Sunday, 16 September 2012

SUARAM Akui Terima Duit dari Soros






Hahaha, akhirnya KANTOI jugak ek, PR ambik sangat duit Soros tu untuk tumbangkan negara Malaysia ni yang aman ek. Macam nilah, aku tak mau cerita banyak, rakyat US sendiri dah mula benci pada Soros akibat penipuan2 dia di Wall Street dan spekulasi komoditi yang menjatuhkan ekonomi US sendiri, so rakyat Malaysia yang dah lama kenal Soros ni macamana?? Sendiri mau ingatlah, mari kita benci PR jugak ok? 


 Tak payah ceritalaa, dunia pun dah mula benci kat Soros ni, bukan Malaysia je. Tengok  apa jadi kat rakan karib dia dan Anwar Ibrahim iaitu Paul Wolfowitz?? DIPECAT dengan UNDI TIDAK PERCAYA TERBESAR DALAM SEJARAH WORLD BANK!! Maklumlah kuat menipu, kena sangatla dengan si Anwar tu...99% VOTE OF NO CONFIDENCE TO PAUL WOLFOWITZ DARI BOARD WORLD BANK SENDIRI pada 2007 tak salah aku. So mari kita benci PR jugak sebab kaki penipu macam Soros.


Bukan media Malaysia je dok serang Soros sekarang ni oi, media US, UK pun dok serang Soros ni. Contohnya Hollywood, macam filem Wall Street : Money Never Sleeps, The International, Quantum Solace. Tag line filem Wall Street : Speculation is the mother of all evil, ditujukan khas pada orang2 macam Soros ni. Korang nak cerita apa lagi??? The International filem yang berasaskan Institusi kewangan yang berlindung di sebalik kebaikan, walhal melagakan rakyat untuk menyebabkan negara itu berhutang dan mengawal negara tersebut. Institusi tersebut khas ditujukan kepada organisasi Soros. Organisasi jahat dalam filem Bond iaitu Quantum diinspirasikan dari organisasi Quantum Group of Fund Soros yang cukup giat melagakan rakyat Latin untuk memberontak. Lu orang pencacai PR nak cakap apa sekarang?? Media barat pun dok hentam Soros jugak oi...So kita dah kenal Soros ni macamana?? 


Rakyat US sendiri dah mula benci kat orang macam Soros ni. Akhirnya rakyat barat mula percaya apa yang Tun Mahathir kata dahulu betul. Tengok macamana rakyat2 US dok mula bincangkan untuk memperkenalkan undang2 baru untuk kawal penyangak macam Soros ni. Takkan UMNO bayar media US untuk mula benci Soros kot?? Tengok harga minyak dispekulasi hampir lebih 50%!!! Rakyat US sudah mula benci. Mari kita benci PR.


Korang tengok ni tunjuk perasaan besar-besaran yang berlaku di US dan Barat menentang penipuan orang2 macam Soros iaitu Occupy Wall Street. Ini takkan keluar CNN ataupun Malaysiakini. Rakyat barat sudah benci orang2 macam Soros, kita bila lagi?? Mari kita tolak PR!



Friday, 14 September 2012

Entri Khas 16Sept : Kenapa Malaysia Selalu Jadi Sasaran?


 Malaysia ni bukan kaya sangat pun dengan hasil bumi, cukup2 je kalau nak dibandingkan dengan negara luar. Tetapi apa yang menyebabkan kuasa2 besar ni minat sangat nak pegang Malaysia? Kenapa bila Jepun menyerang Malaya, British sanggup lepaskan Singapura dan pantai timur Malaya, tapi tak mahu lepaskan pantai barat yang bersebelahan dengan Selat Melaka? 

