Tuesday, 17 April 2012

Rahsia Kejayaan team PETRONAS







Bangga rasa Team Petronas menang Grand Prix F1 kat China, first time ni, dah lama kita tunggu. Nak tahu apa salah satu rahsia kejayaan Petronas?? SEBAB ANWAR IBRAHIM BUKAN PENASIHAT PETRONAS

Berita buruk untuk PR, maklumlah depa kecoh kata Petronas labur kat F1 rugi duit rakyat hehehe. La ni seluruh dunia sudah kenal minyak Petronas hehehe …




Hasil dari kerja kuat Petronas terutamanya sudut pemasaran dari F1 telah berjaya memperkenalkan Petronas di mata dunia, hasilnya reserve minyak Petronas di luar negara adalah 2 kali ganda di Malaysia!!.Dan reserve itu dapat memenuhi permintaan bahan tenaga rakyat Malaysia yang makin menambah termasuk lembu2 PR. Hari ni Petronas adalah syarikat minyak ke 7 terbesar di dunia iaitu gelaran SEVEN SISTERS. Nak harap Anwar?? Mampuih! Minyak lintah je dia akan bawak balik hehe ..

Harga setiap tong minyak 70% di markup oleh speculator. Spekulator2 macam Soros untung yang spekulasi SUPPLY AND DEMAND. Syarikat minyak dapat ciput je, yang diorang dok untung banyak dari volume sales sebab peningkatan SUPPLY AND DEMAND. Nah dia bukti spekulator yang sebenarnya untung besar dari spekulasi70% harga minyak. 


 Lama dah kita rakyat Malaysia tunggu (kecuali penyokong Anwar), akhirnya dapat jugak 1 Grand Prix. Terima Kasih Rosberg, Shumacher, terima kasih seluruh team Petronas atas segala usaha. Terus lagi usaha, 5 tahun lagi kita pulun season pulak!!

Friday, 13 April 2012

Hassan Merican, Conoco Philips & Semb Corp.







Nak tahu cerita sebenar pasal Hassan Merican, hangpa baca sudut ekonomi dan industri minyak je, baru tahu cerita sebenar sebab "MONEY TALKS, BULLSHIT WALKS". Bagi aku, blog2 ni BULLSHIT je terutamanya mulut Malaysiakini. Ok, pada 2003, memang dah ada plan nak jolok Hassan Merican jadi Penasihat Minyak kepada Menteri2 Iraq untuk kepentingan Petronas khususnya. Tiba2 Hassan timbul dalam ConocoPhillips, satu company US yang cukup rapat dengan menteri2 Iraq. Pada masa yang sama, Petronas hantar 5 pembidaan untuk minyak2 Iraq, dan Petronas sapu 4, gila betul. Tiba2 kat Sarawak, Petronas geng pulak ngan ConocoPhillips. Kalau nak tau sebab apa Hassan timbul dalam Semb Corp, satu sebab ja, South Natuna Sea Block B PSC dan Corridor Block PSC yang land kat Singapore, lepas ni tariklah pipe masuk semenanjung. Haa, yang Petronas dok buat Pengerang kat Johor tu untuk apa??? Haa, tengok macamana Petronas setting ... hehehe. Benda ni dah memang susun lama dah. Ni map dia outfall gas dari Sumatera dan Natuna ke Singapura, so hangpa tengok sendiri berita ekonomi memang bercanggah dengan khabar angin dari blog2 yang kita dengar termasuklah Malaysiakini. Pendapat akulah, Hassan dah naik pangkat lebih tinggi dari Presiden Petronas, kepada Pemain Catur, menyusun dari luar, besar komisen ni oi. Kalau Hassan merajuk memang takdelah deal2 besar ni dengan Petronas, betui tak?? 


