Tuesday, 20 March 2012

Bunuh tanpa Bicara atau ISA?








 Memandangkan PR sokong cara US, UK menegakkan hak asasi manusia dan menjaga keselamatan negara mereka, saya cadangkan Malaysia , bubarkan ISA dan terima pakai BUNUH TANPA BICARA seperti US, UK dan negara lain yang tiada ISA sebab inilah yang PR mahu sebenarnya. Keratan akhbar ini satu contoh negara Thailand yang tidak pakai ISA tetapi pakai BUNUH TANPA BICARA.
Memang betui PR cakap ISA ni outdated. Tapi korang nak tau apa yang updated ISA selepas perang dunia ke 2? BUNUH TANPA BICARA. Undang2 ini diperkenalkan UK, US dan negara Eropah lain yang menghapuskan ISA iaitu TAHANAN TANPA BICARA. Contoh - US ada Executive Order Act yang membolehkan mereka untuk membunuh tanpa bicara dan UK pula melalui Intelligence Service Act yang memberi immuniti dari dakwaan membunuh kepada pegawai kerajaan yang melaksanakan pembunuhan.

Kenapa Barat memilih BUNUH TANPA BICARA dari ISA? Antara sebabnya BUNUH TANPA BICARA ni lebih murah, pantas, efektif dan bebas dari kecaman media dan salah faham penduduk. Ia banyak dilaksanakan semasa perang dingin. TAHANAN TANPA BICARA memakan kos yang lebih tinggi seperti maintain penjara dan pegawai, proses yang panjang dan risiko kecaman dari media dan penduduk. Contoh terbaik apabila Presiden Obama memilih untuk menutup Guantanamo Bay yang menahan tanpa bicara kerana banyak kontroversi dan 6 bulan selepas itu Presiden Obama menandatangi Executive Order baru untuk BUNUH TANPA BICARA (tak pening kepala nak handle media).


 Korang semua boleh buat perbandingan sendiri , National Security Act negara2 yang tak pakai ISA. Antara Terminologi BUNUH TANPA BICARA - 

1. An official sanction by a government or government agency to a particular operative or employee to initiate the use of deadly force, presumably in furtherance of the government's aims or policies, or in carrying out the operative's assigned missions and presumably in an assassination or covert context rather than in an overtly military context.

2. An executioner's sanction to terminate the life of the person being executed. An executioner's licence to kill has a limited scope, as it is issued only for the sole occasion of an execution. In this sense, a licence to kill is a form of legal immunity: killing is part of said individual's official duties, and they cannot be legally sanctioned for their acts, just as (for instance) police are not liable for speeding tickets during car chases.. 

 Pendapat akula, perbandingan ISA dengan updated BUNUH TANPA BICARA yang diamalkan negara2 lain tanpa ISA, ISAlah yang ada peri kemanusiaan ia masih memberi peluang kedua.


Itulah sebabnya kalau korang semua kajilah, negara2 yang tiada ISA contoh US, negara mereka takde parti politik yang berlainan ideologi, dua2 parti politik mereka iaitu Republican dan Democrat mempunyai ideologi yang sama. Sebab itulah di US, kamu undi mana2 Presiden akhirnya buat benda sama je. Mana dia parti politik yang berbeza ideologi di US? Mana ada dah, semua dah kena tanam dah. Ini style mereka, amacam? Nak ikut cadangan PR ikut cara US dan bubarkan ISA?

Monday, 19 March 2012

Tunisia berebut mahu Anwar sebagai Penasihat Ekonomi








Anwar dok kompang kuat pasal Mesir dok kata Anwar ni macam berjuang mcm rakyat Mesirla, nak bantu nasihat ekonomi Mesirla, Mahathir macam Mubarakla, akhirnya kerajaan baru Mesir jemput Mahathir bukannya Anwar untuk mintak pandangan tentang pembangunan Mesir pada Jun 2011. Apsal Kerajaan baru Mesir tak jemput Anwar tapi jemput Tun Mahathir yang dah pencen utk beri pandangan masa hadapan Mesir??? Sendiri mau ingatla.