Minyak kat Malaysia baru ada reserve 4 billion tong je, negara lain ada beratus-ratus billion tong. Sumber mineral pula? Banyak lagi negara lain, ada berkali ganda lebih banyak dari Malaysia untuk jadi rebutan. Tapi apasal Malaysia ni tetap jadi target? Malaysia/Malaya adalah antara negara paling banyak kena jajah, 3 kali beb. Portugis, Belanda, Inggeris, apasal? Masa dulu minyak pun belum dikategorikan sebagai komoditi strategik lagi.
Malaysia tidak akan mampu jadi kuasa besar dalam perdagangan antarabangsa sebab saiznya dan GDPnya, tetapi pengaruh Malaysia boleh beri sedikit "edge" kepada mana2 kuasa yang sedang bersaing antara mereka macam US, Eropah, China dan Russia. Ini yang menyebabkan Malaysia ni mahal dan jadi rebutan. 


 ‎1/4 daripada perdagangan barangan dunia zaman dulu melalui Selat Melaka. Hampir 94,000 kapal besar zaman dulu melalui Selat Melaka. Dan hampir 15 juta tong minyak sehari pada zaman dulu melalui Selat Melaka disebabkan perdagangan minyak antarabangsa. So korang boleh bayangkan value dari logistik strategik ini.


 Malaysia memang neutral dengan semua kuasa besar, semua layanan sama. Sebab Malaysia ni ZOPFAN dan NAM. Tapi masalahnya US nak "makan sorang", tak boleh terima kebangkitan China pada 1990 semenjak China join WTO. So US tak mahu play fair, dia nak sebat Malaysia ni jadi total di bawah pengaruh mereka pada 1997. Secara tak langsung, US lah akan jadi pengaruh terbesar di Selat Melaka ni. Pesaing mereka macam China, Russia, Eropah sakitla. Itulah gunanya IMF masa 1997 tu, bagi Malaysia tunduk. Tapi tak berapa berjayalah.


Malaysia nak perkena US memang boleh, kasi penurun sikit kos tarif atau "special treatment" dari segi kos kepada kapal2 dari pesaing US macam China dan Russia. Boleh pening kepala US nak bersaing dari segi kos logistik dalam perdagangan antarabangsa. Pada 1997, Tun Mahathir punya geram kat US sebab angkara diorang iaitu krisis ekonomi, Tun Mahathir bagi special treatment kepada China dan Russia. Dengan kebangkitan China dalam dunia ekonomi, bertambah pening lagi kepala US. Itu pasal Hilary Clinton datang kat Malaysia nak "kaw tim" mintak bagi fairla sikit, sebab 1997, 16 September 2008 tak berjaya … HAHAHA.


Malaysia ni jadi rebutan sebab Selat Melaka. Itu je. Siapa yang dapat control Malaysia, akan dapat kontrol perdagangan antarabangsa melalui laluan laut antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Dan sesiapa yang dapat kntrol, akan mampu jadi kuasa besar dalam perdagangan/ekonomi antarabangsa. Itulah sebabnya negara kita ni banyak kacau daun dari luar, sebab berebut pengaruh kat Selat Melaka la beb.


Saya suka stail Tun Mahathir/BN mengurus kuasa besar ni iaitu "makan keliling"/neutral dengan semua kuasa besar. Kalau US tumbang ekonominya, kita boleh menyendeng kepada China pulak, macam tulah bagus, taklah teruk sangat. Kalau kita dengar cakap Anwar pada 1997 nak menyendeng terus dengan US, kita akan teruk semasa kemelesetan ekonomi dunia tahun 2005-2008. Tumbangnya ekonomi US, dengan kita sekali pun akan tumbang macam apa yang terjadi kat Singapore, terduduk diorang.


Nak selit sikit, inilah dia relativiti blog YB Zul pasal kemungkinan agen luar yang pasang kamera rakam Anwar telanjang tu.  Maklumlah untuk peras ugut Anwar kalau Anwar jadi Perdana Menteri. Untuk apa ambik video Anwar telanjang pancut dua round, buat kasi muntah je? Nilah dia untuk gerentikan pengaruh mereka di Selat Melaka melalui mengawal dan memaksa Anwar buat polisi yang menyebelahi mereka sahaja dengan peras ugut. Karpal SIngh dan puak2 DAP pun dah tahu awal dah, padanlah senang je pulas telinga Anwar.  