Ok, ini situasi kat Iraq. Nak tackle minyak Iraq, kena geng rapat dengan menteri2 Iraq atau syarikat2 minyak US yang berdamping dengan menteri2 Iraq, baru ada can menang tender. 2003, memang dah plan dah nak jolok Abang Hassan ni jadi advisor kepada menteri minyak Iraq, sendiri mau ingatlah untuk apa. Pada masa yang sama, Petronas hantar 5 bid tak salah aku, menang 4 tu, perrghh. Lepas tu timbul lak Abang Hassan dalam ConocoPhillips. Haa, ni map minyak2 di Iraq, korang tengok oilfield Majnoon kat selatan Baghdad dekat dengan Basrah. Gedebuk gedebak 2 billion tong tu.


 

Ok, ni situasi di Sarawak. Hangpa tengok formula ni. Hassan dalam Conoco dan SCORE, dan member lama dia, Shamsul Azhar Abbas. Hah gedebuk gedebak, kahwin terus, tebuk Sarawak tu bersama. Cerita sama je, tag team yang sama jugak tapi kapal je lain2 iaitu Hassan (Conoco) - Shamsul (Petronas) hahaha. Cukup pandai wayang ek, berlakon merajuk yer?   

 
Ok, ni situasi Semb Corp yang LGE kecoh tu hehehe. Dan hangpa semua tau Petronas dok sibuk bina Fasiliti kat Pengerang tu kan, ok untuk apa?. Jeng Jeng Jeng. Petronas memang dok aim lama dah South Natuna Sea Block B PSC dan Sumatera Corridor Block PSC yang land kat Singapore tu. Tup tup, timbul Abang Hassan dalam Semb Corp, termasuklah ConocoPhillips. So apa akan jadi?, Lepas tu tariklaa pipe atau kasi tambah storage masuk Semenanjung. Kaw timlaa dengan Semb Corp semua ni, habih cerita ... hihihi. Bagi aku, ni semua dah susun lama dah, macam selari dengan perancangan Petronas, maklumlah dok sibuk bina fasiliti di Pengerang ... hehe.


Kalau betuila apa yang Malaysiakini kata pasai Hassan tak kena renew kontrak sebab masalah dalaman, KENAPA deal2 besar ni boleh terjadi? Aku ambik 3 contoh ja, Iraq, Sarawak, Pengerang-Singapore (Landing gas dari Natuna dan Sumatera). Paling sedap setting kalau ada orang kita dalam Conoco, betui tak? So hangpa pikiaq kenapa deal2 ni boleh terjadi, dalam satu masa lak tu.

Wednesday, 11 April 2012

Betulke Hassan Merican dengan PETRONAS Bergaduh???






Saya dok dengar khabar angin macam2 pasal Hassan Merican ni, gaduhlah, kena buang Petronas la, betui ka? Kalau korang ni orang yang pekalah, hubungan Petronas - ConocoPhillips ni memang terlebih rapat semenjak 5 tahun lepas. Seolah2 2 syarikat ni sedang besarkan reserve minyak mereka di 30 negara yang mereka sedang operate. ConocoPhillips banyak kuasai minyak di negara pro US. Petronas lak banyak kuasai di negara anti US. So sekarang ni nampaknya depa dua dok kaw tim rapat ni. Contohnya, di Iraq Petronas dapat sapu 1.8 juta tong / sehari. Di Sarawak / Sabah, ConocoPhillips lak sapu 30%. Amboi, meh kita tengok sapa tukang tenyeh. Abang Hassan kita dok ada dalam ConocoPhillips rupanya...amboi setting nampak. Nampaknya Petronas kita ni ada game ni hehehe. Rujuk sini.



