Monday, 23 April 2012

BERSHIT Ditaja Spekulator Matawang???




Wooo, pergerakan Occupy Wall Street sekarang sedang tunjuk perasaan menentang kekejaman polis US, berita ni memang tak keluar Malaysiakini dan CNN ;

"Today, we take direct action against the NYPD. They have spied on us, they have assaulted us, they have kidnapped us from the streets without cause or charge. We, the 99% of people who will no longer be silent have chosen to make our voices heard."




Pergerakan Occupy Wallstreet ni turut mengganggu usaha Israel untuk melobi Amerika dalam majlis AIPAC untuk bomb Iran!! Syabas!! SAY NO TO ANWAR AND AMBIGA!!!! 




 
Benda ni dah di exposekan dah pun, sebab tu rakyat US mengamuk sekarang dengan OWS ni. Yang rakyat US bengang sangat dengan boss2 NDI, ICG, Open Society yang backing BERSIH kat Malaysia ni sebab pertama, dahlah cedok duit rakyat US, lepas tu dok lari tak bayar TAX lak sebab tubuhkan yayasan2 kononnya nak tolong orang. Lepas tu nak duit BAIL-OUT lak tu. Dah dapat BAIL-OUT berjumlah hampir USD 1 Trillion,  tapi tak mau lak tolong balik rakyat US dengan bukak peluang pekerjaan. Depa bawak lari duit BAIL-OUT tu keluar US, dok labur di luar negara US macam di China dan lain2 termasuklah fund tunjuk perasaan seluruh dunia untuk kaut keuntungan dari spekulasi. Itu pasal rakyat US mengamuk, itu pasal takkan keluar Malaysiakini.


Dari komunikasi saya dengan salah seorang dari mereka, yang jadi meletupnya rakyat US ni sampai jadi OWS ni adalah isu BAIL-OUT berjumlah hampir USD 1 Trillion, bukan sebab pemberian Bail Out. Yang tu mereka sokong, tapi tang cara pembelanjaan Bail out tu. Duit tu sepatutnya untuk tolong hidupkan balik ekonomi US dan membantu 46 Juta rakyat US yang hidup miskin tegar termasuklah yang tiada pekerjaan. Tapi korporat2 penyangak seperti Soros dan lain2 ni bawak lari keluar US, duit bail out dikatakan dilabur di luar negara US macam di China dan lain2 termasuklah fund untuk campur tangan urusan politik negara lain seperti funding tunjuk perasaan seluruh dunia. Sekarang ni OWS menggunakan strategi yang sama pekena balik korporat2 penyangak tu hahaha, senjata makan tuan.


Yang bocor info niat sebenar aktivis tunjuk perasaan di Mesir geng2 OWS ni jugak. Sampai kerajaan baru Mesir yang aktivis ni kononnya tolong jatuhkan Mubarak, telah menahan mereka pada Februari lepas. Aktivis2 ni disyaki menghasut rakyat mesir bertujuan untuk mengaut keuntungan besar dari spekulasi, dan mereka disyaki bekerja dengan satu syarikat pelaburan besar yang involve dalam FOREX. Tepuk dahi kerajaan baru Mesir. Baca sini.

 
Mereka sekarang ditentang oleh media2 utama dunia spt CNN dan lain2, mereka ditentang oleh spekulator2 berkuasa yang berselindung disebalik yayasan demokrasi yang mengatur himpunan BERSIH di Malaysia, dan mereka dalam keadaan sukar. Kita perlu menyokong mereka untuk kebaikan diri kita sendiri, sebab kos minyak ditentukan di New Tork Mercantile Exchange, jika turun di New York, turunlah seluruh dunia! 


Bukti ini menunjukkan Anwar Ibrahim telah menipu rakyat Malaysia mengenai senario harga minyak. Mengikut kajian terkini sebahagian dari harga minyak ditentukan oleh spekulator dan impaknya cukup tinggi sehingga 70% setiap gallon!! Rupanya kawan Anwar yang membantu mengatur himpunan BERSIH yang dok kebas! Bangsat! 


 
CNN, media antarabangsa dan yayasan2 demokrasi seperti NED, NDI, ICG termasuklah pemimpin2 utama yang membantu Anwar Ibrahim cuba menghalang pergerakkan Occupy Wall Street dengan menggelarkan mereka sebagai pemusnah dan anarchists, tetapi mereka tetap gagal. Pergerakan ini terus berkembang sebab media alternatif lain seperti RT sedang membocor penipuan mereka. Di Malaysia, media2 yang dibantu oleh yayasan2 seperti yang dinyatakan di atas adalah Malaysiakini, Malaysian Insider dll sedang cuba sedaya upaya menghalang berita ini daripada tersebar kepada rakyat Malaysia seperti mana mereka sebarkan temberang Mesir. Maklumlah funder2 mereka sedang ditentang di US sekarang ni. So kita apa lagi, just say no to Anwar la, kasi funder2 dia kelam kabut sikit.