Thursday, 13 September 2012

Kegagalan Reformasi di Indonesia dan Hubungan Baik dengan Malaysia




Selepas lebih kurang 15 tahun REFORMASI di Indonesia, rakyatnya akhirnya terpaksa menelan reality bahawa reformasi yang dilaung-laungkan pada 15 tahun lalu telah GAGAL memberikan hasil yang diimpikan. Ataupun harapan rakyat Indonesia terlalu tinggi sehingga segala "kejayaan" yang dicapai oleh reformasi dilihat amat kecil."THEY THOUGHT THE GRASS IS GREENER ON THE OTHER SIDE, BUT WHAT THEY FOUND THERE IS A WASTELAND".

Realitinya Indonesia dah lama sedar perkara ni setelah mengambil IMF terutamanya golongan ekonomi atasan pada tahun 1999-2001 dan telah wujud 2 faction iaitu satu yang PRO IMF dan satu lagi ANTI IMF. Semenjak 2001, kita dapat lihat pertukaran pimpinan Indonesia yang PRO IMF ke ANTI IMF secara senyap iaitu perlahan2 bertukar dari Amien Rais ke Gus Dur, kemudian Megawati (Anti IMF) dan sekarang Susilo (ANTI IMF). Sebab tu kita dapat lihat pada 2008, proses penyelesaian ekonomi Indonesia pada tahun itu tidak lagi mirip IMF, tetapi lebih mirip cara Malaysia pada tahun , terutamanya dalam usaha penggabungan Bank dan Bail Out Bank.




Usaha untuk mengeluarkan pengaruh IMF dari POLISI EKONOMI Indonesia sudah wujud semenjak tahun 2001, tetapi lebih dibuat secara halus. Pada tahun 2001, satu usaha untuk mengembalikan kekuatan Indonesia telah dirancang oleh satu team ekonomi dari Malaysia yang diketuai oleh Tun Daim. Mereka telah pergi ke Indonesia untuk support plan ini. Ini juga menjawab persoalan kenapa Tun Daim resign tiba-tiba dari MOF setelah tugas2 beliau selesai di Malaysia. Semenjak hari itu, hubungan Indonesia-Malaysia semakin rapat. Kita boleh lihat di arena antarabangsa, Indon-Malaysia tag team dalam ASEAN dan PBB, apa yang Indon cakap kita sokong, apa yang Malaysia cakap, Indon sokong. Contohnya kes ban pasir ke Singapura dan lain2. Dan kesan hubungan ini, ramai yang mula berasa tidak senang dan ada usaha hendak melaga2kan kedua2 buah negara tersebut.


Kita ambil contoh Menteri Kewangan Indon yang baru resign iaitu Sri Mulyani. Walaupun beliau pada awalnya menyokong IMF, tetapi tindakannya telah berubah semenjak beliau menjadi Menteri Kewangan Indonesia pada tahun 2005. Hari ini, beliau adalah penyokong kuat dan pendokong idea Tun Mahathir (1997). Dan banyak idea2 reform beliau  berkait rapat dengan idea Tun Mahathir, iaitu elemen protectionism dan capital control yang sangat berbeza dengan idea IMF pada 1997.





Kenyataan Ex IMF, Sri Mulyani pada November 2010 sepatutnya mengikut teknik IMF, tetapi lain pulak yang dia buat iaitu lebih mirip mengikut Malaysia semasa beliau menjadi Menteri Kewangan Indonesia (lebih kepada usaha untuk kurangkan pengaruh IMF di Indon)  ;

“During the Asian financial crisis between 1997 and 1998, then-Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad drew international criticism and alienated foreign investors when he imposed capital and currency controls to block speculators betting against the ringgit. Mahathir called George Soros a "moron" and accused him of attacking the country. The billionaire investor responded by describing Mahathir as a "menace to his own country."