Hangpa semua tengok video ni pada March 2011, Anwar dok kata dia mcm berjuang mcm rakyat Mesirla, macam2 sembang dia buat aku tak kering gusi dok ketawa tengok orang kena kencing, akhirnya kerajaan baru Mesir panggil Mahathir bukannya Anwar, kuang kuang kuang. La ni dia kalih pasai nak jadi penasihat Tunisia pulak hehehe.


Dah kerajaan baru Mesir tak jemput dia tapi jemput Mahathir, Anwar kalih pulak kat Tunisia kononnya Tunisia jemput dia nak jadi penasihat ekonomi Tunisia, tapi dia tak mau hahaha, adoi Anwar, hang ni memang unik.

Dipetik dari blog Sungai Rapat Online ;

Anwar kata minggu lepas dia dijemput oleh kepimpinan kerajaan Tunisia yang baru untuk memberi nasihat mengenai bagaimana nak membangunkan negara Tunisia.

Kata Anwar lagi, " Saya dibenarkan berceramah didalam Parlimen Tunisia selama 2 jam yang mempunyai lebih 60 Ahli Parlimen dan mereka memberi tepukan yang begitu gemuruh sekali"
"Kesemua ahli Parlimen Tunisia menyokong perjuangan saya dan mereka sanggup memberikan apa saja untuk perjuangan saya", kata Anwar dihadapan kira-kira 1000 penonton di Kuantan.

"Dua minggu lepas saya ke Turki dengan Nurul izah atas undangan Presiden Turki. Saya dibenarkan bermalam di Istana Turki. Saya berceramah dalam istana Turki", kata Anwar lagi
"Kalau sekarang saya mahu tinggalkan Malaysia untuk jadi penasihat samada Tunisia atau Turki bila-bila masa sahaja boleh, saya boleh dapat gaji beratus ribu ringgit sebulan, tetapi itu bukan matlamat saya", kata Anwar.

"Matlamat saya hanyalah untuk menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin yang angkuh," kata Anwar.

Sunday, 18 March 2012

Bunuh tanpa Undang2 vs Tahan tanpa Undang2 (ISA)




Ada mangkok PR bagitau saya Singapore bagus sebab takde ISA, ya ka? Sebenarnya Singapore ada ISA, dan mengikut perbandingan, Singapore guna ISA untuk tahan ahli politik pembangkang lebih ramai dari Malaysia. Padanlah takde org berani nak buat demonstrasi kat SIngapore. 


 

Malaysia - 124, Singapore - 145. Walhal penduduk Singapore jauh lebih kecil dari Malaysia. Kalau ikut statistik dari segi purata penduduk di Malaysia potensi untuk masuk ISA ialah 0.00045% dan Singapore ialah 0.0029%. Kesannya, parti pembangkang mereka Barisan Sosialis tutup kedai pada 1988. Padanlah takde orang berani buat demonstrasi kat Singapore.


Lagi best kat Singapura, negara yang dipuji pemimpin PR ni letak tahanan politik mereka ada selama 17 tahun dan ada sampai 32 tahun. Lagi steady dari Malaysia. Padanlah pemimpin PR puji. Patut kita buat mcm Singapura, sumbat terus lama-lama. Lagi satu la, yang murah hati sangat Malaysia ni, tak salah aku, kalau depa salah tangkap orang yang masuk ISA tu, dapat pampasan RM 2 juta. Instant millionaire. Negara lain aku tak tau ada ka tak.


Kes keselamatan tiada compromise, keselamatan negara bukan kerja amal. Dalam dunia ni ada 2 cara, Pertama : negara yang amalkan ISA iaitu menahan tanpa soal jawab, Kedua : negara yang tidak amalkan ISA seperti US, UK, Thailand dan lain2, mereka amalkan bunuh tanpa soal jawab.

Nak tahu sejarah undang2 Bunuh Tanpa Undang2 yang diamalkan di US, UK, Eropah dan negara lain yang takde ISA dan negara2 amalkan ISA iaitu Tahan Tanpa Undang2 datang dari mana? Dari kesilapan demokrasi dan kesilapan hak bersuara. 


