Tuesday, 10 May 2016

Siapa Valerie Plame?




Inilah dia wanita yang paling dibenci Anwar Ibrahim. Wanita inilah penyebab 3 rakan baik Anwar yang berkuasa di US dipecat dari ofis mereka iaitu Scooter Libby, Richard Armitage dan Paul Wolfowitz pada 2005 (one shot). Siapa wanita ni? Wanita ini bernama Valerie Plame seorang agen top CIA yang membuat laporan kepada kerajaan US bahawa Iraq tiada WMD sebelum US serang Iraq. Akibat suaminya Joseph C.Wilson seorang bekas Duta US di Baghdad bocor rahsia ketiadaan WMD di Iraq di dada akhbar utama, rakan2 Anwar telah meletakkan keluarga wanita ini dalam bahaya dengan niat untuk membunuh dengan membocorkan identiti sebenar wanita ini pada awam dan musuh US yang wanita ini sedang / telah merisik (spy), akibat risau dengan bahaya yang melanda keluarga beliau, wanita ini tampil kehadapan buat pengakuan. Pada 2005, 3 rakan Anwar tersebut telah dipecat.




Kalau korang nak tahu mcm mana saga penipuan WMD ni bermula, ia bermula dengan wanita ini iaitu Valerie Plame iaitu dibawah Organisasi CIA - National Clandestine Service (NCS). Senang nak faham, "rahsia dalam rahsia" dalam CIA. Beliau ditugaskan untuk buat kerja undercover di Asia Barat khususnya. 

Inilah dia besi yang paling famous di dunia dan penyebab kematian jutaan rakyat Iraq dan tentera Amerika. Sebelum US menyerang Iraq, mereka mengatakan / justifikasikan besi aluminium ni digunakan untuk memperkayakan uranium, rupa-rupanya besi ini aluminium kosong jaaaa, buta ja rakyat seluruh dunia kena tipu dan rakyat Iraq dan Askar US mati buta ja.
Bila Paul Wolfowitz kena pecat dari World Bank dengan 99% undi tak percaya, Presiden US iaitu Bush tak veto langsung pun, buat dek je. Geram betul G.Bush kat depa ni.
Mcm mana pun pompuan ni memang spy yang terror dan beranila, bila identiti dia dengan sengaja dibocorkan oleh org atasan US, automatik dia dan keluarga dia dalam bahaya maklumlah sebab dia selalu terlibat merisik tempat sensitif dan musuh dia dapat tahu lak siapa dia, di mana dia tinggal, di mana dan siapa keluarga dia. Sebab risau pada keluarga dia, dia tampil kehadapan untuk pengakuan, so dia dapat perlindungan .
Pada awalnya wanita ni (agen CIA) menghantar laporan tiada WMD di Iraq dan beliau telah berdiam diri apabila mendapati report dia  diubah bila Wolfowitz lak kata ada WMD di Iraq dan US harus serang Iraq. Tetapi suami dia seorang bekas duta Iraq dapat tahu ia adalah penipuan, suaminya  cerita di akhbar utama dan sebarkan di internet. Pada awalnya kredibiliti suaminya diserang sebagai seorang tidak patriotik dan pembelot oleh media utama US spt CNN, tetapi suami dia terus melawan, akhirnya orang atasan US beri arahan untuk bocor identiti isterinya pada org awam dan secara automatik musuh pun dapat tahu (sebagai niat membunuh la ni). Bila identiti wanita ini dengan sengaja dibocorkan oleh org atasan US, automatik wanita ini dan keluarga dia dalam bahaya maklumlah sebab wanita ni selalu terlibat merisik tempat sensitif dan musuh dia dapat tahulak siapa dia, dimana dia tinggal, dimana dan siapa keluarga dia. Sebab risau pada keluarga dia, wanita tampil kehadapan utk pengakuan dan bawa bahan bukti, so dia dapat perlindungan la dan pada masa sama bersihkan nama baik lelaki dia.

So korang nak tahu di mana sebenarnya WMD di Iraq? IASEBENARNYA BERADA DI CANADA!!! Kerajaan US sendiri yang angkut keluar 550 Ton Uranium Yellowcake tu keluar dari Iraq dan dihantar di Canada pada perang teluk dahulu. Dokumen yang kononnya Saddam beli WMD Uranium Yellowcake telah disahkan palsu.

Tuesday, 22 January 2013

Revolusi Mesir : Pemimpin Boneka ialah Pemimpin Korup







Semenjak 2005, boneka2 US/Barat ni seperti Mubarak, Gaddafi dan lain2 belot dengan bekerjasama dengan musuh ketat US/Barat iaitu China/Russia. Secara rasmi, Rusia dapat kebenaran dari boneka2 US/Barat ni untuk buat markas pada 2009. Setahun lepas tu, revolusi untuk tendang boneka2 ni keluar. US/Barat recycle diorang la  … hahaha. 