Bila terkena je kat muka PR, berita jadi sampah hehehe. Lihatlah video ini, pergerakkan ni dah mula semenjak Oktober tahun lepas di US, tapi CNN dan semua geng2nya tak mahu siarkan, sebaliknya memanggil mereka anarchist. Dah merebak ke seluruh US dan Eropah dah. Malaysiakini pun tak mahu cover macam depa cover Mesir dulu, maklumlah dah bos2 dan funder PR sendiri dah terkena, maklumlah funder2 mereka dah curi duit rakyat US dan rakyat US mengamuk  …hahaha …




 
Pada awalnya saya tak ambil peduli pasal kempen ini, maklumlah ni isu rakyat US. Tapi rakan saya dari US memberitahu "ORANG YANG MENCURI DUIT RAKYAT US ADALAH ORANG YANG SAMA MENGHASUT RAKYAT ARAB MEMBERONTAK DAN KEMUDIAN MEREKA CURI DUIT ORG ARAB, ORANG2 INI ADALAH ORANG2 YANG SAMA DI BELAKANG YAYASAN US MEMBANTU PARTI PEMBANGKANG DI MALAYSIA. ORANG2 INILAH YANG SPEKULASIKAN HARGA MINYAK SETINGGI 70% YANG MENEKAN PENDUDUK US TERMASUKLAH RAKYAT MALAYSIA!! INI HARUS DIHENTIKAN!!" Saya pun bersetuju.


Saya memang kritik rakan US saya ni maklumlah dia seorang tentera US. Tetapi beliau memberitahu saya "Kami tentera US datang ke Iraq dan Afghanistan untuk melindungi keselamatan rakyat US seperti diberitahu, tetapi apabila kami dapat tahu ia adalah penipuan Paul Wolfowitz untuk kepentingan golongan atasan, ia sangat menyedihkan kami, lebih2 lagi rakan kami yang mati tanpa sebab, kami tentera tidak boleh menunjukkan sebarang sikap tidak puas hati yang berbau politik sebab ia adalah undang2 tentera. Selepas kami keluar dari servis tentera iaitu menjadi veteran, majoriti kami akan turut serta dengan kempen ini, kami berharap akan berlaku perubahan, sebab penipuan sebegini bukan sahaja menyebabkan rakyat US merana tetapi seluruh dunia. Bukan setakat itu, penipuan sebegini telah menyebabkan rakyat US dibenci seluruh dunia seperti kamu salah seorangnya, walhal penipuan sebegini dilakukan oleh orang2 berkepentingan di peringkat atasan bukannya kami". Sedih gak penjelasannya selepas teruk kena balun dengan saya.


Kalau korang hendak harga minyak turun, inilah jawapannya, sebab inilah salah satu usaha penekanan terhadap spekulator2 wall street yang menaikkan harga komoditi seperti minyak sesuka hati melalui spekulasi sebanyak 70%!!! Sekarang pergerakan ni sudah bergerak di seluruh Amerika dan sebahagian Eropah. Kita boleh kurangkan pengaruh dan usaha bank2 spekulator di Malaysia dengan menolak Anwar Ibrahim dan Ambiga! Saya yakin apabila seluruh dunia sudah bangkit menentang spekulator2 ni, nilai spekulasi akan diturunkan dan automatik harga minyak akan turun.


Sebab dia mudah, apabila kita menolak Anwar, maknanya kita menolak spekulator2 yang jadi penaung yayasan demokrasi spt NED dan lain2 yang sedang bantu Anwar dan Ambiga! Penentangan terhadap spekulator2 memerlukan usaha secara global, maklumlah mereka menguasai harga komoditi2 penting didunia. Mari kita SAY NO TO ANWAR AND AMBIGA!!
Kenapa Rakyat Malaysia harus menyokong gerakan antarabangsa ini : 

1. Mereka menentang pengeboman Iran dan meminta hak rakyat Palestin. 

2. Mereka menekan spekulator2 Wallstreet yang spekulasikan harga minyak terlalu tinggi kepada penduduk US dan dunia. Jika mereka berjaya menekan spekulator2 ni untuk menurunkan harga spekulasi dengan sokongan seluruh dunia termasuklah kita, kita akan dapat rasa harga minyak turun, kos kehidupan lebih murah untuk seluruh isi keluarga. Mereka perlukan sokongan kita! OCCUPY WALLSTREET!! Mari revolusi menentang spekulator! Stop War in Iran! Stop Illegal Speculator!! Say NO to Anwar! Ayuh sebarkan!! 