Kesilapannya adalah Hitler. Hitler naik sebab demokrasi dan hak bersuara dan turut berjaya manipulasi undang2 iaitu mahkamah. Dan akibat itu kesan WW2 yang mengakibatkan berpuluh juta nyawa melayang. Selepas itu undang2 macam ni diperkenalkan supaya kesilapan begini tidak berulang kembali. Ada dua jenis iaitu Bunuh Tanpa Undang2 dan Tahan Tanpa Undang2 (ISA).


ISA kita dah cukup ok dah, cukup baik dah. Kalau silap siap dapat pampasan lagi. Negara lain ada?  Tau tak semua negara2 Islam yang ikut undang2 Islamlah depa laksanakan Bunuh Tanpa Mahkamah, contoh Iran, cukup intelligence, peluru kat kepala terus. Taliban Afghanistan lagi steady, tak payah intelligence pun, tengok lepak ngan askar US ka nampak curiga ka, pancung terus.


Sebab hak asasi manusialah, sebab hak asasi bersuaralah, sebab demokrasilah, sebab mahkamahlah orang2 seperti Hitler, Pol Pot, Lenin, Mussolini jadi berkuasa dan akibatkan beratus juta org mati tau. Itulah sebab risiko untuk keselamatan tak boleh kompromi itulah sebab undang2 macam ni diperkenalkan.


ISA atau Bunuh Tanpa Bicara adalah senapang untuk keamanan dan pada masa boleh jadi utk kekejaman. Tapi bila kita ke mahkamah kita tidak akan bicarakan senapang itu, tapi kita akan bicarakan siapa yang memicit picu senapang tersebut.


Macamana pihak keselamatan Islam masa zaman Khalifah Ar-Rasyidin uruskan situasi nabi palsu Musailamah al-Kadzab? Apa tindakan pihak keselamatan Islam masa tu?
 A. tahan dulu utk menghentikan dakyahnya dari terus sampai kepada ummah, atau
B. tunggu masa bicara dulu, dan pada masa yang sama Musailamah boleh sampaikan dakyah.  


"Seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan dia bersalah" - Frasa ni datang dari negara Amerika negara, yang memperjuangkan hak asasi manusia dan negara ni takde ISA. Ok soalan kedua, kalau mcm tu kenapa dalam National Security Act Amerika Syarikat wujud satu akta iaitu Executive Orders yang boleh digunakan oleh Presiden US iaitu salah satunya BUNUH TANPA BICARA. Executive Order ini digunakan dari zaman Presiden Roosevelt sehingga Presiden Obama. Islam zaman Khalifah Ar-Rasyidin sangat menitik beratkan HAK ASASI BERSUARA. Dan Musailamah mengunakan hak dia utk bersuara. So macamana pihak keselamatan Islam Khalifah Rasyidin handle situasi mcm ni? British banyak berubah dari feudal semenjak jumpa dengan tamadun Islam masa perang salib ke-3 iaitu zaman Salehuddin Ayubbi.




Tentera Islam perang dengan Musailamah, 700 mati syahid. Maksud saya sebelum tu, Di Madinah. Nama penting Ikrimah.
Musaylamah, Sajah bint al-Harith ibn Suaeed, Aswad Ansi, Tulayha ibn Khuwaylid ibn Nawfal al-Asadi, mereka semua ni ada satu persamaan. Mereka semua ni menggugat keselamatan dan keamanan negara Islam, mengugat kepimpinan sah Islam dengan mengaku merekalah patut jadi pemimpin / nabi, membuat huru-hara (demonstrasi), tidak menghormati undang2 sedia ada. Tanpa perlu bicara, setelah ada bukti, arahan dikeluarkan dari pimpinan Islam untuk hentikan semua kacau bilau ni, iaitu bunuh atau bertaubat masuk Islam balik. Kata kunci dari situasi ini : Tanpa perlu bicara. Memang betul nabi palsu memang perlu ditentang. Tapi pada masa yang sama undang-undang dan keadilan perlu ditegakkan jugak. So bagi tahu kenapa berbeza, Nabi palsu Musailamah tiada perbicaraan untuk dia tapi Nabi Palsu Isa al Asfahani ada perbicaraan untuk dia. Dua2 nabi palsu beb.