Nak tahu cerita sebenar pasal Hassan Merican, baca sudut ekonomi dan industri minyak je, baru tahu cerita sebenar sebab "MONEY TALKS, BULLSHIT WALKS". Bagi aku, blog2 pembangkang ni BULLSHIT je terutamanya mulut LGE. Ok, pada 2003, memang dah ada plan nak jolok Hassan Merican jadi Penasihat Minyak kepada Menteri2 Iraq untuk kepentingan Petronas khususnya. Tiba2, Hassan timbul dalam ConocoPhillips, satu company US yang cukup rapat dengan menteri2 Iraq. Pada masa sama, Petronas hantar 5 pembidaan untuk minyak2 Iraq, dan Petronas sapu 4, gila betul. Tiba2 kat Sarawak, Petronas geng pulak ngan ConocoPhillips. Kalau nak tau sebab apa Hassan timbul dalam Semb Corp, satu sebab ja, South Natuna Sea Block B PSC dan Corridor Block PSC yang land kat Singapore, lepas ni tariklah pipe masuk Semenanjung. Haa, yang Petronas dok buat Pengerang tu untuk apa??? Haa, tengok macamana Petronas setting ... hehehe. Ni map outfall gas dari Sumatera dan Natuna ke Singapura, so tengok sendiri berita ekonomi memang bercanggah dengan khabar angin dari blog2 yang kita dengar termasuklah Malaysiakini.


 

 
Kalau korang rajin, korang bukak je berita ekonomi terutamanya pergerakan minyak, korang akan nampak 6 syarikat ni cukup aktif bergerak sekali semenjak akhir2 ni iaitu Gazprom, Sinopec, Petronas, ConocoPhillips, Shell dan NIOC. Mereka ni banyak kerjasama sesama mereka dan hubungan Petronas - ConocoPhillips dah jadi baik lain macam semenjak akhir2 ni. Tengok2 Abang Hassan ada dalam ConocoPhillips ... hahaha.

Ni orang panggil strategi "pasang kaki". ConocoPhillips ada sesuatu yang Petronas mahu terutama reserve2 di Iraq, Libya, Alaska, Filipina. Dan Petronas adalah salah satu Seven Sisters di mana grup ni menguasai 1/3 minyak dunia dan ConocoPhillips mahu sikit, so diaorang selitla sikit melalui Petronas. So nampak gaya Hassan Merican adalah "kaki" Petronas dalam ConocoPhillips.

Strategi "pasang kaki" ni memang salah satu strategi utama Petronas bermula pada 1990 untuk melebarkan sayap mereka secara global. Antara "kaki" yang Petronas pasang sebelum Hassan Merican ialah Tun Mahathir, Tun Daim, Ananda Krishnan dan Robert Kuok. Diorang ni operate dari luar Petronas, seolah-olah sebagai pelobi. Mana2 Petronas pergi untuk tackle negara luar, kelibat 4 kaki memang tak boleh miss. Tun Mahathir adalah kaki yang tackle negara membangun dan Russia, Tun Daim tackle Afrika dan Eropah Tengah, Ananda Krishnan tackle negara Teluk, Seri Lanka dan India, Robert Kuok tackle negara Indo China dan China. So sekarang Petronas tambah "kaki" baru iaitu Hassan Merican untuk tackle negara2 yang pro US. Kesimpulannya Petronas pukul kelilingla ...  hahaha.

Berlakon bergaduh depan rakyat ni memang dah strategi lama puak2 Hassan Merican, Tun Daim, Tun Mahathir, Ananda, Robert Kuok dan lain2. Saja je nak sembunyi motif tu. Eleh, Tun Daim pun buat strategi sama, letak jawatan, lepas tu kecoh krisis Mahathir - Daim. Rupanya wayang ja, dia rupanya dok support Indon punya pemulihan ekonomi terutama sudut bank, dia dok support Megawati dan Susilo secara rahsia untuk buang pengaruh IMF. Habih kroni2 Anwar kat Indon bungkus dari Amien Rais sampai Gus Dur. Itu pasal tiba2 pada 2010, bekas Menteri Kewangan, Mulyani bagi penghormatan pada Tun Mahathir ... hehe. Rupanya ada motif lain di sebalik wayang Mahathir - Daim. Robert Kuok pun sama, berlakon merajuk duduk Hong Kong, senyap2 jadi tukang setting hubungan strategik Malaysia - China rupanya ... hahaha. So samalah dengan Hassan Merican, saja nak tunjuk kat rakyat macam kena buang dari Petronas, last2 setting rupanya, dok setting minyak2 kat Iraq di area Majnoon Oilfield yer yang ConocoPhillips adA pengaruh cukup kuat ... hehe. Cerdik betullah puak2 ni.