Friday, 20 April 2012

Royalti Minyak - Kelantan Berhak Tuntut dari Pihak mana???




Nah hangpa tengok macamana Husam belit rakyat Kelantan, rakyat Malaysia termasuklah Nik Aziz sendiri pasal isu minyak Kelantan. Itu pasal sembahyang hajat minta pecah perut, lain pulak yang pecah iaitu pecah tembelang rahsia Anwar dan penipuan2 PR. Itu pasal makin kurang ek solat hajat sekarang dari PAS  ... hehehe ...

2 sebab kenapa Kelantan tak layak dapat royalti minyak ;

1)      Isu Jarak = Memang claim royalti out sebab terlebih jarak.
2)          Isu Lokasi = Kawasan tersebut turut milik Thailand.

 
Masalah ini bukan sahaja pada jaraknya, tapi juga tentang lokasinya. Lokasi minyak yang Husam dok bising tu terletak di sempadan Thailand. Ia dipanggil Malaysia-Thailand Joint Authority(MTJA), kalau nak sangat royalti kena ada persetujuan Thailand le jugak.

 
Dalam Petroleum Act kita menyatakan, negeri boleh dapat royalti JIKA semuanya berada dalam perairan Malaysia. So adakah JDA ini dalam perairan Malaysia sepenuhnya??? Sebab bertindih dengan Thailand, sebab itu ia jadi MTJA, so maknanya Kelantan kena mintak dari MTJA la. Very straight forward. Lokasinya di sempadan yang turut diclaim oleh Thailand, so forfeit la royalti minyak untuk Kelantan sebab tidak seperti Petroleum Act yang menyatakan jika ia berada dalam perairan Malaysia. 


Inilah sebabnya kenapa, negeri2 lain seperti Sarawak, Sabah, Terengganu boleh dapat royalti tetapi Kelantan tak boleh dengan begitu saja. Sebab lokasinya adalah pertindihan dengan Thailand. Kelantan kena selesai dengan MTJA dulu, baru boleh sembang pasal royalti, maklumlah kerajaan BN bukan pemerintah di Thailand ... kah kah kah. Ini dia map lokasi untuk rujukan ;




Ini lokasi / koordinat asal paip yang Husam kelentong sampai ke Songkhla tu, paip tu mai dari mana? Mai dari MTJA, MTJA sapa punya? Kelantan punya?
Memang payah Kelantan nak dapat royalti. Kena settle dengan MTJA dulu.




 
Map ni cukup jelas memberitahu Kelantan tidak berhak mendapat royalti sepenuhnya, maklumlah Thailand pun ada hak sebab lokasinya, dan Thailand juga adalah pelabur jugak dalam pembangunan kawasan JDA ni. Clear cut dalam Petroleum Act 1974 di bawah tajuk Ownership, perkara 2, barisan 3 - Dalam perairan Malaysia sahaja!! So adakah JDA ini dalam perairan Malaysia sepenuhnya??? TIDAK!! Ia adalah milik usahasama MTJA!! So adakah Kelantan berhak? TIDAK!! Kelantan kena selesai dulu dengan MTJA baru boleh sembang pasal royalti.



 
Ok, aku gerenti Husam tak pernah tunjuk benda ni kepada rakyat Kelantan. Ini adalah keratan rentas (cross section) Geologi iaitu JDA di kawasan bertindih. Cuba tengok minyak yang bertakung area A-18 tu, tu bersambung terus dari Thailand. Thailand ada hak untuk claim yang cukup kuat ;




Nah ini dia, yang Husam cerita pasal share Petronas Carigali Hess - PC JDA Ltd tu sebenarnya adalah KONTRAKTOR! Bukannya apa pun, apa kena mengena dengan royalti minyak??? Tulah menipu lagi. solat Hajat mintak pecah perut, yang pecah rahsia PR. Padan muka.

 
Ini carta organisasi MTJA, Blok A 18 tu bawah sapa?? Bawah Pengurusan MTJA! Siapa kepala dia? Mr. NOPADON MANTAJIT dan Y.Bhg. Dato' NORIYAH BTE AHMAD. Adakah Petroleum Act 1974 termasuk dengan kawasan bertindih? 