Setahu aku ada 21 kes nabi palsu yang sangat serius. Sebahagiannya dibicarakan dan sebahagiannya tiada perbicaraan. Kenapa berbeza? Untuk pengetahuan, Musailamah bukan setakat mengaku sebagai nabi palsu, dia juga mengugat keselamatan negara Islam. Antaranya dia menghantar surat kepada Nabi Muhammad SAW dan memaksa Nabi membelah dua  tanah / negara Islam kepada dua di mana separuhnya dia jadi ketua. Walhal pimpinan yang sah sudah sedia ada. Dia menyalahgunakan kebebasan hak bersuara menyebarkan ideology / propaganda / dakyah yang sangat merbahaya sampai memecahbelahkan umat yang amat serius di wilayah Yamamah, Musaylamah mengancam keselamatan pasukan keselamatan Islam yang dikepalai oleh Ikrimah. Maka secara automatik Musaylamah, Tulayha, Sajat (Isteri) yang mengugat keamanan Madinah menjadi CLEAR AND PRESENT DANGER. Abu Bakar As Siddiq tiada pilihan lain membuat keputusan yang sukar iaitu TANPA BICARA iaitu BUNUH atau BERTAUBAT. Hasil Akhir, Musaylamah dibunuh Wahsyi, Tulayha dan Sajat bertaubat. Itulah perbezaannya.

Khalifah Ar-Rasyidin ialah bukan jenis orang2 yang nak terus berperang dan mereka juga sangat pentingkan undang2 dan perbicaraan untuk setiap rakyat di bawah tanggungjawab mereka, sebab itulah janji mereka. Tetapi masalah yang dibawa oleh rakyat mereka sendiri iaitu Musaylamah, Tulaiha dan Sajat adalah sangat serius kepada keselamatan negara, maka untuk mereka tidak perlu perbicaraan lagi. Apa yang updated ISA selepas perang dunia ke -2? BUNUH TANPA BICARA. Undang2 ini diperkenalkan UK, US dan negara Eropah lain yang menghapuskan ISA iaitu TAHANAN TANPA BICARA. Contoh US ada Executive Order Act yang membolehkan mereka untuk membunuh tanpa bicara dan UK pula melalui Intelligence Service Act yang memberi immuniti dari dakwaan membunuh kepada pegawai kerajaan yang melaksanakan pembunuhan.

Kenapa Barat memilih BUNUH TANPA BICARA dari ISA? Antara sebabnya BUNUH TANPA BICARA ni lebih murah, pantas, efektif dan bebas dari kecaman media dan salah faham penduduk. Ia banyak dilaksanakan semasa perang dingin. TAHANAN TANPA BICARA memakan kos yang lebih tinggi seperti maintain penjara dan pegawai, proses yang panjang dan risiko kecaman dari media dan penduduk. Contoh terbaik Presiden Obama memilih untuk menutup Guantanamo Bay yang menahan tanpa bicara kerana banyak kontroversi. 6 bulan selepas itu, Presiden Obama menandatangi Executive Order baru untuk BUNUH TANPA BICARA (tak pening kepala nak handle media).


Tuesday, 13 March 2012

Kenapa Malaysia Terpaksa Ikut Harga Minyak Pasaran Dunia?? (Bhgn 2)



 


 

Harga minyak dunia ditentukan oleh 2 organisasi iaitu New York Mercantile Exchange (NYMEX) dan Intercontinental Exchange (ICE)  Mereka mengawal harga minyak semenjak 1920an lagi. Memang ada cubaan untuk memecah monopoli mereka iaitu sebanyak 2 kali. Pertama pada 1960, Shah Iran menubuhkan OPEC untuk pecah kawalan 2 organisasi ini, tetapi gagal selepas Shah Iran dijatuhkan. Selepas itu, OPEC menjadi kawalan NYMEX dan ICE. Kali kedua pada 2008, ada pakatan antara Russia, China, Iran, Venezuela dan negara Arab lain untuk pecahkan kawalan NYMEX dan ICE, tetapi gagal pada 2011 setelah revolusi berlaku di Tanah Arab baru2 ini. 


Rujukan untuk harga minyak ada dua iaitu, WTI / Light Crude yang didagangkan di NYMEX dan Brent yang didagangkan di ICE. Kita di Asia ini selalunya merujuk kepada Brent.