Ok, kita ambik contoh Majnoon Oilfield kat Iraq, itu memang kawasan ConocoPhillips. Sedar2 je Petronas dapat tumpang, bukan sikit besar tu. Majnoon Oilfield tu terletak di selatan Iraq berdekatan Basrah, ia adalah kategori Supergiant Oilfield dengan anggaran reserve 5 billion tong! Lepas tu, tengok sapa director dalam ConocoPhillips tu, hah Abang Hassan rupanya kat dalam tu ... hahaha. Settinglah tu. Wayang je depan rakyat kononnya kerajaan tolak Hassan hahaha. Banyak lagi tau Petronas tengah setting kat Iraq tu.

Dulu reserve kita masih ok, sekarang dah nak habis, boleh tahan sampai 2013. So sekarang memang time nak tebuklah, sementara tunggu foreign reserve kita masuk sini. Production vs Consumption kita hampir 1 : 1 iaitu dalam 577,870 tong / sehari vs 554,000 tong / sehari . So memang dah time kena tebuk. Betuilah Hassan Merican kata pada 2009 tak salah aku, sebelum dia keluar dari Petronas, bahawa minyak yang ada sekarang dah nak habis, so Shamsul Azhar Abbas tebuklah. Memang boss baru ni dok follow Hassanlah, itu je. 

Semua orang tahu nak score minyak kat Iraq, kena kaw tim / tumpang pengaruh dengan syarikat2 minyak dari US seperti ConocoPhillips. Ini senarai bidder yang menang kat Iraq ; Majnoon OilField iaitu reserve 5 billion tong, Petronas-Shell JV menang, portion Petronas dalam tu 2 billion tong, cukup 10 tahun untuk Malaysia. Sekarang, tiba2 Hassan Merican jadi direktor ConocoPhillips. Dan Petronas ada 3 bidding lagi, jeng2. So, Hassan Merican ni blah terus ke, atau blah atas kertas je?? Baca sini.

Memang ada puak2 pembangkang kerja dengan GLC, maknanya kerajaan tak pilih bulu. Sebenarnya puak2 pembangkang dok susun geng2 depa kat HR department, so HR department la dok susun puak2 pembangkang masuk. Takpa orang atasan dah nampak dah, kita semua dah bincang dah pasal isu ni. Pandailah kerajaan susun nanti. 

Anwar Menipu 2 Perkara dalam 1 Ayat







Aku sebenarnya memang suka baca Harakah, maklumlah banyak modal aku nak kantoi PR menipu ni datangnya dari kelentong Harakah. Tapi kali ni aku baca Harakah pasal kenyataan Anwar, TERSEMBUR TEH TARIK kat skrin komputer. Hahaha … betui ka Turki takde minyak?? 291.5 million barrels crude oil reserve kat Turki tu apa Abang Anu?? 6.2 billion cubic meters gas reserve kat Turki tu apa Abang Anu?? Yang syarikat minyak turki Turkish Petroleum Company (TPAO) dok sibuk kat Hakkari Basin, Laut Hitam (Black Sea), diorang tengah TEBUK apa Abang Anu?? Diorang bukan tebuk China Doll oi Abang Anu. Baca sini.


Black Sea tu baru Turkish Petroleum Corporation (TPAO) nak teroka, dan mereka dah anggar ada 10 billion tong minyak kat situ, diorang dah runding dengan ExxonMobile, BP, Chevron. Apa cerita Abang Anu?? Abang Anu kata Turki takda minyak. Habih Turkish Petroleum Corporation (TPAO) ni nak tebuk apa? Takkan tebuk China Doll macam Abang Anu kot.