 
Perjanjian MTJA ni dibentuk pada 1979. Zaman tu masih zaman BN, tapi apahal masa BN perintah Kelantan pun tak dapat? Sebab apa? Ku Li yang sign agreement Petroleum Act 1974, dan Ku Li jugak yang terlibat jugak dengan MTJA, So apasal dia tak fight masa tu? Apasal Husam tak lawan masa 1990, kenapa baru sekarang?? Cuba cerita sikit. Semua ni temberang jelah, bersyukurlah dapat duit wang Ihsan tu, ikutkan memang takde hak pun.


Sebenarnya isu ni straight forward, cuma PR belit je. Petroleum Act 1974 libatkan 2 parti iaitu Federal dan State. Tapi kalau bertindih dengan negara lain, parti2 yang terlibat jadi tak samalah dan Perjanjian Petroleum Act 1974 automatik obseletelah. Itu pasal saya kata PR ni pembelit. So perjanjian dia jadi lainlah. Kalau Kelantan serious nak royalti bukan kecoh dengan Petroleum Act 1974, tapi kena pergi settlelah dengan MTJA tu, cakap baik2 Insya Allah dapat, kalau maki hamun, nak tengok muka pun orang tak mau.

 
Royalti dengan kos operasi, mana lagi besar?? Semestinya kos operasi. Minimum kos operasi Petronas ni ada dalam 70% dari kos TOTAL penjualan minyak tu. Kalau Kelantan dapat ceduk 30% dari kos operasi Petronas dari sudut cukai tanah, cukai perniagaan, peluang pekerjaan, peluang perniagaan dengan Petronas kan lagi besar dari royalti tu yang belum tentu dapat?? Apa susah, bagi je Tok Bali tu kat Petronas, diorang pacak je tiang, masuklah duit tu. Tapi kat siapa kerajaan kelantan bagi??? Depa bagi kat penipu yang kata akan beri derma 4 billion pada kelantan, sekarang apa jadi?? Mana projek2 O&G yang dijanjikan?? Petronas depan mata je, offerla diaorang, tak payahlah nak maki hamun mcm org bodoh, macam tu ke niaga??


So kesimpulannya mudah, apa hak Kelantan? Apa Husam dok kelentong ni?? Sebenarnya Kelantan kena bijak, kalau dah tahu royalti tu takde can nak dapat, kaw timla secara professional dengan Petronas untuk beroperasi di Kelantan. Tak perlu royalti tu, royalti kalau nak banding dengan kos operasi, kos operasi jauh lebih tinggi, kalau Petronas labur kos operasinya di Kelantan lagi baik untuk rakyat Kelantan, direct je dengan peluang pekerjaan dan peniagaan, tak payah nak gaduh2. Kalau pemimpin PAS cakap mcm taik dok maki hamun macamana la nak tarik minat Petronas labur / bisnes di Kelantan.

Tuesday, 17 April 2012

Rahsia Kejayaan team PETRONAS







Bangga rasa Team Petronas menang Grand Prix F1 kat China, first time ni, dah lama kita tunggu. Nak tahu apa salah satu rahsia kejayaan Petronas?? SEBAB ANWAR IBRAHIM BUKAN PENASIHAT PETRONAS

Berita buruk untuk PR, maklumlah depa kecoh kata Petronas labur kat F1 rugi duit rakyat hehehe. La ni seluruh dunia sudah kenal minyak Petronas hehehe …




Hasil dari kerja kuat Petronas terutamanya sudut pemasaran dari F1 telah berjaya memperkenalkan Petronas di mata dunia, hasilnya reserve minyak Petronas di luar negara adalah 2 kali ganda di Malaysia!!.Dan reserve itu dapat memenuhi permintaan bahan tenaga rakyat Malaysia yang makin menambah termasuk lembu2 PR. Hari ni Petronas adalah syarikat minyak ke 7 terbesar di dunia iaitu gelaran SEVEN SISTERS. Nak harap Anwar?? Mampuih! Minyak lintah je dia akan bawak balik hehe ..

Harga setiap tong minyak 70% di markup oleh speculator. Spekulator2 macam Soros untung yang spekulasi SUPPLY AND DEMAND. Syarikat minyak dapat ciput je, yang diorang dok untung banyak dari volume sales sebab peningkatan SUPPLY AND DEMAND. Nah dia bukti spekulator yang sebenarnya untung besar dari spekulasi70% harga minyak. 


 Lama dah kita rakyat Malaysia tunggu (kecuali penyokong Anwar), akhirnya dapat jugak 1 Grand Prix. Terima Kasih Rosberg, Shumacher, terima kasih seluruh team Petronas atas segala usaha. Terus lagi usaha, 5 tahun lagi kita pulun season pulak!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this