"In 1997-98 , the words 'capital controls' were forbidden and stigmatised,"
said Sri Mulyani , 48, who joined the World Bank in June and oversees Asia-Pacific and Latin America. "Now the problem of capital is so systematic and huge globally, it has now become universally acceptable to have a certain type of temporary capital controls.”


 Kesimpulannya, sebenarnya Indonesia sudah lama sedar yang perkara ini bukanlah disebabkan kesilapan REFORMASI, tetapi kesilapan Indonesia yang membawa masuk IMF, sekali dengan REFORMASI. Dan usaha untuk keluarkan IMF secepat mungkin dari Indonesia telah pun bermula sejak 2001 lagi dengan pertukaran pemimpin yang melaungkan reformasi tapi menyokong IMF. Dan tindakan terbaru Menteri Kewangan iaitu Sri Mulyani yang dulunya bekerja dengan IMF pun telah berubah 360 darjah. Pada 2005 hingga 2012 , beliau lebih menggunapakai teknik Bank Bail Out, Bank Merger, Capital Control dan lebih kepada unsur protectionism berbanding dengan teknik liberal ekonomi yang didukung oleh IMF. Antara tahun 2005 - 2010, ekonomi Indonesia telah mula menampakkan hasil. Akhirnya Sri Mulyani sendiri secara terbuka mengakui dengan kelebihan polisi yang seiras dengan polisi Tun Mahathir iaitu Capital Control (2010).  

Tuesday, 11 September 2012

Tazkirah Royalti Minyak Kelantan




Inilah dia rupa2nya kecoh pasal royalti sampai sembahyang hajat mintak pecah perut. Rupanya pelantar tu kat border Thailand daa. Thailand pegang 53% pegangan, Petronas pegang 43% ja. Kalau ikut Akta Petroleum 100%, kena dalam sempadan Malaysia dan dalam perairan negeri baru boleh claim royalty. Kalau bertindih kena mintak Thailand jugakla, Nik Aziz kena kecek Siamla. Padanla saman sangkut. Buta jaa rakyat Malaysia kena tipu ngan Husam ;




“The oil and gas activity is located about 150km off Kelantan shores and is jointly developed with Thailand. The area is disputed by Thailand and Malaysia.”


Hangpa semua tengok map/peta ni elok2. Rupanya operasi tu kat area A-18, dalam tuntutan Thailand sebab sempadan bertindih, belum tentu Kelantan/PAS punya lagi. Dan pada masa yang sama Thailand dah invest. Padanlah tak masuk mahkamah lagi, kecoh je puak2 PAS ni, mintak yang belum tentu depa punya lagi. Buta je semua orang kena kencing sampai bergaduh dan mintak doa bala, sembahyang hajat mintak pecah perut, akhirnya Allah balas rahsia PR yang pecah. Apa yang Tengku Razaleigh tu cakap betuila, Kelantan memang berhak dapat royalty. Tapi dalam perairan Kelantanlah. Kalau tak korek, takdalah royalty :D

Tapi nasib baik Najib tgh fikir @ pertimbangkan nak bagi jugak kat rakyat Kelantan.
Aku jangka rakyat Kelantan bolehla dapat sikit dari bahagian Petronas 47% tu, tak bolehla 100%. Maklumlah, takkanla Thailand kita nak simpan dalam stor, tak gitu? Lagi satu bagi BN menang dulu, senang cerita sikit … hehehe.

Kita ambil mudah ja, kalau Petronas kata tak payah korek minyak tu macamana? Dibuatnya Petronas postpone pulak gali kat Kelantan macamana? Satu haram royalti pun tak dapat. Yalah, depa boleh dapat royalty bila depa korek ja, kalau depa tak korek, kosong la.

Depa dok ingat Petronas dok mengadap sangat minyak kat kelantan tu. Petronas dah kawtim dengan telaga2 minyak di luar negara, lebih besar dari apa yang ada kat seluruh Malaysia tau. Apsal nak mengadap sangat kat Kelantan tu?