Kerjasama antara Malaysia dan China


Turki tengah dok explore Laut Hitam (Black Sea). Depa anggar ada 10 billion tong kat situ, dengarnya depa akan kaw tim dengan Iran gak atas lokasi2 bertindih. TPAO (Turkish Petroleum Corporation) rancang nak operate 2015-2016. Tengok macamanalah progress exploration mereka.

Aku pun tak taulah informer mana Anwar pakai, lagipun Anwar kan kata dia ni "PRO" pasal minyak ni kan, sembang cukup terror nak kasi turun harga minyak Malaysia. Nak tergelak tak tau pasal minyak kat Turki. Lepas tu dia ni dok sembang kata Erdogan member baik dialah, macam2, tapi minyak kat Turki pun tak tau, hahahahaha.


Aku rasa Anwar dok ingat 295 juta tong yang sedia ada dan 10 billion tong yang masih dalam penerokaan di Laut Hitam (Black Sea) oleh Turkish Petroleum Company (TPAO) adalah air mineral, bukan minyak … hahahaha.

Abang Nuar kata dalam Harakah, Turki bagi pendidikan percuma kepada rakyatnya walaupun takde minyak, betui ka?? Awal2 Anwar dah kelentong pasal minyak Turki, la ni pasal pendidikan percuma lak, habih2 yang budak2 Turki ni kena tangkap sebab protes nak pendidikan percuma ni amende oi Abang Nuar?? Lu kata Turki bagi pendidikan percuma. INILAH YANG DIKATAKAN PENIPUAN DOUBLE BARREL DARI NUAR iaitu 2 penipuan dalam 1 kenyataan, hebat tak Abang Nuar kita ni menipu?? 


 "Aku nak menipu ni. Hangpa dengaqla betui2"


Hangpa semua baca elok2 kenyataan Anwar ni - 

"Pendidikan Percuma di Turki walaupun tiada minyak." 

Korang perhati, dalam SATU NOKTAH je iaitu satu ayat yang mudah dah ada 2 penipuan. Aku memang salute Anwar menipu, hebat betui, tu pasai Tun M yang cerdik tu pun boleh kena kelentong. Karakter penipuan Anwar ni patut dibuat kajian di universiti2 sebagai kajian psikologi yang mendalam.

 

Thursday, 5 April 2012

Fakta mengenai Nuklear






Allah SWT mencipta uranium ni bersebab, kitalah yang kena kaji dan belajar mengenai penggunaannya. Jepun yang baru kena kat Fukushima, masih teruskan usaha membina loji2 nuklear ni, sekarang dah ada 55 buah kilang nuklear di Jepun. Kyoto Protokol datang dari Jepun. So kena fikir kenapa mereka masih teruskan, apa kebaikannya. Jangan terus tengok keburukannya. 





“Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan. Dan Kami telah menurunkan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya) sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. “
Al-Hadid 57:25


Janakuasa dari uranium pallet SEBESAR KUKU kita saja adalah bersamaan dengan 17,000 ft3 Gas Asli, 800 kilogram Arang Batu, 570 liter minyak (2 tong lebih). Dan setiap pallet ni boleh bertahan lama. Dengan penemuan jenis "fast efficient reactors" hari ni, seluruh dunia boleh bertahan dengan sumber uranium yang ada di dunia ni selama 2,500 tahun!!! Ok sendiri mau ingatla, negeri mat Bangla dari Bangladesh tu pun dah buat 2 reaktor macam ni!! Kita belum lagi!! 


