebanyak 70%!!! Sekarang
pergerakan ni sudah bergerak di seluruh Amerika dan sebahagian Eropah. Kita
boleh kurangkan pengaruh dan usaha bank2 spekulator di Malaysia dengan menolak
Anwar Ibrahim dan Ambiga! Saya yakin apabila seluruh dunia sudah bangkit
menentang spekulator2 ni, nilai spekulasi akan diturunkan dan automatik harga
minyak akan turun.
Sebab
dia mudah, apabila kita menolak Anwar, maknanya kita menolak spekulator2 yang
jadi penaung yayasan demokrasi spt NED dan lain2 yang sedang bantu Anwar dan
Ambiga! Penentangan terhadap spekulator2 memerlukan usaha secara global,
maklumlah mereka menguasai harga komoditi2 penting didunia. Mari kita SAY NO TO
ANWAR AND AMBIGA!!
Kenapa
Rakyat Malaysia harus menyokong gerakan antarabangsa ini :
1.
Mereka menentang pengeboman Iran dan meminta hak rakyat Palestin.
2.
Mereka menekan spekulator2 Wallstreet yang spekulasikan harga minyak terlalu
tinggi kepada penduduk US dan dunia. Jika mereka berjaya menekan spekulator2 ni
untuk menurunkan harga spekulasi dengan sokongan seluruh dunia termasuklah
kita, kita akan dapat rasa harga minyak turun, kos kehidupan lebih murah untuk
seluruh isi keluarga. Mereka perlukan sokongan kita! OCCUPY WALLSTREET!! Mari
revolusi menentang spekulator! Stop War in Iran! Stop Illegal Speculator!! Say
NO to Anwar! Ayuh sebarkan!!