Petronas kata nak korek kat Kelantan tu, sebab nak jana ekonomi Kelantan la, Eastern Korridorla. Kalau kata sebab nak tambah income Petronas, Petronas dah sapu kat luar negara banyak dah, saya ingat depa tak heran pun kat Kelantan tu.

Sebaik-baiknya elok orang Kelantan buat cara baik, rundingla elok2, tak payah nak buat tunjuk perasaan nak tekan orang. Dibuatnya Petronas merajuk macamana? Dibuatnya Petronas kata kat hangpa "PIIIRAAH" lepas tu depa blah macamana? Tak putih mata? Last2 nganga ja. Toksah dok ikut sangatla Anwar tu. Daripada royalti tu pegi kat parti PR, baik terus pegi kat rakyat melalui eksklusiviti peluang2 business dengan Petronas, kan lagi bagus?  Terus masuk poket rakyat Kelantan daripada kena "filter" dengan PR. Nanti depa guna duit royalti selamatkan ekonomi Selangor macamana? Tak nganga orang Kelantan? 




Aku ada tip untuk dikongsi kepada rakyat kelantan, macamana nak kaut keuntungan semaksima yang mungkin dari deal MJTDA ni. Pada masa yang sama BN nak Kelantan tu, so ni peluang nak sembang. Kata kunci dia adalah FIRST RIGHT OF REFUSAL dan EXCLUSIVITY. Bagi aku, ambik royalti 5% dari pegangan 47% Petronas ciput jaaa. Tolak je royalti tu, biar Petronas simpan, tapi dengan syarat Kelantan ambik Exclusivity dan First Right of Refusal dari kos operasi menggali dan operasi minyak tu. Kos operasi minimum separuh dari 47% tu, dalam 20%++, kan lagi besar dari nilai royalti tu, korang nampak tak? Kelantan mahu exclusivity kontrak2 operasi, supply dan manpower khas kepada syarikat2 di Kelantan atau pun minimum pemegang saham syarikat mesti ada orang Kelantan dan manpower pun majoriti orang Kelantan? Direct deal je. Kalau kroni2 luar Kelantan tu tak payah risau sangat, buat JV je dengan syarikat orang Kelantan, settle la. Steady tak idea ni? Daripada dok hangat gaduh dok mintak royalti 5% yang belum tentu dapat sebab isu pertindihan dengan Thailand, baik adjust direct operation je, tak gitu? Guna otak sikit, aku dengar orang Kelantan cekap meniaga, adjust sikit deal tu, pikir2lah tip yang aku bagi ni.


Tapi kalaulah rakyat Kelantan dok terikut sangat perangai puak PR asyik nak tunjuk perasaan, mintak doa bala, dok tekan kerajaan, kerajaan pun pening kepala. Buat apa tolong orang  yang tidak mahu diri mereka dibantu? Betui tak? Bagi stress je.

 Memanglah telaga minyak di kelantan bukan Petronas punya. Seluruh telaga minyak di dunia bukan milik syarikat2 minyak dan gas seperti Petronas, Shell, Gazprom, Esso dan lain2. Tapi masalahnya berapa ramai orang boleh korek minyak? Kalau semua orang boleh korek minyak pakai cangkul, lainlah ceritanya. Tak perlu syarikat2 minyak seperti Petronas, Esso, Shell dan lain2 tak gitu?

Orang Kelantan jangan nak "hingaq" sangat, ikut sangat perangai puak2 PR tu. Orang Kelantan ada hak kat telaga minyak tu tapi tak mampu nak korek, Petronas ada kemampuan nak korek, so maknanya dua2 pihak saling memerlukan antara satu sama lain untuk menghidupkan industri minyak di Kelantan. Tepuk tangan kena dua belah tangan beb. Kenala win-win situation.