Fakta : Hanya 2 orang mati di Fukushima apabila kilang nuklear mencair, ianya terbakar disebabkan tsunami. Masalah kat Jepun tu sebab kena tsunami 150 tahun sekali, dan dari human error sebab tak shutdown. Yang teruk sekali ialah bursa saham Jepun, orang melompat takut sebab dengar ayat radiasi, jatuh saham Jepun. Radiasi memang tinggi di reaktor, tapi di sekeliling mereka mendapati radiasi ini hampir sama dengan radiasi yang kita hadapi sekarang, iaitu natural radiasi. 


Fakta : Fukushima has so far released about 10% as much radiation as Chernobyl, Japan’s nuclear safety agency said. Dah advance la teknologi nuklear sekarang. 90% reduction of radiation from leakage. Oleh itu it is a GO for nuke. 


Hydro, Biomass dan Nuclear adalah yang terbaik sekarang. Tapi kelebihan Nuklear adalah ruang untuk letak power plant tidak sebesar yang diperlukan seperti Hydro. Hydro memang jimat, tapi kawasan tadahan yang diperlukan adalah besar. Contohnya Hydro Bakun mampu membekalkan janakuasa untuk 1/3 seluruh Borneo Sabah dan Sarawak. Jika sudah maju,  ia memerlukan kawasan tadahan sebesar Singapore. 3 nuklear power boleh ganti Bakun tak salah saya.


Apa itu ZONAL? Setiap pembangunan suatu tempat mempunyai bahagian2 zon, seperti zon perumahan, zon industri, zon perniagaan. Power plant diletakkan di zon perindustrian, sebab industri yang paling banyak pakai power. Kalau jauh transmisi, kos akan naik  untuk industri yang banyak pakai. 


Padanlah GDP Selangor sekarang dah negative, sebab PKR punya bodoh. Depa dok ingat teknologi nuklear ni sama macam 60an dulu, sekarang dah advance la. Arang batu lebih teruk sekarang, tiap2 hari radiasi dok keluar dari pembakaran abu arang batu. Seeloknya bacalah dulu teknologi baru nuklear tu, bukan terus buat kesimpulan. Aku awal2 tak setuju, tapi bila aku baca tekno baru nuke ni, aku setuju dan ia dibuktikan di Fukushima sendiri, 90% radiation reduction leakage berbanding chernobyl dulu. Rujuk sini dan sini.



Mengenai sumber tenaga lain seperti solar atau renewable energy, kita dah ada 11 reaktor renewable energy. Kombinasi 11 tu tak sampai pun 100MW kapasiti. Kita perlukan minimum 1 power plant yang mampu supply minimum 700MWkapasiti sekarang. Bukannya kerajaan tak pandang renewable energy pun, tapi belum sampai masa optimum lagi. Rujuk sini.



Loji Nuklear takdak TNT. Paling ramai mati akibat letupan loji nuclear dalam sejarah adalah letupan Chernobyl, iaitu 31 orang pada tahun 1986. Pada tahun yang sama jugak dari rekod World Health Organisation (WHO), orang yang mati akibat dari kesan fossil fuel power plant dalam lingkungan 1,800,000 orang. Ini fakta.



Kelemahan untuk implementasi loji nuclear di negara kita adalah kelemahan pemimpin BN untuk membuka mata rakyat dengan penerangan mengenai status sekarang iaitu perbandingan fosil fuel power plant dengan loji nuclear dari segi keselamatan / kesihatan dan juga dari segi aspek ekonomi. Ini sangat menyedihkan. Bagi saya, rakyat ramai tidak tahu mengenai perbandingan ini dan kebaikan yang akan dibawa kepada seluruh rakyat Malaysia.


p/s : US sampai hari ini tak boleh buktikan Iran ada ICBM, sama macam Iraq dulu, WMD adalah satu penipuan. Nak buat ICBM tu bukan RM10, Iran pun boleh bankrap kalau diorang buat ICBM (Intercontinental Ballistic Missle) - click here


Bacaan tambahan -  http://diskusisiber.blogspot.com/2011/03/science-talk-9-analisis-ayat-al-quran.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this