Selalunya apa yang kita nampak pasal industri minyak ini ialah syarikat minyak mcm Shell, Mobil, Petronas dan lain2, pelantar minyak, kapal bawak minyak, pengaruh kerajaan dan lain2. Itu hanya sebahagian. Yang kita tak nampak. Yang berpengaruh dalam bahagian kewangan di belakang ialah NYMEX dan ICE. Institusi2 kewangan antarabangsa ini jugak di belakang World Bank, Asia Development Bank dan lain2 iaitu sumber negara2 di dunia meminjam duit untuk pembangunan negara. Ini menyebabkan mereka sangat berpengaruh dalam menentukan harga minyak.


Macamana institusi2 kewangan di belakang NYMEX dan ICE ni boleh jadi pengaruh besar di dalam penentuan harga minyak dunia? Ok, sebelum kawasan minyak itu digali / teroka, mereka menjadi pelabur untuk kawasan2 tersebut. Dan untuk mengembalikan keuntungan pelaburan, mereka dagangkan tempat yang belum diteroka / gali ini sebagai stok untuk masa hadapan. Konsep ini dipanggil sebagai FUTURE CONTRACTS. Oleh itu kesemua negara pengguna minyak "beli balik" dari mereka untuk menjamin stok minyak masa hadapan dalam negara mereka, termasuklah negara pengeluar minyak juga sebab merekalah pelabur untuk kawasan2 yang belum diteroka /g ali tu. Korang ingat Petronas, Aramco Arab Saudi dan lain2 tu terus kaya ke pada peringkat awal?


Untuk penerangan / rujukan lebih lanjut, boleh baca sejarah dan peranan organisasi seperti New York Mercantile Exchange (NYMEX), Intercontinental Exchange (ICE), Dubai Mercantile Exchange (DBE), OPEC. Boleh juga baca mengenai FUTURE CONTRACTS di mana institusi2 kewangan antarabangsa membeli kawasan minyak yang belum diteroka, 10/20 tahun lebih awal dan dagangkan sebagai stok masa hadapan. Dan negara2 pengguna dan pengeluar minyak "beli balik" dari mereka untuk menjamin stok masa hadapan dalam negara mereka.

Rakyat US Bangkit Menentang Spekulator Wang - Adegan yang Anwar Tak Mahu Lihat!!






 Berita ni takkan keluar di Malaysiakini dan CNN! : Berjuta rakyat US mula bangkit menentang penipuan spekulator2 wall street spt Soros dan lain2. Puluhan Trillion USD telah lesap, rakyat US merana. Sekarang puak2 spekulator ni adalah penaung yayasan demokrasi spt NED, ICG dan lain2 membantu Ambiga dan Anwar kononnya demi rakyat Malaysia. Kalaulah rakyat mereka sendiri mereka boleh tibai, mcm mana lak dengan rakyat Malaysia? Jawapan dia mudah : SAY NO TO ANWAR AND AMBIGA!! 






Pergerakan Occupy Wallstreet ni turut mengganggu usaha Israel utk lobi Amerika dalam majlis AIPAC utk bomb Iran!! Syabas!! SAY NO TO ANWAR AND AMBIGA!!!!




Kalau korang hendak harga minyak turun, inilah jawapannya, sebab inilah salah satu usaha penekanan terhadap spekulator2 Wall Street yang menaikkan harga komoditi seperti minyak sesuka hati melalui spekulasi sebanyak 70%!!!. Sekarang pergerakan ini sudah bergerak di seluruh Amerika dan sebahagian Eropah. Kita boleh kurangkan pengaruh dan usaha bank2 spekulator di Malaysia dengan menolak Anwar Ibrahim dan Ambiga! Saya yakin apabila seluruh dunia sudah bangkit menentang spekulator2 ini, nilai spekulasi akan diturunkan dan automatik harga minyak akan turun.! 


Sebab dia mudah, apabila kita menolak Anwar, maknanya kita menolak spekulator2 yang jadi penaung yayasan demokrasi spt NED dan lain2 yang sedang bantu Anwar dan Ambiga! Penentangan terhadap spekulator2 memerlukan usaha secara global, maklumlah mereka menguasai harga komoditi2 penting didunia. Mari kita SAY NO TO ANWAR AND AMBIGA!!.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this