Petronas adalah GLC. Memanglah mereka akan ikut arahan Kerajaan. Kalau dah susah sangat, kerajaan akan suruh Petronas, "Hangpa pi fokus korek kat Uzbekistan dan Azerbaijan la". Kat sana telaga minyak berkali ganda lebih besar dari seluruh Malaysia, lagi banyak income untuk Petronas dan tax untuk kerajaan. Kat sana takde orang nak tunjuk perasaan, takde orang nak mintak doa bala macam kat Kelantan.

Orang Kelantan kena lihat perkara ini dari sudut positif, maknanya ada rezeki nak masuk ni. Kalau nak harap otak ekonomi Nik Aziz, memang orang Kelantan kena terus berhijrah ke Kuala Lumpur la, tak gitu? Kalau ada rezeki nampak gaya macam nak masuk, jangan keras sangat, nanti lari pulak rezeki. Royalti atau tanpa royalti, walau macamana pun rakyat Kelantan akan dapat sesuatu. Contoh peluang2 perniagaan dan pekerjaan dari syarikat2 minyak yang beroperasi kat situ.

Contoh peluang perniagaan – Rasa2 orang minyak yang berkepul2 duit tu nak belanja duit mereka kat mana? Diorang ni semua nak menginap kat mana? Diorang ni semua nak shopping kat mana? Diorang ni semua nak makan kat mana? Diorang nak buat supply base diorang kat mana? Di sinilah rakyat Kelantan boleh ambik peluang, value "splash" lebih besar dari value royalti beb. Terpulang kepada rakyat Kelantan untuk eksploitasi peluang/rezeki yang nak datang arah mereka tu. 



Kalau korang peka kepada ucapan Husam dan Ku Li, kenapa sampai hari ni mereka tak pernah tunjuk KOORDINATE SEBENAR BLOK A-18 yang ada minyak tu?? Kenapa mereka tak pernah bagitahu pasal Perjanjian MTJA yang dibuat masa 1979 dulu dengan Thailand?? Simple je, kalau bagitau pada rakyat, kantoila niat sebenar mereka. Apa niat sebenar mereka?? Nak jadi MB la dengan kaut undi. Bila dah jadi MB, depa nanti "shelved" claim royalti ni sebab asalnya depa pun tau apa tu MTJA … hahaha. Kering je rakyat kena main.




Baca jugak - http://www.mtja.org/notification.php


Sunday, 9 September 2012

Vladimir Putin - "CHANGE"







Pemimpin yang betul2 cuba berubah dan berpegang teguh kepada "CHANGE" dengan berbaik dengan semua orang dan tidak masuk campur adalah Vladimir Putin berbanding Obama. Kali ni beliau telah bersuara REALITI sebalik serangan2 dan revolusi2 di atas nama DEMOKRASI yang dilaksanakan oleh Barat semenjak 2003 di tanah Arab.

Dia ni banyak ubah Russia. Pertama, dah kurang buat kacau melalui ketenteraan terhadap negara2 Islam dan lain2 negara dunia ke-3. Dulu Russia memang selalu buat kacau, sekarang banyak berkurang, Cuma tinggal di Checnya. Yang tu pun dah berkurang.

Berbanding dengan Obama, dia ni macam nak teruskan kerja Bush jee. Mengikut pandangan beliau, serangan2 ketenteraan yang dilaksanakan atas nama DEMOKRASI tu memperingatkan beliau kepada Crusade. Apa yang dicakap lain, tapi niat tu lain. Niat untuk melumpuhkan dunia arab Islam.

Putin pun ada pengalaman ngeri jugak apabila rakyat2 Russia revolusi dengan kerjasama US, IMF dan barat pada 1990. 10 tahun hidup dalam kemiskinan, lebih teruk dari zaman komunis. Akhirnya Putin bangkit pada 2000, selesaikan masalah iaitu pertama dengan menolak IMF, US dan campurtangan luar. Dan akhirnya beliau berjaya.