Inilah penyebabnya revolusi2 Arab tu. Boneka2 US/Barat sendiri dah belot dengan bekerjasama dengan musuh ketat US/Barat iaitu Russia/China, dengan niat untuk seimbangkan pengaruh US/Barat di Tanah Arab. Kalau boneka2 US/Barat tu tidak belot, mereka akan kekal sampai hari ni dan revolusi itu tidak akan wujud pun dan sebaliknya NATO, CIA semua ni akan bantu rejim2 boneka ni untuk kekang revolusi2 Arab tu. 

So, korang rasa revolusi2 Arab Spring di Mesir, Libya tu semua real? Yayasan2 Demokrasi yang sponsor BERSHIT di Malaysia dan negara2 barat akan TUNAIKAN JANJI mereka pada rakyat2 Arab yang keluar peluh tunjuk perasaan tu? SEMESTINYA TIDAK. Barat akan perketatkan lagi cengkaman supaya tanah Arab ni tak terlepas dari genggaman ke tangan pesaing2 mereka seperti Russia/China. Pak Arab penat keluar peluh jaa ...

Campur tangan kuasa besar berlaku BILA-BILA masa asalkan ada nilai untuk memenuhi strategik interest mereka. Diorang tak tunggu korup atau tak, diorang hanya takkan masuk bila tiada ruang untuk masuk. Dan pemimpin yang memanggil kuasa luar untu berkuasa telah dibuktikan adalah pemimpin yang tertinggi korupnya kerana sanggup ambil jalan pintas seperti Anwar Ibrahim. Kalau dah ikut jalan pintas dengan memanggil kuasa luar membantunya untuk berkuasa MAKNANYA MEREKA KORUP. Tengok pemimpin2 sejati yang bawa manfaat kepada rakyatnya seperti Salahuddin Ayubbi, Tun Mahathir, 4 Khalifah Rasyidin, Caesar, Octavius, Iskandar Zulkarnain, Churchill semua ni ada tak mereka minta kuasa luar untuk berkuasa? TAKDE PUN, dan mereka berusaha dari bawah tanpa perlu di "helikopterkan" oleh kuasa luar untuk jadi pemimpin tertinggi. Dan mereka membina negara mereka BRICK BY BRICK dengan tangan dan idea mereka sendiri tanpa perlu terhutang budi dengan kuasa luar. 

Sejarah pemimpin2 dunia samada Islam atau bukan Islam, samada negara kecil atau besar, kuasa dunia atau bukan, mana2 pemimpin yang naik dari bawah, berusaha sendiri tanpa perlu bantuan asing untuk berkuasa selalunya berjaya di akhir karier mereka dan rakyat akan dapat manfaatnya. Berbanding pemimpin yang naik melalui cara bantuan luar, karier mereka tidak akan baik dan rakyat turut akan sengsara.

Bukan macam Anwar Ibrahim, baru marah Yahudi, Yahudi zionis sergah, Anwar terus minta maaf, apa ke mende ni??? Anwar Ibrahim siap pegi luar negara, mintak tolong sana sini, tanggungjawab dalam negara seperti tunaikan janji PRU 12 tak mahu lak buat kepada rakyat, pegi daaa!



Bukan setakat yayasan hipokrit dari barat je yang support Anwar Ibrahim, pemimpin2 gay pun support Anwar Ibrahim. Tengok, siap bagi memorandum lagi tu bantahan terhadap kerajaan Malaysia.  


"Sixty Federal MPs have signed a letter urging the Malaysian government to drop sodomy charges against opposition leader Anwar Ibrahim, following a speech by Melbourne Ports member Michael Danby last month" Read here



Hosni, Gaddafi, Saddam dan semua diktator Arab -  dengan siapa mereka mintak tolong untuk berkuasa pada awal karier mereka? Bukan sama macam cara Anwar Ibrahim jugak? Tengok ni, comel betul muka Gaddafi, siap temberang lagi dengan apa yang biasa kita dengar kat Malaysia, “Ketuanan Rakyat” la, “Hak Rakyat” la  … hahaha.