Hari ni jutawan di Moscow lebih ramai daripada di New York (Terima kasih kepada Tun Mahathir jugak yang beri cebisan idea kepada Putin ni).  Apa yang dikatakan Putin ada kebenarannya. Serangan2 dari barat dengan membunuh/membuang diktator yang diletakkan oleh barat sendiri (Gadafi, Saddam,Hosni dan lain2) ialah "liquidate" dan kemudian melumpuhkan ekonomi melalui revolusi dan memaksa negara2 Arab mengambil IMF selepas tu ATAS NAMA DEMOKRASI . Tapi sebenarnya ada niat lain.

Kita tidak perlu menyokong Putin, tapi apa yang beliau cakap ada kebenaranya. Lihat apa jadi di Iraq? Afghanistan? Hidup segan mati tak mahu. Pergaduhan antara Sunnah dan Syiah. Mesir? Tunisia? Diktator dah blah tapi ekonomi terduduk terpaksa ambik IMF. Ikhwanul Muslimin sebagai tunjang reform Mesir pun kena tendang keluar, sekarang Libya macam mana pulak? Adakah hidup mereka akan jadi lebih baik? Adakah negara mereka akan lebih maju? Banyak iktibar boleh diambil dari pandangan Putin ni terutamanya NIAT sebenar US, IMF dan barat ni masuk campur. Oleh itu puak2 yang bertelagah dan berbeza pendapat tu terutamanya di Malaysia, kalau bergaduh tu janganlah panggil campurtangan luar seperti US, IMF, dan barat ni. Jangan buat kesilapan seperti pembangkang di Arab. Lebih baik jangan bergaduh walaupun berbeza idea politik.

Friday, 7 September 2012

Fakta Mengenai Nuklear (Bahagian 2)

Oleh Kamarn J.

 
Dulu semasa tahun 1970-1990an, ramai saintis terkenal samada Greenpeace atau lain2 ni ANTI JANAKUASA NUKLEAR, tapi hari ni ramai yang anti janakuasa nuklear yang terkenal dulu jadi PRO JANAKUASA NUKLEAR. Antaranya ialah Patrick Moore (co-founder of Greenpeace) dan Stephen Tindale (former director of Greenpeace). Kenapa mereka berubah? Apa penemuan teknologi baru nuklear ni? Apa kebaikannya? 


 Patrick Moore


List anti to pro : 

George Monbiot (environmental journalist, went anti to neutral in 2009, pro- in 2011);
Mark Lynas (author of “Six Degrees”, 2008);
Stewart Brand (author of “Whole Earth Catalog”, 2005);
Dick Smith (Australian entrepreneur, 2011);
Ben Heard (eco-consultant, 2010);
Patrick Moore (co-founder of Greenpeace, 2003);
Stephen Tindale (former director of Greenpeace, 2009);
Chris Smith (chairman of the Environment Agency, 2009);
Chris Goodall (Green Party activist and prospective parliamentary candidate, 2009);
Gwyneth Cravens (author, 2007);
Hugh Montefiore (a founder of Friends of the Earth, 2004);
Chicco Testa (Italian politician, 2008);
Ian McEwan (author, 2010);
Steve Kirsch (US entrepreneur, 2008);
Tony Blair (former UK PM, 2006);
Al Franken (Democrat Senator and media host, 2011)

Neutral to pro :   
      
James Lovelock (Gaia theory, 2004);
Bob Hawke (former Australian Prime Minister, 2008);
Bob Carr (former NSW Premier, 2008);
Jared Diamond (scientist and author, 2005);     
Jesse Jenkins, Michael Shellenberger & Ted Nordhaus (Breakthrough Institute, 2008-2010)


BANGLADESH NEGARA MAT BANGLA KARPET PUN DAH BUAT 2 NUKLEAR JANAKUASA!!! KITA BELUM LAGI!!




FAKTA - Kenapa Bangladesh memilih nuklear dari fossil fuel power plant seperti arang batu adalah kerana dua sebab berikut ;

1. Faktor Keselamatan : Pada 1986, rakyat di India dan Bangladesh direkodkan kematian seramai 496,059/tahun orang akibat menghidu gas2 beracun dan karbon dari fossil fuel power plant seperti arang Batu, minyak dan gas. 