Ni video Saddam, dinaikkan oleh kuasa besar yang sama jatuhkan dia ; 
  


Ni pulak akhbar Yahudi, Jerusalem Post. Kuasa barat yang menyokong Anwar Ibrahim jadi PM, apa bezanya Anwar dengan pemimpin ni? Semua sama, nak berkuasa mintak bantuan kuasa luar, bila dah habis madu, sepah dibuang  … hahaha ;  


Sosio politik berbeza TETAPI PLAYERNYA SAMA yang operate kat Malaysia ni, yang dok support Malaysiakini, BERSHIT, macam NED, ICG ni dan ada Yayasan Demokrasi Washington yang Anwar jadi chief dia, modus operandi pun sama di Libya, Mesir. Itu semua temberang rakyat dengan slogan Ketuanan Rakyatla, Hak Rakyatla, ala "Power to the People". Kalaulah Yayasan Demokrasi ni ikhlas nak tolong laksanakan demokrasi di semua negara, habih tu apasal naikkan diktator macam Saddam semua ni? TEMBERANG je. 


  Inilah keburukan kalau pemimpin2 mengambil jalan pintas untuk berkuasa dengan meminta bantuan dari luar. Apabila membuat keputusan tidak menyebelahi kuasa luar yang membantu mereka berkuasa, mereka akan di recycle seperti Gaddafi, Mubarak semua ni. Kita bernasib baik kerana pemimpin BN semuanya naik dari sokongan rakyat sendiri, bukan dari bantuan asing. Kesan daripada  itu, pemimpin2 BN boleh jadi neutral dengan tidak menyebelahi mana2 pihak. Maka SAY NO TO ANWAR IBRAHIM yang meminta bantuan kuasa asing untuk berkuasa di Malaysia supaya rakyat Malaysia tidak senasib dengan rakyat di Tanah Arab.

Sunday, 20 January 2013

Revolusi Mesir : "Nothing Is Free"



Oleh Kamarn J.



Rasa GOOD MOOD hari ni bila ramalan saya sangat tepat yang menjangkakan rakyat Mesir akan revolusi lagi sekali pada 15 July 2011, dengan cubaan menjatuhkan pemimpin baru mereka iaitu Essam Sharaf. Essam Sharaf ialah salah seorang pemimpin Mesir yang tunjuk perasaan sekali untuk jatuhkan Mubarak. Apa yang Essam Sharaf buat tu adalah kehendak kuasa besar barat setelah menerima wang IMF. Macam nilah rakyat Mesir, korang semua dah kena main ngan puak2 Soros tu, semenjak Essam Sharaf ni dipaksa ambik IMF di Perancis, masalah korang takkan selesai, bertambah ada laa. Terimalah dengan hati terbuka korang dah kena main.
Rakyat Mesir memang silap, NOTHING IS FREE, hahaha … La ni marah pulak kat Essam Sharaf tu  … hahaha

 Essam Sharaf

Nak tergelak jugak kat Ikhwanul Muslimin yang kali ni tak mahu masuk campur dalam demonstrasi baru 15 July 2011. Apsal, dah sedar kena main dengan puak2 Soros tu? HAHAHAHA …. Pada 4 March 2011, Essam Sharaf bersama pemimpin Ikhwanul Muslimin, Mohamed Beltagy berada di Tahrir Square di hadapan penunjuk perasaan dan beliau mengatakan dalam ucapan beliau "I draw my legitimacy from you" . Penunjuk perasaan bersorak gembira. Essam menjadi pemimpin baru Mesir. 8 - 15 July 2011, penunjuk perasaan mintak Essam dan kabinet lain letak jawatan! Apa dah jadi?? HAHAHAHAHA. Baca sini.

Nak tahu macamana saya boleh teka dengan tepat? Senang je, Revolusi Mesir ni bukan milik rakyat Mesir tetapi milik Soros, IMF dan kuasa2 Barat. Rakyat Mesir tunjuk perasaan hanyalah sebahagian dari rancangan malaun2 ni untuk menguasai Mesir secara TOTAL melalui polisi Ekonomi. Nak tahu revolusi Libya ni benar atau tidak, kita perlu tengok apa terjadi kepada sistem perbankan dan polisi ekonomi negara Libya selepas revolusi. Kalau sama macam status Mesir, maknanya rakyat Libya dah kena tipulah, keluar mulut rimau (Gaddafi), masuk mulut naga (kuasa barat).


Realitinya, golongan yang akan dapat merasa hasil reform ni dulu ialah puak2 Soros, ICG, NED, IMF dan kuasa2 barat lain sebab diorang yang keluar modal, la ni diorang nak kutip pulangannya la. Apa yang Essam buat tu untuk memenuhi syarat depalah (pembiaya revolusi), depa bukan tolong free. Apabila POLISI EKONOMI MESIR dah kembali kepada rakyat Mesir barulah boleh ada reform yang sebenarnya, tapi sebelum tu kena bayarlah dulu pembiaya revolusi tu  … hahaha. Mau tak 5 ke 20 tahun tu. Dan ini adalah FAKTA. 




Sesungguhnya pihak ketiga yang menguasai polisi ekonomi mesir akan menunaikan hak mereka dahulu daripada menunaikan hak rakyat mesir. Ini normal, itulah sebabnya semua tuntutan revolusi jadi lambat, terutamanya peluang2 pekerjaan sebab PM baru Essam Sharaf ni kena susun dulu belanjawan2 negara untuk memenuhi syarat2 pihak ketiga ni dulu. Pihak ketiga mahu pelaburan mereka balik. Semua tuntutan revolusi adalah mengundang kos duit. Kalaulah wang perbendaharaan kena divert bayar pihak ketiga ni dulu, macamana nak tertunainya tuntutan revolusi tu?

Rakyat Mesir ubah 100 kali pun pemimpin mereka, nasib mereka takkan berubah punya. Sebabnya rakyat Mesir kena bayar balik wang2 bantuan dari pihak luar untuk mereka buat revolusi tu dan termasuklah wang IMF, kononnya untuk bantu mereka dalam membangunkan ekonomi, ini semua bukan free. Dan collateralnya adalah POLISI EKONOMI MESIR. 


Jikalau bertelagah, jangan terlepas 2 perkara penting iaitu Polisi Keselamatan (Ketenteraan dll) dan Polisi Ekonomi (Belanjawan, Perbankan dll). Terlepas salah satu polisi, kacau bilaulah negara tu. Macam Mesir, mereka dah terlepas kawalan terhadap polisi ekonomi mereka kepada orang luar. Contoh Libya hari ni, peluru berpandu, gaji juruterbang pengebom, kos operasi jet pejuang tu semua free? ITU SEMUA AKAN KENA INVOIS KAT KERAJAAN BARU LIBYA lepas Gaddafi tumbang. Kalau tak mampu bayar, diorang peganglah polisi ekonomi negara Libya jadi cagaran diorang sampai habis bayar hutang balik, simple je. Itu yang banyak rakyat Arab tak sedar.


Lagi tinggi value negara tu, lagi banyaklah kacau bilau  samada ancaman dari dalam atau luar. Sebab semua orang dok berebut nilai strategik. Apa yang dok jadi kat tanah Arab tu tidak memeranjatkan. Sebab tanah Arab ni adalah paling berharga di dunia, samada dari sumber komoditi atau nilai strategic, dan  dari logistik perdagangan yang menjadi rebutan kuasa2 besar. Kalau orang Arab ni semua murtad masuk agama lain macam Buddha ke, Kristian ke, kehidupan penduduk2 kat Tanah Arab tu tetap takkan aman punya, sebab kuasa2 besar hendak menguasai benua mereka ni. Sebelum kedatangan Islam pun, kehidupan orang2 Arab ni sentiasa diancam samada kuasa Rom, Parsi, Firaun, Greek dan lain2 lagi. Masa tu pun orang2 Arab ni macam takde negara, asyik bertukar tangan je. Kejap pengaruh Rom, kejap Greek, kejap Parsi. Tapi kedatangan Islamlah yang memberi Pak Arab ni jati diri masa tu dengan menolak kuasa2 besar lain seperti Rom, Parsi ni ke tepi. Tapi la ni mereka dah lemah, dan tanah2 benua mereka menjadi rebutan kuasa2 besar seperti sebelum kedatangan Islam. Asyik2 bertukar je dengan revolusi2 yang tak habih2. Setiap pemimpin2 revolusi tu akan terpaksa menjadi boneka kepada kuasa2 besar lain. Itulah nasib diaorang. 


Kita tak perlu nak bermusuh dengan negara2 macam US, Eropah dan kuasa2 besar lain. Dah memang tabiat diorang pun. Macam kes Mubarak, dia dah di hujung tanduk dah pun, so ini adalah peluang untuk tibai Mesir, untuk buat duit dan letak boneka baru yang lebih muda. Kalau bukan puak2 US buat, Rusia nanti buat. Kalau bukan Rusia, Eropah nanti buat. Kalau Eropah tak buat, Israel nanti buat, macam tulah status Mesir. Bak kata pepatah, di mana ada gula, di situlah ada semut. Yang penting sekali, macamana kita nak handle kuasa besar ni. Berkawan boleh, tapi jangan sampai menjual negara. Kesilapan Mesir ialah apabila hendak menyelesaikan masalah dalaman mereka, mereka bawak masuk campur tangan kuasa luar, itu sebab Mesir jadi macam ni.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share this