2. Faktor Kewangan : Kos janakuasa Nuklear sekarang adalah 150% lebih murah dari janakuasa sekarang iaitu arang batu, gas dan minyak.
Ni fakta. Nampaknya Bangladesh buat tindakan yang bijak. Kita bila lagi?

Fakta dari segi keselamatan : 

Berapa orang yang MATI akibat kesan letupan loji nuklear di Fukushima? = 0,
Berapa ramai org MATI akibat gas2 beracun dan karbon dari fossil fuel power plant seluruh dunia? = 4.3 juta setahun, yang ni belum meletup lagi.
So apa nak fikir lagi? 

Fakta dari segi kos pulak –
Production for every kilowatt hour in 2010 (latest) ;
Nuclear - USD 0.04/kwh,
Hydro - USD 0.03/kwh,
Coal USD 0.045/kwh (dependant on transportation distance),
Natural Gas - USD 0.10/kwh,
Petroleum - USD 0.10/kwh,
Other renewables - USD 0.15/kwh.

Bil elektrik boleh turun oi, tengok la perbandingan kos ni :
So apa nak fikir lagi?

Hangpa ingat Japan, Eropah dan US buat infrastruktur dan bangunan tak pernah ada yang structural failure? US sahaja ada beribu structural failure sebab human error, tapi diorang belajar dari kesilapan dan diorang upgrade, buat jugak loji nuklear. Contohnya 2 laluan tergantung di Hyatt Regency di Kansas City, Missouri telah roboh dan membunuh 114 orang. Lagi satu contoh, jambatan I-35W Sungai Mississippi roboh semasa rush hour menyebabkan 13 orang mati. Dan ada beribu lagi situasi macam ni di US. Tapi apsal diorang tak guna contoh ni untuk buat loji nuklear?


Kalau nak hidup membazir, boleh tolak teknologi nuklear terbaru sekarang yang lebih selamat dan murah. Boleh pakai arang batu, minyak yang sekarang dah melebihi 100% kos dengan produksi tenaga setiap kilowatt sejam.
Kata nak harga barangan turun, bila usaha untuk turunkan kos-kos asas seperti kurangkan kebergantungan terhadap arang batu dan minyak, tak mahu pulak. Memang PKR kaki kelentong.

Bagitahu aku power plant mana yang meletup takkan membawa sebarang mudarat? Fossil Fuel Power Plant seperti arang batu, gas dan minyak belum lagi meletup dah membunuh manusia seluruh dunia seramai 4.3 Juta setahun melalui proses menghidu gas beracun dan karbon. Antara penyakit/desease yang timbul akibat ini ;

ALRI (young children),
Chronic bronchitis and COPD,
Lung Cancer (coal only),
Cancer of nasopharynx and larynx,
Cataract,
TB,
Low birth weight,
Perinatal mortality,
Acute otitis media,
Cardiovascular disease,
Asthma.

Badan Kesihatan Dunia menunjukkan lebih ramai orang mati setiap tahun disebab kan janakuasa arang batu, gas dan minyak berbanding dengan kematian janakuasa nuklear dalam masa 30 tahun.
Penemuan sains  : Arang Batu lebih teruk sekarang oi! Tiap2 hari radiasi dok keluar dari pembakaran abu arang batu.

Kesimpulan dan pengetahuan yang kita dapat tahu :

Dari segi faktor keselamatan : Janakuasa fossil seperti arang batu, minyak dan gas telah membunuh manusia dalam masa 1 tahun sahaja, melebihi kadar kematian yang disebabkan loji nuklear dalam masa 30 tahun.

Dari segi faktor ekonomi : Loji janakuasa nuklear sekarang adalah 150% lebih murah dari janakuasa fossil fossil seperti arang batu, minyak dan gas. Loji nuklear adalah lebih baik dari janakuasa fosil yang kita pakai sekarang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this